BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Pelajar Cemerlang & Sekolah Terbaik (Result SPM 2009)

by Staff Berita Semasa on March 11, 2010

in Berita Pendidikan

Kalau tahun lepas, Nik Nurmadiha telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang untuk result SPM 2008. Tetapi untuk tahun ini, Gladys Tan Yee Kim daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2009 yang mana keputusan menggunapakai perkiraan sistem gred terbaru baru bagi result SPM 2009.

Gladys Tan Yee Kim berjaya mendapat keseluruhan gred cemerlang (A+) bagi kesemua 10 mata pelajaran yang didudukinya. Jika Gladys Tan Yee merupakan pelajar cemerlang SPM 2009, bagi sekolah terbaik SPM 2009 pula………

PUTRAJAYA 11 Mac – Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A  untuk result (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik.  Utusan Malaysia

PUTRAJAYA: Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu. Result SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Manakala, seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.

Dan, senarai penuh bagi 10 pelajar terbaik SPM 2009 adalah seperti berikut :

  1. Gladys Tan Yee Kim (Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak) << Best Student SPM 2009
  2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
  3. Khadijah Ahmad Jais (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
  4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
  5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
  6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
  7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
  8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
  9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
  10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)

Dan ini pula, senarai & ranking 10 sekolah terbaik result SPM 2009 :

  1. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seremban, Negeri Sembilan
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)
  3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
  4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
  5. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah, Kuala Lumpur
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor
  7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  8. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
  10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan (TKC)

Kepada pelajar atau bekas pelajar MRSM mesti nak tau 10 senarai & ranking MRSM terbaik result SPM 2009 dan ini kedudukannya :

  1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak
  2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka
  3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Terengganu
  4. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka
  5. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak
  6. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak
  7. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor
  8. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah
  9. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor
  10. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang
  11. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, Perlis
  12. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar, Johor
  13. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang
  14. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian, Pulau Pinang
  15. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak
  16. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu, Kedah
  17. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang
  18. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Syah, Pahang
  19. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang
  20. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian, Johor
  21. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Kedah
  22. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, Kelantan
  23. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) PDRM Kulim, Kedah
  24. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching, Sarawak
  25. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu, Terengganu
  26. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah
  27. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor
  28. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang, Terengganu
  29. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, Negeri Sembilan
  30. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli, Kelantan
  31. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemenceh, Negeri Sembilan
  32. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tawau, Sabah
  33. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)Merbok, Kedah
  34. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Terengganu
  35. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kem Terendak, Melaka
  36. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Terengganu

P/S : Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya. Kongsikanlah result SPM 2009 anak, jiran, adik anda, cousin, suku-sakat atau pun orang kampung anda di sini. Berapa dapat untuk result SPM 2009? Apa perancangan selepas ini? Yang pentingnya ini semua baru permulaan sahaja……


{ 64 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 zamri March 11, 2010 at 3:58 pm

macamana result spm 2009 maktab tentera di raja ( RMC ).sesiapa ada info tolong lah share

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Cangkung March 11, 2010 at 4:06 pm

Siapa puak MRSM, meh sini. Macam mana result MRSM Muar ek???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 isabella March 11, 2010 at 4:14 pm

Wah….banyak pelajar yang dapat straight A’s juga ….
Tetapi tak nampak pun nama sekolah saya-CONVENT SENTUL….
Sekolah saya dapat seorang pelajar nama SRI VITHYA ,dapat 11 A+ ‘s ….tak nampak pun nama dia? :comel …. :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 saya March 11, 2010 at 6:38 pm

Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

nape die yg xjdk best student spm 2009? huhuhuhu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 sep kito jange ppecoh.... March 22, 2012 at 7:26 pm

betul tu “saya”….kenapa pelajar dari yayasan islam kelantan semacam disisihkan…… selain dari nama2 yg disebut oleh “saya’ di atas, Zameer Eizaz b Zaihan dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat pula mendapat 13A+ dan 1A……kenapa nama2 dari sekolah2 agama semacam tidak diambil pedulikan??hehe….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 umy March 11, 2010 at 6:51 pm

tahniah kepada suma calon spm yg mendapat keputusan cemerlang..
proud that gambar sekolah asma ada dlm nie =)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Atoy March 11, 2010 at 8:24 pm

Kenapa senarai MRSM terbaik takde? :hilangsabar Nampak sangat dianak tirikan :nangis

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 saser March 11, 2010 at 9:58 pm

Nama mu teratas tapi mana MRSM yg lebih rendah dari 0.97.Cepat lah nak tahu the best of the best

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Orang Dacing March 12, 2010 at 12:36 am

KPM nilai camana result erk? 10A+ dengan 12A+ mana lebih baik? :serabut Sila baca…

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.

Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.
sumber, http://www.harakahdaily.net

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 freddy March 12, 2010 at 1:52 am

kpd org dacing!!!!org xamek la student yg amek result bnyak2 tapi result xde la perfect a’s…org bukan tengok ‘kuantiti’ but the QUALITY ok!!!! :phwitt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 kami March 12, 2010 at 9:21 am

orang dacing: org bukan nilai best student bdasarkan kuantiti A+, org lihat kualiti..mungkin dia dapat 10A+ tp markah dia jauh lebih tinggi dari yg dapat 15A. pa boleh buat, itu sudah keupayaan dia dapat tu.. Jangan dicemburukan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Kasinah Ibrahim March 12, 2010 at 10:06 am

Alhamdulillah My doter dapat 10A+. top student kat sekolah dia
tp sekolah dia sekolah harian jer yg tak femes

camner nak apply scholarship ek? time i dulu sekolah yg hantar list nama pelajar cemerlang pastu JPA/ MARA/ KP & Petronas panggil interview – masa zaman 80an dulu la…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Ubi Kentang March 12, 2010 at 10:11 am

Jangan harap MRSM nak masuk list Kementerian Pendidikan sbb MRSM bawah Kementerian pembangunan usahawan ..malu aa weh ..padehal MRSM jauh lagi cemerlang dari SBP ..time aku dulu separuh dari warga MRSM fly oversea moro and more better than MCKK :tembak :ketawa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 saya March 12, 2010 at 11:02 am

freddy n kami: cube bace elok2 keratan akhabar tue..xpun meh sy tlg paste kan blk:

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+. (adik nie dpt 12 straight A…so,die ader all quantity n quality)

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 shud March 12, 2010 at 12:14 pm

Alhamdulillah mjsc langkawi still be the top 5 eventhough ths year we did not be the one.But many of my seniour (tenacious) get scholarship 2 go to the overseas,especially kak alia.Hope u find your suitable life in Texas n don’t forget veace…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Saiful Bakhtiar March 12, 2010 at 1:11 pm

Dah dapat keputusan SPM. Sukses? Tahniah. Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah apply biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, kesemua pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK. Bolehlah nanti tengok Man U lawan dekat Old Trafford :peace :senyumkambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 walala March 12, 2010 at 1:52 pm

mjsc taiping is the best mrsm….congrtz my juniors~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Pn. Ainul March 12, 2010 at 2:04 pm

Alhamdullillah…saya baru dapat pindahkan anak saya ke MRSM Alor Gajah. MRSM tu memang nampak potensinya. Senyum saya lihat ranking SPM 2009 kali ini .

Tahniah pada semua. Untuk adik-adik yang dapat keputusan cemerlang, mesti ada yang pasang hajat nak sambung belajar ke luar negara kan? Kalau result ok, boleh cuba tengok tengok mana-mana senarai biasiswa di Malaysia….

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
3. Petronas
4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
5. Yayasan UEM
6. Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
7. Yayasan Telekom Malaysia (TM)
8. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
9. FELDA
10. Sime Darby (untuk trial SPM sahaja)
11. Bank Negara Malaysia (BNM)
12. Yayasan Khazanah

Semak setiap T&C website mereka. Buat pilihan yang bijak. All the best semua..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 ceria March 12, 2010 at 2:27 pm

wah2. hebat2 lah budak2 tahun nih. tak ketinggalan, budak MRSM Tun Ghaffar Baba ada 190 plus plus dapat straight A!! congratez!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 kamal March 12, 2010 at 2:53 pm

RMC ini sepatutnya result bagus kerana mengambil pelajar straight A dari PMR. Malangnya, putera-putera ini tak belajar rajin di tingkatan 4 kerana dipaksa jadi kuli senior untuk satu 1 tahun. Mana mahu dapat result bagus. kalau dikawal, mest 90% boleh dapat 9 “A”.
Putera tingkatan 4 sekarang, tolong insaf dan jangan kacau junior u tahun depan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 zamri March 12, 2010 at 6:06 pm

haah kamal ckp tu betul…asyik jadi kuli senior je bile masa nk study.kembalikan kegemilangan RMC supaya ia tidak menjadi SBP yg gah pada nama saja tapi prestasi jauh tertinggal dari sekolah harian.buat senior2 tu berpada pada lah menyuruh bebudak junior tu nanti ilmu x berkat korang juga menyesal bila result spm 2010 keluar nanti.jadi lah pemimpin yg di hormati bukan nya yg di takuti

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 hamba Allah March 12, 2010 at 6:07 pm

tahniah kepada kak Dijah sebab dapat ranking ke3 dlm Malaysia..
:tepuk tahniah!!! akak nanti kalo ade mase terluang rajin2 lah dtg ke smapl.. :comel

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 someone March 12, 2010 at 6:23 pm

TAHNIAH KPD SUME YG BERJAYA DLM SPM… TAHNIAH JUGE KPD SKOLA KISAS SERTA KAK KHADIJAH AHMAD JAIS SEBAB CEMERLANG DLM SPM.. sekolah agama is the best…!!!.. :senyumkambing :tepuk :lambai :doa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 ahmad March 12, 2010 at 8:06 pm

Tahniah kpd yg menjadi pelajar cemerlang 2009.tingkatkan usaha.KEJAYAAN MESTI MARI!!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 ina hulahooo March 12, 2010 at 11:07 pm

camne plak ngn mrsm pasir salak ha??tok spm 2009 nih??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 usahawanmuda March 12, 2010 at 11:10 pm

tahniah kepada mereka yang dapat keputusan yang cemerlang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 FAKULTIPENDIDIKAN March 13, 2010 at 5:07 am

setiap tahun kita disajikan dengan berita-berita sebegini dan dan saya berpendapat mungkin terdapat unsur-unsur tidak baik yang kurang sihat yang mungkin mempengaruhi penilaian-penilaian spm. tidak seperti stpm yang mana penilaiannya lebih ketat kerana disemak oleh pemeriksa-pemeriksa dari universiti. standard spm pula saya dapati mungkin berubah-ubah.

bagaimana pula agaknya dengan emosi pelajar-pelajar yang kurang mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm? tambahan pula bila mereka melihat berita-berita sebegini. mereka ini sebenarnya tidak lemah dan punya kelebihan-kelebihan tersendiri yang kita sebagai masyarakat tidak nampak. Sistem pendidikan di negara kita ini sebenarnya telah mencapai satu tahap dimana jika tidak mendapat banyak A maka anda gagal. begitukah yang dikehendaki oleh falsafah pendidikan kebangsaan? kejayaan diukur semata-mata dari peperiksaan yang mana realitinya kebanyakan jaguh buku sahaja yang akan memenangi ‘peperangan’ tersebut

realitinya pelajar-pelajar ni rata-ratanya hanya cemerlang ‘pada buku sahaja’…bila mereka masuk universiti keadaan ini akan berubah dan banyak juga antara mereka yang gagal ulangi pencapaian cemerlang sebegini. kenapa? kerana mereka hanya menjadi jaguh bagi ilmu buku sahaja yakni teori semata-mata. bila bekerja tidak kira sama ada di sektor awam atau swasta didapati masih banyak pengetahuan yang kurang dalam diri mereka di samping kurangnya kemahiran-kemahiran generik seperti komunikasi dan kepimpinan.

sekolah-sekolah pulak setiap tahun berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik tapi malangnya mereka ini berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dari segi apa sebenarnya? masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah makin meruncing sedangkan sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan secara total. di malaysia masyarakat kita telah didoktrinkan sepenuhnya bahawa pencapaian ‘straight A’s’ mesti dicapai dan jika gagal akan dianggap ketinggalan, gelap masa depan dan lain-lain lagi yang negatif semuanya. bagaimana pula nasib pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang? hakikatnya mereka ini tidak ada kekurangan walaupun telah dianggap gagal oleh masyarakat? sikap-sikap guru yang ramai antara mereka yang menganaktirikan golongan-golongan pelajar sebegini akhirnya telah menyebabkan ramai diantara mereka yang terjebak dengan gejala sosial. saya sedih dengan perkara ini. ‘falsafah pendidikan kebangsaan telah menyatakan untuk melahirkan insan usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.’

tapi secara peribadi saya anggap kita sebenarnya masih belum lagi mencapai ke arah itu sepenuhnya. minda kita harus diubah. kepada adik-adik yang mendapat keputusan yang kurang baik dalam spm, jangan sesekali merasa rendah diri. anda punya potensi tapi semuanya harus dikembangkan dengan ikhlas dan tawakal sepenuhnya. percayalah pada diri anda semua. banyakkan berdoa dan sentiasa belajar melihat dunia dari sudut yang lebih luas. insyaAllah anda akan menjadi aset yang selayaknya dilahirkan menerusi falsafah pendidikan kebangsaan kerana kejayaan bukan diukur hanya berdasarkan ‘semua A sahaja’

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 qila March 13, 2010 at 7:42 pm

actually utk senrai mrsm terbaik , MRSM PENGKALAN HULU dpt ranking no 5 , bukan langkawi .
harap dpt betulkan. tq :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 zamri March 13, 2010 at 10:35 pm

saya setuju benar apa yg di ulas oleh fakultipendidikan tu..harap2 selepas ni ukuran sekolah terbaik atau pelajar terbaik bukan setakat berapa banyak ” straight A’s ” yg di capai tetapi banyak elemen – elemen lain yg perlu di ambil kira seperti boleh berkomunikasi dengan baik , daya kepimpinan , tahan lasak menghadapi cabaran dan keterampilan diri.Ada beberapa sekolah yang saya lihat mampu melahirkan pelajar2 seperti ini contohnya Maktab Tentera Di Raja
( RMC ).Cuma yang sedihnya sekolah – sekolah seperti ini tidak di beri pengiktirafan di dalam senarai sekolah terbaik kerana ukuran sekolah terbaik adalah berapa ramai yang mendapat ” straight A” .Yang pelik nya semasa temuduga memohon pekerjaan mereka memerlukan calon calon yang mempunyai kriteria – kriteria seperti diatas.Jadi
di manakah ukuran sebenar pelajar / sekolah terbaik sekarang ini?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 qila March 14, 2010 at 10:07 am

yeah , go pengkalan hulu !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 cash March 15, 2010 at 4:45 pm

In brief RMC results are as follows:
10A- 12
9A-21
6A-26
7A-15
6A-25
5A-44 (main reason is because they did not get A for English…if not the percentage of 6A would have been more than 60%..)
3A- the rest…
2A-15
1A-7
No A-only 1

It is a 100% passes, definitely.
For the IB, about 60 has shown interest…. and we neeed about 30 for one class only…as starter…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 zamri March 15, 2010 at 10:12 pm

Thanks Mr Cash for the RMC result….. :tepuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 amar de great March 16, 2010 at 1:00 pm

bodooh laa kowang nie smua ???
kamu ingat smua nilai kt spm je ker???

owang nilai trial..
koko dowang smua rr..
bodooh la dak2 skunk nie..
bosan ak tgok..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 pelajarmrsm March 16, 2010 at 5:04 pm

walaupun mrsm tak sampai 0.97….tapi ingat sekolah sains ambil pelajr dulu….. sepatutnya pelajar sekolah sains lebih pandai dari pelajar mrsm…hehehe…tapi look now….orang luar dah anggap pe;ajar mrsm the best….. why????….. because we perform…. now sekolah sains duk kat atas… barulah nak cakap2…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 junior_SASER March 17, 2010 at 2:37 am

xyah la nk kutuk bdak2 sbp……!!
dulu mrsm underestimate kat bdak2 sbp…
skrg terdiam la kowang, sekolah sains dh nom1….
lpas ni kitowang (bdak2 sbp) akan berusaha utk mengalahkan mrsm….
wahai pelajar2 SBP……!!!
jom kita buktikan kat mrsm( terutama yg nickname die- pelajarmrsm tu) bahawa kita ni same hebat ngan dowang…!!!!
yeah!!!!!!!!!!!!!
lol

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 syakila March 17, 2010 at 9:05 pm

:tepuk TANIAH kpd semua yang cemerlang spm……….
TERUSKAN KEJAYAAN ANDA……………. :lambai

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 budak tajaan mara March 19, 2010 at 3:25 pm

junior saser
ranking yg kt atas tu bukan ranking yg cpur mrsm ngn sbp….ko pg la cri ranking past year spm… ranking 2008 as exmple…1-3 mrsm yg isi….skul ko no 4 kalu xslp aku..jd jgn la nk berlagak ye …tp ranking2 ni sume xpntg…sbb lepas ni ko kne g interview n panel xtnye pon skul ko no bpe….so study baek2 n jd mcm nik madihah tu…:P

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 synyster March 20, 2010 at 6:17 pm

slam..kalo keputusan cmrlg, tp xde adab dgn guru n org tue(mak ayah)………bek msk henry gurney je….xyah gi U…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 DariJauh March 21, 2010 at 9:21 am

Em, mmg takde list combine both mrsm and sbp ke? :curiga
Tak best la…So nobody has the right to claim who is better.. :jangan Actually i was a bit surprised to see no MRSM school or student listed in the top 10 list and i was like “Ya Allah, what’s goin on with MRSM?” :serabut But, then i realized that MRSM mmg selalu dianaktirikan dlm bab2 list melist ni. However, we MRSM ppl know how MRSM get all good things from gov. So, if setakat tak masuk list tu, no problem la..as long as we get good food and good facilities. Kita kena bersyukur dan jgn terlalu tamak sgt. Give & take. But, i’ll always love MRSM. Thanks to all my teachers and MRSM PC will always be in my heart. Em, pak cik and mak cik DM MRSM PC are the best. :peace I think we MRSM and SBP ppl should not fighting against this list, we need to reflect and work on how to ensure our race be on the top.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 Pn Elia March 22, 2010 at 6:15 pm

Alhamdullillah…saya baru dapat pindahkan anak saya ke MRSM Alor Gajah. MRSM tu memang nampak potensinya. Senyum saya lihat ranking SPM 2009 kali ini . :senyum

Tahniah pada semua. Untuk adik-adik yang dapat keputusan cemerlang, mesti ada yang pasang hajat nak sambung belajar ke luar negara kan? Kalau result ok, boleh cuba tengok tengok mana-mana senarai biasiswa di Malaysia….

1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA)
3. Biasiswa Petronas
4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
5. Biasiswa Yayasan United Engineers Malaysia (UEM)
6. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
7. Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (TM)
8. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)
9. Biasiswa FELDA
10.Biasiswa Sime Darby (untuk trial SPM sahaja)
11.Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM)
12.Biasiswa Yayasan Khazanah

Semak setiap T&C website mereka. Buat pilihan yang bijak. All the best kepada semua adik-adik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 saser March 25, 2010 at 9:40 pm

Insyallah SASER Namamu Teratas untuk SPM 2010 dan 2011 ini menjadi tanggungjawap batch 8 dan 9 ya. Ingat, kejayaan abang bukan semata-mata usaha individu semata-mata. Ia usaha berkumpulan dari Pengetua,Guru-guru dan Ibubapa. Ayuh!!! lakukan lagi dan lagi dan lagi…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 cikgu popular March 26, 2010 at 11:17 am

kalau kita bijak kita tidak kata mengata.. sebaliknya besyukur dgn kejayaan org lain serta tingkat kn prestasi diri.. salam dr sekolah biasa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 iamboringrightnow March 29, 2010 at 3:41 am

well, gratz to saser for the historical achievement
all saserians should thankz to the teachers who keep teaching us wif no despair ( they would come weekdays’ nights, weekend, sometimes even for sunday).. again- gratz!
though KYS claim dat they r better wif 0.58 (sorry if im wrong) wif around 35students got staight A (again, sorry if im wrong).. well mister, ur batch is jus around 65..rite?? i thought my fren (he visited KYS before) said ur batch just 60..so, saser’s straight A is more than twice of your batch, so don’t put in ur blog- SASER JGN MEMBANGGA DIRI- cos we not..
sorry for the inconvenience..no offence… :comel

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 MZIK April 3, 2010 at 1:50 am

Salam… Sumer Student SBP ke, MRSM ke, n len2 g ingat satu je…
Satu Malaysia… hehe
Apa?? Ulang Balik
Satu Malaysia…
x elok Gaduh2, nnt Malaysia Xde orang nk jaga…
Renung2 dan Fikir2 kanlah…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 syaheed April 3, 2010 at 8:32 am

dimanakah SMKA Sheikh Abdul Malek?????
One of the best schools in terengganu..

None of ank jati terengganu dpt Biasiswa Nasional.. Best student pn xdpt.. 12A+ tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 wahtever April 10, 2010 at 11:40 pm

:tembak ..kenapa nama budak mrsm x daranking best student????…budak mrsm kan jugak rakyat malaysia…cam ne nak capai 1 malaysia nie!!!adoi!!!! :jangan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 dak baik April 14, 2010 at 2:35 pm

pembetulan,nak gtaw….MRSM Pengkalan Chepa kat Kelantan laa.bkannyer kat Tganu…aper r…..hope pihak berkenaan leh btulkan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 aqil April 22, 2010 at 4:32 pm

kpd anda2 yg tkeliru..

pmilihn best student bknnya based on brape byk A+ yg mrk dpt..
ttpi tgk jgk markah mrk..mgkin utk kbykn subjek gladys mndpt 95+, sbb tu dia dp t best student :tepuk ..hrp maklum :peace

kpd pjr2 rmc..
jgn sedih..mgkin ltihn yg tlalu byk mnyebabkn pljr2 mrk kurg fokus dan penat utk study..wlauapapun, sy percaya pljr2 yg mndpt straight A’s dri sane mrupakn pljr2 yg bkualiti.. :senyumkambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 syamsul April 27, 2010 at 10:02 am

betol kate aqil tu. menurut cikgu add math saye. gladys tu dapat 100 markah bagi tujuh subjek!!! :senyumkambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 Daq Skol Bese May 1, 2010 at 12:22 pm

As an inteligent students,
bkn sal jnis skol y jd truhannye,
daq2 skol bese pwn ley mndptkn result trbaek… :phwitt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 Team Anakkubijak May 14, 2010 at 2:48 pm

Setuju dengan Daq Skol….bukan itu taruhannya…
.-= Team Anakkubijak menulis artikel blog ..Gagal Dulu, Berjaya Kemudian, Berjaya Dulu, Gagal Kemudian =-.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 ken45 June 20, 2010 at 11:05 pm

Kolej Yayasan Saad mencapai CGPA of 0.58. Jauh lebih baik dari Sek Men Sains Seremban. 94% calun mendapat 8A ke atas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 cutcut September 2, 2010 at 3:53 pm

gud ah doang nih. mi pun nk jd gtu gak ah nnti. ms msh pnjg…………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 budak_95 October 23, 2010 at 9:00 pm

bijak btol dieorang ni…arap2 aq dpt msok top 10 spm 2012 nnti…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 handalah November 5, 2010 at 6:47 am

salam, nak cari senarai student mrsm kat manae??
ops sebelum tu …. syukran ats cacatan diatas….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 pena November 15, 2010 at 7:20 pm

bangga jd pelajar mrsm taiping..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 kepap November 30, 2010 at 1:36 am

kole yayasan saadbudak die bpe kerat j pun..xya nk keco..law sekolah ak dak xsampai 10 owg pun bole dpt cgpa bwh..sbpi jempol da bez..huhu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 sbp!!! November 30, 2010 at 6:06 pm

aku setuju ngan ko, kepap….!!!!!
:p

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 apa r January 9, 2011 at 9:04 am

aku stuju ngan budak tajaan mara..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 zayrinina February 22, 2011 at 2:42 pm

salam ….spm lum g kuar jom la ta sama2 tawakal erk….harap pling cemerlang la spm tahun 2010 ….redha jak ngan apa yang di beri…..our future is our life………………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 yaya March 16, 2011 at 2:25 pm

sorry to say, but fr me, sgt menyedihkan bila mrsm pengkalan chepa as u all know where it is located, yet still got people dont know. It is not in terengganu but it is in Kelantan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 ummi najwa February 16, 2012 at 12:53 pm

saya yakin saya 9a

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 Ain February 28, 2012 at 3:58 pm

yang saya ini sudah merayu banyak kali untuk masuk mrsm pun masih belum dapat2x lagi………
Mcm mana ni…dah nak masuk bulan march dah ne.
dpt 6a 2b,keputusan saya tak layak ka?????????????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 Tho Ha February 28, 2012 at 4:30 pm

Kalau rezeki awak ada di MRSM, awak akan dapat. Kalau bukan rezeki awak di situ, ada rahmat di sebaliknya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: