BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Olimpik 2012 Badminton : Hartawan Tawar Ketul Emas Bernilai RM2 juta (ASS$630,000)

by Staff Berita Semasa on July 12, 2012

in London Olimpik 2012, Malaysiakini BM

[Malaysiakini BM] Seorang hartawan perlombongan Malaysia menawarkan kepada pasukan badminton negara ke sukan Olimpik 2012 (badminton), ketul emas bernilai RM2 juta (ASS$630,000) jika membawa pulang pingat emas pertama dari sukan di London itu.

Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas di sukan Olimpik sejak mengambil bahagian pada tahun 1956, tetapi pernah memenangi dua pingat gangsa dan dua perak, semuanya dalam acara badminton, lapor Reuters

Andrew Kam (kanan dalam gambar), seorang peminat badminton dan pengerusi Racquet Club Berhad Kuala Lumpur (KLRC), menawarkan ganjaran tambahan kepada pasukan tersebut yang sebelum telah ditawarkan 1 juta ringgit oleh kerajaan dan sebuah firma swasta untuk memenangi pingat emas sukan Olimpik 2012 di London bagi acara badminton.

Dalam satu kenyataan, Andrew berkata, KLRC juga mahu turut membantu menjadikan impian itu satu kenyataan. Pemenang pingat perak sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei, yang tewas dalam perlawanan pingat emas kepada pemain terkemuka China, Lin Dan di Sukan Olimpik Beijing, menjadi sandaran utama untuk memenangi pingat emas pertama untuk negara. [Malaysiakini BM]


{ 2 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Prince Noob July 12, 2012 at 3:14 pm

wow bestnya… kalau aku lee chong wei mmg aku akan berusaha bersungguh dan memberikan persembahan bertenaga 200%… sape tak nak weiii jongkong emas 2 juta tu weeiiii

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Anuar July 12, 2012 at 3:58 pm

Hadiah yang lumayan untuk Atlit negara yang berjaya memenangi Pingat emas di Temasya Olimpik London 2012 ini..

Diharapkan para atlit lebih bersemangat untuk memenangi pingat emas pertama Olimpik untuk negara..

Good Luck.. diucapkan kepada semua Atlit Malaysia yang berpeluang mendapatkan RM3 juta (RM1 juta + Jongkong emas RM 2 juta).. ;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: