Kalau satu dunia bersatu terutamanya negara-negara Islam…Israel tidak akan naik lemak punya…Penceroboh negara yang ditakuti kebanyakan negara dunia ketika ini. Sehinggakan kalau anda nak cari negara polis dunia seperti Amerika pun, tiada tempat lain yang boleh anda jumpa selain di “tapak kaki Israel”. Cukup berpengaruh dalam segala perkara dan bidang.
Selagi tiada tindakan berani daripada pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara Islam di dunia & tidak bersatu, hanya megah pada nama sahaja selagi itulah tindakan kejam & angkuh Israel akan terus dilihat seperti “dihalalkan” oleh masyarakat dunia dalam keadaan “terpaksa”. Kalau kutuk pun elihatan pada masa itu sahaja, yang mana akhirnya nanti akan kembali sunyi sepi seolah-olah macam tak ada apa-apa yang berlaku….
‘ISRAEL’ bukan negara tetapi umpama penyakit/virus/parasit yang berjangkit denagan nama saintifiknya ‘Zionism’. Seperti raksasa yang muncul di tanah suci Baitulmaqdis. Holocaust terbukti senjata ideologi terhebat sehingga Israel dianggap sebagai “Negara Korban” dan kebal dari segala kritik meskipun mereka memiliki bom nuklear dan sering melakukan pencerobohan, penindasan & jenayah.
Ya…Bukan semua Yahudi daripada Bani Israel, bukan semua yahudi mengamalkan Taurat. Yahudi celup yang banyak dapat “nobel price”. Walaubagaimanapun, Yahudi tetap Yahudi. Yahudi dengan Islam adalah 2 entiti yang berasingan. Ibarat air dengan minyak yang tak bercampur. Kecuali memilih antara satu di antara kedua-duanya.
- “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik ….” [Al-Ma’idah : 82]
- “Orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka …” [Al-Baqarah : 120]
- Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu” [An-Nisa : 101]
Kenapa kami tiba-tiba bangkitkan isu penceroboh seperti Israel ini? Nah….ini isunya…..kalau 2 minggu sebelum ini Israel dan Amerika menentang keras dengan terus menunjukkan sikap angkuh mereka kononnya merekalah yang berkuasa……semua kena ikut cakap mereka.
TEL AVIV – Rejim Israel sekali lagi menunjukkan sikap biadap dan angkuh mereka kepada dunia apabila Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman baru-baru ini mengugut kesan buruk akan berlaku jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai negara anggota penuh.
Lieberman mengeluarkan kenyataan kasar itu selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menghantar borang permohonan kepada badan dunia itu semasa Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu.
Sebelum ini, Lieberman pernah mencadangkan Israel memutuskan hubungan dua hala dengan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Abbas yang memerintah sebahagian kecil Tebing Barat, jika Palestin berjaya mendapatkan pengiktirafan dunia tanpa berunding dengan Israel.
Sekutu utama rejim Zionis, AS menegaskan akan menghalang permohonan Palestin menggunakan kuasa veto, bermakna harapan Palestin untuk mendapat keanggotaan penuh di PBB tidak akan menjadi kenyataan. Namun Israel tetap bimbang Palestin akan mendapat sokongan majoriti di Perhimpunan Agung PBB dan diiktiraf sebagai negara merdeka bukan anggota walaupun selepas Washington mematahkan percubaan Palestin itu menggunakan kuasanya di Majlis Keselamatan.
“Jika permohonan Palestin itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB, dan apa sahaja tindakan yang diambil tanpa persetujuan Israel akan menyebabkan tindak balas tegas,” katanya semasa wawancara dengan Radio Israel.
Rejim Zionis dan AS menuntut pembentukan negara merdeka Palestin dicapai melalui rundingan damai dengan Israel namun setakat ini, semua rundingan sejak 20 tahun lalu tidak membawa sebarang kesan disebabkan kedegilan Israel yang terus membina penempatan haram Yahudi di tanah Palestin. Sementara itu, Abbas, kelmarin, sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya membincangkan permohonan Palestin itu secepat mungkin dan memberi keputusan segera.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9564966.asp
Palestin sebelum ini menghadapi cabaran getir bagi memperoleh sembilan undi yang masih diperlukan untuk kelulusan. Tanpa undi minimum tersebut dalam badan yang terdiri daripada 15 anggota itu, Amerika Syarikat (AS) akan terlepas daripada keperluan untuk menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat permohonan Palestin. Pada ketika ini, US memang sudah menggunakan kuasa veto. Tetapi, ianya boleh dihalang dengan undian daripada 9 ahli security council, termasuk tiga anggota bukan tetap.
Kalau sebelum ini ramai menjangka Palestin hanya dapat memastikan enam undi sokongan dalam Majlis Keselamatan iaitu daripada China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan. Tiga negara anggota bukan tetap, Gabon, Nigeria dan Bosnia belum mendedahkan sama ada mereka akan mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin.
Jika pengundian menunjukkan Palestin tidak mendapat cukup undi yang diperlukan dan AS tidak perlu menggunakan kuasa vetonya. Lazimnya Majlis Keselamatan tidak mengambil masa melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan bagi menganggotai PBB kerana pada Julai 2011 sebelum ini pun, permohonan Sudan Selatan, negara anggota PBB ke-193 dan terbaru menyertai badan dunia itu, diluluskan dalam masa beberapa hari sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan.
Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin.
Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara.
Jadi perlukah masyarakat Islam terutama warga asal Palestin mengharapkan belas ehsan dari US dan Israel untuk mengwujudkan negara Palestin yang merdeka ? Majoriti penduduk kedua-duanya dan pemimpin nombor satu beragama Nasrani. Dalam pada masa yang sama mereka masih lagi terbayang-bayang kekalahan tentera Keristian pada tentera Islam dalam Perang Salib. Yahudi musuh utama Islam akan berbuat apa-apa sahaja asalkan menang dan berkuasa . Seolah-oleh dunia ini mereka yang punya. Walaubagaimanapun, ada sedikit berita gembira ketika ini :
Palestinians have 8 votes in Security Council
RAMALLAH: The Palestinians have secured eight Security Council yes votes for their UN membership bid, just one short of the nine they need, the Palestinian foreign minister said on Thursday. Speaking to reporters in Ramallah, Riyad Al-Malki said he had received assurances from two additional nations — Nigeria and Gabon — that they would vote in favor of the Palestinian bid for full state membership at the UN.
“We have eight states that will vote for Palestine in the Security Council,” he said. “We are working hard to have a ninth and a tenth.”
Al-Malki said the Palestinians have assurances of “yes” votes from Lebanon, Russia, China, India, South Africa and Brazil, in addition to the new confirmations from Nigeria and Gabon.
“We are working on Bosnia, Colombia and Portugal,” he added, saying he was scheduled to visit Bosnia shortly, and Palestinian president Mahmud Abbas will make stops in Colombia, Portugal, Honduras and the Dominican Republic in October. Abbas will also deliver an address in Strasbourg on Oct. 6, he said.
The Palestinians need to secure at least nine Security Council votes in favor of their membership bid for it to be approved and advanced to the General Assembly. Even with the requisite nine votes, the United States has pledged to use its veto to block the request, but the Palestinians hope they can at least claim a diplomatic victory by securing a majority in the Security Council.
Meanwhile, thousands of employees at UN schools in Gaza are striking to protest the suspension of their chairman for political activities apparently linked to Hamas. Thursday’s strike closed the UN’s 238 schools in Gaza, affecting more than 220,000 students. It’s the latest flare-up between the United Nations, which runs many Gaza schools and clinics, and the militant group Hamas, which rules the territory.
The UN Relief and Works Agency, which assists Gaza refugees, suspended union chairman Suhail Al-Hindi from his job as a teacher for three months this wee, citing unspecified political activities. Union officials say the strike could be extended to UN clinics if Al-Hindi is not reinstated soon.
Okey setakat ini, negara-negara yang sudah memberikan jaminan untuk memberikan undi kepada Palestin adalah :
1) Nigeria
Nigeria adalah antara kuasa ekonomi utama Afrika selain Afrika Selatan dan Mesir. Dengan separuh populasinya merupakan orang Islam, sentimen agama dilihat menjadi sebahagian daripada faktor keputusan Nigeria menyokong kemerdekaan bagi Palestin. Mungkin..2) Gabon
Hubungan Gabon dan Israel kmai lihat tidak begitu jelas dan tidak menampakkan mereka akan menyokong atau membantah Israel. Ditambah lagi Gabon menyuarakan akan berkecuali daripada mengundi tentang isu ini. Pada awalnya kami merasakan Gabon tidak akan mengundi. Maka tiada undi untuk kemerdekaan Palestin tetapi jaminan yang diberikan Gabon kepada Palestin kelak, membuatkan kami sebagai rakyat Malaysia hargai keputusan mereka3) Lebanon
Lebanon mempunyai sejarah yang kurang enak dengan Israel. Pasti anda masih ingat dahulu tahun 2006 mereka pernah diserang oleh Israel di Beirut? Mereka juga sering diinvasi oleh Israel dan menjadi tempat pengintipan terhadap Israel. Kemungkinan besar ini antra sebab Lebanon menyokong kemerdekaan Palestin.4) Russia
Russia mempunyai sejarah komunisme yang kuat. Sebagai kuasa Soviet suatu ketika dahulu, mereka mempunyai sejarah yang tidak baik dengan orang Yahudi. Ditambah pula Russia baru-baru ini menyuarakan pendirian terbuka menyokong Palestin. Boleh semak link ini, http://rt.com/politics/russia-palestinians-israel-state-united-nations-387/. Kemungkinan besar Russia akan menyokong kemerdekaan Palestin. Walaupun Rusia memang berfahaman komunis secara politik tetapi majoriti mereka ialah Russian Orthodox (satu mazhab Kristian paling konservatif) dan pada masa yang sama mereka menyokong kemerdekaan Palestin.5) China
Surprise juga kami. Sebab sebelum ini kami merasakan China akan fikir dari segi ekonomi sebelum menentukan keputusan bagi undi mereka. Faktanya US menghalang kerana Israel sekutu kuatnya, dan kita tahu China banyak bergantung kepada US dari segi ekonomi. Sekiranya China mengambil kira soal ekonomi, pasti mereka akan menentang pembentukan Palestin. Tambahan pula, mereka ada isu dalaman dengan Tibet dan Uyghur yang menuntut kemerdekaan. Menyokong Palestin bermaksud menyokong kemerdekaan. Kemungkinan besar China akan membantah kemerdekaan Palestin. Tetapi akhirnya dilihat sekarang China telah memberikan jaminan untuk mengundi kemerdekaan Palestin. Yang pastinya, China tidak akan menggunakan kuasa veto untuk menentang pengundian ini.6) India
India merupakan sekutu kuat Israel di Asia. Mereka mengimport banyak senjata daripada Israel, dalam kata lain, mempunyai hubungan ekonomi yang kuat dengan Israel. Jika diambil kira dari sudut ekonomi dan hubungan diplomatik, India pasti akan menyebelahi Israel. Namun begitu, India mempunyai populasi Muslim yang signifikan. Sebarang tindakan membantah kemerdekaan Palestin akan membuatkan negara mereka huru-hara, tambahan pula India harus mengambil kira sentimen penduduk Kashmeer yang beragama Islam. Jadi mungkin ini antara sebab jaminan undi diberikan kepada Palestin. Keputusan ini juga dilihat agak memeranjatkan kami jika ianya menjadi realiti terutamanya keputusan sebesar ini bagi negara kuasa besar seperti India.7) Afrika Selatan
Sama seperti Brazil, Afrika Selatan sering menjadi orang tengah. Populasi orang putih Afrika Selatan suatu ketika dahulu yang mengamalkan apertheid juga memihak lebih kepada Israel, termasuk dalam pemerdagangan senjata nuklear. Tetapi Israel juga antara negara yang lantang mengutuk dasar apertheid Afrika Selatan. Populasi orang hitam di Afrika Selatan kebanyakannya tidak menyenangi tindakan Israel yang melakukan kekerasan terhadap Palestin. Hubungan ini bertambah retak bila Afrika Selatan memanggil semula wakil kedutaannya di Israel kerana isu flotila. Kemungkinan besar Afrika Selatan akan menyokong kemerdekaan Palestin seperti jaminan mereka lakukan baru-baru ini.8) Brazil
Brazil merupakan neutralist dalam konflik Israel-Palestin. Ia juga sering memainkan peranan dalam rundingan damai Israel-Palestin. Memandangkan Brazil antara kuasa ekonomi utama dunia, sebarang keputusan tentang konflik Israel-Palestin (atau dalam kes ini, kemerdekaan Palestin) akan memberi impak terhadap hubungan ekonomi dan politik Brazil kepada Israel. Dari segi demografi, terdapat populasi signifikan Yahudi di Brazil. Tetapi, ia masih dilihat faktor kecil untuk menidakkan keputusan Brazil memberikan jaminan undi kepada Palestin.
Rasa-rasanya Palestin boleh menang tak? Jaminan ketika ini yang diberikan adalah sebanyak 8 undi. Tinggal satu undi lagi……
P/S : Sepatutnya berita-berita di Malaysia jangan sebut Israel sebagai sebuah tetapi penceroboh. Israel tiada hak untuk diiktiraf sebegitu rupa…
PP/S : Adakah anda merasakan Palestin akan mendapat kemerdekaan seperti yang mereka impikan selama ini daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara yang dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB?






{ 19 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Bukankah warga Arab sudah ada negara Jordan yg luas terbentang? Kenapa perlu berebut dengan Yahudi pula utk negara Israel yangg sekangkang kera itu?
kesian..ko la antara kesan negatif pendidikan sekular oleh kerajaan BN..dh beso2 pon xtahu sejarah Islam..g cari google,belajo agama ngn to guru..
daripada ko tertanya2 mcm ni..baik ko tanya diri ko tu dah cukup belajar ke? at least dah cukup membaca ke? tula, orang suruh at least2 baca kisah2 nabi, ko xnak..ni la akibatnya, benda2 penting mcm ni pun ko xtaw..sedih2..
ni la contoh rakyat yang akan senang-senang ja bagi negara dia kat orang luar. Akhir sekali, belajar sejarah dulu sebelum buat pandangan ye
Satu perkara yg pelik tetapi benar.
Oghang Islam meminta/merayu Oghang Kapir mengiktiraf negara mereka???
Itew PBB sendiri adalah kuda tunggangan oghang kapir.
Cukup lah ALLAH swt sebagai Maha Pembela.
Wahai Oghang Islam………..kembali lah kpd Al Quran dan Sunnah.
Agar kamu tidak sesat buat selama lama nya.
dunia akan takut ngan ancaman yahudi nih……kena pulak US ngan negara2 eropah…..maklum la….ekonomi diaorang yahudi yg pegang……..
penubuhan PBB bertujuan utk menindas org2 islam khususnya sbb tu bagi israel dan as x releven kalau palestin jadi anggota,cmne nk jajah palestin kalau palestin jadi anggota PBB maka PBB akan hilang fungsinya dengan kemasukan palestin sebagai anggota
ko ni yahudi ke apa?tau ke asal usul negara palestin/israel tu?soalan ibarat tanya penduduk asal melaka perlu ke berebut dengan bangsa lain utk melaka yg sekangkang kera, bukanke pahang negeri yg luas?
kalau nak tahu sebenarnya yahudi tu umat BUMIPUTRA @ Native di tanah Pelesitin sejak beribu tahun dulu, pasai apa plak dikata rampas tanah?
land tu mostly inhabited. bila israel ambik tanah tu. baru arab palestin claim itu sebenarnya tanah dia. padahal sblm tu kosong takde sape duduk pon. walaupon mmg ada rumah2 palestinian yg kena bulldozed dgn israek which is cruel. tapi ada sebab strategik dia. antaranya ialah sebab defence dan jugak air space control. so bukan semua israel buat tu betul. dan bukan semua israel buat tu salah.
sejarah ape ko baca no bro? memandai je ko ni..
tanah kosong xsemestinya xbertuan bro..malaysia pun byk tanah hutan belantara..abis tu kalo indon dtg duduk kt situ, ko xnak ke halau diorg keluar? kamon la bro..ape punya lojik ko pakai ni..
bani israel memang dah Allah haramkan negara asalnya sebab dan berapa byk Nabi dan Rasul turun kt diorg ni tp still nak buat perangai..ni janji Tuhan, kalau Allah dah halau, maka nyah la dia dari situ dan diharamkan tanah dia..
tuhla, org suruh baca buka agama dan kisah2 nabi xnak..
ko ni kesian la macam tak cukup info sejarah pasal mereka. sila kaji semula siapa yang lebih berhak atas palestin. kalau ko ni tetap sokong yahudi mgkin ko ni non-muslim & kurang maklumat.
Palestin adalah tempat yg bermakna utk umat Islam kerana kat situlah pusat kenabian.. ramai nabi nabi yg diturunkan di situ, atau paling kurangpun berkait dgn palestin. org yahudi claim palestin, antara alasannya, mereka adlaah penduduk asal di situ. namun, emngikut kajian sejaarh, penduduk asal di situ adalm kaum Arab yg diberi nama Kanan (Kan-An) yg menetap pada 2500 s.m.
baca selanjutnya:
http://www.mymasjid.net.my/forum/display/369427/sejarah-palestin/
Kalau nak cerita pasal sejarah, mmg akan banyak konflik sbb masing2 akan mengemukakan fakta sejarah masing2. Bagi aku senang saja. Kedua2 pihak lakukan gencatan senjata, Palestin harus mengiktiraf Israel, Israel juga harus mengiktiraf Palestin, Palestin dimerdekakan dan apa saja tanah in dispute beri saja kepada mereka yg majoriti.
Kalau Gaza majoriti Arab, beri kepada org Arab. Kalau Jerusalem majoriti Yahudi, beri saja kepada Yahudi. Israel lepaskan kawalan mereka terhadap wilayah laut dan darat Palestin, pastikan bekalan bantuan kemanusiaan yang tidak melalui tanah Israel tidak diapa2kan dan serahkan bulat2 pentadbiran wilayah Palestin kepada pemerintah Palestin yg telah mendapat mandat daripada rakyat.
Kemudian, bila semua sudah reda, pastikan semua negara Islam menjalankan hubungan diplomatik dgn Israel supaya boleh melawat tapak2 bersejarah di Israel dgn bebas. Kalau tak mahu pun, jalinkan hubungan cukup2 utk memudahkan perjalanan ke negara Israel saja… jadi tiada sekatan.
Sebenarnya mmg ada jalan penyelesaian, tapi selagi ada ego di kalangan org Yahudi dan Islam terhadap isu Palestin-Israel ini, selagi itu isu ini tidak akan selesai. Buatlah rundingan jutaan kali kalau masing2 hanya mau tunjuk ego dgn menjadikan agama sbg alasan keegoan mereka, tetap saja akan menemui jalan buntu. Org Yahudi akan kata itu tanah mereka merujuk kepada Taurat, org Islam pula akan kata itu tanah mereka merujuk kepada Quran. Jadi tiada siapa akan menang di sini kalau keadaan begini berlanjutan.
egokah kita kalau pertahan tanah air sendiri drp penceroboh malah pembunuh yg membunuh bangsa sendiri. kenapa perlu bagi muka pada org yg zalim?kalau tak guna sentimen agama pun, naluri kemanusiaan sudah cukup utk menilai isu kemerdekaan palestin
yahudi mana pernah ad atanah, hanya ada identiti..dan ia bselerak..israel tubuh 60-an…sapa kata yahudi israel ada tananh..ianya identiti bangsa yg wujud atas tanahh org lain..tetapi ia mlahirkan banyk nabi…hanya utk mnyedarkanny dan seperti al-quran bgtau…mereka mmg degil…dan al-hamdullilah..nabi terakhir bukan dikalangan mereka..sedangkan isa/jesus tu pun mereka cuba manipulate fakta dlm national geographic edisi astro chanel history….okla yahudi….skrg ni syiah lg bahaya…..yahudi bertopengkan agama….lg brutale..
@shark. Kaji balik sejarah. Israel yang datang ceroboh ni bukan orang asal yahudi dari tanah tu. Cuba kaji dari mana dia datang, bila diorang datang, sapa yang bawak masuk. Oleh sebab diorang agama yahudi sesukahati jer boleh claim yang negara palestin tu diorang punya????
Artikel yang mengandungi hubungkait Yahudi dan Amerika
Sejarah Mesir, Bani Israel, Yahudi dan Freemasonary
di malaysia ni orang yang mengikut perangai yahudi pun dah melambak….!
yahudi mmg x pernah ada tanah..d suruh nabi berperang utk dpt kan tanah pun takut(ada kisah nya cuba cari)..mmg yahudi bangsa yg xpernah ada tanah selain org gypsy..hidup berselerak
jangan lah asyik msalahkan pbb… kan dah banyak dia buat untuk tujuan keamanan dunia pada hari ini….