Setelah sabar menunggu dalam penuh debaran, akhirnya saudara Fadly Hisham Roplay telah menerima semula Proton Saga 1992 miliknya, tetapi kali ini kereta kesayangannya itu telah berwajah baru hasil sentuhan divisyen permotoran Proton R3. Majlis penyerahan Saga 1992 R3 itu telah berlangsung untuk meraikan pemenang pertama program “My Proton Makover” yang diadakan melalui pertandingan Very Important Proton (VIP).
Melihat kepada gambar-gambar tersebut, bahagian interior paling menarik apabila dashboard lama Saga telah digantikan dengan dashboard baru dari model Saga LMST yang dikeluarkan pada tahun 2003-2008. Bahagian luaran juga menerima sentuhan lebih kemas, terutama sekali penggunaan sport rim R3 bersama sistem gantungan berprofail rendah menjadikan penampilan visualnya cukup sporty dan mantap.
Walaupun program ‘overhaulin’ yang dilakukan R3 masih belum menyeluruh apabila tidak melibatkan pertukaran enjin baru, hasil yang dilakukan tetap memuaskan. Bayangkan kalau Saga 1992 milik juruteknik Fadly Hisham Roplay memiliki jantung baru berupa sebuah enjin CamPro CPS 1.6 yang ditala khas oleh R3, pastinya sangat hebat.
Kepada pemilik-pemilik kereta Proton yang berminat, masih ada lima lagi kereta yang akan ditala oleh R3 dalam program “My Proton Makeover”, apa yang perlu anda lakukannya hanya layari http://www.protonvip.com/ , ceritakan pengalaman ketika bersama kereta Proton kesayangan anda dan bagaimana ianya memberikan kesan besar dalam hidup anda.
Pihak Proton akan memilih cerita terbaik dan anda mungkin pemenang seterusnya. Tarikh tamat penyertaan pada 28 Disember 2011.Apa pandangan anda mengenai Proton Makeover Saga R3 ini?

{ 27 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
agak2 brape k owner nk jual blk?hihi
waa…cun2..ni barulah makeover..=D
Ganas n superb !!
ala.. biasa je…xlah make over sgt. kalau ye pun nk make over, bhgn luar tu bglah nmpk cantik sikit… tmbahlah skit depan, skit tepi, skit belakang…pasang spolier tinggi, modified sikit lampu depan, spray colour garang, pakai rim terang…baru nk umphhh…kalau stakat mcm ni, ntahlah… mgkin dier org kena tgk ceta ‘pimp my ride’, overhaulin’ @ dlm majalah kereta…
proton xkan boleh pegi lebih jauh…sekadar gempak jer lebih,aku dah pakai 3 model proton….xkan boleh maju kalau terlalu memikirkan keuntungan…kualiti langsung x ambil kisah..aku dah serik….
eh?sian ko long…3 biji je?ke ko beli body lelong punya?along ni mmg jhenis xleh pegi jauh la….dokkk je lam umah.along pon dah serik kan?jgn pakai kete lg la.ace try pakai yamaha lc135 baru..clucth tangan tu…bole pg lbh jauh dgn lbh kilometer dgn petrol shell..kurg sket seriknya…kan kan?aku pakai honda c70 cdi…
3 model. waa lambat membangun..
PROTON sungguh membanggakan…..
Ek elehhhh make over mende cmni aku pon leh buat cehhhhhhhhhhhhhh
Apa la komen ko ni, ko igt pimp my ride tu cun sgt ke make over yg dotang buat. Ngarut je. Kalau overhaulin tu mmg cun. Tak sume org bole pakai kaler garang. Aku rasa ni pun da cun dah. Mungkin boleh dipertingkt kan lagi.
proton iswara boleh tak…
mungkin pada org yg tak guna kete proton lama die rase tak berbaloi..tapi pada aku yg guna kete ni, rase sgt2 berbaloi dan beruntung sgt sebab dari bawak bunyi sane sini, goyang sane sini, dapat2 dah mcm bwk kete baru. senyap jek.aii kalau la ade rezeki Allah bagi.
bagussss aahhh..aku tak peduli aper yang orang lain nak kater..yang peting kalau guna duit poket sediri mau tak kopak gak aaaa 5- 6 k maybe lebih kot..congrat to that car owner..ride it with fun bro..haahahaha..agak2 biler laaaa R3 nak taja satri aku..hahahahahahaha..
menarik la
mmg cun giler proton makeover nih gua tengok terus cair….keta gua bila plak nak di makeover bro
SEMUANBYA TERTAKLUK KEPADA PERATURAN DAN UNDANG2 MALAYSIA JUA…. KENA PAHAM LA CIKIT YER…
ni baru betul2x makeover yg cun…
der lu maw komen agak2 lar…lu mmpu ker kalo nk wat sndri??
hahahah!!! aku tengok proton makeover trus aku masuk kontest!!! hrap2 sgt proton plih keta iswara bpak aku, keta tuu bnyk kenangan selama berkhidmat 19 tahun!! solenoid kat stater rosak sampai skrg x repair bpak aku x ckup duit nak tukar.. harap2lah proton makeover Proton Iswara 1.3 sedan 1992!!! klu terplih, inilah hadiah harijdi bpak aku paling bermakna skali
gd luk bro…smg dpt apa yg ko nak tu…hehe
tukarkan la enjin utk brader tu skali… ape la sangat…
kalau bleh pronton r3 tuka semua proton saga lme ke proton vip..
dgn kne kn byaran..mgkn rmai yg akan tuka ke proton vip..
Saya ada proton saya 1.5S WCQ5990 tahun 1992,beli baru waktu tu, bila giliran untuk baikpulih?
proton kena bt mcm honda gak tekan jenama R3 mcm type r br lah gempak
pade aku lah yang tengok pimp my ride 2 tuk bebudak nak outoshow jek.xsesuai d jalan raye.r3 buat ni tuk di jaln raye.pimp my ride 2 pon telampau melebih-lebih ,merepek lak nmpak.law macm overhaulin 2 ok la.dia buat banyak style klasik.ape2 pon nak makeover 2 kene lah dgan kenderaan y.x kan la proton saga nak pakai tiang gol at belakag.
Dia bagi free pun nak bising ka..korang jeles sebab tak dapat kan..kan?