[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda
Masalah disiplin pelajar di sekolah makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi keruntuhan akhlak dan masalah sosial dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia melibatkan kerjasama pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah. [+] Baca berita penuh. Klik Di SINI..
[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda
Adakah ketika ingin melihat kanak-kanak di Malaysia mencapai satu tahap tidak berasa selamat lagi walaupun di bawah jagaan ibu bapa mereka sendiri, barulah pada masa itu kita terhegeh-tegah untuk melakukan satu usaha bagi membendung kes dera kanak-kanak di Malaysia tidak terus berpanjangan Disebabkan sesetengah ibubapa yang tidak bertanggungjawab, ramai ibubapa lain terkena juga tempiasnya. Baru-baru ini, kes dera kanak-kanak bernama adik Syaifa yang baru sahaja berumur 3 tahun telah membawa kepada kematian. [+] Baca berita penuh. Klik Di SINI..
[KLIK] Kongsikan di Facebook AndaWalaupun kita sekarang ini kita kurang mendengar kes wabak selsema H1N1, ini bukan bermakna kita tidak perlu lagi memberikan perhatian dengan wabak selsema H1N1 ini atau nama popularnya selsema babi. Tidak mustahil wabak selsema babi (H1N1) boleh menular sekali lagi.
Kes terbaru H1N1 berlaku di Kuala Lumpur di mana seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas (28 Februari 2010) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana jangkitan berhubung Influenza A (H1N1). Hati-hati ya semua…… [+] Baca berita penuh. Klik Di SINI..
[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda
Kepada mana-mana pembaca beritasemasa.com sudah berkira-kira untuk membeli kereta dan tercari-cari senarai harga kereta di Malaysia untuk tahun 2010, saya suka untuk berkongsi dengan anda di sini. Yang penting harga yang bakal dipaparkan nanti adalah yang terkini. Sekurang-kurangnya ia membantu anda untuk mendapatkan kereta pilihan berdasarkan bajet dan kemampuan anda sendiri. [+] Baca berita penuh. Klik Di SINI..
[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda
Kadang-kadang apabila melihat isu semasa di Malaysia sekarang ini, tidak perlu fanatik pun tidak mengapa. Kadang-kadang itu lebih baik sebenarnya. Yang pentingnya cukup sekadar, kita mengetahui perkara sebenar disebalik setiap isu dan berita yang berlegar di negara kita. Begitu juga, sekarang ini samada Kelantan berhak mendapat wang royalti minyak ataupun wang ehsan?
Jikalau sebelum ini, satu Malaysia yang telah dijelaskan melalui akhbar Mingguan Malaysia Ahad tentang betapa pentingnya rakyat Kelantan perlu mendapatkan wang ehsan, sekarang ini giliran satu Malaysia terutamanya pembaca BeritaSemasa.com melihat sendiri perjanjian asal dan apa yang tertulis dalam perjanjian Akta Petroleum 1974. [+] Baca berita penuh. Klik Di SINI..
[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda
Jikalau dilihat harga bagi Lotus Evora di United Kingdom selepas dilancarkan baru-baru ini di sana iaitu sekitar 50,000 pound, rakyat Malaysia sudah pun faham dan boleh mula membayangkan harga kereta Lotus Evora di Malaysia nanti akan melonjak tinggi. Sebab apa ? Semuanya angkara struktur cukai kereta yang dikenakan oleh Kerajaan. [+] Baca berita penuh. Klik Di SINI..
[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda
Keputusan untuk Pelajar-pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2009 sudah keluar dan diumumkan. Sekarang giliran adik-adik kita yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2009 untuk menunggu keluar keputusan mereka. Biasanya cuti panjang ini, ada yang buat kerja part time, ambil lesen kereta, motosikal, ada yang terkena Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan macam-macam lagi. Anda pula? Atau adik anda? Atau anak anda yang ambil SPM?
Tetapi kebiasaannya masuk sahaja bulan 3, ramai pelajar-pelajar SPM mula berdebar-debar dan tidak kurang juga yang tidak sabar nak tahu bila keputusan peperiksaan SPM 2009 akan keluar. [+] Baca berita penuh. Klik Di SINI..
[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda
Pernah dapat sms yang berbentuk sebegini?
“Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi video peribadiku yang hebat, sila balas YA. Warning! Hanya untuk umur 18 keatas! “
“Sunyi? Anda dipilih untuk menikmati Koleksi Video Peribadiku Yang Panas & Hangat. Sila balas YA, jika anda tahan nenikmatnya. WARNING! Hanya untuk umur 18++ sahaja”
Adakah sesetengah rakyat Malaysia, boleh digelarkan sebagai gila seks? Ini kerana kes terbaru yang melibatkan perniagaan menjual video seks dan lucah kepada bakal-bakal pelanggan yang dahagakan seks oleh seorang yang sudah bergelar jutawan telah ditangkap. Bayangkan jika sudah mula melanggan video seks, setiap video dihantar akan dicaj sebanyak RM3 atau RM5 contohnya. Berapa ramai rakyat Malaysia yang sudah menjadi pelanggan kepada saudagar seks ini sehingga mampu mengumpul kekayaan sehingga 11 juta? Ulang suara sekali lagi RM11 juta!!! [+] Baca berita penuh. Klik Di SINI..