Hari ini, kami ingin menyentuh topik tentang pekerja kerajaan atau penjawat awam, yang melakukan kesalahan tatatertib dan mempunyai masalah disiplin, sukar dibuang? Adakah ianya benar? Adakah pekerja kerajaan ini kebal dari tindakan dan salah laku?
Seperti pembaca semua sedia maklum, dalam setandan pisang, pasti ada beberapa biji yang tidak elok. Begitulah resam dalam kakitangan awam ini. Terdapat segelintir dari mereka-mereka ini,banyak melakukan kesalahan. Kesalahan yang paling banyak kita dengar tentang pekerja kerajaan ini adalah, masalah disiplin, dadah, dan sebagainya.
Namun, tindakan yang dikenakan terhadap mereka, amatlah tidak wajar dengan kesalahan yang mereka lakukan. Kita ambil contoh daripada petikan akhbar The Star di bawah.
Sex-drugs teacher who sold stimulants transferred to another school
By FARIK ZOLKEPLI
farik@thestar.com.myJOHOR BARU: A disciplinary teacher at a secondary school in Skudai, who had been distributing brochures on sex enhancement drugs in his school, has been transferred out.
Johor Education Department director Sufaat Tumin said that the teacher was transferred to another secondary school in Johor Baru recently following reports lodged against him.
“The investigation was completed last month and the report has been sent to the Education Ministry,” he told The Star yesterday.
“Further action against the teacher depends on the severity of the offence,” he said.
The teacher’s side business came to light after businessman Ng Ching Sea, 58, discovered brochures on sex enhancement drugs among his son’s books about two weeks ago.
It was later discovered that the teacher was responsible for distributing the brochures to the students.
Sufaat said the case involving the teacher was an isolated incident.
He explained that the state had some 48,000 teachers but only a few had in disciplinary problems.
He added that school heads were responsible for monitoring their teachers’ activities.
“It is important for all teachers to adhere to the rules and set a good example for students.”
Meanwhile, Ng said he was satisfied with the decisive action taken to deal with the teacher.
“Good values should be cultivated by parents at home and teachers in school,” he said.
The teacher was said to have been selling sex enhancement products that included drugs, gels and pills.
Jelasnya di sini, kesalahan tersebut dilakukan oleh seorang yang bergelar Guru. Daripada menjadi lilin untuk anak murid, sebaliknya, guru tersebut menjual produk perangsang seks di sekolah, dan anak-anak murid yang menjadi sasaran. Apa yang berlaku kemudian, guru terbabit hanya ditukarkan ke sekolah lain buat sementara sebelum kesnya disebutkan atau ada laporan polis dibuat bagi menyabitkan kesalahan.
Namun di sini, kami berpendapat bahawa sememangnya hukuman terhadap salah laku seorang pendidik tersebut, amatlah berat. Dan hukuman yang dikenakan, sememangnya amat tidak setimpal. Perbuatan menjual alat meransang seks, kepada anak murid, merupakan satu kesalahan serius dan amat memberikan impak yang negatif kepada mereka.
Kesalahan yang serius sedemikian, hanya mengakibatkan guru tersebut ditukarkan ke sekolah lain. Adakah ianya memberi kesan yang positif ? Baik terhadap guru dan sekolah dimana dia ditukarkan? Dalam konteks ini, sepatutnya, kami berpendapat bahawa tindakan menggantung kerja dan menahan gaji adalah lebih baik daripada ditukarkan ke sekolah lain sementara menunggu siasatan.
Ini secara tidak langsung dapat memberikan pengajaran terhadap kakitangan awam yang melakukan kesalahan. Umumnya, semua tahu bahawa prosedur untuk membuang pekerja kerajaan ini sememangnya amat penuh dengan kerumitan dan prosedur. Jadi, tindakan buang kerja ini memerlukan penelitian yang mendalam terhadap segala pekeliling di dalam kerajaan dengan menggunakan prosedur yang betul.
Ini kerana, sudah acapkali bekas-bekas pekerja kerajaan yang pernah dibuang kerja dan digantung tugas, menang dalam saman mereka di mahkamah terhadap kerajaan. Ini adalah kerana proses pemberhentian yang tidak menepati prosedur yang ditetapkan. Tidak macam pekerja swasta, hari ini buat hal, dalam 30 minit dah dapat notis berhenti kerja 24 jam.
Untuk pekerja kerajaan, ada terdapat banyak prosedur dan kerenah birokrasi. Segalanya perlu mengikut turutan. Dan keputusan akhir pula hanya boleh dibuat oleh Jabatan Perhidmatan Awam yang akan membuat penilaian berdasarkan maklumat Ketua Jabatan dan juga keputusan mahkamah. Ini kerana pekerja kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, dan Perintah Am. Manakala bagi kes jenayah, seperti rakyat biasa juga, ia tetap tertakluk pada Kanun Keseksaan.
Untuk kes di atas, kita semak kepada pekeliling Tindakan Tatatertib di bawah:
Peraturan (34)Tiada Tindakan Tatatertib boleh di ambil sementara menunggu penyelsaian prosiding jenayah
34(1). Jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai dan masih belum selesai, tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap pegawai itu berasaskan alasan yang sama dengan pertuduhan jenayah yang masih belum selesai itu.
34(2). Tiada apa-apa jua dalam subperaturan(1) boleh ditafsirkan sebagai menghalang tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai itu sementara menunggu penyelesaian prosiding jenayah itu berasaskan apa-apa alasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya, dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.
Secara jelas mengikut peraturan di atas, hukuman yang dikenakan terhadap guru terbabit adalah mengikut prosedur, namun, secara logiknya, dimanakah praktikalnya peraturan ini. Seorang guru yang melakukan kesalahan yang amat serius dari segi akhlak, masih boleh bertugas lagi dan hanya ditukarkan ke sekolah lain?
Jelas di sini, peraturan ini yang melindungi mereka sebelum prosiding. Namun, secara logik, ianya tidak praktikal. Adakah dengan menukarkan tempat bertugas, akan menjamin bahawa guru terbabit tidak melakukan kesalahan yang serupa? Sudah tentu tiada jawapan yang pasti. Sebaliknya, Ketua Jabatan mempunyai hak dan kuasa dalam memberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Sebab itu boleh kami katakan, ada segelintir pekerja kerajaan yang “naik lemak” kerana pandai memanipulasi peraturan-peraturan yang melindungi mereka. Sesuatu perlu dibuat bagi menjadikan teori dan segala peraturan dan tindakan tatatertib, menjadi lebih praktikal dan seterusnya menjamin status penjawat awam agar lebih positif di kalangan orang awam.
Kami berpendapat bahawa, sememangnya pekerja kerajaan sukar untuk dibuang kerja.Lebih-lebih lagi, sekiranya jawatan mereka itu tetap dan telah pun mendapat pengesahan jawatan. Segala proses akan menjadi lebih rumit dan terpaksa melalui prosedur yang amat panjang. Berikut di bawah pula merupakan peraturan menamatkan perkhidmatan.
Penamatan Demi Kepentingan Awam
(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini, jika Kerajaan mendapati atau jika representasi dibuat kepada Kerajaan bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan awam, Kerajaan bolehlah meminta laporan yang penuh daripada Ketua Jabatan di mana pegawai itu sedang berkhidmat atau telah berkhidmat. Laporan tersebut hendaklah mengandungi butir-butir berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-ulasan Ketua Jabatan, jika ada.
(2) Jika, setelah menimbang laporan yang diterima di bawah subperaturan (1), Kerajaan berpuas hati bahawa memandangkan syarat-syarat perkhidmatan, kegunaan pegawai itu kepada perkhidmatan, kerja dan kelakuan pegawai itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awarn untuk berbuat demikian, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Kerajaan.
(3) Adalah sah di sisi undang-undang bagi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang pegawai itu ditamatkan demi kepentingan awam walau pun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini; dan Kerajaan boleh dengan demikian menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut. Subperaturan (4) hendaklah terpakai berkenaan dengan penamatan perkhidmatan pegawai awam itu di bawah subperaturan ini.
(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, apabila menamatkan perkhidmatan mana-mana pegawai demi kepentingan awam di bawah peraturan ini, pegawai itu boleh tidak diberikan apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan ini tidak boleh, bagi maksud Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan, dianggapkan telah dibuang kerja, tidak kira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai itu melibatkan suatu elemen hukuman atau yang berkaitan dengan kelakuan berhubungan dengan jawatannya yang Kerajaan menganggap tak memuaskan atau patut disalahkan.
Jelas disini, ketua jabatan dan kerajaan masih boleh menurut budi bicara yang berasas untuk menjatuhkan hukuman setimpal kepada penjawat awam yang melakukan kesalahan yang serius. Namun adakah pelaksanaannya benar-benar berkesan?
Bagaimana pandangan anda terhadap isu ini? Mari kongsikan bersama.


{ 29 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
kalau dah salah tu buang kerja jer lagi senang..takpun kalau baik hati sikit, gantung tugas dengan gaji2 sekali tu dulu sampai selesai kes… kami yang kerja swasta ni payah betui nak dapat jawatan dlm gov.. tp yang dah kerja gov xde pun rasa nak ucap terima kasih(Kesyukuran).. walaupun tak semuanya mcm tu.. tapi ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga…’ aku memang dah lama bengang.. tambahan lagi dengan yang bertugas di kauter perkhidmatan @ pertanyaan.. Dah mcm kebulur sangat aku nak pg berurusan kat situ.. aku lebih rela pergi tempat yang berbayar kalau layanan yang lebih baik aku dapat.. ‘KATA IBU.. BUAT BAIK.. BIAR PUN RUPA MU TAK MENARIK..’
…sepatutnya penjawat awam yang salah laku tanggungjawab harus pecat dgn segera sebab tidak ada masalah cari pengganti…terlalu ramai so bukan satu masalah besar berbanding simpan pekerja yang tak berguna kepada bangsa dan negara…kerajaan sendiri salah pilih calon pejawat bab lebih mengutamakan yang beragama islam dan berbangsa melayu…sedangkan ramai orang lain yang tak sebangsa dan tak seagama mempunyai sahsia yang berkualiti…tengoklah statistik peratusan pejawat awam di malaysia yang terlibat dengan salah laku, siapa paling tinggi ?? tak kiralah mana-mana negeri dari perlis hingga ke sabah konfom kaum yang berbangsa dan beragama inilah mempinyai ranking paling atas meninggalkan yang lain…ini hakikat…kalau tak caya, cuba rujuk mana mana jabatan terutama unit siasatan jenayah…SEKARANG DGN ADANYA GAGASAN 1 MALAYSIA, KAUM2 LAIN KINI BERASA DIBERI HAK SEBAGAI RAKYAT SAMA RATA…TQ DATUK NAJIB TUN ABDUL RAZAK…VERY2 PROUD OF U AND MAY GOD BLESS U..
Hello Sentap…hari nihari ni ada pembentangan belanjawan…kalau ada bonus, konfom mereka-mereka yang dah ngap banyak duit rasuah dan pejawat2 yg penagih dadah, pemalas, kaki ponteng kerja, tak terkecuali tu…sabar je lah…
kalau dah salah tu buang jer la. bg yg betul2 nak wat kerja bekerja. saya dah lama tggu pggilan kerja dgn kerajaan.tak dpt2 jugak. tp yg dah kerja kerajaan tak tahu bsyukur..
saya sdr yg kerja dlm gov pun x suka lihat fenomena ni, teruamtanya masalah disiplin pekerja. ketua jabatan ataupun ketua admin susah nak ambil tindakan sbb trikat dgn undang2 dan perintah am yg begitu longgar.saya rasa undang2 ni perlu dipindah dan perketatkan lagi,jika ketua jabatan tu diberi kuasa sepenuhnya untuk memecat dan menggantung pkerjanya,sudah tentu pkerja akan gerun dan takut maka kerja la elok2 jika takut dibuang kerja.seorg dibuang, ramai lagi yg dtg nak isi jawatan kosong tu.
maslahnya adakah ketua jabatan pon mcm tu..entah2 mereka lagi teruk kerana dorang pon jarang datang kerja…
dan sekranya anak buah tidak melakukan apa yang di suruh senang2lah bos menganayaia anak buah dan ini memberikan kesenangan kepada orang yang pandai membodek bos….
bos pun bukan baik sangat ….sekiranya anak buah tidak baik itu beerti daripada bos ituk sendiri tidak pandai mendidik anak buah mereka…
kesalahan yang dilakukan adalah tidak seserius menentang kerajaan barisan nasional. jadi masih boleh dimaafkan dan masih berkhidmat. tapi kalau berpaling tadah seperti menyokong PAS, DAP dan PKR dan terang-terangan berkempen utk parti tersebut mmg layak dipecat dari menjawat jawatan kerajaan.
Nak keje govt.masa masuk juga perlu melalui proses yg agak ketat. jadi kalau nak buang pun mesti begitu jugak. X blh nak simply buang jer… Masalahnya kebanyakan prosedur sedia ada byk yg dah x relevan.
tukar peraturan kerja gov pun kontrak setiap 5 tahun….kalu perangai buruk…salah satu sbb la utk tak sambung kontrak…
untungla kerja kerajaan hari. mana tak naik lemak,saban tahun ceupacs mintak bonos sedangkan tahap kerja masih macam dulu juga.
suma undang2 nie terikat ngn kepala bapak BN lani..keja malas,kua minum saja 5 kali sehari,bila smp belanjawan,bonus nk!!! gaji nk naik!! kualiti kerja xmau plk bg naik…pung pang sana pung pang sini alih2 keistimewaan hambur ke penjawat awam jgk,yg pekerja swasta dok tungkus lumus naikkan ekonomi n dok byr gaji penjawat awam nie pndg sebelah mata aje…ape2 hal suma penjawat awat,give n take la..bg sama balance..ini x,hadoii
hoooo. ingat senang ke nak buang? kang senang2 kerajaan kena saman. biasanya orang tu yang menang. so, kerajaan kena beringat ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Panas…panas…. topik ni sbbnyer libatkan cikgu-cikgi… jgn la sbb nila bertitik2 ni kita salahkan semua penjawat awam, tak semua begitukan? Ramai lg yang komited. Ni kalau misi kat hospital baca komen dikatakan suka tuang kerja, kecik hati diorang… alamat terpaksa la bapa2 sambut baby sendiri. Paastu, kalau kena denggi, biar jer… takyah nak buat fogging kawasan terlibat. Eksiden, biar ajer.. driver ambulan nak pi minum petang… Nak komen… fikir skit hati orang lain… ni tgh mlm ni ramai lg penjawat awam yang masih bertugas, membolehkan rakyat negara ni berehat dgn aman….
Ramai yang tidak berpuashati apabila membincangkan mengenai isu penjawat awam dan sebilangannya marah kerana tidak terpilih untuk masuk ke skim perkhidmatan kerajaan. Isu memilih pekerja yang berkualiti bukannya mudah kerana sikap dan tabiat manusia berubah2. Bukan semua individu yang bekerja dengan kerajaan inginkan kestabilan @ goyang kaki. Berapa ramai yang sedar semasa mereka nyenyak tidur, masih ada individu yang masih berkerja tanpa bayaran tambahan, dan ada juga yang bekerja lebih daripada masa rehatnya dan tidak berpeluang untuk bergembira bersama anak-anak di rumah? Dan tidak kurang juga yang hilang upaya/ kehilangan ahli keluarga kerana pekerjaan mereka.
Kadang-kala ada juga manusia yang hidup bukan untuk wang, tetapi wang juga penting untuk meneruskan hidup. Sebaik- baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang yang lain.
Fikir-fikirkan.
Krjn dah jemu seru kaum lain join krjn, tapi dorang tak ingin. Org melayu berebut2 minta krjn, sebab tu krjn ramai org melayu. Contohnya tentera dan polis. Melayu je yang berduyung2 mengisi borang, tapi di mana bukan melayu?
So tak heranlah kalau melayu yg byk buat silap laku sbb melayu yg ramai. Sama gak kes buang bayi atau berzina, melayu gak juara dari segi ranking dan jumlahnya. Knp kaum lain kurang? Sbb berzina tak salah dlm fahaman mereka. Bila x salah, tiadalah sbb nak buang bayi.
ceh,dimana bukan melayu konon,pi sbah n swak la,bok ko tauk….ada yg sampai 20 kali mintak pon xpat(kenyataan n benar),wlupon result ok,ktggian ada,cukop sifat…mcm polis n tentera…kalu kt sbah n swak,spa yg “bin” grnti dpt(mcm yg aku tgok dulu coz bapa owg ya polis). . .kalu “ak” n “al” jgn harap sng2 nk dpt,pnah ekot temuduga,kaum laen hmpir 90% berambut pendek tapi xpdt,n aku pelik,anak polis(MELAYU) rambut mcm “noh hujan” dpt pulak???. . .n pasal berzina.kaum laen besa nya xkn buat benda tue,coz dat kurang n bukannya X SALAH…u kena tahu. . .we r not like malays. . .
alah…gov pon gj kecik je cume tang ujg2 taun je besh….pepon sama je keje gov ke swasta ke…. jnj keje…
knaper lah ade masa terang…ade masa panas tp x benderang…malahan mcm nak hujan klu ikut rasaan tetuan…apa hal gak!!
pengambilan pekerja di sektor awam sudah termaktub dalam perlembagaan.jangan lagi dipertikaikan hak orang MELAYU.syukur dengan apa yang ada..apa yang diberi..
secara teorinya peraturan ini adalah baik untuk meningkat kualiti serta disiplin terhadap guru TETAPI peraturan akan menjadi zalim apabila ia diguna-pakai oleh ketua jabatan yang tidak berhati perut atau bersifat pendendam. Kakitangan awam yang dibuang kerja mengikut peraturan ini tidak diberi peluang sedikit pun utk membela diri ataupun merayu. Malah lebih malang bagi guru, pìhak tatatertib SPP tidak melayan sebarang pertanyaan utk kes ini.
Sebagai contohnya, saya adalah guru DG41 dan telah berkhidmat selama 8 tahun yang dijadikan KAMBING HITAM oleh pengetua SMK Taman Desa mengikut peraturan ini dan dibuang kerja pada 14.11.2011. Saya dituduh atas kesalahan ketidak-hadiran bertugas tanpa cuti sakit serta lewat kesekolah tetapi disebaliknya laporan yg ditandatangani pengarah JPWPKL berdasar laporan dari unit tatatertib JPWPKL dan semuanya drp laporan pihak sekoliah. Isi penting laporan tersebut ialah (1) saya ditangkap bersama-sama 1.5kg syabu(berdasarkan laporan lisan pengetua), sedangkan saya tidak dituduh pun utk kes ini dan hanya dijadikan saksi polis dan jumlah sebenar utk pihak yang dituduh utk kes ini ialah 0.5g.
(2) laporan penyelia petang tahun 2008 ada menyatakan sy tidak memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun pendidikan seni, perkara ini tidak berlaku sama sekali kerana hal ini merupakan bidang tugas utama guru. Jika ianya berlaku, kenapa saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan kenapa saya tidak dirujuk terus ke unit tataterbib.
(3) laporan PIBG jg dimasukan dlm laporan itu iaitu saya pernah memijak kaki pelajar kereta dan kemudian memarahi pelajar tersebut seterusnya meninggal pelajar yang mengelupur kesakitan tanpa memberi apa2 bantuan. Cerita ini adalah rekaan PIBG dan saya tidak tahu menahu tentang kes ini dan saya telah menanyakan rakan2 di sesi pagi dan petang, semuanya tidak tahu. Kes kereta memijak kaki adalah perkara yg paling luar biar, sepanjang hayat saya 36 tahun ini adalah kes pertama didengar lagi pun di sekolah tersebut pelajar menggunakan laluan khas utk keluar sekolah dan bukannya laluan kereta guru.
Bagi kes ketidakhadiran tanpa sijil ini, saya telah dianiaya oleh ketua pembantu tadbir dengan menghilangkan sebilang besar cuti sakit saya tahun 2008 serta memasukkan hari saya membawa pelajar utk aktiviti sukan MSSKL sebagai tidak hadir bertugas.
Utk pengetahuan, pentadbiran tertinggi SMK Taman Desa, KL adalah BUJANG termasuklah pengetua, penolong kanan dan penyelia petang. Pastinya mereka tidak memikirkan tentang masa depan keluarga guru yg dibuang kerja.
Mengikut peraturan ini, semua peluang tertutup utk saya membela diri.
Bayangkanlah apakah pekerjaan yg sesuai utk guru yg dibuang kerjadan memiliki sarjana muda pendidikan
Banyak betul kau punya salah, memang betul kot… Jangan marah..
ASSALAMUILAIKUM…..
BUAT DIRI SAYA, MASALAH TENTANG PENJAWAT AWAM YANG TIDAK BERDISIPLIN HARUS DAN WAJIB DI AMBIL TINDAKKAN YANG SEPATUTNYA DEMI KEPERCAYAAN RAKYAT…….KERANA MEREKA YANG BERJAWATAN KERAJAAN ADALAH WAKIL SELURUH MATA RAKYAT UNTUK MENUNJUKAN SIKAP YANG BAIK…..BAYANGKAN KALAU SEORANG PENJAWAT AWAM MENPUNYAI SIKAP YANG KURANG AJAR TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT TIDAKKAH KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA MENBUATKAN MASYARAKAT HILANG KEPERCAYAAN @TAWAR HATI ATAS LAYANAN YANG TAK SEPATUTNYA…..SEMUA INI BANYAK JUGA BERLAKU DI TEMPAT SAYA MALAH SAYA PERCAYA DI TEMPAT LAIN JUGA BERLAKU PERKARA YANG SAMA……HARAP PIHAK2 TERTENTU CUBALAH MENGKAJI BALIK DI MANAKAH SILAPNYA DAN PERMASALAHAN SEUMPAMA BEGINI….SEORANG YANG BERJAWATAN AWAM SAMA ADA DI LUAR ATAU DALAM PEJABAT PUN HARUS TAHU MENJAGA TATATERTIB YANG SEPATUTNYA DILAKSANAKAN SUPAYA KEPERCAYAAN DAN URUSAN YANG DISAMPAIKAN BERJALAN DENGAN LANCAR…..JANGAN PULA KERNA BERGELAR PENJAWAT AWAM BOLAH MELAKUKAN SESUKA HATI ATAU BERSIKAP TIDAK MATANG TERHADAP ORANG LAIN SEPERTI RAKYAT BIASA DENGAN MENYUSAHKAN MEREKA KERANA AKAN MERUGIKAN NEGARA SAHAJA…..PENDAPAT SAYA…BAGI PIHAK TERTENTU BOLAH MENGUBAHNYA JIKA DIBERIKAN PELUANG KEPADA INDIVIDU YANG LABIH BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB DAN MEREKA YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB PULA HARUS DIBERIKAN BEBERAPA PELUANG DAN MENGUJI BALIK TERHADAP KERJA MEREKA AGAR MEMENUHI PASARANA KERJA YANG LEBIH BERKUALITI.
saya pernah bekerja di sektor swasta.
klu la ianya sama, kann best, boleh lawan ngan bos….( naik pangkat). ni tak kena ada sijil gak…pengalaman saya dorg tak tgk lagi ni..
mcm kita pastilah…nak tunggu bila lg?mcm-2 hal klu dibiar kan!!mungkin nak kena hujan panas-hujan panas kott..haaa
<hi
Negara kita mempunyai undang undang dptkan lah nasehat yg pakar tentang perjalanan perlembagaan dan perintah am
cari peguam yg pakar dln bidang ni ok.
tp mengapa kakitangan yg berpangkat rendah mudah sangat d berhentikan,tp jika profesional lambat pulak.
Kesalahan saya ialah tidak lapor diri setelah tamat cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa. Atas sebab kesihatan, pregnancy serta saya berada di luar negara saya telah cuba tetapi tidak dapat menghubungi pihak kementerian. Saya lapor balik selepas balik ke Malaysia. Sekarang hukuman yang dikenakan oleh SPP ialah BUANG KERJA. adakah ini adil?
assalamualaikum………
nov2009
saya yelah mgambil cuti sakit,sijil2 cuti dah dihantar kpd pihak berkenaan dah telah disahkan oleh ketua majikan
dec2009-feb2010
record kedatangan diambil secara manual atau merekodkan kedlm buku yg disediakan oleh pihak majikan atas sebab pengimbas jari di pejabat tidak dapat mengesan kesemua jari utk direkodkan dan pada ms sama saya telah diarahkan oleh ketua unit pentadbiran supaya mencatit secara manujal shngga beliau arahkan tindakan selanjut nya…maka atas sebab kepercayaan dan komitmen antara satu office maka saya hadir bertugas spt biasa shngga feb2010 dan tentng merekodkan kdtngan secara thumbprint msh saya tangguhkan dan hny dicatit secara manual kerana belum diputuskan oleh pihak atasan pd masa tersebut…..
tiba2 pd jan2010 pihak majikan dtng menhantar sepucuk surat dgn mengatakan yg saya telah ponteng kerja drp bln nov2009 till jan2010 kerana tiada rekord kehadiran yg ditunjukkan dlm komputer serta sijil2 cuti sakit saya selam 3 hr pd nov2009yg diambil dan telah disahkan pun dinafikan oleh pihak beliau pd masa itu……..
seminggu selepas surat yg dikeluarkan oleh majikan@jkr ckmt tiba2 surat tersebur ditarik balik oleh ketua majikan saya setelah beliau dtng kerumah bersama2 timbalan serta kbykan pgw drp bhgn pentadbiran kerumah saya utk melawat saya sakit dan membincangkan hal tersebut maka semua nya diputuskan oleh ketua majikan hanyalah salah faham bhgn pentdbiran dgn ketua unit saya shj kerana pd masa tersebut beliau sendir yg memastikan yg saya ada mghantar sijil cuti sakit serta mereodkan kdtangan secara manual…beliau memohon maaf dan menarik blk surat yg dikeluarkan utk sya tunjuk sebab memandangkan saya tidak bersalah dan hny lah kesilapan pgw2 beliau shj dan beliau berjanji akan memastikan yg hal saya ini tdk akn smpai kpd bhgn pentdbiran tatatertib SUK memandangkan mmg saya tidak bersalah…beliau juga menasihati sya dgn jujur spy kerja spt biasa dan jgn hiraukan psl surat drp majikan yg dihantar pd ms tu kerana smuanya hny slh fhm bhgn pentadbiran…….
shngg feb2010 rekord kdtngn msh dimskkn kdlm buku atau secara manual mmdgkn pihak majikan msh blm mnukar alat pengimbas jari…
bg pihak majikan ckmt dan saya pd masa tu,,sy anggap sdh selesai dan tiada apa2 berlaku sebelumnya sprt yg diarahkan oleh ketua jbtn dan unit…dan memohon saya msk kerja sprt biasa dan diarahkan mggp tiada apa2 berlaku….
tup-2 3 bln slps tarikh tersebut,pihak ckmt menafikan blk laporan kemaskini psl rekord kdtngn saya mmgkan hal tersebut tlh smp ke pihak suk,dan diberi notis oleh suk utk tunjuk sebab tentang rekord kdtngn pd trkh nov2009-feb2010dan diberi amaran tindakan buang kerja akn diambil sekiranya saya gagal tunjuk sebab…..
APA SAYA NAK BUAT SEKIRANYA HAL MCM NIE TERJADI LG,SDGKN SAYA DIANIAYA DAN DISAHKAN TIDAK BERSALAH DAN DIBERI JAMINAN PD MS TU.. TTP BILA MELIBATKAN PIHAK PENTADBIRAN NGR-SUK@ATAS SEBAB TERTENTU DRP SUK MAKA SEMUA PIHAK DRP CKMT MENUDING JARI PD SAYA BLK DAN DIDAPATI BERSALAH MEMANDANGKAN PIHAK MAJIKAN GAGAL MELAAPORKAN PERKARA BENAR DAN HNY BERDIAM DIRI DAN HNGG HARI INI SAYA DISABITKAN KESALAHAN TIDAK HADIR DAN DIKENAKAN TINDAKAN BUANG KERJA AKIBAT KECUAIAN DAN KESILAPAN MRK2 YG MENIPU DAN MEMANIPUILASI PERKARA BENAR TTNG SYA DAN HAL2 YG BERKAITAN….
SO APE NAK DI KESALKAN!!!!NANGIS PUN TAK GUNA ASBAB KESALAHAN MANUSIA YG HIPOKRIT DAN SBB TERTENTU MAKA SY TERPAKSA DIBERHENTIKAN ATAS SEBAB!!!!!!!!!!!!!!!!HNGG HARI INI SYA PUN MSH X FHM2 KNP SY DIPERSALAHKAN SDGKN IANYA HNYALAH KEIKHLASAN DAN KEBERANIAN DRP PIHAK MAJIKAN SAYA SHJ YG DIPERLUKAN OLEH PIHAK LEMBAGA TATERTIB PD MS TU…BKN SAYA YG PATUT TUNJUK SEBAB…KRN SEMUA PIHAK TELAH DIMAKLUMKAN TNTNG APE YG SEBENARNYA….
TUP-TUP…AKHIRNYA SAYA JUGA YG DIBUANG KERJA KRN GAGAL TUNJUK SEBAB!!!!!ADAKAH PATUT!!!!!!BILA DITANYA MANA REKORD CUTI,REKORD CUTI SAKIT DAN SURAT2 YG BERKAITAN DYG DIHANTAR PD MAJIKAN UTK DIHANTAR PD PIHAK SUK PD MAS TU,,SEMUA CKP X TAHU DAN MENAFIKAN..DGN CARA SENGAJA BELIAU TANYA SAYA BLK,,,BETUL KE SY ADE BG SURAT CUTI DAN AMBIK CUTI SERTA MEREKODKAN SCR MANUAL MS …PRGI LAH CR BUKTI TU….KT KETUA PENTADBIRAN @CC SY…MMG KURANG AJAR DAN X BERTANGGUNG JAWB!!!!!!!!
SO NIE LAH NASIB DAN MUSIBAH YG HAK KITA DINAFIKAN SEWENANAG2 MALAH SPRT DIJAHILKAN OLH MELAYU2 PETUALANG YG X PUAS HATI DGN PIHAK PENTADBIRAN SUK DAN SAYA,PD MASA TU….
DAN SKRNG MSH LG MNGGU TINDAKAN DRP DATO NAJIB DAN DATO MB KRN BELIAU2 NIE MUSYKIL ANAK DIDIK DIA DIKENAKAN PIHAK SUK!!!!WALLLAHHUALAMMMMM…..KITA TGK SAPE BENAR!!1HA..HAA…
INI LAH KISAH SAYA….
ape perlukah saya tunjuk sebaba lg klu mcm nie hal nya???????tolong komen skt!!