
Sememangnya keuntungan yang bakal dinikmati Astro amat-amat lumayan walaupun dikenakan caj yang tinggi oleh FA Premier League untuk mendapat hak penyiaran bola dari sana.
Terbaru, Astro melalui Astro All Asia Networks Pic telah pun membayar sebanyak RM800 juta kepada FA Premier League bagi mendapatkan hak eksklusif untuk menyiarkan 380 perlawanan Liga Perdana England (EPL). Perjanjian baru ini berlangsung selama 3 tahun iaitu sehingga tahun 2012. hak eksklusif untuk menyiarkan perlawanan Liga Perdana England (EPL) selama tiga tahun sehingga 2012.

Sebagai balasan, Astro mendapat hak siaran secara langsung kesemua 380 perlawanan EPL di saluran ESPN, STAR Sports dan Astro Channels.
Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan berkata, walaupun kos penyiaran itu meningkat, Astro komited untuk menyediakan siaran yang terbaik kepada pelanggan.
Itu sebabnya kalau kita lihat baru-baru ini tak silap saya mulai 1 Ogos yang lalu,
Astro telah pun mengambil langkah awal untuk menampung kenaikan kos dengan mengenakan bayaran tambahan RM12 kepada mereka yang melanggan pakej sukan.

Walaubagaimanapun, kita tunggu dan lihat mengenai pendekatan Astro untuk mendapatkan semula kos pelaburan yang tinggi itu.
P/S : Itulah masalahnya jika sesuatu bidang terutamanya penyiaran berbayar ini dimonopoli oleh satu-satu syarikat sahaja. Pelanggan tidak diberikan pilihan.
PP/S : Cuba lihat persaingan sihat di anatara Maxis, Celcom dan Digi yang mana mereka berlumba-lumba memenangi hati pelanggan. Yang untung siapa?
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [Result] Sukan Sea Laos 2009, Malaysia VS Thailand
- [Tahniah] Pingat Emas Bola Sepak, Paling Bermakna di Sukan Sea Laos 2009
- Isu Royalti Petroleum Kelantan, Tengku Faris Minta Petronas Bayar
- [BONGKAR] Penjenayah Yang Terkaya di Dunia Pernah Bakar Wang Lebih AS$1.63 juta
- Setuju “Kereta Veteran Perang” Kena Pemeriksaan Puspakom??
- Piliharaya Kecil Lagi? Tian Chua Kena Penjara!!


{ 71 comments… read them below or add one }
astro kat umah aku pun langgan setakat yang basic, janji dpt tngok tv
Langgan banyak2 pun kalau tv ade satu je, dapat tngok satu channel je jgak
inipun jadi bebab gak… sekurang-kurangnya aku tak lagi ‘bangun malam’ tuk nie…dapat tidur ngan lena…hehe
kan senang kalau banyak syarikat yang ada…..
ni yang jadi masalah bila Astro je yang buat siaran langsung perlawanan kat Eropah sana..caj mahal2..sebab xda persaingan.. lagipun aku x minat tengok berita sukan
macam wan 2911 cakap: lagi bagus kita bersukan dari tengok sukan..
Sepertimana apa yang dikatakan diatas Astro senang lenang berbuat begitu kerana mereka tidak ada saingan langsung di Malaysia ni. Kadang-kadang siaran tambahan yang diberikan pun bukan kita nak. Muslihatnya semasa peringkat awal diberi percuma dan selang beberapa bulan dinaikkan pula bil atas alasan pertambahan siaran.
itu belum masuk caj-caj tambahan kalau terlambat bayaran bil, penukaran pakej serta pemotongan sesuka hati. Aku pernah terkena potong perkhidmatan 3 kali dalam masa dua hari. Itu adalah silap mereka tetapi dalam bil tetap kena caj RM 60 iaitu RM 20 bagi setiap satu penyambungan semula. Itu salah mereka tetapi kos tetap dikenakan kepada pelanggan. Bila call operator mereka kata tak boleh tolong kerana itu masalah teknikal.
bebel banyak-banyak pun Yang kaya tetap Ananda Krishtan. Huh
layan ngorok lagi best
macam pak cik
malam ni nak mimpi apa yerk
haha….takyahla…terkejut sangat bro
ker bro nak tolong payungkan sekali
kenapa astro suka cekik darah pelangganya?
ttg isu naik harga ni la kan, nak tak nak terpkse la kan sbb hanya ada astro je yg dpt siar mende ni pun. takpe2 rakan2 mari kte meriahkan kedai mamak.. nmpknyer tahun ni mamak untung lebey sbb sume lari kat kedai die tgk bola hehe
tak cite tu, cite nie
sampai dah naek bosan :merajuk
macam terasa baca novel pulak
ada gaya jadik ahlil politik ni
tulla…baru perasan, cara dia bagi percuma mula
sekali pakej yang kena bayar, amik ko
tak terlayan
erm…..
kalo tgk kt umah sorunk 2 jek..
tyme goal plak.. meriah gla kowt..
yang kita ini, poket sellau kering, menagis tak berlagu, apa yang mamak ananda tu heran
aku x kisah pun pasal sukan ni..
aku lagi minat layan anime Jepun..dari habiskan masa tengok sukan, lagi best aku tengok Kamen Rider & Naruto.. :merajuk
aku x layan cite melayu sangat dan sukan (x ambik tau langsung)
nasib baik aku xda laptop. mungkin aku pun burn cite macam dia..
tapi aku lagi suka baca manga..(anime jenis cetak)..aku nak simpan manga online ngan anime nanti..
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.