BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


NBI SKMM : Nbi.Skmm.gov.my. Pendaftaran Rebat!

by Staff Berita Semasa on January 4, 2013

in Informasi Terkini

skmm

NBI SKMM : Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang mana anda semua boleh memohon bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu. Kenapa?

Pendaftaran rebat di NBI SKMM ini menggunakan konsep siapa cepat dia dapat.

  1. Dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia.
  2. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar
  3. Melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

LINK Pendaftaran di NBI SKMM : www.nbi.skmm.gov.my

nbi skmm

Portal NBI SKMM : www.nbi.skmm.gov.my

Syarat Kelayakan Permohonan Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200) di NBI SKMM?

  1. Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  2. Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  3. Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat
  4. Satu telefon hanya untuk satu belia sahaja

Penyedia Perkhidmatan Yang Terlibat di NBI SKMM?

nbi skmm

Penyedia perkhidmatan yang terlibat bagi NBI SKMM ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.

Prosedur Langkah Demi Langkah Pendaftaran Rebat RM200 di NBI SKMM?

  1. Satu bulan masa diberikan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan. Pendaftaran boleh di lakukan di halaman portal NBI SKMM Malaysia.
  2. Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta di NBI SKMM Malaysia. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus seperti yang kami senaraikan di paparan imej di atas
  3. Dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan ialah seperti Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera @ Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
  4. Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar 3G yang menjadi pilihan anda dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon 3G (smartphone) tersebut.
  5. Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat RM200 ini.
  6. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat (rebate) RM200 ini jika anda telah melanggan pakej jalur lebar sebelum ini.

Laman sesawang iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my telah mengalami sedikit gangguan kesesakan yang teruk sejak ianya mulai dibuka

PP/S :  Kalangan belia tidak mahu melepaskan peluang mendapat rebat RM200 telefon pintar 3G ini. Dan….bilangan pendaftaran di NBI SKMM terus meningkat disebabkan menggunapakai konsep “siapa cepat dia dapat” dan akan terus meningkat. Adakah anda juga salah seorang daripadanya?


{ 64 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Anuar January 4, 2013 at 11:13 am

Alamak.. Saya tak layak memohon.. Tahniah kepada yang layak memohon…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Golok January 4, 2013 at 4:31 pm

kenapa tak layak pulak? Gaji dah terlebih ker atau dah ayam karen boh?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 nurfatin January 4, 2013 at 1:32 pm

wow’ susah nya nk dpat wat permohonan…sesak btol line nye..xde care lain lg ke untuk mendaftar…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Sumpit January 4, 2013 at 2:30 pm

macam tak ikhlas je kerajaan nak bagi rebat. sampai skrang tak boleh bukak skmm ni.aduyaiii

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 wanie January 4, 2013 at 3:28 pm

untuk umr 21 smpai 30 jew?
abez yg umr 18,19,20 yg kjew 2..x dpat pape ker?
sebab kami golongan yg xblh undi ye?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Golok January 4, 2013 at 4:30 pm

apa nak buat cik adik
bajet najib tak cukup kali ini
abes nak tabur kat orang kampung lagi
kat bagi kat org felda lagi
hehe…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 bobie January 12, 2013 at 11:45 am
8 suhana January 4, 2013 at 3:53 pm

sshnya nk buka…dh byk kali cuba buka…asyik error je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Zairul January 4, 2013 at 3:54 pm

Salam..
Maaf nak tanya.. Kiranya baucer ni hanya boleh ditebus di center2 mana2 line telefon sahaja la ye?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Golok January 4, 2013 at 4:29 pm

aa…ah, syaratnya kena pakai line internet dengan diorang. Kalau tak, tak valid rebate tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 m-leazs January 8, 2013 at 10:08 am

salam..nk tnye..
kalau da dftar, nk cancel blik kne byar ker????
(drpd mgsa keadaan)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 m-leazs January 8, 2013 at 10:11 am

kalau da dftar internet dgn dorg, nk cancel blik kne byar ker????
(drpd mgsa keadaan)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Tilagawati January 5, 2013 at 9:43 am

Bring me one choice for me

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 BUHSAN January 5, 2013 at 10:10 am

dah 5 hari cuba..x dapat masuk…bila dah dapat masuk isi dah nak submit x boleh…suruh bukak time luar biasa bila bangun kul 3 pagi nak isi page n server ditutup..baik tak yah …nak bagi ke tak nak bagi macam asal boleh je…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 linda January 5, 2013 at 10:51 am

kalo yang tengah menganggur mcm mane?maksud nye yang baru habis stdy..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 zera January 10, 2013 at 9:08 am

mmg la line akan slow mcm siput sbb ramai yg cuba masuk line tp pengguna yg nk mendaftar tu pandai2 la..jgn la cuba masa sibuk, rajin2 la bangun pagi mcm pukul 7 tu dh boleh cuba..jgn asyik nk hentam kerajaan je.. :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 fatihah January 10, 2013 at 9:58 am

yurp setuju…… sye wat pgi… dlm kul7 tu mmg ok… siap daftar kengkawan lgi… semua berjalan lancar… sbb time tu dorg tgah bz nk g keje … hehheheh x ramai yg online….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 WANI January 5, 2013 at 1:45 pm

KENAPE X BOLEH DAFTAR NIE JD LEMBAB NIE….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 ukhwah January 5, 2013 at 8:11 pm

saya pun x boleh…
tp klau x boleh x payah la kutuk ke, hina ke , marah ke,
sabar , InsyaAllah orang yang sabar balasannya sentiasa baik,
lagi satu siapakah kita untuk menghukum keikhlasan seseorang,
lebih baik menjadi manusia yang positif,
dosa pun x bertambah…:)
sekadar berkongsi…saya insan biasa begitu juga anda dan manusia lain.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 miera January 5, 2013 at 10:05 pm

Alhamdulillah sy cuba2 dpt juga..isi da subscribe internet trus dpt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 suhairy January 6, 2013 at 10:33 am

klu mcm tu bkn satu mlysia kan.. dah mcm ayam plak kite d buat nya. . campak stu jagong kejar rmai2,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 katy January 6, 2013 at 3:20 pm

Alahai…..xbley submit jgk nieh…..smpai tdo bgun plak xciap2 ag…..pttlh org rmai mrh2…..mmg ptt ppwn klo servis cmnie…hmmm

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 fizi January 6, 2013 at 4:35 pm

betul la. dh lima kali try daftar, semua error. SKMM pls check. sistem web anda x leh nk cater jumlah pengunjung yg byk ke hape… pls3 check/ improve.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 Mawar January 7, 2013 at 2:07 pm

susah nk mohon…alasan…line bz..ate nape jd gni?hu3..ape celop ye?menda snang mcm dh jd susah ble try2 apply x dpt..line bz sgt ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 wee January 7, 2013 at 8:16 pm

suda cuba 10kali buat tak masuk daftar…apala!!!!!!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 wee January 7, 2013 at 8:21 pm

tidak proses,tidak proses!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 khairul January 8, 2013 at 3:16 pm

npe sy xdpt nk daftar ni…sy baru 23..warga negara..nk bukak borang 2 pn xbleh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 khairul January 8, 2013 at 3:19 pm

tolong-tolongggg……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 m-leazs January 8, 2013 at 5:44 pm

Salam nk tnye korg2 sume…sy ad bli smartphone 1jan lpas…
1-dpat rebat tnpa dftar….btol ke? (da dpt dh)
2-kne ambk postpaid, internet yg dorg offer 2..tp klau nk cncel postpaid 2 kne byar…btol ker? Da la bratus2 nk kne byar…tlong jwab spe2 yg tahu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 GEGIRL January 9, 2013 at 8:17 am

saya ni dah berminggu dan setiap masa cube dftar,.. tp asik tdk boleh diproses.. 2 je respon ye…. hurm….dah berkali2 cube.. tidak boleh gak.. tpon xde yg jwb. email pun xde yg jwb.. dah tutup tuk dftar ke….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 Rabak January 9, 2013 at 4:14 pm

aku dh dftar n dh print prmohonan tu… pstu nk apply ni ke bwk g kdai phone aner ? kdai pjak gadai??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 PUTRY AZLIZA January 10, 2013 at 10:54 am

UNTK 18.19,20TAHUN TAK DAPAT APA2 KE….NIE YG SDIH NIE…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 anna January 10, 2013 at 3:50 pm

awat tahun 1992 x boleh daftar???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Cekodok mantrap January 13, 2013 at 10:25 pm

Asal aKu buat boleh jer…. Pukul berape2 pon Leh daftar… Korang yang x dapat tu tungu jer la…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 GIRL89 January 17, 2013 at 12:35 pm

saya nak tanya,di mana kita boleh beli handset yang rebat RM200 ni???semua kedai ke???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 kyle January 17, 2013 at 8:47 pm

kene beli dengan syarikat telekomunikasi terpilih je…mcm dekat maxis centre sunway piramid salah satunye…cawangan yg terpilih ade dimaklumkan dlm surat khabr…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 GIRL89 January 18, 2013 at 10:05 am

owh…klau daerah perak ni kat mane yer???tahu x???terima kasih…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 hanie ibrahim January 18, 2013 at 12:55 pm

sy bk skali jer trs dpt tp bk pg2 la kul 8 lbh..dpt jer..sukanye trs berjaya..usaha lbh skt yer…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 hanie ibrahim January 18, 2013 at 1:00 pm

alhmdllh..skali buat jer trs berjaya..tp kn bk pg2 dlm kul 8..cube la yg lain..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 adawiyah January 19, 2013 at 5:31 pm
41 rabiatul adawiyah January 19, 2013 at 8:13 pm

TErima kasih PM atas skim yang diadakan,i love you PM ,i love Malaysia ..
Tq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 safuan January 25, 2013 at 6:56 pm

permohonan saya dah berjaya..then , tlupa untuk print..then bagaimana saya nk masuk semula untuk membuat cetakan ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 bebehdarling January 29, 2013 at 9:58 pm

hAA AHH….ME TOO

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 jijie March 25, 2013 at 7:58 pm

xpe..cuma bawak ic je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 ieyzbie January 29, 2013 at 12:57 am

slm…aku nak jugak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 nurul January 31, 2013 at 11:28 am

mcm ne nk mohon rebet nie….pls inform…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 defarton February 7, 2013 at 3:52 pm

ada link kat atas tu. lihat ja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 defarton February 7, 2013 at 3:51 pm

Sy baru mendaftar jga. tapi sy tidak tahu mcm mana guna atau tebus telefon RM 200.00?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 iwan February 14, 2013 at 12:30 pm

Pandangan saya….Najib memang PM yg bijak…mmg terbilang….rebat RM200 bagi..kedai telefon naik kan harga HP pulak…terbaik…i luv u PM…muaaahhhh..cerdik2

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 Kacang February 28, 2013 at 5:02 pm

saya telah mendaftar rebat tefon sebelum ini..tetapi slip rebat tersebut hilang dalam komputer saya,saya mahu mengambil salinan slip rebat itu balik..macam mana ek?ada sesiapa boleh bantu???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 WANIE March 2, 2013 at 6:09 pm

saya pon mcm anda jgk..mcm mne ea?mtk tlg anda smua tlg jlaskan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 jijie March 25, 2013 at 8:00 pm

just isi borang..pilih kategori pekerja,pelajar..pas tu akan dpt respon

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 HABISLAH March 13, 2013 at 6:30 pm

alamak…email aku dah tak aktif slma 5 bulan..
pliss cmna ek nak beli hf lau tak dapt email dr skmm
plsss….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 Azimah ishak March 16, 2013 at 3:59 pm

Saya daftar utk baucer hp ni..dh lulus tp……x print lg..mcm mne nk dptkn blik slip baucer tu ek,,dh semak kt emel xde pn…. Minta bantuan….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 ekin March 22, 2013 at 8:50 pm

saya dah daftar untuk baucer hp..tp belum sempat print baucer tu terbuang..macam mane nak semak baucer tu balik yew??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 jijie March 25, 2013 at 7:51 pm

saya Layak..wow,terima kasih malaysia ;-)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 jijie March 25, 2013 at 7:56 pm

saya layak..terima kasih malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 dilamdnor March 26, 2013 at 9:51 am

tentera x boleh mohon ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 mohd shah harizal April 5, 2013 at 8:46 am

Harap2x saya dapat lulus

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 amie April 7, 2013 at 10:03 pm

mcm mne nak daftar??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 lynn_sab April 16, 2013 at 7:48 pm

nk tanye cket…kalo postpaid xbley ke????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 aizat April 22, 2013 at 2:23 pm

mcm mana nk check status permohonan..saya pernah pohon dan layak..tp sy tidak tebus kerana tidak melalukan cetakan status..jd sekarang ada tak cara untuk cetak kembali..sebab saya tak jumpa cara untuk lihat kembali permohon..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 nickname BAN May 11, 2013 at 7:22 am

bohong belaka..asyik error jer..penipu pnya kerajaan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 nickname BAN May 11, 2013 at 7:23 am

bohong belaka, kerajaan sial, najib sial, najib tu sape??
bukan najib PM indonesia, PM bangladesh tu ler..error jer, kimak penipu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: