BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


P. Balasubramaniam (Altantuya Shaariibuu) Kembali Lagi

by Staff Berita Semasa on May 23, 2010

in Berita Malaysia

Ingat lagi P. Balasubramaniam(penyiasat persendirian)  yang pernah menggemparkan negara dengan akaun bersumpahnya terhadap kes berprofil tinggi, pembunuhan Altantuya Sharibuu mengaitkan dengan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor.  Akaun bersumpah kedua tersebut telah ditarik balik  24 jam selepas itu. Kemudian P. Balasubramaniam terus lenyap entah kemana. Muncul semula. Kemudian menghilang sekali lagi. Dan pada Julai ini…………

P. Balasubramaniam dijangka akan memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Seperti yang disyaratkan P. Balasubramaniam, keterangan tersebut akan dibuat di sekitar kota London.

Kalau sebelum ini, usaha SPRM untuk mengambil keterangan P. Balasubramaniam menemui jalan buntu kerana tidak mengetahui lokasi penyiasat persendirian itu berada selepas menghilangkan diri bersama keluarga pada Julai 2008.

Pertemuan ini akan diadakan ekoran kenyataan yang dibuat oleh peguam P. BalaSubramaniam, Manjeet Singh Dhillion dan Americk Sidhu mengatakan yang P. BalaSubramaniam bersedia untuk memberikan keterangan.


{ 5 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 ahm May 23, 2010 at 7:00 am

Tak habis2 rasuah..pelik negara kita ni..

.-= ahm menulis artikel blog ..Bagaimana nak statikkan kedudukan Chatbox =-.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 beejan May 24, 2010 at 9:55 am

Ada yang dah tak tidur lena.. Skandal terbesar dalam sejarah Malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Masyuk June 21, 2010 at 2:53 pm

orang berkuasa boleh melakukan apa saja…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Shairon™ June 21, 2010 at 3:57 pm

sepatutnya saksi sepertinya dijaga keselamatan,bukannya diugut..

saksi sepertinya diberi perlindungan dan diambil keterangan,seperti mana Saifool bukhari dilindungi 24 jam,walaupun tuduhan tanpa bukti dan asas..
ni lah cara orang yang berkuasa dan pulis di nagara2 mundur..dah macam Mafia pulak..

kalau perkara yang sama berlaku melibatkan orang berkuasa dengan keluarga anda dan anda..pada masa itu apa daya anda?dan siapa lagi yang anda akan cari?Pulis?

rakyat tidak lagi berasa selamat..

P/S:tidak memaksudkan mana2 orang berkuasa di Burma,Uruguay,Papua,Zimbabwe mahupun Malaysia..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 bad May 31, 2012 at 4:46 pm

korek sampai lubang cacing sampai telur2 nya sekali

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: