
Terperanjat pun ada, tak sangka pun ada. Sebenarnya, saya ingin berkongsi sebuah laman web yang memaparkan senarai negara yang mempunyai ketenteraan terkuat di dunia. Statistik dan laporan yang dibuat ini berdasarkan “US Library of Congress, Central Intelligence Agency”. Mungkin anda boleh melihat sendiri laman yang saya maksudkan ini.
GlobalFirepower.com: World Military Strengh Ranking

Saya sebenarnya kurang pasti sebenarnya daripada segi apa yang dinilai mereka dalam menyediakan laporan seperti ini. Adakah ia penilaian kekuatan sistem kekuatan ketenteraan sesebuah negara daripada segi teknologi yang digunapakai dan senjata yang dimiliki. Erm……tidak mungkin sama sekali jika dilihat kedudukan Indonesia “mencanak” naik untuk senarai yang dikeluarkan ini.
Poland yang sering membekalkan senjata kepada kita pun, menjunam ke bawah kedudukannya. Manakala Singapura yang dilihat mempunyai peralatan senjata moden dan maju tidak mendapat kedudukan yang baik.
P/S : Jikalau ia dilihat daripada kekuatan tentera/gerila itu sendiri, mungkin saya setuju juga dengan senarai yang dikeluarkan ini. Teringat semasa Vietnam yang hanya dianggap picisan dalam dunia pertahanan negara dan juga tidak termasuk pun senarai askar/gerila terbaik dunia, tapi masih mampu menghalau tentera Amerika dan Perancis.
PP/S: Mungkin yang mana berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang ketenteraan, boleh berkongsi pendapat anda di sini.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [TAHNIAH] Universiti Malaya Tergolong Antara 200 Universiti Terbaik Dunia 2009
- [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
- [BONGKAR] Penjenayah Yang Terkaya di Dunia Pernah Bakar Wang Lebih AS$1.63 juta
- Ketua Eksekutif Apple Inc, CEO Terbaik Dunia Untuk Dekad Ini
- Projek Bina Istana Negara Kuala Lumpur Yang Baru?
- Bandaraya: Perkhidmatan Akses Internet Terbaik Dunia


{ 18 comments… read them below or add one }
Tks for sharing :)
pertamanya…jumlah tentera setiap negara kena ambil kira.di campur dengan kelengkapan moden…lagi lah menaikkan carta.walaupun konvensional warfare sekarang tak memerlukan tentera yang ramai.bilangan tentera ada advantagenya…contoh tentera merah moa zedong…juta juta beb.US pun cabut masa perang korea dulu.
selain itu…pengalaman bertempur.sebab itulah filipina dgn thailand masuk senarai…sebab banyak bertempur dengan tentera pemisah kat selatan negara dia orang.
malaysia dah tak ada sebab komunis dah meletak senjata…jadi dok diam jer la dalam berek.jadi camner nak kira pengalaman.
memang malaysia ada hantar askar pengaman…tapi kena ingat.tugasnya sebagai pengaman…tak boleh menyerang pun.walau depan mata ada orang kena tembak/bunuh.
disamping itu juga…industri buat senjata pun diambil kira gak.cam brazil-walau takder pun dengar brazil berperang.
itu jelah bebelan saya.itupun dari apa yg saya belajar dulu..jangan la kita mempolitikkan isu ni…
sebab kita kena percaya yang musuh sentiasa perati kita…percayalah juga…MOSSAD ada di Kl
meraba2 nak mnembak..kui3 :p
untuk pertahankan ibu pertiwi
tapi semuanya tidak boleh guna
bantulah kami rakyat Malaysia.bersusah-payah belajar dalam dan luar negara.
tentang carta nie kita kn banyak berpikir dng tenang dn betul2 paham ttng ketentraan, bukan main cakap ja!!………. siapa pun yg menyusun kedudukan carta, mereka bukan membincangkan ttng kelengkapan, kecanggihan atau berapa banyak senjanta sesebuah negara ada!.
mereka membincangkan tentang kekuatan ketentraan. ya lah kalau kita pandang pd jahirnya sesebuah negara miskin itu pasti mereka tdk mampu melawan musuhpun. tp dng kekuatan jiwa dn kecintaan kpd negara mereka sentiasa sedia melawan siapa sj musuh mereka.
seperti kita tahu INDONESIA memperolehi kemerdekaan negara mereka hingga titis darah terhakir.
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.