
Sebelum ini persoalan membabitkan hukum Forex haram atau halal acapkali menjadi perdebatan dan persoalan dikalangan apa yang boleh kami istilahkan sebagai “kaki forex”.
Dan tahun lepas pun JAKIM telah menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan bagi membincangkan perkara-perkara seperti :
- Kefahaman Umum Terhadap Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Kedudukannya Dalam Syarak
- Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Pandangan Syarak Mengenai Pegendaliannya
- Perdagangan Mata Wang (Forex) Kedudukannya Dalam Undang-undang dan Kesannya ke atas Ekonomi
Dan hasil daripada muzakarah tersebut terdapat beberapa rumusan dan kesimpulan yang telah dicapai antaranya ialah :
- Jual beli matawang diharuskan oleh syarak, namun perlu mematuhi dawabit tertentu selain menggelakkan unsur-unsur-unsur syibh riba, tipu daya, judi, qabd yang tidak jelas dan gharar dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.
- Operasi spot forex ini juga didapati tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia
Walaubagaimanapun, semalam satu ketetapan telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai Forex.
Hukum Forex : Haram atau Halal?
KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. – BERNAMA
Dahulu secara faktanya antara sebab ekonomi Malaysia pernah jatuh tahun 1997/1998 adalah tindakan kerajaan Malaysia bermain forex antarabangsa yang “duduk dalam sistem kapitalis” sehingga telah memberikan ruang kepada spekulator George Soros untuk sabotaj ekonomi Malaysia.
Bagi kami, ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu-satu kemusykilan untuk dijadikan panduan tambahan kepada umat Islam di Malaysia hari ini. Dan tindakan Majlis Fatwa meletakan hukum Forex haram itu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua sahaja
Yang berada dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini pun bukannya sebarangan orang. Kalangan ulama dan yang ada pengetahuan tinggi dalam ilmu agama.
“Adakah kita mahu terus menunggu jawapan yang kita ingini barulah kita akan terima & berpuas hati dengan ketetapan daripada kalangan yang pengetahuan tinggi dalam agama terutamanya melibatkan hukum”
Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami sendiri supaya Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia jenguklah-jenguklah sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya.
Kami mahu lihat sendiri apa pendirian Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengenai soal-soal yang melibatkan Sara 1Malaysia, kadar faedah yang dikenakan pihak bank kepada pelanggannya selama ini, PTPTN caj pelajarnya dikehendaki bayar balik lebih dari jumlah pinjamannya. Dan mungkin kalangan anda sini mahu menambahnya?
Samada kerajaan nak ikut atau tidak itu perkara nombor 2. Yang penting kami mahu melihat sendiri ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu.
P/S : Apa respon anda sebaik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan hukum Forex haram?
[poll id="266"]

{ 163 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
PTPTN tak haram ke?
setahu aku sume sytem yang ada sekarang berlandaskan riba,cuba diputar belit sikit dan ditukar nama je
Adakah Penukaran nama menjadikan ia tidak haram ?
bukan la..maksud dia tu masyarakat kita dah tak nampak haram bila nama ditukar sedangkan masih ada riba..
Biarlah diorang tanggung. kita claim nanti di akhirat.
kije basuh kete lah best , tak RIBA. cukup makan…..kais pagi makan tengahari kais malam makan pagi….ok kan …..
kawoh February 22, 2012 at 9:41 pm
BETUL LAH TU **ZAKI** KALAU UNTUMG TETAP PUN RIBA JUGA KAN …..MACAM SARAAN 1MALAYSIA TUUUUUUU……TAPI ANGGAP JE BOLEH SEBAB TAK MENYALAHI UNDANG UNDANG BANK NEGARA …INII KAN ZAMAN xxx
Dunia hari,apabila wang diletakkan dihadapan inilah kesudahannya.Sebenarnya kita terlupa tentang iman.yang dah kaya nak kaya,yang miskin gila nak kaya.tapi kaya iman tak ada sapa nak ambik tau.wallahualam.Fikirlah mana yang terbaik keatas diri kita,sesuatu yang tak baik itu nescaya akan membawa kehancuran dalam hidup kita.tak ada manusia atas dunia pada zaman ni berniaga seperti Rasulullah.Banyak nak menyesatkan,kalau dapat ke diri dia sendiri tak apalah.perangai manusia.
kt sini org bincang pasal hukum fore..klau nkbg ceramah kt blog laen.
Sebetulnya tak ada Bank Islam. Itu cuma Bank yang dibawa oleh orang buat orang Melayu. Sebab itu tak de logik Bank Islam lebih buruk dari bank riba. Dia dapat modal dari bank riba, tambah kos jadi Bank Islam! Jadi kos lebih tinggi. Habis-habis orang bank islam marketing talk kita niat untuk masuk syurga. Mestilah mahal sikit..hahaha
Itu yang Persatuan Pengguna Islam komplen. Panel Bank Islam memanglah pertahan sistem gobrok mereka. Besuk masuk syurga biar mahal sikit.
Itulah Bank Islam hanya jenama. Syurga pun tak tentu tapi rugi pasti!
sebetulnye, islam ni memanglah mengharamkan riba tapi membolehkan proses jual beli. berdasarkan apa yang saya belajar, bank islam tu memang tiada unsur riba. riba ni hanya dilakukan apabila manusia meletakkan satu rate yang tidak menentu sehinggakan manusia sendiri tidak tahu berapa kadar sebenar. seperti di bank islam, kita cuma meletakkan fee dan selebihnya adalah profit rate. kite xkan katakannye mcm conventional, kaunter kafir tu yang ada BLR la ELR la, tu semua riba.
betol,,,antara nya kos pentadbiran,bank islam mengenakan fix rate interest kepada peminjam,,ptptn pon dr awal da diberitahu rate yg perlu dbyr??????…aku pon x fhm dgn sistem ni,nmpk mcm sama jer,,,cume istilah yg lain kot
“Saya menyeru kepada umat Islam supaya tidak perlu menyertainya perniagaan Forex ini sehingga sekarang ia adalah haram. Urus niaga perseorangan secara internet menerusi orang tengah ini adalah haram disebabkan dalam jual beli ini tidak ada kontrak secara jelas,” katanya ketika ditemui di sini.
aik .. ada tempoh masa pula.kajilah betul2 dulu sebelum keluar petua.
bincang dengan ulamak luar,bincang dengan broker forex
biar jelas . baru boleh keluar patua.
……………………………………………………………………………………………
“Beliau juga memberitahu, individu yang menyertainya juga boleh terdedah kepada untung dan rugi yang tidak menentu”
alasan ini tak dapat diterima langsong.untung rugi adalah perkara biasa dalam semua jenis perniagaan kalau kita tidak mahir kita akan rugi.
itu yang pelik tu, ada perniagaan yg konform untung ke? hahaha..
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan”
FOREX jugak la ni…”Foreign Exchange” adoyai kata bukan sebarang org. cuba gi Maybank ckp sy nak trade matawang, sama jaa..cuma split pips dia lain jer…haha..
Buka account FOREX, tak akan rugi satu sen pun, kalau tak trade laa…dan untung pun tarak juga. FAKTA tuh!
Part paling best:
“mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium”
DANG!
btw, im not a FOREX trader
hahahahaha aku pun pelik jugak,ada pakai “MENGHARUSKAN” pulak.tak kemas tu…,letak aje HARAM atau HALAL.tak ada was-was dah.ko guano?
Komen terbaaaiiiik
BETUL LAH TU **ZAKI** KALAU UNTUMG TETAP PUN RIBA JUGA KAN …..MACAM SARAAN 1MALAYSIA TUUUUUUU……TAPI ANGGAP JE BOLEH SEBAB TAK MENYALAHI UNDANG UNDANG BANK NEGARA …INII KAN ZAMAN xxx
majlis fatwa agen BSN ker???
macam nak promote BSN je ni…bank barisan nasional
itulah pasal kenapa haram FOREX tapi sijil premium BSN dan saham dibenarkan? flip flop betul diorang ni
dah kena bayo ker?
Benda dkt Malaysia ni kalau yang tak menguntungkan kerajaan semua nya haram. Main tikam nombor tak pulak diharamkan kerajaan. Tempat perjudian di Genting tak pulak haram sebab byr kerajaan 1 Billion.
Tikam ekor, perjudian di Genting, jual arak ke, tu semuanya untuk orang kafir. Hasil berbilion bilion kerajaan kutip tu digunakan untuk bina tokong, kuil dan sebagainya berkaitan untuk orang kafir. Tak kan duit rakyat nak disalurkan ke situ….faham.
ada pengasingan ke dalam hasil pendapatan negara????…. cuba jelaskan…. sertakan bukti sekali… tk…
The tax collected from Arak, Gambling and all other ‘Haram” activities are channeled into the govt’s consolidated fund and the govt uses this fund to pay salaries,buy medication etc. This was confirmed in the Dewan rakyat by Nazri himself. So it looks like some of the salaries received by Muslims may be ‘contaminated ‘ by funds from haram sources.
saha February 16, 2012 at 7:29 pm
Tikam ekor, perjudian di Genting, jual arak ke, tu semuanya untuk orang kafir. Hasil berbilion bilion kerajaan kutip tu digunakan untuk bina tokong, kuil dan sebagainya berkaitan untuk orang kafir. Tak kan duit rakyat nak disalurkan ke situ….faham.
SAHA DAH TOLONG ASINGKAN…DIA ISI TEMPAYAN LAIN LAIN DUIT JUDI TU KAH KAH KAH…LANTAK KAU LAH SAHHAAAAA..
pendapat awak betul…tapi betul secara fahaman awak la…tapi kalau awak pergi mendalami hukum hakam agama islam secara lebih mendalam…awak akan faham dipihak mana awak berada…saya tak boleh kata awak berada dimana…saya tak berhak menghukum….hanya awak yang boleh berkata awak berada dimana…pun begitu,sebelum berkata awak dimana…dalamilah hukum hakam sedalam dalamnya terlebih dahulu..
Kad Kredit Bank Islam tak pulak haram. Bayar ke tak tetap kena denda.
orang dah kata haram tu
ikut jela
takkan nak bagi makan bini dengan duit haram kot
aku ada kawan main forex, satu kerja tak jalan
kerja dok mengadap laptop dengan dia punya smartphone
aku punye suka le…..enkau apa kisah…..daripada makan rasuah
baik aku jadi trader forex….aku kayaaaaa
sedap ko jawab..nanti macam ni ke ko nak jawab dengan malaikat ALLAH..dah lame ustz zaharuddin bgtaw pasal forex ni..ko kire nampak untung je..dapat duit kasi anak bini makan..nanti bini main ngan bagla…anak maen ngan nepal..baru ko tepok dahi….duit tak berkat..haram = NERAKA
kalau hang punya suka…hang dah kaya…org tak heran pun…hang pun tak payah dok mai cerita kat dalam sini…
setuju pandangan bro tu! Yg nak dipertikaikan hukum Allah yang diperjelaskan oleh cerdik pandai yang belajar. Asal bab ‘pelaburan’ je termasuk la yg fav ASB, forex, MLM, org Melayu la juara dgn siap jd tokoh alim ulama lg walhal br je tgk sekerat youtube ustaz azhar idrus tp dh rasa super warak dan pandai.
Mcm ni lah, jgn dikutuk2 ulama2 tp makanlah harta2 tu kalau yakin. Apa2 pon yg bersoal dan berjawab di akhirat ialah awak dan Allah. Selamat mencuba!
aik….melalui penggurup wang dan bank boleh pulak
internet x boleh…pelik bin ajaib ni
Saham pun ada spekulasi jugak
banyak lagi benda haram, contohnya pinjaman peribadi terang2 haram isu riba bank dari dulu sampai la pun xdpt settle2 lagi
banyak yang aku tak puas hati dengan alasan orang majlis fatwa ni
Kalau ko tak puas hati ko teruskan la main forex ni…nanti ALLAH tanye ko jawab la ko xpuas ati ngan fatwa mufti..nanti ko leh masuk nerake..best woo untuk orang2 macam ko ni
mcm ni ke awk dakwah org?sy tk sokong awak atau yg lain..tp tgk yg objektif…awak lbih deserve msuk neraka sbb cara awk memutuskan seseorang dr rahmat Allah…walaupun pd hakikatnya awk lbih mulia dr mereka…tp sapa awk nk judge people?cnfem awk msu syurga?lum tntu…semua rhsia ALLAH cma kt hmba buat yg terbaik..nt nk dkwah org baik2 ckt or org akn lg prejudis terhadap Islam…kindly refer to dr MAZA video related to this hukum kembalilah or taubatlah ap sy pun da lupe..nt jgn hukum dr maza lak…tgk ap yg dsampaikan bkn pd org lain,rsau sy pd org suka hukum2 ni…nt wahabi la bidah lah ap lah…bak kt Saidina Ali…ikut pd nsihat seseorang bkn pd orgnye…lbih krg gtu r,wslam..sori lau terasa..
SALAM….i love hudud,cm ni ke awk nk dkwah org?sy tk skong sp2 pun..cme lht dr sgi objetifnya…awk tahu tk awk lg berdosa…tau sbb pe?sbb awak menyebabkan org berputus asa dr rahmat ALLAH..walaupun mgkin awk lg mulia dan warak dr mereka,tp itu bkn satu tkt utk awak nk hkum org ssuka hati,guna lah bhasa lembut ckt..kate i love hudud,mcm ni ke skp org love hdud?sorry to say care awk mmbuatkan org2 yg skit lbih sakit,yg perlu dpujuk lari bertempiaran..bkn ni care berdakwah,kindly refer tu dr MAZA,tjuk pe nth vdeony “bertaubatlah” or “kembali” n sama wktu dgnnya…nt jgn hkum dr maza lak ckp wahabi ke bidah ke,rsau sy kt org ske mghukum ni…bak kt Saidina Ali,lht pd ap yg dnasihat,bkn pd penasihat”..lau nk sy bley gak kuar ayt Quran sy pun gradute dr IIUM..tau la gak,bkn nk bangga ke ap ke sy bkn jnis org mcm tu tp pd sstgh org kt prlu tnjuk bangge…sbb nt dihukum truk msk neraka plak kan…mntk maaf lau terasa tp sy tgur utk kbaikan gak,kt seISLAM kan..amek positif..May Allah Bless U…wslm.
saya setuju dengan muslimah, taux sebenarnya kite xnampak atau kenal dgn iLovehudud ni, sekarang ni dan kekadang orang yang tengah lalok, lagi pandai cakap, macam2 fatwa diorang leh keluarkan, xcaya?, jengah2 dan dengar2 kaki lalok ni bersembang, lagi2 masa yg tengah kena gam.
orang dah keluarkan fatwa lagi mahu bantah. cakap siapa lagi nak dengar?.
bila ulama’ kuarkn fatwa bukan main ikut sedap mulut…. tentu diorg pun duduk berbincang dan ade penasihat yg arif dalam bab perniagaan. Bila org alim ulama’ nasihat xnk dgr pulak….. berani buat berani tanggung la. err… siapa sbenornye yg jd ulama’ ni?
Betul tu. Orang Melayu telah terperangkap dengan nama Majlis Fatwa yang banyak menimbulkan masaalah kepada bangsa Melayu. Umpama yang paling kejam adalah anak2 Melayu yang tidak boleh dibin kepada bapa. Kononnya Majlis Fatwa kata tak boleh. Maka adalah bahlol di Jabatan Pendaftaran yang fanatik ugama mengharamkan anak2 melayu jadi haru biru keluarga melayu.\
Walhal, ugama itu hak Sultan bukan Jabatan Pendaftaran atau Majlis Fatwa. Mereka hanya makan gaji bagi pendapat. Terpulang kepada Sultan untuk menerima.
Ini tidak anak2 yang tidak berdosa di tuduh anak zina anak tak cukup taraf.. memang biol dia orangni..forex pun haram, tapi CIMB tak haram,
Poco poco haram, AJL tak haram pula. Ahli Majlis Fatwa jangan tunjuk pandai la. Jangan salah guna kuasa. Kita ada Parlimen buat undang-undang bukan Majlis Fatwa.
erm..kenapa x menghormati pandangan ulama’??? dh rasa diri tu hebat sngt??
sapa bgtau depa ni ulama?dah berapa kitab depa dah karang?
ulamak konon,ulaq dalam semak ada la..puiii
ni org2 yg ada kepentingan.kalau nk bodek kerajaan,yg haram pun harus.sbb kerajaan tak boleh sapu cukai,terus jd haram..
awat x tegur sultan bini sultan x tutup aurat?
ulamak?
piiiirrrahh
Macam la ko tau mereka tu tegur ke xtegur sultan.
kalau tegur tapi xmau ikut nak kata apa lagi,berdoa la semua hati beliau terbuka nak tutp aurat,bukan ko yg tggung dosa sultan tu.Sedangkan ada juga isteri para Nabi yang xikut ajaran beliau,tapi tu bukan alasan untuk tidak taat pada pemimpin.kalau macam tu xpyh taat la atas sebab bini xtutup aurat?apa punya fahaman la macam tu.Taat pada pemimpin tgk apa yang dia cakap,bukan tgk bini dia tutup aurat ke tak baru nak taat.Ha kan dah melencong kot lain dari topik.
BENDA DAH BEKARUN BARU NAK KELUAR FATWA HARAM.PALAH PAK AJI PAK AJI SEMUA,,,AMBIL ACTION LAH AWAL AWAL,NI DUIT DAH BEKARUNG BARU NAK KATA HARAM.HABIS NI DUIT SATU BILIK NAK BUAT APA,NAK BUANG ,BAKAR ATAU SEDEKAH KAT KERAJAAN.KE KERAJAAN NAK CONQUER KE KE KE KE.BEWARE OF FREEMASON HIDDEN PLANNING.BEWARE OF FREEMASON HIDDEN PLANNING.BEWARE OF FREEMASON HIDDEN PLANNING.BEWARE OF FREEMASON HIDDEN PLANNING.BEWARE OF FREEMASON HIDDEN PLANNING.BEWARE OF FREEMASON HIDDEN PLANNING.BEWARE OF FREEMASON HIDDEN PLANNING.WHY??FREEMASON MAKE A HIDDEN PLANNING,BECAUSE THEY ALL COWARD.
betul tu. masalahnya penyakit maen forex ni
sama macam orang tahik judi.
Dah untung ribu2 pun tanak stop
lagi mau maen, sekali lingkup tepuk dahi
aku kena banyak kali dah
pastu mula maen lagi konon nak balas dendam kat forex currency pair tu
haha. last sekali…aku amik untung sket je then tobat
takmo maen forex dah ilmu forex tinggi sekalipun
ttp kalah dengan spekulasi matawang. Boleh nak main…tapi nafsu kena control..
saja nak share pengalaman
lepas ni bank islam boleh buat forex ala-ala islam
diorang kan pakar bendaalah mcm ni
pusing-pusing istilah supaya jadi bunyi macam Islam
dah halalan tayiban
kat malaysia ni memang lembap kuarkan statement pasal ni. dah berpa lama isu ni, skrg baru nak kuarkan fatwa. dah brp ramai org islam terjebak benda ni. senang ikut je la SC( suruhanjaya sekuriti). kat sana bleh tgk pelaburan yang syariah compliant atau tak. lebih up to date dan tegas ikut hukum syariah. cari la ilmu dan hukum sblum melabur kat mana2. InsyaAllah rezeki kite lbih diberkati. yg dah terjebak tu, tanye la ustaz yg pandai ekonomi mcm mana dgn duit tu. jgn takut dlm mencari kebenaran. InsyaAllah murah rezeki
Sebabtu kena cari ilmu….orang dah lama tau forex ini haram….bacalah blog ustaz zaharuddin,jgn beri komen tanpa ilmu,klao dah pasti baru cakap,bab kewangan islam ni luas….cari ilmu pelan2,esok depan allah alasan tak tau tak diterima sebab zaman kita ilmu boleh di cari di hujung jari.kita mulakan dgn tinggalkan hutang riba dan tukar ke hutang islamik….bank mane ikut suka,bayar zakat pendapatan dan zakat simpanan….masih ingatkan rukun islam yang kelima bayar zakat…..tu pun klao rukun yang kedua buat i.e solat 5 waktu…tp klao tu pun berat….beratlah nak bayar zakat,beratlah nak tinggal riba,beratlah nk tinggal duit haram….INGAT! HARTA KITA ADALAH HARTA YANG KITA GUNA,YANG KITA SIMPAN,YANG KITA PAKAI SEMUA AKAN KITA TINGGALKAN di dunia fana ini….sikitkan harta kita
Ntah org dah kaya dan taraf idup baik juga sejak main forex ni..bulan2 withdraw 1k ke atas dgn modal rm55..15 dollar.mane nak dpt.janji x kacau org n mainla dgn bhemah..org tamak slalu untung zamanni..
untung dunia jew..ko nak ke makan duit haram..memang pasal duit manusia sanggup jual agama..dah kata haram..ko cari la duit care lain plak
kalau FOREX haram..macam mane kalau trade GOLD gune platform yg same pulak??
Disebabkan NILA setitik, ROSAK susu sebelanga.
Jgn kita cepat MELATAH, selidik dahulu mengapa ianya HARAM.
sdgkan dlm AL QURAN mengharuskan perniagaan wang..
Jgn hanya duduk dan menanti jawapan, cuba lah sesekali mengkaji mengapa ianya HARAM.
Jabatan Mufti dan Fatwa dah kaji dan selikdik la tu. kalau ko rase ko islam, ko tobat kala kalau ade termakan duit dari forex ni..jagan sebab duit je pakat nak pertikai fatwa. Nape xle terima ke kalau fatwa tu ade terkene kat btang hidung sendiri ? Tobat la, ALLAH sentiasa menunggu taubat hambanya
sabar ya..
cuma ingin tahu,
mengapa ianya diHARAMkan..
tp DIBOLEHkan pula sekiranya dibuat di BANK..
ASB pula diharuskan..
mengapa perlu ad mcm ni..
sekiranya HARAM, HARAM kan la kesemuanya..
tidak menimbulkan kekeliruan
ASB dah keluar fatwa pon kate haram. kalau ko nak bertanye..bukat kat sini la..bukak web ustaz zaharuddin..kat situ dah berkurun lame dah orang tanye dan dijawab kenape..ko je tak penah bace. Ini pasal HALAL & Haram..kene bertegas…
Ustaz Zaharuddin itu ustaz yang kata boss kita macam tuhan tu ke? menyekutukan tuhan lebih besaq dosa dari main forex. Ustaz Zaharuddin tu dosa syiriknya tak akan diampun oleh tuhan hehehe.
Nak dengar cakap zaharuddin lagi? Dia sendiri tak faham ugama.
Jangan nak buka mazhab Zaharudin kat sinilah.
hukum Forex haram itu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dalam kajian dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua. Yang berada dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini pun bukannya sebarangan orang. Kalangan ulama dan yang ada pengetahuan tinggi dalam ilmu agama.
kesimpulanNya,
ap yang tertulis di dlm AL QURAN itu TIDAK BENAR ke ILUVHUDUD & MR. ANON
mohon maaf ats segalanya =)
adoi..ko bace Quran ? dalam sebaris tu ko bace..bape % ko paham ? kalau takat bace translation tu tak payah nak kecoh la.. terjemahan ni..dalam sepotong ayat tu ade hadith yng memperincikannye..bagi aku ayat mane ko kate berniaga matawang tu harus ?… aku ni xde la paham sangat Al-Quran..tapi bila orang lebih paham dan arif bagi fatwa..aku ikot je la..semoga kita semu terlepas dari Seksa api neraka
bila dh dunia tanpa batasan ni mmg byk lahirkan org2 yg ‘mencari kebenaran’ ikut pikir sedap die dan apa yg dia buat die rasa die btul. Saya pn bukan mahir sgt dalam bab agama ni tp seeloknya bila kita membaca mana2 kitab pn mestilah berguru supaya ilmu itu dibimbing oleh org yg arif dlm hal tersebut. jgn main buat kesimpulan je.
nk ‘mencari kebenaran’ pun x perlu ckp ikut sedap mulut er ko ni….. guna la akal sblm berkata2. pi la rujuk org agama yg mahir dlm ekonomi/perniagaan. kalau dh malas sgt pi google kt blog2 ekonomi islam yg bincang pasal forex.
assalam, Anonymous
knp begitu EMOSI?
sy bukan org y bergitu BODOH untuk mngambil kputusan sbegitu, sy merujuk pd y lebih arif..
sy xfaham dan sya tnya.. tidak kah anda nampak tanda soal di situ.
FOREX mempunyai banyak jenis nya.. sbb 2 sya tnya..
jgn dikawal olh EMOSI, krana kita akn dipandu olh syaitan..
mohon maaf ats kkasaran,
kita kan org ISLAM, dan kita nie BERADAP,
ad cra nak tegur kesalahan org, bkn sembur saja..
sya hanya manusia biasa..
sabar sahabat..jgn main2 dgn Al Quran..jgn langsung pertikaikan apa terkandung di dlmnya..
Bila alim ulama dh bermuafakat mengatakan ia haram kita yang kerdil kena la ikut…mereka bukan sehari dua mengkaji hukum hakam dalam agama ni..
mohon maaf ats keterlanjuran…
dibawa EMOSI..
maaf
@Aris ko orang kerdil ye?.. sorry..
ada persatuan untuk orang2 kerdil yang memperjuangkan hak mereka seperti punat lif yang lebih rendah, kerusi kaki pendek dll… \\jangan putus asa hanya kerana anda kerdil
yg sy faham… hukumnya ada harus dan haram… pengurup wang dan bank diharuskan… yg melibatkan riba, spekulasi dan keraguan diharamkan…
AKu pun dah lama rasa Forex ni haram
sebabnya dia bukan base jual beli dan bukan barang dengan nilai
aku pelik, melayu2 je ker yang kecoh pasal forex ni
memang mulayu ni kerja nak cepat kaya
cara mudah tak payah keje…patutlah rami cina2 ni marah
ingat sinang ke…main forex ni bro….kalu x ade modal pi jalan dah….kalu ade modal……semua kena tengok….yg penting kesabaran….x tamak…..kalu target 100 pips sehari….dah dpt tutup pc…sambung esok…..BUKAN SENANG NAK BERJAYA DALAM DUNIA FOREX NI ……
lepas ni tutup terus la PC KO tu..mufti dah kata haram tu..dan setiap yang haram tu NERAKA lah tempatnye…
bawala forex kau tu masuk kubur…mudah mudahan boleh menjadi pendinding seksa kubur nanti..hahahaha
Ala dengkila tu xde modal nak join forex
aa aah setuju dgn bro biol tarkek biol di atas ni…
mmg kami semua yg x suka forex ni DENGKI amat sgt sbb korang penuhkan perut sendiri dan keluarga dgn harta yg disahkan para ulama’ yg belajar lama dan mendalam, sebagai tidak halal. Ye kami SANGAT DENGKI la tgk korang kaya raya dgn harta sedemikian.
Cukuplah tu sumer dh jumpa pangkal jalan, jom sama2 kita berjalan walaupun susah atau senang, kita sama2 selamat nnt insya Allah.
org macam dia ni seumpama ‘aku aku ngko ngko lah… kubor laen2′. ingatla sedara…. pintu taubat masih terbuka…. lom terlambat lg
iya ker forex ni riba..? cuba korang deposit kat forex tapi korang tak trade ada dapat faedah ker?
kita kena niagakan matawang tu baru lah dapat untung atau rugi … kalau korang berniaga nasi lemak modal rm20… tapi hari tu tak banyak laku kurang dari modal yang korang keluarkan rugikan …tapi kalau jual habis baru dapat untung kan …cam tu gak lah forex ko trade ada masa untung ada masa rugi ….
masalah nya kerajaan nak korang jahanamkan duit korang kat saham ASAS , ASNITA yang dah bungkus tu sbb kerajaan tak dapat faedah .? banyak hukum2 mufti2 lita tak keluarkan bila ianya melibatkan pemerintah….betul kan???
Ni la bila bercakap tak pakai ilmu.Jangan kata forex je,banyak sistem pekerjaan kat atas muka bumi ni terlibat dengan riba bagai.Paham tak? Contoh yang kerja bank sebagai kerani pon hasil haram.Kenapa?Sebab terlibat dengan urusan riba.Sudah2la nak gaduh kata forex haram ke apa,pikir kita halal ke gaji kita?
Kan khutbah terakhir Rasulullah menekamkan tentang haramnya makan hasil riba.Cuba g belajar balik apa itu riba,jangan dok cari salah kerajaan je baca blog ni.
Ingat sekarang sistem apa kita pakai kat dunia sekarang,sistem Islam,atau sistem yahudi?
Sejak sistem pemerintahan sekular diterapkan, riba sudah menjadi teras ekonomi dalam sesebuah negara. Para pemimpin sekular ini menerapkan sistem riba tanpa rasa berdosa dan takut kepada Allah sedikit pun. Sebahagian besar umat Islam juga terlibat dengan riba tanpa sedikit pun merasa bersalah dengan keharaman yang mereka lakukan, seolah-olah riba ini suatu yang halal dan sah-sah sahaja untuk diambil. Mereka langsung tidak menghiraukan ancaman Allah di dalam Al-Quran dan ancaman Rasul tentang seksa dan azab yang pedih yang akan mereka terima atas muamalat riba yang mereka masuki, malah mereka senantiasa mencari dalih untuk mengatakan perbuatan mereka adalah halal!
cuba buka akaun live forex dari insta trader, ada dua akaun yg ditawarkan iaitu swap (riba untuk bukan Islam dan akaun Islamik untuk orang Islam iaiitu tanpa riba
i baru nk berjinak2 dalam porex..
waduh2..kok trade emas lagik bagus..
kan main ramai lagi yg buat forex dalam ni.. bila fatwa kata haram marahkan ulama2 yg keluarkan fatwa.!!
Bila mata lebih memandangkan dunia@duit… Agama sanggup digadaikan..
setuju bro… rasanya yg salah kaki forek biol bknnya ulama. Wahai org Melayu Islam, sudah terang lagi bersuluh, cukuplah dgn polemik. Setakat dgr n tgk utube ustaz azhar atau ustaz kazim (itupun skip2) x yah melalak mcm tahu apa yg dikata. Wahai org Melayu Islam x perlu la kutuk2 ulama2 yg mendalam belajar dlm bahasa Arab lg mengenai Islam. Kita x tahu ucaplah terima kasih sbb ada org sudi kaji dan selamatkan kita. Cukuplah Melayu ASB, Melayu MLM, Melayu FOrex, Melayu Hibur Libur Santai Relax, Cukuplah Melayu Polemik…
Org main forez pun semayang lima waktu sehari semalam bro..sbb forex bjaga subuh dah tgk graxmain forex.silap2 pkul 9 bru bgn..
kedai no ramalan di malaysia,magnum toto,da ma cai agensi no ramalan yang berlesen,dikenakan cukai oleh kerajaan…dan hasil cukai adalah datang dari duit yang haram….orang malaysia dapat subsidi itu dan ini campur x dengan duit cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada agensi no ramalan tersebut????sama mcm genting??? sedar atau tidak benda ini..haram atau x??kalau haram???
pelik sangat…..
mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN)…..faedah tetap yang ditawarkan diharuskan
untung rugi tidak menentu…sememangnya nama perniagaan
perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam……alasan yang xjelas
maaf laaa kita xmenentang ulama tapi bagi penjelasan biar jelas….yang haru bila penjelasan diberi oleh ulaar dalam semak…yang baru kenal kitab pun terus melompat…….yang jelas haram diharuskan nie mcmana??????bagi lah fatwa….bagi lah teguran…berani lah…bukan lakukan KERANA dengan KERANA
Harap Majlis Fatwa boleh membuat laporan tentang penyelidikan menyeluruh terhadap pengharaman perdagangan mata wang:-
1. Apakah ada Majlis berbincang dengan menyeluruh dan jujur bersama pehak2 broker matawang yang dimaksudkan? Pehak2 broker berlesen didalam Negara atau sesebuah Negara yang dimaksudkan ialah broker yang telah mengamalkan undang-undang berpandukan hukum Islam dan pehak2 broker yang belum mengamalkan undang-undang hukum Islam.
2. Jika ada, bila, dimana dan berapa kali kah perjumpaan atau mesyuarat itu berlaku?
3. Adakah Majlis mengetahui adanya kontrak2 yang perlu ditanda-tangani diantara pehak broker dan individu dan pengguna?
4. Apakah kemusykilan2 dan tindak-balas yang telah diperolehi dan bertulis yang jujur dan terbuka daripada mesyuarat2 tersebut diatas?
5. Dalam nilai2 murni Majlis, apakah ada bahan2 bukti yang jujur dan terbuka dan persetujuan diantara kedua-dua belah pehak Majlis dan pehak broker matawang diatas supaya kedua2 belah pehak memahami semua agenda2 yang dikemukakan didalam mesyuarat tersebut? Sila senaraikan nama2 broker tersebut.
6. Apakah Majlis telah membuat penyelidikan dengan pehak broker yang berlesen dalam Negara dan negara-negara luar yang telah bekerja-keras untuk memenuhi undang-undang Islam dan hukum? Berikut ialah senarai broker-broker mata-wang yang dimaksudkan.
http://www.100forexbrokers.com/rollover-swap-free-accounts
7. Apakah Majlis telah berbincang dengan membuat sampling dengan orang2 awam yang telah mengikuti perniagaan mata-wang sejak sekian lama?
8. Apakah Majlis mengetahui bahawa perniagaan mata-wang adalah satu bidang ilmu dan seni perniagaan yang terbaharu dan bukannya seperti adanya unsur2 perniagaan Genting casino? Bolehkah perniagaan mata-wang dianggap Ijtihad?
9. Ada dua unsur manusia dalam perdagangan mata-wang. 1. Manusia yang mengamalkan ilmu teknikal dan asas. 2. Manusia yang mengamalkan judi dan tidak berilmu.
10. Apakah ada individu2 atau cawangan2 atau jabatan2 tertentu dalam Majlis sendiri yang sudah lama mendalami penuh dengan suasana ilmu perdagangan mata-wang?
11. Bercakap tentang Genting Casino, apakah Majlis juga akan mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan Genting casino diNegara Islam ini? Apakah Majlis telah membuat penyelidikan menyeluruh kemanakah wang yang telah diterima Kerajaan melalui perniagaan Genting Casino terbesar itu digunakan selama ini? Bolehkan Negara Islam mengunakan perdagangan wang Haram itu?
12. Apakah Majlis akan mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perniagaan kelab-kelab malam, 4D, loteri, perniagaan stock, bonds Kerajaan, minuman-keras, korupsi, gameshow-Where the money drop? dan lain2 perniagaan yang berunsurkan keseronokan anak2 muda yang telah berabad-abad terjerumus kedalam kancah kehancuran moral dan akhlak diNegara Islam ini? Apakah Majlis akan membiarkan ini berlaku buat berabad-abad lagi daripada mengeluarkan fatwa perdagangan mata-wang yang tiada unsur2 kehancuran bahkan Ilmu? Apakah tindakan yang akan diambil oleh Majlis bagi perkara2 tersebut diatas?
13. Daripada fatwa pengharaman perdagangan mata-wang, apakah boleh Majlis membuat syarat2 yang positif supaya umat Islam diNegara Islam ini dibolehkan mengikuti perdagangan mata-wang dengan berpandukan bagi menepati hukum syarak, yakni 1. Perniagaan mata-wang bebas riba. 2. Perdagangan mata-wang ada dua cara operasi; agensi pasaran (pengendali tidak mengamalkan spekulasi, bebas riba, konsep Islam cara Mudharabah); dan pembuat pasaran (pengendali mengamalkan spekulasi dan riba). 3. Perniaga2 mata-wang (termasuk Bank2, institusi kewangan diNegara ini) yang diawasi oleh Majlis berpandukan hukum yang diiktiraf Majlis. 4. Individu2 dan Pedagangan mata-wang yang berasas, berilmu dan berpengetahuan. dan 5. Jika pedagang2 mata-wang telah membuat pelan-tindakan dan memenuhi syarat2 tertentu yang sebelum ini menjadi kemusykilan Majlis, adakah perdagangan itu boleh ditukar daripada haram ke halal sepenuhnya? 5. Majlis untuk mengeluarkan label “halal” perniagaan mata-wang sesebuah badan perniagaan mata-wang melalui online (dan individu berilmu!) yang berdaftar dan diawasi sama seperti pengeluaran kehalalan sesuatu perniagaan makanan, bahan solek dan lain laim lagi.
Hidup Ilmu, hiduplah Negara Islam. Membiarkan judi, perdagangan minuman keras, riba, kelab malam, 4-D, loteri, pelacuran, korupsi, hancur dan laknatlah Negara Islam.
Semoga Allah memberkati Majlis.
hasil keuntungan pelaburan diragui, itu sebabnya forex diharamkan… apa yang dijual dan diniagakan sehinggakan memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa singkat? mungkin dadah, arak atau pun mungkin babi(sekali beranak 7-8 ekor beb)… kau orang ingat ulama-ulama ni suka-suka ke nak keluarkan fatwa? tapi kalau kau orang masih nak teruskan, silakan… sekurang-kurangnya para ulama tak ikut tanggung dosa kau orang
boleh x Majlis hebahkan dalam berita,surat khabar secara terperinci yg menyebabkan jatuh nya Hukum tersebut? Ataupun dalil2 yg bersesuaian..
Maaf la sy bukannya kata tidak setuju atau setuju ataupun menghentam mn2 pihak..
tetapi, jika Majlis benar2 ikhlas dalam suarakn Fatwa.. kenapa tidak cuba buat 1 senarai yg bole memberikan
keyakinan pada semua rakyat malaysia?
Bagi sy Majlis tidak boleh membuat 1 kenyataan hanya dengan 1 muka surat, surat khabar sahaja..
dan tajuknya “Forex Haram”
jelas benda ini bukan 1 isu kecik kerna membabitkan Faktor
Halal – Haram..
Majlis tidak boleh lepas tangan atau cuba membisu bila di mintak untuk memberikan penjelasan, dari soalan2 yg datangnya dari org Islam sendiri..
ada perkara-perkara yang tidak boleh dihebahkan secara terbuka perinciannya memandangkan negara kita ini rakyatnya berbilang kaum… dalam pada kita menambah baik akidah umat islam, kita juga terpaksa menjaga keharmonian yang ada… majlis fatwa menyatakan forex haram, namun begitu jika kamu merasakan ianya tidak, terpulanglah… tepuk dada tanya iman, kubur masing-masing… banyak kedai nombor ekor yang dikujungi oleh orang islam, haram ke halal? nak kaya cepatlah katakan… pusat-pusat hiburan dan perjudian dibenarkan dibuka dinegara kit
pusat-pusat hiburan dan perjudian dibenarkan dibuka dinegara kita adalah dengan tujuan untuk memuaskan dan menjaga hati kaum lain… yang orang melayu(islam) ikut pergi ke situ kenapa? kan kita diberi akal… gunakanlah untuk berfikir… janganlah asyik nak menyalahkan orang lain akibat dari perbuatan kita sendiri
Ya kan. Nasib baik ada cina, arab dapat lah juga kita orang Melayu tumpang sekaki.
Kalau ikut arab zaman batu tak de can la nak melalak kat karaoke dengan butterfly.
Orang Arab pun dah lari ke bukit bintang.
Ko orang berzikir jelah..
Ko ni lembab. Apa hal jadah ko nak tanya semua benda ni kat Majlis Fatwa? Ko ingat diaorang pandai. Itu Asri tu dulu ahli dah kena pecat. tu orang tua Harusani tu poco-poco haram kata dia.
Dia orang bukan kena undi. Dia orang kakitangan kerajaan makan gaji.
Jadi sekali-kali tunjuk pandai lah. tak de fungsi lagi di zaman moden ni. Dah lah ada Dewan Undangan Negeri, Parlimen, Dewan Rakyat ni ada lagi orang nak buat undang-undang..geleng..
macam kenal je soalan di dari siapa.. hihi..
Adalah beli emas lagi bagus pastu simpan bertahun-tahun pastu jual..perghhh..masyukk..huhuhuhu
setuju.. emas adalah wang sebenar.
mmg nampak bebenar ada keraguan fatwa di atas…dalam mengharamkan sesuatu sempat juga mengharuskan yg lain…dalam masa yg sama isu pelaburan yg belum tau status halal n haram telah pun diharuskan….contoh ASB….sblm nak kuarkan sesuatu fatwa rasanya selesaikan la satu masalah satu persatu2 barula ianya jelas tambahan lg mau menggalakkan umat islam malaysia membuat pelaburan tempatan….dan melalui fatwa terbaru di atas juga nmpk ada kepentingan politik di situ…..itu hanya pandangan dari sy yg cetek ilmu…tima kasih….
Apa???? Forex haram ka???!!!
Pakai la Kotex
Dijamin Halal
ulama indonesia kata forex xharam..mcm mane 2?
tu yg masalahnya…..tiada kesepakatan antara ulama sejagat dalam bnyak hal walhal islam tu agama sejagat
Forex …emm sabar ajalah..seperti ada agenda tersembunyi
Kat sini bukan tempat utk bertanya kenapa itu halal,ini haram,kenapa kerajaan tak declare yang sana haram…..sebab disni bukanlah platform intelektual……macam judi kasino mmg haram……org hulu tak sekolah pun tau takyah bgtau,no ekor pn haram satu negara pun tau…..ASB pun haram klau ikut majlis syariah bank negara(buat kajian sikit di blog2 kewangan islam yg sanih)…..baca juga macam mane satu forex yang haram tp nk pastikankan mne satu yg tak haram susah sebab kebanyakkan benda pada forex itu tak clear prosesnya…IQRAK……bismirabbibikalazihallaq
Betoi tu.. Banyak sangat orang yang suka Komen bodoh kalau pasal halal haram ni… langsung xnak kaji, & berfikir…
Baik haramkan duit fiat je sebab ada juga spekulasi… Duit fiat tidak bersandarkan kepada apa-apa… Baik kembali ke sistem duit zaman rasulullah xnak pulak di jadikan isu…
Haram tetap haram,,,,cuma nak tahu apa beza ASB dan BSN? bole sesiapa terangkan? TQ.
Kalau dah kata haram tu haram ler.. Dah mati sok takde peluang kedua.. takde dah nak bagi alasan…
ssh klu jmpe ngan org xreti2 nk fhm…tu la kecik xnak belajo,beso2 da jdi la cmni..hukum haram pon nk dip,tikai lgi…pela korg ni..
kita ni bukannya ada ilmu macam majlis fatwa…ilmu agama kita tak tinggi..jd tak perlu lah nak membantah sangat.
bukan ilmu bunga oiiii….tu akal…..sebab tu xsempurna..ilmu milik HAK…sebabb tu dikatakan luas
yang bunga tu mangkuk…yang mansor rejab tu hayun…elokla jadila mangkuk hayun…aku ni tukang hayun ja…sori laa…jgn marah….gurau jaa…saja syoq syoq cakap…jgn marah naa….
Majlis fatwa pon bukan bleh pakai terus fatwa deme,tgk la bab bank susu hari tu,fatwanya haram,walhal kalau diperhalusi lagi,ianya adalah sgt perlu dan boleh dihalalkan sperti yg disebut oleh Ust Zaharuddin…
Ustaz Zahiruddin tu maksum ke?
Majlis fatwa ni bukan pikir sorang2 kat kedai kopi.
Susah jugak bila dah taksub. Tak kesah la taksub pada pemimpin ke, mursyidul am ke, tok guru ke, Abuya ke, Najib ke, Ambiga ke, Anwar ke. Even taksub pada khalifah pun dah membuatkan islam berpecah.
manusia komen2 semua ni,pasti semuanya trader.kalau yang bukan trader pun komen mesti manusia yang busuk hatinya.Ada juga manusia yang cakap pasal halal haram tapi masih berhutang dgn bank yg ternyata menindas.haramnya riba kerana menindas.(kalau ada pinjaman kereta dan rumah tu.. saya sarankan bakar kesemuanya.jgn cakap dan tgur je pandai tapi
tak buat.(MUNAFIK).
Majlis Fatwa Kebangsaan membuat kenyataan tentang haramnya kita membuat urusniaga forex melalui internet. Kita akur dan kita kena pegang dengan apa yang difatwakan, tetapi boleh tak kerajaan mengambil langkah yang lebih bijak lagi dengan membuka sendiri syarikat urusniaga forex melalui internet dengan secara islam atau mengikut hukum syarak. Saya rasa mesti ada jalannya sedangkan kita boleh takafulkan insurans dan perban Islamkan bank di Malaysia. Forex trading adalah satu industry, apa salahnya kita buka sahaja di Malaysia dan tengoklah nanti bagaimana duit masuk dan kita tidaklah perlu risau wang kita pergi jauh kenegara orang — amalkan win win situation
INI ADALAH CONTOH BANGASAKU YANG AKAN MEMAJUKAN BANGSAKU, INI ADA CONTOH BANGSAKU YANG BER-AKAL..SYABAS BANGSAKU.
apa yg pelik, majlis fatwa dah halal SPBSN halal le. Jika salah ulama’ fatwa yg tanggong dosa pui.
orang forex memang bodoh tak boleh nak diajar
orang dah cakap haram pun tak faham2 lagi
suka sgt nak cari rezeki haram
salam sume..kepada sume owg forex berhati2 apabila nk komen…dengan menidakkan apa yang difatwakan itu boleh menyebabkan anda sume murtad..Nauzubillahiminzalik…sama sperti kamu menidakkan hudud..
X payah kecoh….siapa yg nak stop silakan….aku memang nekad nak teruskan…dah bertahun mcm susah nak berhenti mcm org yg merokok juga walau majlis fatwa Haramkan tapi masih ramai org Islam yg merokok, MENJUAL rokok dan Kerajaan kitapun masih kutip cukai dgn sykt Rokok (Cukai Arak, Judi dan perniagaan haram yg lain x kira lagi)…apakahhasil tersebut diasingkan bila nak byr gaji dan bagi BR1M ?
Dah Majlis Fatwa kata Haram, Haram la jadinya yang korang masih tak puas hati apesal…Orang2 Kat Majlis Fatwa tu semua bijak pandai tentang Agama.. dah tentulah diorang tahu yang mana halal dan yang mana haram… yang Korang ni belum Mati lagi dah Booking nak masuk Neraka apesal?
hahaha bleh ke hukum jd berat sbelah tutup bank dulu r bru leh sembang… halal haram mana bleh ada yg dikecuali..nak cukai ckp je brapa mau??kesian2
Kalau lain dari milik kerajaan umum haram tapi ASB,asn,Saham 1malaysia yang jelas haramnya tiada panel syariah…kenapa tak maklum kepada rakyat….majlis fatwa tanggung dosa rakyat ni…bukannya Najib..(dpt Komisen dosa je…)
“KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.” – pengurup wang dan forex tu kan perkara yg sama.. keduanya pun sistem perniagaan pertukaran wang.. kenapa satu harus dan yg satu lagi haram??.. Saya berpendapat.. tidak perlu kita pening2 dengan hukumnya.. kerana hukum kahwin pun boleh jadi harus… wajib dan haram.. sama juga la.. forex boleh jadi harus bila ia dalam pengurup wang dan bank.. tetapi menjadi haram bila dalam forex yg melibatkan riba.. spekulasi… keraguan.. jadi kepada mereka2 yg degil mahu juga berniaga forex.. elakkan la benda2 yg menjadikan ia jatuh haram… yg penting jgn tinggal solat…
dimana ribanya kalu bukak accnt non swap…spread itu keuntungan bersama yg dipersetujui oleh kita dengan broker…bnyak broker yg menerapkan konsep islam didlam contract mereka…jgn kerana kepentingan tertentu ilang mata pencarian orang…yang kata haram tu pernah main forex ker..tau ker apa itu forex ..atau sekadar bercakap tanpa ada sebarang ilmu tentang forex…bila mempelajari forex kita akan tahu apa yg berlaku kt dunia sekarang..perkembangan ekonomi…tidakkah itu satu ilmu…kuarkan hadis sahih tentang haram forex..zaharuddin.net dia pernah jd trader ker…ckp atas angin bila ditanya direct dlm blog mengapa diam..tidak cukupkah ilmu didada
Ulama tak arif bab forex tp pakar perihal agama. Trader2 pula ‘pakar’ bab forex tp sejauh mana arifnya dlm hal2 agama? Usah melatah & pertikai fatwa MFK. Kalau mahu teruskan silalah,tp jgn sesekali menuduh ulama dgn berbagainya. Muafakat ulama adalah sumber hukum yg disepakati. Tak usah pertikaikan hal2 lain seperti anak2 kecil. Mereka tak jahil utk halalkan yg secara jelasnya haram. Mmg judi & arak byk tp itu bukan utk org islam. Sekian.
(tambahan) fatwa diperlukan untuk hal2 yg tak jelas hukumnya. Yg dah jelas hukumnya seperti judi, arak, riba etc tak perlu fatwa lagi. Kalau majlis fatwa cakap arak itu halal sekalipun ia tetap haram sebab al-quran & hadis telah tetapkan arak itu haram. Sekian sekali lagi.
Baca sini hai bangsa2 ku. Forex di’haramkan’ oleh sebab kelemahan bangsa kita yang suka mencari jalan mudah untuk hidup senang. 80% dari kita mengalami kerugian yg teruk yg mana telah menjatuhkan bangsa dan negara. Pengaliran keluar matawang malaysia perlu dibendung untuk menjamin kesetabilan ekonomi negara kita. Bangsa kita bukan saja dibelasah oleh forex, tapi bermacam macam lagi skim ‘CEPAT KAYA’ yang diperkenalkan. SIAPA SALAH??? KERAJAAN ke, BN ke, Majlis Fatwa ke, PKR ke, PAS ke, DAP ke, BUKANN…..kita yang salah…kuasa, keputusan & perbuatan ditangan kita., kenapa dipersalahkan pihak lain bila kita kecewa dengan keputusan yg kita buat sendiri???Saya telah jumpa ramai sedara2 forex ni yang baca english pon tak pandai, tapi disebabkan oleh kelemahan yg enggan diterima, cuba perniagaan antarabangsa., manalah tak terlungkup harta yang ada. Tak kan kerajaan kita nak biarkan bangsa kita muflis. INI PENDIRIAN SAYA SENDIRI..saya “dgn izinNYA, mendapat pulangan purata 1k usd sehari dari forex, separuh darinya, saya gunakan untuk membantu mereka2 yg saya rasa memerlukan. Seandainya apa yang saya buat selama ini di’haramkan’ maka saya redha dan tanggung bagi semua pihak yg telah dan akan menerima bantuan dari saya melalui pulangan Forex ini, kerana saya tidak akan behenti dari apa yang saya lakukan kecuali ALLAH tidak mengizinkan..”Musuh kita adalah mereka yg paling dekat dgn kita, DIRI KITA SENDIRI”..cuma sebagai renungan bangsa2 ku. Terima kasih.
Majlis Fatwa kata HARAM, dia tak kata pulak kalau korang main gak forex tu kena potong tangan. Siapa nak main forex main je lah, kenapa nak suruh Majlis Fatwa kata halal gak? Mcm juga bank, memang jelas ada RIBA tapi kalau korang nak meribakan diri silakan je lah. Dosa sendiri tanggung kan? Mcm gak zina, sah2 HARAM ada gak orang buat. Dosa HARAM ni nanti jawap ngan Tuhan. Sendiri buat sendiri tanggung. Jangan kerja nak menyalahkan orang lain bila tidak mengikut RENTAK kita. Cuba bawak bertenang. Amik wuduq, buat solat sunat, kemudian solat taubat + solat Istiqarah. dari dok maki2 dalam ni pastu buat statement2 yang boleh memesongkan akhlak. tu lagi bahaya.
Saya bersetuju dgn komen tuan. Bangsaku yg berani.
setuju dgn pendapat di atas.
Salam. Tlg nyatakan ayat quran yg halalkan forex sbb ada yg ckp ada. Kalau ‘dihalalkan jual beli & diharamkan riba’ terlalu general & perlu penjelasan semula.
kan waktu mendaftar satu box danda yang islamic,,yang tu macammana?
Ternyata kebanyakan pengunjung2 sini juga cuma mengeluarkan komen2 yg mencerminkan issue kepentingan diri sendiri sahaja. Dari zaman Tuah sampai skrg. Hanya beberapa pengunjung yg memberi komen yg melambangkan perpaduan bangsa. Setiap site issue semasa yg saya surf, semuanya sama, tidak banyak pengetahuan yang dapat ditimba dari komen2 yg saya baca kerana kebanyakannya cuma pandangan yg mementingkan diri sendiri sahaja. NEGARA YANG SENANG DIJAJAH ADALAH NEGARA YG RAKYATNYA DARI BANGSA YANG TIDAK PANDAI BERFIKIR SENDIRI, TIDAK BERANI BERTANGGUNGGJAWAB, TIDAK BERANI DGN PERJUANGAN, TIDAK BERANI DGN PEGORBANAN..
Nak elak benda Haram di Malaysia memang cukup payah….Hutang kereta di Bank, pinjaman dgn Biro Angkasa, PTPN, pinjaman rumah…malah yg saya muskil lagi gaji yg kita dpt dari kerajaan Malaysia…hasil cukai rokok, judi, arak, bank perdagangan dan cukai sykt yg berdagang dgn Israel tu masuk juga dlm LHDN…
dari kenyataan diatas
Dahulu secara faktanya antara sebab ekonomi Malaysia pernah jatuh tahun 1997/1998 adalah tindakan kerajaan Malaysia bermain forex antarabangsa yang “duduk dalam sistem kapitalis” sehingga telah memberikan ruang kepada spekulator George Soros untuk sabotaj ekonomi Malaysia.
Selama itu , gaji yg kita dapat memang haramlah sebelum ini, bagaimana dengan cukai rokok arak dan judi kat genting tu, Mintak Aji2 kopiah kat atas tu jelaskan tentang pengharaman forex , selagi ada perdagangan selagi itu lag forex berjalan mcmne nak tau haram ke halal ke haram ke sbb forex ni melibatkan nilai mata wang, perlu penjelasan leih arif
terkejut baca komen2 kat cnie .. beginikah bangsaku, beginikah teman seagamaku … sampaikan pendapat ahli agama pun disanggah kerana bertentangan dengan pandangan peribadi ..
tumpang tnye, beza forex dengan dinar emas??
Rasulullah SAW bersabda: “Kelak pada akhir zaman akan ada pemimpin-pemimpin yang aniaya, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang curang dan ulama-ulama pendusta. Barangsiapa diantara kamu nanti yang sempat menemui zaman ini, maka hendaklah ia tidak menjadi pengurus pajak, kakitangan kerajaan dan anggota polis untuk membantu keburukan yang telah mereka lakukan.” (HR Thabrani)
assalam’alaikum
Dlu sy blajar di australia 2thn. Gi sana bwk duit ringgit tukarkan ke AUD$. Time tu AUD$1=RM2.5 je. Dah 2thn blajar, grad alhamdulillah, bwk blk mata wang AUD$. Skrg mata wang da jadi AUD$1=RM3.1. Tu haram ke? Bnyk gak duit lebih sy dpt. Terus terang sy ckp, sy xnmpk knapa haram, sbb klau haram mcm mana kita nk pi negara org? Tu pon namanya forex. Wallahualam
2 perkara berbeza bila anda tukar matawang utk tujuan lawatan dgn tukar matawang utk tujuan mengambil keuntungan dari perbezaan nilai semasa (forex). Setiap kali anda mendapat utg melalui perdagangan forex, di sana ada yg akan mengalami kerugian, bgitu jgk sblknya. wallahua’lam
Mencari pendapatan biarlah dengan cara yang halal.
saya ingin brtnya..forex dikatakn haram,jadi sya bhnti bermain.tpi apakah hukum sya mengambil modal sya kembali?adakah ia dibenarkn?
278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
[Al-Baqarah]
boleh ambil modal balik, sprti mana dalil di atas…wallahua’lam
ape susah..diorg kate FOREX HARAM..!! So, TRADE KOMODITI CFD & lain2 lar derr..Abs Citer..XPYH GADO2…TRADE GOLD lagi UNTUNG BESAR..!!
nape dh xboleh nk share ni?????
Lau nak halal main forex. Mgkin trader2 bole cari negara yg halalkan main forex. Jadi mgkin duit tu jadi halal. So ad option.
Nak kata BODO kang marah lak.. forex haram dalam hukum islam.. ni aku nak tanya kerajaan mesia ni amalkan hukum islam sepenuhnya ke? kenapa hukum islam yg terbesar skali iaitu HUKUM ALLAH (HUDUD) xdijalankan. cuba JAKIM adakan muzakarah pulak bincangkan isu ini..
Orang sekarang terlalu kejar dunia, x kira dh halal ke haram…kalau nk diikutkan banyak pekerjaan yang haram..contohnya bekerja di bank yg ada RIBA..tp perhatikan lar..berapa ramai org islam yg bekerja di bank??? Seolah-olah x peduli bersubahat dgn RIBA..begitu lar jugak dgn Pelakon(dedah aurat dan sentuh dgn bkn mahram) dan penyanyi wanita….semua dh x kisah halal atau haram..yg penting ada duit bulan2 boleh beli kereta, beli rumah dan sebagainya…sedangkan nanti segala duit kita akan dihitung di akhirat nanti..begitu jugak duit gaji kita tu lar yg kita suapkan pd anak2..dan mngkin beri pd ibu bapa di kampung( ayah dan ibu dapat duit yg haram dari kita)…
Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengeluarkan keputusan mengharamkan Forex trading saya masih berpegang kepada keputusan saya setahun yang lalu untuk teruskannya(nanti saya jelaskan kenapa) di samping itu kerana saya telah membuat penyelidikan menyeluruh merentasi benua termasuk Malaysia ketika itu bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum ALLAH swt sebelum memasuki bidang perniagaan ini.
Ada rakan kita yang komen terdahulu dari ini yang menyuruh kita rujuk pakar ekonomi islam seperti ustaz zaharudin pun saya dah periksa setahun yang lalu. Kata ustaz tersebut hukum trading ini macam ayam contohnya kalau kita sembelih halal dan jika kita makan yang tak di sembelih haram. Ini mirip keputusan Majlis Fatwa Indonesia . Saya musykil sekarang apabila MFK keluarkan fatwanya pandangan ustaz tersebut berpusing 180 darjah dan tanpa memeriksa kita masih terus mengelarnya pakar. Apakah keputusan pakar ibarat lalang dan hukum agama itu bertukar tukar?
Mungkin ramai antara pembaca sekalian adalah lepasan “U” dalam pelbagai bidang masing masing seperti law, accountancy, engineering, economy dll. Adakah selepas anda graduate anda boleh di panggil “pakar” walaupun anda melanjutkan pelajaran hingga keperingkat phd. Mungkin juga anda akan menjadi pakar tetapi selepas anda terlibat dalam bidang anda tersebut 30 tahun , 40 tahun atau lebih. Masalah besar orang orang kita sekarang bila ada ustaz baru balik dari al azhar kita dah panggil ulama’ baru kerja 5-10 tahun kita panggil pakar agama. Ya, kita boleh mendengar ulasan mereka tetapi kita juga perlu bersandarkan kepada al quran dan hadis serta akal pemikiran kita yang waras untuk menilainya.
Sebagai contoh bila ada orang yang meninggal kata ustaz sedekahkan fatihah kita pun ikut baca AL FATIHAH. Selama ini saya pun tidak pernah terlintas bahawa perkara tersebut di larang oleh Rasulullah s.a.w sehingga saya satu hari curiga dengan pendapat pendapat ustaz2 tentang beberapa perkara lain dan teringat perintah ALLAH dalam al quran yang menyeru kita supaya menggunakan akal yang di berinya . Cuba kita fahami ayat tersebut dalam terjemahannya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
Apa relevennya ayat tersebut dengan simati. Walhal ayat tersebut adalah permintaan kita jangan di sesatkan tetapi semakin kita sesat.
Pernah bertanya oleh Aisyah r.a kepada suaminya apakah perlu aku lakukan ketika melintasi kubur, Kata rasulullah s.a.w doakan mereka. Tak pernah nabi kata sedekah fatihah atau baca yassin. Kerana itu Pendita Zaaba juga pada tahun 30′an yang bukunya baru di beri izin untuk di cetak oleh DBP 2 tahun lalu yang berjudul kalau tak silap saya. “Perangai bergantung kepada amalan sendiri” menyelar pendapat ulama berkenaan kenduri tahlil dan membaca alquran kepada si mati. Yang lagi merisaukan saya berkenaan sikap ulama kita apabila mengetahui bahawa Imam Syafie serta syeikh Daud Patani ( yang bukunya menjadi rujukan sekolah sekolah pondok) juga berpendapat adalah makruh lagi HARAM bagi kita mengadakan majlis tersebut. Kenapakah fakta ini di sembunyikan? Jadi tak hairanlah kenapa fatwa ini di keluarkan dan kenapa ada perkara lain yang sah HARAM di abaikan. Sikap inilah yang menyebabkan masyarakat umum tertanya2 serta mempersoalkan reputasi MFK. Bila ada yang menegur di katakan kita wahabi, sampaikan apabila imam 1 masjidil Haram syeikh Abdul Rahman Sudais apabila beliau berlepas pulang sahaja dari lawatannya ke Malaysia tahun lepas, ada pegawai JAIS mengeluarkan kenyataan bahawa beliau (Syeikh ARS) sedang menyebarkan fahaman wahabi di sini. Inilah sikap kebanyakan ustaz ustaz kita, dia nak kita ikut agama ini berpandukan fahaman mereka.
Berbalik kepada isu Forex tidakkah MFK terfikir bahawa mereka telah mendahului negara negara Islam lain yang mengharuskan hukum currency trading ini seperti Indonesia, UAE, Kuwait dll. Kita nak jadi jaguh kononnya dalam sistem kewangan islam tetapi mereka yang pernah membuat pinjaman dengan bank islam rata2 pasti tidak puashati dengan “charges” yang di kenakan oleh bank tersebut. Contohnya saya sendiri yang ada meminjam RM 220k 11 tahun lalu, saya di kenakan bayaran rm 2,100 sebulan untuk pinjaman rumah saya. Apabila saya tak puashati setelah mengetahui bank komersial “kafir” hanya memerlukan saya membayar RM 1244 sebulan saya kata dengan pegawai bank tersebut baru baru ini saya nak buat full settlement mereka kata saya perlu bayar lagi RM 162k. Setelah saya bayar installment saya sejumlah RM 270k selama ini loan saya tersebut hanya di tolak RM 68k. Di tanya saya pulak Encik jangan buat loan dengan bank komersial ada interest itu riba’. Saya kata ambil untung berganda itu tak riba’ ke dan saya tak halalkan perbuatan tersebut. Pada mereka interest riba’ dan riba’ itu interest. Jika kita selidiki kenapa ALLAH dan RAsulnya isytihar perang keatas pengamal riba’ …. pada pendapat saya, maknanya lebih luas.Apa2 sahaja perkara yang tidak memuaskan hati mana mana pihak sehingga pihak yang tak berpuashati tersebut merasa dirinya tertipu itu adalah RIBA’.
Saya sarankan pembaca sekalian selain perintah nabi menjadikan Alquran dan hadis sebagai panduan supaya berfikirlah supaya kita dapat menentukan tafsiran Alquran dan hadis itu mengikut versi yang ALLAH dan Rasulnya kehendaki bukan versi “cerdik pandai”agama yang menafsirkan ayat2 Allah mengikut selera mereka. Akhirnya sebelum kita mengambil satu satu keputusan maka perlulah kita beristiharah. Sperti yang saya kata di awal perenggan kenapa saya meneruskan trading adalah kerana saya telah mohon petunjuk dari the highest authority. Kenapa perlu saya rujuk kepada pendapat lain.
Sebelum berundur saya ada satu soalan mengapa “Ah Chong” seorang yang sangat baik budi pekerti dengan orang tuanya dan dengan siapa sahaja, banyak menolong orang susaf, tidak juga pernah melakukan dosa dosa besar akhirnya di campakkan kedalam neraka sedangkan “Ahmad” dalam hidup ini perangainya seperti pelesit apa sahaja dosa kecil dan besar dia lakukan tetapi tidak pernah pula syirik kepada ALLAH tetapi di masukkan pula kedalam syurga. Soalan saya dimanakah letaknya keadilan ALLAH.
Sekian
erm.. ptptn tak haram…. sbb kadar 1% tu bukan bunga.. tetapi perkhidmatan mereka… igt depa wat sume tu free ka..?? hangpa dok fikir semua tu.. dah forex haram… HAram la… toksah dok langgar fatwa …… (_ _”)….
ermm…tp stahu sy, ujrah xleh dikenakan atas loan (yg melibatkan duit)..wallahualam
forex haram diputuskan Jabatan Fatwa Kebangsaan… Kalau haram kenapa ade syarikat2 broker tu bertapak dimalaysia… ade pejabat mereka di malaysia… saya ingin bertanyakan bebberapa soalan kat sini… siapa tahu bank2 yang ade kat malaysia nie buat keje ape sebenarnya… mana datangnya untung duit yang kita simpan tu…apa kah keje bank sebenarnya yang boleh bagi kita dividen setiap tahun…mana datang didviden tu… ???? kepada yang cerdik pandai kat dalam nie… cuba terangkan apakah makna riba….kalau diikutkan duit dividen yang kita dapat dari bank tu jugak riba.. sebab kita hanya simpan sahaja duit tu kat situ… kita tak berkerja untuk mendapatkan untung… apabila kita tak berkerja tup2 dapat untung itu bukankah riba namanya…bila dah dikeluarkan fatwa haram maka hendaklah ia ditunjukkan bukti2 yang kukuh dan sahih..supaya tidak menimbulkan syak wasangka pada orang lain… contohnyalah Babi tu haram untuk dimakan…kenapa dia haram sebab dah ade diperjelaskan dalam Al-quran… cuba kalau babi nie tak diperjelaskan dalam quran… halal ke haram yang akan diputuskan oleh Fatwa Kebangsaan malaysia… cuba tanya diri kita sendiri.. kenapa babi tu haram dan Allah masukkan dalam Al-Quran… sebab babi nie makan berbagai-bagai jenis makanan.. tak kira lah ape pun semuanya babi makan…dan kandungan daging babi nie memberbahayakan manusia… tetapi bila berlaku kehabisan makanan dan yang ade hanyalah babi… apakah hukumnya sekiranya kita makan babi tu… kalau kita tak makan ia akan memudaratkan kepada kita sebab dah tak ade makanan langsung pada masa tu… apakah hukumya haram,harus,makruh,atau wajib…hukumnya tak haram sekiranya kita makan babi tu…sebab kita dalam keadaan darurat..kalau kita tak makan kita akan mati… jadi keterangan ini sangat jelas… bukti2nya kukuh dan sahih… jadi tiada siapa yang boleh dipertikaikan hukumnya… macam jugak forex nie kenapa Jabatan Fatwa kebangsaan tidak perjelaskan dengan detail berserta bukti kesahihan yang benda nie haram… cuba perjelaskan kepada yang cerdik pandai yang ade dalam forex nie…
klu ssuatu tu xdpt untung kpda krjaan..pasti kene banned!!haram la..xsah la..ape la…ulamak byak..bkn msia shja..fatwa untuk agma islam..agama islam serata dunia..perbncangn dibuat dgn semua ulmak di dunia ke untuk SEBULAT SUARA meletakkan sesuatu hukum???jgn ckp laen ngra laen mazhab?mnrut ulmak,HUKUM haram,harus,makruh n sbgai nye di jatuhkan ats dr segi perbuatan..anjaing xhram..tp memegang anjing haram..satu dunia pham hukum ni HARAM..penjelasan kat cni SATU DUNIA…sy xmmihak mn2..cuma hukum yg d kluarkan hrus dperjelaskan lg…klu pngaruh org yg kluar ftwa ni dr poco2 mkn gji ngn krjaan..wa xboley ckp ape..hal ni tllu subjektif..
Salam,
Pendapat saya, ihklas dan tawakal kepada Allah adalah kunci untuk memahami ilmu dan mengamalkan yang benar dan halal.
Samada kita menyokong atau tidak, kejahilan dan keraguan kita adalah tanggungjawab kita untuk selesaikannya.
Jadi rajinlah belajar dari mengomel dan mengutuk. Belajar lah teknikal aspek isu ini. Belajar asas ekonomi, kewangan dan forex itu sendiri. Selapas tu belajar konsep asas hukum Islam tentang sumber hukum dan maqasid. Sekurang-kurangnya cuba faham konsep ‘illah’ dan ‘ maslahat’.
Keikhlasan dan ilmu takkan bersekongkol dengan kebodohan, sifat melatah, degil, tamak, takut dan kasar.
Kalau kita malas mengkaji baik ilmu teknikal atau hukum dan bernafsu besar untuk bermenang hujah, maka kita cenderung menjadi jaguh fitnah kepada masyarakat.
Jadi nasihat kepada rakan-rakan, sabar, belajar, belajar, kaji, analisa dan buat keputusan kerana Allah. Ini lebih baik dari berhujah tanpa ilmu dengan nafsu dan pemikiran selekeh.
Majlis Fatwa tidak maksum. Ustaz Al-Azhar tidak maksum. Memang hari ini akhir zaman banyak ulamak fitnah. Namun sebelum kita menghukum mereka, kene tanya diri sendiri pula, apakah kita ini umat Islam akhir zaman yg “BODOH lagi BEBAL” yang MALAS menghalusi halal-haram, harus-haram. Sudah lah bodoh, berlagak pandai dan menghina orang lain dalam keadaan sendiri serba serbi lemah ilmu. Ilmu dunia pun tahu separuh dan ilmu akhirat langsung tak peduli lalu mudah melenting memaki orang.
” Allah halalkan perniagaan, menyuruh hambanya menjadi bijak dan jangan lupa bahagian didunia, menjadi rajin untuk kaya supaya tidak perlu berhutang dan boleh menunaikan zakat dan haji, menyuruh bersedekah berpada-pada supaya menjauhi riak, tamak dan bakhil. Dan Allah telah “HARAMKAN” RIBA dalam apa juga bentuk yang bersifat MENINDAS, TIADA NILAI PRODUKTIF yang menjadikan manusia lalai, mabuk dan gila.”
salam…..saya dah puas cari apa hukum forex di sini baru sya tahu fatwa ni mngharamkan nya..syukur la dah ada jawapan…..tapi yg sy xpuas ati ni soal bank loan…..loan 20k contoh….rm501 sebulan…selama 5 tahun..cuba kali berapa kena tdak kah ini riba?????? sama juga di jelaskan dalam agama islam rambut itu aurat……tetapi para org2 kenamaan pun dedahkan rambut..tak perlu la nak gtau org2 itu siapa tapi jelas kita tgok hari2 dalam media..mana fatwa punya tanggung jwb klu btul la tindakan fatwa mngaharamkannya sesuatu??? bukan saya nk mnghalalkan forex tapi dia soal beli..sama juga berniaga…saya beli wang asing dengan si ali harga rm 1ringgit dan saya jual ngn si abu duit asing tadi dngn harga rm1.20..saya ada untung 20sen….ada usaha dan ada modal….tidak ada urus niaga semua nk untung……yang saya tahu lah tentang riba….usaha yg boleh mnyusahkan umat islam dan untung berlipat kali ganda….bank ni dah jelas2 susahkan umat islam tak dapat di canggah lagi….klu xdpt byr hutang kat bank nk solat pun x kusyuk…..
Ramainya orang Islam bergaduh dan berpecah ~ LOL ~ suka aku ~ ingat lah dunia akhir zaman ~ ilmu Islam hanya untuk diperdagangkan ~ siapa yang pandai tafsir ni faham lah dia ,wasalam
Riba/Usury in Forex – Issues & Solutions
Published on Sunday December 11th, 2011 at 02:53AM by ramlanne
Riba/Usury is Prohibited:
It is interesting to note that Riba or Usury has been prohibited even before Prophet Muhammad:
• Deuteronomy 23:19
• “Thou shalt not lend upon usury to thy brother; usury of money,usury of victuals, usury of any thing that is lent upon usury”
And with Islam Riba/Usury is simply prohibited
• Quran 2:275
• “Those who eat usury will not stand in the day of judgement except like the standing of a person beaten by satan leading him to insanity. That is because they say: “Trading is only like usury” whereas ALLAH has permitted trading adn forbidden usury. So whosoever receives an admonition from his LORD and stop eating usury shall not be punished for the past; his case is for ALLAH but whoever return, such are the dwellers of the fire – they will abide there in”
And ALLAH also further said in the next verse, 2:276, that ALLAH will destroy Riba/Usury and will give increase for Sadaqah (charity, alms) and ALLAH do not like the disbelievers and sinners.
Based on this premise, I have been trying to trade currency for the past one year to try make profit and earn a living through currency trading in the halal way.
What is Riba/Usury:
Let’s try to understand what is Riba/Usury.
In Quran 2:275, people argue that trading is like Riba/Usury and there is no difference, whereas ALLAH has permitted trading and forbidden Riba/Usury. So what is Riba/Usury then and how it is different than trading?
• Sahih Muslim, Book 010, Number 3854:
Abu Sa’id al-Khudri (r) reported Allah’s Messenger (p) as saying: Gold is to be paid for by gold, silver by silver, wheat by wheat, barley by barley, dates by dates, salt by salt, like by like, payment being made hand to hand. He who made an addition to it, or asked for an addition, in fact dealt in riba. The receiver and the giver are equally guilty.
In the case of foreign exchange, like to like, or in Arabic Mithalan bil Mithal, is perfect to illustrate USD to USD, EUR to EUR and the like of currency. Hand to hand by definition is spot or 24 hours of time.
Alhamdulillah, this is the knowledge that I received while working for Bank Islam.
How Riba/Usury Works in Forex:
Therefore, now we know, that it is Riba when:
1. a given currency is exchange with the same currency – eg. USD to USD, MYR to MYR, GBP to GBP, and the like.
2. exchange of different currency is more than 24 hours – eg. we buy EUR with our USD and hold the transaction for more than 24 hours.
Other than that it is trade.
The Solutions:
Theforefore, the following premise prevails:
If the currency in our accunt is USD, for example, then we can only:
• BUY – EUR/USD, GBP/USD, NZD/USD, AUD/USD, etc – anything where the USD is the counter
• SELL – USD/CAD, USD/CHF, USD/JPY, etc – anything where the USD is the base.
• Close the transaction/position in 24 hours either with gains or loss.
If we are to Sell EUR/USD for example, then we must have a Euro base account, or in the case of GBP/USD, we must have a GBP base account and the like. Two brokers that I have traded personally for this purpose is TadawulFX and FXPro. Another broker that I know that allows multiple base currency is FinFX and I am sure there are many more.
NOTE:
Please take note that this is my research before I enter currency trading. We are all liable for our action and therefore should only do things that we have knowledge upon as ALLAH says in Quran 17:36
thumbs up
Masih ramai lagi yang bermain forex
Urusniaga forex bukan permainan, ia adalah satu perniagaan. setelah izin Allah ilmu lah yang menentukan untung rugi perniagaan maka lengkapkan diri dengan ilmu barulah mulakan urusniaga. untung rugi tidak menentu yg dijadikan sandaran saya percaya disebabkan tidak berilmu. untuk perhatian untung rugi penjual buah durian juga tidak menentu saya pernah membaca pendapat beberapa orang ulama yang mengharuskan urusniaga forex dan saya berpandukan pendapat tersebut.
Salam…..sebenarnya, ulamak seluruh dunia masih lagi berbeza pendapat berkaitan trading forex ni. Cuma, diharapkan takde sikap double standard dlm berfatwa. Banyak lagi perkara selain forex yg masih lagi menjadi tanda tanya umat Islam terutamanya dlm urusan perbankan, bursa saham, pinjaman, yg jelas2 melibatkan riba tapi takde plak keluar fatwa termasuk sistem insurans/takaful yg kononnya islamik…..
”mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).”
LOL!
salam,
sape2 yg main forex nie..kalu ade keuntungan bantu lah orang2 yg susah kat malaysia ni.membuat perniagaan untuk org melayu .asyik org luar je control perniagaan kt malaysia ni.x pernah aku tegok ade shoping mall name melayu.. tolong fakir miskin..melayu hidup bukan untuk ditindas
wslam
Tau tak korang.??
knpa ada percanggahan pendapat tntg forex??
tnye la Mahathir..
aku pasti..dia tau segalanya..
dia la dalang yg mengharamkan forex kerana sesuatu peristiwa..
Alhamdulillah…
rakyat malaysia sekarang dah mula rujuk hukum halal haram…
walaupun belum sepakat dalam menentukan hukum hala haram…
teruskan mengkaji…
semuga semakin ramai rakyat yang berilmu agama….
salam ustaz..saya memberi pandangan sedikit…. ini adalah PANDANGAN SAYA YANG KURANG ILMU AGAMA….. saya tidak mahu membahas isu ini secara details…saya just nak beri pandangan…
NO 1 .
ok, katakanlah forex ini haram… KENAPA BANK2 DIMALAYSIA YANG AMBEK INTEREST tinggi2 GUNUNG XHARAM? kalau haram, biarlah adil..haramkan semua…. OK, katakanlah ada jawapan bank2 ambek untung untuk mebayar pekerja2 , begitu juga broker2…
N0 2.
majlis fatwa kata rokok itu haram…. so, tengok apa jadi sekarang? haram ke x ? ramai gila orang hisap rokok… termasuk ustaz2…padahal majlis fatwa MALAYSIA kata rokok itu HARAM. ROKOK HARAM SEBAB MEMBAHAYAKAN KESIHATAN KATA MAJLIS FATWA MALAYSIA.. . DI ARAB, MEREKA HISAP “SISHA” … padahal SISHA tu 11 KALI GANDA BAHAYA DARI ROKOK UNTUK KESIHATAN… ADA MAJLIS FATWA ARAB KATA SISHA TU HARAM?
N0 3.
SETAHU SAYA, SEBELUM NI FOREX DIMALAYSIA HALAL JER..OR HARUS… TETAPI KENAPA TIBA2 DITUKAR PULAK…SEMUA FATWA2 DARI NEGARA LAIN TERUTAMA ARAB SAUDI , DAN NEGARA LAIN KATA FOREX ITU HALAL DAN ADA YANG KATA HARUS.. KENAPA ARAB CAKAP HALAL , MALAYSIA CAKAP HARAM…??????
NO 4.
ADA ORANG CAKAP NI, “ORANG cakap, majlis fatwa ni kena buat mcm ni, sebab disuruh oleh kerajaan…. SBB FOREX INI MENGUNTUNGKAN INDIVIDU, DAN TIDAK MENGUNTUNGKAN NEGARA.. SBB TU KERAJAAN NI BUAT MCM TU..SBB DIA X UNTUNG… kalauLA nk stop… stop kan semua2 bank tu jugak…
NO 5.
OKLA, kalau la majlis fatwa cakap forex ni haram… (sedangkan MAJLIS FATWA negara islam lain kata harus@halal) , saya nk tanya ni, kenapa HUKUM HUDUD YANG SEMESTINYA HARAM YG TERTULIS JELAS2 “”"HARAM”"” ,dalam AL-QURAN, majlis fatwa MALAYSIA buat senyap jer….. langsung xambil tindakan… SO, PADA PENDAPAT SAYA YG HINA INI, BTOL LA SAYA RASA DAN ORANG CAKAP… FATWA NI KELUAR SBB KERAJAAN…. kalau btol majlis fatwa jujur, dah lama dah hukum hudud ni dilaksanakan…TETAPI DISEBABKAB KERAJAAN YANG SANGAT BAGUS, INILAH JADINYA… (mcm mana la kami nk yakin dgn majlis fatwa malaysia, sedangkan Hudud yg wajib tu, majlis fatwa boleh buat senyap….
saya mintak maaf atas kata2 saya… saya xbahas melalui detail.. sbb saya xpandai agama..apa yg saya kata ni adalah sekadar pandanga saya…mohon ustaz jawab semua soalan saya..tq,,
Yang jelas disebut forex exchange. maknanya pertukaran mata wang asing. Tetapi dalam forex ada juga pembelian komoditi seperti emas dan minyak. perkara ini tidak pula disebut haram. kalau haram apa pula hukum perniagaan akaun emas di malaysia seperti gold investment akaun oleh maybank dan public bank
Hukum islam ni untuk Malaysia saje ke. Hukum islam sama diguna pakai di serata dunia. Mengapa pula ada negara yang tak mengharam kan Forex sedangkan Malaysia mengharamkannya. Jadi kita hukumnya haramlah? macam tu. Mengapa dulu tidak mengharamkannya dan baru sekarang berbunyi hukum haram tersebut. Disebabkan pak menteri yang haram jadah tersebut, habis rezeki orang lain jadi mangsa. macam tu???