Jika di negara kita model terhangat Perodua sudah pastinya Myvi 1.5 Extreme yang dilancarkan pertengahan bulan ini. Menurut Pengarah Urusan Perodua, Myvi 1.5 yang dilancarkan dalam dua varian SE dan Extreme itu buat masa ini hanya akan dijual di pasaran Malaysia dan masih belum ada perancangan untuk mengeksportnya ke pasaran luar negara.
Mungkin sebab itulah Perodua UK menampilkan edisi khas terbaru Myvi generasi pertama di UK, hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar rim aloi ternama Wolfrace Wheels Limited.Perodua dan Wolfrace telah memperkenalkan versi menarik dan sporty Myvi Wolfrace Design Concept, di mana pengeluarannya dijadualkan bermula pada awal Oktober 2011.
Antara kemasan berkualiti yang dilengkapkan pada model konsep Myvi Wolfrace Design itu termasuk
- interior mewah dari material kulit alcantara,
- rim aloi 16” Wolfrace Shark Alutec 5-spoke,
- tayar berprofail rendah Falken,
- sistem gantungan direndahkan menggunakan spring dari Eibach,
- paparan grafik berwarna yang menjadi signature Wolfrace,
- spoiler belakang dan cermin sisi berwarna merah yang kontras,
- cermin di pintu belakang privasi,
- ekzos berkembar krom dan naik taraf sistem audio Vibe termasuk peningkatan bunyi bass.
Penambahan inovatif pada model murah dan mampu milik di UK itu dengan tema Wolfrace yang bergaya, melengkapkan spesifikasi terbaik sedia ada, termasuk
- sistem penyaman udara,
- stereng kuasa,
- empat cermin elektrik berkuasa,
- cermin sisi elektrik dan
- pemain CD/radio berintergrasi.
Rekaan dan gaya menawan Myvi Wolfrace Design Concept sudah dipaparkan kepada umum dan menurut Perodua UK, model edisi terhad ini bakal mendapat perhatian ramai dan akan mencatatkan jualan laris terpantas.Apa pandangan anda mengenai Model Myvi Wolfrace Design Concept? Pendapat kami, biasa-biasa sahaja.

{ 8 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
terbaek ar p2 nie…
kalau nk terbaek lg buat keta sedan plak pasti lg meletup nya…
perodua buat kete sedan…bungkus la jawabnyer proton…. pape pon myvi 1.5 mmg superb….mmg power n mmg lagi best….
ko pkai myvi ke jojo?aku igt nk angkt myvi,just nk tahu feedback org rmai.
sedan tu mgkin pyh nak wat coz agreement, tp kalo spec uk tu pkai kat cni lagi bagus..bbaloi ngan harga, esp for myvi 1.5
aku bru “test drive” myvi extreme kelmarin….i
so sedikit ulasan di sini.
1. nterior mmg menraik dgn desgn memenuhi citarasa terkini…aku drive rasa slesa dan luas sebab aku ni kecik je..hehe
2 exterior pon mmg cun..ganas ala2 cute
3. enjin 1.5cc yg lbh berkuasa dan gmat minyak…
4. dri segi harga tu..hmm klu letak hrga lgi rndah dl 40k lg cntekkk sgt..brulah dikatan kereta rakyat…tapi mahal ckit pon org ttap akn beli sbb org lbh pcya produa…
tQ….
best lagik yg budak2 malaysia mod..nih mcm takder paper pon mod dier
Keta ok.tapi klu nak isi barang susah sempit…..ko org ckp best..haktuiiiiiii……….
ko Zua niaga pasar malam ke hapa. nak luas beli van terpakai la. ini kete mau cute & bergaya