Kami sebenarnya tidak jeles apatah lagi iri hati tetapi kami “anti monopoli”. Apa sebenarnya matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Kalau tidak bukan, mahu menyaksikan kejayaan DEB yang menjanjikan 30% kekayaan ekonomi Bumiputera tercapai. Malangnya sehingga hari ini masih belum berjaya? Di mana silapnya?
Jikalau aktiviti pembahagian kekayaan negara dan aset negara diberikan kepada satu dua individu, jangan sesekali kita bertanya mengapa dasar DEB tidak berjaya.
Apa yang berlaku hari ini, satu demi satu perkhidmatan dan penggunaan seharian dalam negara ini, sudah menjadi miliknya. Bumiputera lain pun mahu “merasa juga”. Sedangkan jurang Melayu kaya dengan yang Melayu miskin semakin meluas hari ini.
Kritikan Bung Mokhtar Dengan Monopoli Syed Mokhtar di Dewan Rakyat
Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan. Syed Mokhtar akan menjadikan syarikat yang dirintisnya untuk menjalankan apa saya perniagaan yang wujud di dunia ini, dakwanya.
Jutawan itu menjalankan perniagaan di laut, di darat dan juga di udara, katanya ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi. BERNAMA
Daripada segi sikap, kehidupan dia, sejarah dia, daripada segi pencapaian dia memang menjadi pedoman dan sejarah hidup dia kami sendiri simpan sebagai koleksi kejayaan orang-orang ternama di Malaysia
- Jikalau diikutkan, kami sebenarnya bangga apabila orang Islam kaya.
- Jikalau nak naikkan imej orang Islam biarlah “BERJAYA” atas sebab bersaing sesama Islam lain
- Apa yang kami harapkan adalah syarikat-syarikat yang tiada “kepentingan” diberikan ruang dan peluang
- Dalam etika perniagaan pun, diharamkan monopoli apatah lagi benda-benda yang menjadi keperluan & dekat dengan rakyat
Aktiviti monopoli dan kekayaan negara haruslah dipecahkan. Kalau nak elakkan bagi Cina atas nama Tanah Melayu bagi mengimbangi ekonomi, agih-agihkan kepada Melayu lain yang berniaga juga dengan adil & saksama. Bukan hanya terletak pada seorang sahaja atas nama penswastaan. Apa-apa yang berlaku pada akan datang, apa akan jadi kepada Malaysia
Senarai Pegangan Perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar ?
- Gula di Malaysia. Syed Mokhtar beli gula daripada siapa? Tan Sri Robert Kuok yang merupakan bekas Raja Gula Malaysia dan sekarang telah menjadi Raja Gula Dunia. Pimai-pimai Tang Tu juga. Gula sudah berapa kali naik harga?
- Roti gardenia
- Gas Malaysia
- Janakuasa BEBAS IPP – Malakoff
- Pelabuhan Pasir Gudang
- Lapangan Terbang Senai, Johor
- Modenas – modenas sapa punya…??
- MRT (akan datang)
- Beras (BERNAS). Anda nak beli beras SIAM, Beras Burma, Beras Faiza, cap burung helang. Memang benar, beras ada macam-macam cop beras. Tetapi cuba anda perhatikan ada tertera, ditulis, beras diimport oleh BERNAS. Siapa pengimport utama? Beras apa cap sekalipun, tetap diimport oleh BERNAS sahaja.
- Insurans UNIASIA
- PROTON. Modal terendah, pengalaman kurang tetapi berjaya memilki PROTON? Erm…..tahniah…..
- POS Malaysia
- Pelabuhan Tanjung Pelepas
- Berhasrat mahu memiliki Pelabuhan Pulau Pinang.
- Sasaran seterusnya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
- Akan Datang??
Tan Sri Syed Mokhtar sekarang ini seorang sahaja sudah menyumbang 10% hutang negara. Kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar lebih kurang RM10 billion tetapi pinjaman yang dijamin oleh kerajaan telah dianggarkan sekitar RM35 bilion.
Yaa…benar, kebanyakan syarikat di dunia ini memang ada hutangnya, tetapi bukannya masuk dalam “hutang negara”. Ada beza di situ. Hutang beliau sahaja telah menyumbang liabiliti besar kepada negara.
Isu sekarang ini adalah “concentratioon of risk = systemic risk”
Kalau sebelum ini kita telah melihat sendiri apabila Kumpulan Renong yang menguasai hampir segala-galanya. Masih ingat lagi? Tetapi masalah sekarang ini lebih merisaukan, pegangan kepentingan negara terlalu banyak dengan jumlah hutang yang sangat tinggi. Kami tidak mahu lagi melihat satu lagi keruntuhan Kumpulan Renong.
Seperti mana kita tidak mampu menyelamatkan nyawa seorang individu yang bernama Tan Sri Halim Saad, yang telah “lari” dan meninggalkan hutang yang berbilion-bilion kepada negara. Adakah kita masih tidak belajar apa-apa yang perolehi pengajaran daripada peristiwa lampau?
Pasti ada yang takjub, begitu banyak modal Tan Sri Syed Mokhtar sehingag banyak dapat beli perniagaan strategik negara. Di mana kebenarannya. Jika anda faham terma di bawah ini, anda akan dapat tahu di mana datangnya modal banyak-banyak yang diperolehi oleh Tan Sri Syed Mokhtar :
- Di mana datangnya modal banyak yang dimilki Syed Mokhtar?
- “Government-Backed Guarantees” = modal
Kami pasti akan ada persoalan seperti kalau nak pecahkan monopoli ini, siapa yang layak sebenarnya ambilalih bisnes-bisnes ini?
- Bisnes? Jawapan kami mudah sahaja. Kami sentuh satu sahaja rancangan Tan Sri Syed Mokhtar yang mahu mengambialih Pelabuhan Pulau Pinang. Sedangkan berpuluh-puluh pelabuhan boleh dibangunkan di Indonesia. Nama pun ‘kepulauan’.
- Tetapi….persoalannya sekarang, kenapa & mengapa beliau tetap berkeras juga mahu mengambil Pelabuhan pulau sekangkang kera di Pulau Pinang daripada kerajaan?
- Jawapannya….terletak kepada kata kunci ini : “daripada kerajaan”.
Kononnya nak elak dari bangsa lain monopoli maka bagilah kepada Syed Mokhtar. Beliau monopoli bisnes Melayu lain, hanya kerana dia sudah “established”, maka semuanya kena bagi kononnya dialah yang paling layak? Benarkah?
Ramai lagi Melayu lain yang layak, yang ikhlas nak berniaga. Tetapi sayangnya mungkin mereka tiada “kelebihan hubungan erat” dengan golongan yang berkuasa? Mungkin?
Dahulu ya…terus terang kami kami katakan, kami agak menghormati beliau. Itu dahulu…….Sekarang?
Tetapi sejak isu pengambil alihan Proton oleh Syed Mokhtar dan bisnes Gula, kami perhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan cara beliau menjalankan perniagaannya sekarang ini. Ok. Kami berikan contoh mudah di sini :
- Dalam isu Proton, kerajaan boleh pilih DRB-HICOM walaupun ada 5-6 pembida lain yang sama-sama layak. Memburukkan lagi keadaan apabila DRB-HICOM adalah pembida paling rendah.
- Sudahlah harga jauh lebih rendah berbanding pembida lain. Tiada rancangan jangka masa panjang untuk Proton dalam “proposal” pun tiada. Sedangkan pesaingnya seperti Datuk Nadzmi ,
- Apa yang istimewanya Tan Sri Syed Mokhtar ini?
- Sudahlah diberikan secara tergesa-gesa tanpa ada hala tuju jelas dan perancangan khusus untuk menaikkan nama Proton.
- Walhal semua sedia maklum Tan Sri Syed Zainal telah berjaya menaikkan semula nama Proton dalam beberapa tahun ini selepas amat teruk dikerjakan Tan Sri Mahalel
- Dan bilamana Proton berjaya diperolehi, pengumuman pertama mereka adalah Proton akan pindah ke Tanjung Malim? Cadangan & dasar apakah ini? Semuanya atas alasan lebih ekonomikal dan efektif. benarkah? Dan DRB HICOM telah juga mengumumkan pelan pembangunan hartanah “Plant Proton Shah Alam” pada skala RM5 billion lebih!
- Beliau beli Proton pada harga RM3billion lebih dan dapat untung dari jual aset PROTON dengan keuntungan sekitar 2X ganda.
- Cadangan ini telah lama disuarakan oleh PROTON PROPERTIES (anak syarikat PROTON sebelum DRB-HICOM ambil alih) kepada kerajaan, tapi kerajaan halang dan akhirnya sanggup jual PROTON pada harga rendah. Sebab? Kami pulangkan persoalan ini semula kepada kakitangan proton amnya dan rakyat Malaysia umumnya untuk menjawabnya.
Bisnes apakah ini? Beginikah cara meniaga yang perlu kita sanjung?
Sedangkan pesaing DRB pada masa itu, Dato Nadzmi bersama Datuk Syed Zainal sudah sediakan pelan 5-10 tahun untuk PROTON (boleh baca laporan The Edge Malaysia di sini), sebagai kesinambungan projek PROTON yang sedia ada…
- “Turn around” yang dibuat oleh Syed Zainal yang kami perhatikan agak bagus kerana beliau nampak potensi PROTON
- Tiba-tiba dalam berapa bulan sahaja PROTON kena jual dengan cara yang begitu hina sekali
- Seolah-olah segala pelaburan, harapan dan jasa yang beliau berikan kepada PROTON selama ini langsung tidak bermakna
- DRB cuma tahu pasang kereta, bukan buat dan keluarkan kereta. Ade beza yang besar antara dua perkara itu. Hakikatnya, DRB-HICOM hanya berminat mendapatkan aset Proton semata
Kalau dikatakan cadangan bertujuan untuk kelangsungan survival Melayu & bumiputera dan sebagai “benih” untuk pembangunan ekonomi Melayu pada masa depan, mana yang anda akan pilih?
- ada 1000 jutawan Melayu ?
- atau seorang sahaja Billionaire Melayu.?
Inilah pentingnya jutawan yang ramai. Ini kerana dengan benih jutawan-jutawan inilah perniagaan akan berkembang dan melahirkan lebih banyak sumber kekayaan dikalangan bangsa Melayu & golongan bumiputera, inilah intipati sebenar Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Tetapi jikalau semuanya mahu dilonggokkan di atas bahu seorang dua individu, maka pengagihan kekayaan tidak akan berlaku dengan sekata bahkan amat berbahaya kepada negara. Tambahan pula, apabila aset-aset disandarkan kepada nilai hutang yang melampau.
Walaubagaimanapun, risikonya jauh lebih rendah jikalau kekayaan itu diagikan kepada lebih ramai individu di mana setiap individu hanya memegang peratusan liabiliti yang amat kecil kepada negara dan peratusan kebarangkalian untuk aset individu menguncup jauh lebih kecil .
- Kerana pemberian pinjaman-pinjaman berskala kecil kepada peminjam yang berkewangan kukuh.
- Untung yang Bank Rakyat perolehi daripada seoarang peminjam mungkin sedikit sahaja, tetapi…..tetapi jaminan bayaran balik dan unjuran untuk jangka masa panjang menyebabkan keuntungan meningkat dengan sekata, kukuh dan tetap (walaupun sedikit).
- Gabungkan urusan semua peminjam dan kita akan dapat lihat betapa kukuh urusan ini dalam menghadapi pelbagai situasi walaupun pada tahun-tahun kemelesetan ekonomi mereka tetap mencatat keuntungan.
- Konsep yang sama juga boleh diterap dalam menangani isu monopoli dan kekayaan negara yang hanya diletakkan di bagi seorang dua individu di Malaysia.
P/S : Kalau benar-benar nak membantu orang Melayu, agihkanlah kekayaan kepada Melayu yang lain. Bukan kumpul semua harta bawah satu, dua orang sahaja.
PP/S : Kami bersedia untuk dikritik kerana mengangkat isu ini kerana kami rasa ia perlu diperbincangkan dan tidak mengharapkan langsung untuk kalangan pembaca Berita Semasa bersetuju dengan pendapat kami. Apa pula pandangan dan respon anda pula dengan isu ini?





{ 116 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Saya sedih bila lihat bangsa sendiri kutuk bangsa sendiri yang dah berjaya. Patutnya kita bangga, ini tidak kita hentam balik bangsa sendiri. Melayu memang tak lari dengan sikap dengki. Cina bangsa lain tepuk tangan…
Betul tu.. Saya setuju.. Tak elok kita mengutuk bangsa sendiri yang berjaya.. Sepatutnya kita memberi sokongan kepada mereka…
Tetapi apa yang dinyatakan oleh dalam artikel ini ada kebenarannya juga… Sesekali kita juga perlu memberi peluang kepada individu yang lain.. Supaya lebih ramai orang sebangsa kita boleh berjaya dalam bidang perniagaan melalui projek2 mega seperti ini..
memang best la buat bisnes macam ni. Untung masuk poket, rugi rakyat [baca selaku "kerajaan" bagi yang pro-kerajaan] yang tanggung. Memang best la. Letak semut ke, kutu ke selaku CEO tetap untungla kalu buat bisnes macam ni.
mengunakan nama melayu untuk menaikkan kroni BE END.. melayu lain banga nama melayu jadi jutawan. melayu yang lain suruh tepuk, tepuk… suruh sorak,sorak..mcm lembu kak ijat di cucuk hidung… melayu lain dapat apa..
Sila jgn jadi bodoh..tolong la..pls jgn jadi bodoh..paham ke x isi berita semasa tu..MONOPOLI!!..itu tajuk besar dia okay..bukan kutuk bangsa sdiri,tp kita kutuk MONOPOLI la wahai bahlol2 sekalian alam. Pak mat tempe pun berniaga gak, Ali bin Abu pun berniaga gak, Karim Osman pun berniaga gak..tu kompem melayu Islam, tp kenapa peniaga2 ni x dapat mcm apa yg syed mokhtar dapat..napa KERAjaan bleh tlg kaw kaw kt syed mokhtar tp tidak kt peniaga lain..kalau xpaham tolong pegi skolah balik asah PEMAHAMAN tu..
Cakap dengan Pak Mat Tempe…. Pakcik Ali bin Abu dan lain2 Pakcik yang ko knal tue… Rezeki takkan dtg bergolek…..
Takkan kerajaan nak bg mcm tue jer klu depa xder approach untuk ke hadapan???
Lgpun kena lah ada kekuatan modal klu nak amik project besar2 nie….
Suh Pak Mat Tempe DLL lain2 tue kukuhkan diri dari bawah…..
Jangan nak cari salah orang jer… Dah rezeki orang tue… Kan rezeki dah ditetapkan dari azali….
Persoalannya sekarang adalah sanggupkah kita Melayu nie makan dari 1 pinggan yang sama atau tamak nak makan dr pinggan sendiri??? Wassalam.
Apanya ni? Kalau bergini caranya nak bela bangsa bukan dengan cara mendiamkan kezaliman dan kejahatan. Rasulullah ada sebut bahawa org yg asobiyah bukan dari kalangan umat Islam. Apa itu asobiyah? Asobiyah itu adalah membantu saudara sebangsa dengan menindas dan menzalimi saudara yang lain. Sebijik macam kes Syed Mokhtar ni! Lagipun dalam Quran pun ada melaknat harta sekadar berputar dalam kalangan kecil orang kaya sahaja. So korang ni nak ikut nafsu ke atau Quran? Kata orang Islam. Buat malu je.
mengaku aje lah; korang lebih memilih jalan selamat iaitu makan gaji dari mencuba peluang untuk merebut kouta 30% tu. korang ingat dengan makan gaji boleh penuh ke kouta melayu 30% tu
bila kouta tak tercapai; korang meroyan; tapi diri sendiri memilih untuk tidak mencuba merebut kouta 30% tu… alahai… makan gaji lebih selamat sebab tetiap bulan gaji gerenti masuk bank….pigidah orang gomen semua. Kerja nak maki kerajaan, tapi hujung bulan amik gak duit daripada gomen.
engko ni tak paham isi artikel d atas tu. komen ko tak kena tajuk sebenar. ……susahnya nak maju kalau ada org mcm ko ni…..
sokong PM !
Sebelum nak tunjuk rasa kesal atas sikap melayu yang hentam melayu….
sila kaji dulu sebabnya kenapa melayu hantam melayu …
jika sesuatu fakta yg diberikan adalah memang logik yg menyebabkan sikap melayu hentam melayu kenapa pulak kita hendak rasa kesal….
sudah tentu lebih baik dan relevan mempunyai dan menjadikan 1000 jutawan melayu daripada membilionirekan seorang melayu. dARI 1000 jutawan melayu itu pasti akan akan lahir beberapa org atau puluh atau ratus bilionare melayu ..jatuh satu masih ada yg lain tapi kalau membilionarekan hanya seorang mellayu…? jika dia lingkup ? apa yg tinggal utk dibangga2kan ?
Apa yg PALOI sgt org org LAYU nih! (asalusul nama melayu dari perkataan Layu) Layu makna lemah, lembik, toya, hampeh, tak bersemangat,malas, bodoh bangang…..aaaaa apa lagi. Bukak lah sikit mata hati kau orang!!!!!
Pertama tama dah tentu si syed nih kroni chet det!!
Si chet det ni mamak kuty dari kerala dan si syed nih dah tentu orang arab. Jadi…..mana melayunya? Ni lanun lanun nih menyamar melayu le paloi!!!! Paloi punya melayu
bangun pagi nak minum pagi buat air kopi, masuk gula – gula siapa punya…??
kemudian nak makan roti bakar, pakai roti gardenia… – roti gardenia siapa puny…???
masuk dalam pembakar roti… pakai eletrik… – eletrik amik dari IPP – IPP siapa punya??
dah siap2 nak pergi kerja, beli moto modenas – modenas siapa punya??
parking moto kat MRT, malas nak berhujan panas… – MRT siapa punya??
tgh hari nak makan nasi – beras siapa punya??
balik ke rumah petang balik kerja… berehat sekejap, nak keluar pergi shooping barang… naik kereta proton.. – proton siapa punya??
hidup insuran kereta pakai insuran Uniasia…. – Uniasia siapa punya??
hujung minggu nak balik kampung… utus surat kat mak ayah di kampung… jilat2 setem hantar ikut POS… – pos siapa punya??
nak balik kampung naik keretapi laa… naik KTMB… KTMB akan datang diserah pada siapa punya??
sampai johor.. melawat port tanjung pelepas…. port tanjung pelepas siapa punya??
HIDUP MELAYU!! MELAYU MANA YANG KAYA? hehe…
itu macam u boleh duduk dalam hutan join sama tapir,kera,gajah la..nak buat apa lu boleh bikin sendiri…mau makan free?.boleh sumpit itu biawak boleh panggang
ko buat lawak la bro.. ko jgn minum kopi bro.. stout banyak bro.. tu bukan syed mokhtar punya. ko makan rogi pratha je la.. naik basikal lagi best. apa susah bro.. bagus dia monopoli bro.. jgn sampai bangsa lain monopoli..
apa la berita semasa ni.. org ada duit. dia buat bisnes. juga kena persoal.. hairan dan ajaib.. kenape tak terang pasal kompeni lain ek.. banyak lagi taikun2 lain main monopoli dlm bisnes.. jagn kan syed mokthar.. aku bisnes satay ni pun main monopoli jugak.. setiap tempat aku hantar satay aku.. sekarang dah ada 40 stall satay aku. aku buka kedai baju jubah sampai miri.. aku nak monopoli. tapi tak dapat.. sebab bnyk syarikat dah lebih awal dari aku.. pas ni aku nak cuba monopoli jual daging, ayam and produk halal sri aman ke sarikei.. syed mokhtar ni banyak duit. duit mcm2 la dia buat nak maju bisnes dia, tolong org dpt kerja, sara anak bini.. semua ni kita pikir la.. kita tak tahu susah payah dia masa mula2 mula bisnes.. makin banyak bisnes.. makin berkembang otak nak pikir.. lain la kalau org tu mmg malas, suka dengki kat org, buat bisnes canai dah macam buka kilang canai…
bangun pagi nak minum pagi buat air kopi, masuk gula – gula sapa punya…?? — >> aku pagi2 x minum pakai gula tebu
pastu nak makan roti bakar, pakai roti gardenia… – roti gardenia sapa punya…??? –>> jarang sangat2 breakfast dengan roti
masuk dalam pembakar roti… pakai letrik… – eletrik amik dari IPP – IPP sapa punya…?? — >> mungkin YA lah
dah siap2 nak pergi keje, beli moto modenas – modenas sapa punya…?? — >> xdak moto modenas lerr
parking moto kat MRT, malas nak berhujan panas… – MRT sapa punya…?? —>> x naik MRT lerr
tgh hari nak makan nasi – beras sapa punya….?? — >> aku x makan beras BERNAS…makan siam punya cap serindit
balik ke rumah petang balik keje… berehat sekejap, nak keluar pergi shooping barang… naik kereta proton.. – proton sapa punya..?? –>> xpakai pun proton
hidup insuran kereta pakai insuran Uniasia…. – Uniasia sapa punya….?? — >>keta/moto/kapal selam/ pakai RHB insurance
hujung minggu nak balik kampung… utus surat kat mak ayah di kampung… jilat2 setem hantar ikut POS… – pos sapa punya…?? —> pakai email jerrr…ko duduk zaman batu ker pakai surat hantar kat mak bapak…ko idop zaman bila ni gudut oiii?
nak balik kampung naik keretapi laa… naik KTMB… KTMB akan datang diserah pada sapa..?? —- >> x naik KTMB seumur hidop
sampai johor.. melawat port tanjung pelepas…. port tanjung pelepas sapa punya…?? — >> kalau melawat pun salah ker? lainla meliwat macam anuar berahi. hehe
———————
kesimpulan….gudut punya andaian macam sampah…rubbish
hidup syed mokhtar…
selamat sambut aidiladha pada rakan dan adik adik semua
akak sangat bersetuju bahawa perlunya melayu dijadikan kara dan jutawan kerana itulah tanggungjawab kerajaan. syed mokhtar ni akak pernah jumpa beliau, akak terperanjat betapa zuhud dan waraknya beliau menaiki proton perdana sahaja, jika dibanding dengan pembangkang yang tidak patriotik sebab suka naik kereta toyota.
akak tidak setuju jika ramai jadi jutawan kerana mungkin akan ada orang pembangkang turut sama menjadi jutawan. biarlah seorang tetapi kita tahu beliau banyak menyumbang kepada parti kita.
Akak harap adik-adik semua mengundi PAS pada PRU 13 nanti, insyaAllah..
aku kalo baca komen-komen HJH ROGAYAH nie mesti mmg ketawa kaw2..ayat mcm cilakee…hahhahahaha..
Maaf ye adik-adik semua
Akak ni sebanarnya bukan faham sgt tentang perbincangan dalam artikel tu. Tapi disebabkan sikap akak yang memang suka tunjuk lagak pandai. maka akak pun bagila komen serba sedikit walaupun merapu-rapu..
kak gayah oii..org yg ada duit berbillion2 cam syedmokhtar ni kereta mewah dah tak penting lagi..naik jet pulak beb..
die tetap bukan paling kaya kat malaysia…apa salahnya kalau dia seorang wakil melayu ..tu pun nak jeles…dah ade bini muda dah la…bung mokhtar oiii
lagipon biz dia ni boleh suap banyak mulut sebab dia amek pekerja ramai la…kalau dia monopoli pun memang sebab depa ja ada expertist…so kalau dia xbuat bangsa len buat..apa susah…so nak pilih hat mana…
Yelatu. Melayu bunuh melayu. Gula naik harga, melayu jugak kena bayar. Setem naik harga, melayu jugak kena bayar. Beras naik harga, melayu jugak kena bayar. Tariff elektrik naik harga, melayu jugak yang kena bayar. Ini ke namanya tolong melayu?
ye betul tu.. saya setuju dgn ying.. apa yg dapat disimpulkan disini.. Tan Sri Syed Mokhtar yg memonopoli semua perniagaan. sebagai contoh gula dan proton. harga gula sentiasa naik dan harga kereta proton lebih mahal dinegara sendiri berbanding negara luar. mengapakah?
baru sorang melayu billionaire dah kecoh
yg 7 org cina dlm top 10 org terkaya malaysia tu pesal x bising?
syed mokhtar tu melayu ka? dia arab la
hehe
dia orang islam, tolong rujuk Kanun tanah negara.. definasi melayu
sikap dengki mendengki di kalangan melayu tak pernah berubah. kenapa berita semasa tak kaji kekayaan bilionaire yang lain? pui….
ko ni buat lawak la.. bgs ko jumpa dia la.. ckp jgn monopoli.. bagi model proton tiara kat ko.. kahkahkah
betul tu, bung mokhtar ingat nama dia ada sikit sama dgn itu syed mokhtar tapi tak dapat jadi billionaire. yang dapat zizzieaire. pilah pulun bini hang tu. buat apa dengki sama orang lain. ini bukan kes monopoli, ini kepelbagaian bisnes. monopoli jika dia sapu sume perniagaan yang berkaitan. tak paham ke. bung mokhtar pun ada monopoli gak iaitu monopoli artis muda. terlepas orang lain nak merasa nikmat kawin artis muda sebab dan dimonopoli oleh bung mokhtar dan rakan2 nya.
bro..dulu masa gula si Robert Kuok yg jg..mmg payah giler gula nak naik…tp bile si Syed Mokhtar yg amik alih…amik kaw harga gula!!asyik nak naik je…bg alasan ramai yg kene diabetes..cetttt!
bkn kutuk melayu bhai..hampeh tol ko neh..ni kritik siket jer lar..yer lar ade kbenaran jgak artikel neh..sbb krajaan Be End neh tlalu berikan ape saje pd kroni2 mereka..so x heran lew klu mnde neh tjadi..jd nnti pakak tuko kpd krajaan PR yg bru lak k
mukin kejayaan beberapa individu sahaja sebagai kayu pengukur kejayaan org melayu pada hari ini dan selamanya.orang melayu tak mampu mengubah keadaan ini….sebab pemimpin dr kalangan mereka sendiri mahu semua ini berlaku.bukan pasar dengki namun kan lebih baik dasar kerajaan mengutamakan ummah keseluruhan
Saya setuju sekiranya projek2 besar negara di agihkan sama rata kepada beberapa individu yang berkelayakan.. Supaya perniagaan tersebut lebih efisyen dan mambu berkembang maju..
Tapi mungkin ada sebabnya yang saya dan orang lain tak nampak kenapa Tan Sri Syed Mokhtar dipilih untuk menerajui beberapa projek besar dalam negara.. Mungkin disebabkan mereka yakin dengan kemampuan beliau menguruskan sesebuah perniagaan setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang telah beliau lakukan sebelum ini..
Wallahualam… Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik, dan semoga lahir lebih ramai lagi golongan bumiputra yang berjaya seperti beliau pada masa akan datang…
berniaga perlu ada persaingan untuk menjadi perkhimatan/produk berkualiti, bersaing harga yg murah… mcm apple dan samsung.. kalau monopoli ini kroni Be End… xde pengalaman blh jadi kaya dgn mudah…JOM UNDI PR
org membangkang biasala citer pung pang pung pang..bak keje hampeh..rakyat sedang menilai anda….
Saya setuju dgn cara sedara memberi komen. Dasar kerajaan dah bagus. Agihan projek telah dibuat dgn baik. Tetapi sebahagian besar melayu ni tak tau dek untung, bila diberi projek kebanyakannya gagal, terbengkalai, akhirnya berjuta rm lagi terpaksa di”pump in”, jika tidak berjuta duit telah dibelanjakan hangus begitu shj. Dalam keadaan begitu pun minta projek baru lagi.
Entah berapa ramai pula usahawan melayu belot. Projek diberikan akhirnya dijual untuk mendapat sedikit-sebanyak untung atas angin, atau dialibabakan, siapa yg buat kerja….. siapa pula yg punya lesen????? Inilah usahawan melayu… mahu kerja mudah….dapat duit lebih….cepat kaya dgn cara yg jelek!!!! Orang melayu seperti ini akan menyalak lagi kalau tidak diberikan projek pada masa akan datang. Inikah usahawan melayu yg kita inginkan? Bagi saya usahawan melayu spt ini ialah pengkhianat bangsa melayu dan mesti dihukum tembak sampai mati.
Adakah mana2 pembaca yg dapat berikan bukti akan kegagalan TS Syed Mokhtar gagal dlm operasi mana2 syarikatnya? Kalau jawapannya tidak maka dia layak diberikan projek seterusnya!
Kejayaan Syed Mokhtar mungkin diberkati Allah kerana banyak juga yg tertumpah kpd yg memerlukan. Berjuta rm dibelanjakan untuk tuition maths dan sains kpd pelajar luar bandar setiap tahun, ya setiap tahun. Untuk Islam dia ada bina universiti Islam, untuk semua yg layak- kamu tak layak itu masalah kamu….. bukan masalah TSri.
Saya ingin bertanya kpd beritasemasa/atau pembaca yg ada maklumat… banyak mana hutang halim saat yg diambilalih oleh kerajaan????? Pembaca nak tahu realitinya! Kalau ditanyakan kenapa Bank Rakyat begitu untung, saya tahu jawapannya. BR memberi pinjaman dgn risiko bayaran balik hampir 0%. Semua hutang berbayar dgn potongan gaji. Kalau peminjam mati insurans yg tanggung hutang. Dah lah gitu ada pelbagai syarat lagi dikenakan. Bank lain memberi pinjaman dgn berdasar kertas kerja shj yg diauta oleh pakarnya, melibatkan bayaran balik ada risikonya!
mmg setuju perlu ada org spt Tan Sri Syed Mokhtar tu..sekurang2nya jadi motivasi kpd org2 melayu utk jadi seperti dia…tp bab tambah hutang negara tu mmg tak patut..semua loan ada ‘guareente’ dr kerajaan..sbb jd kroni org2 tertentu..sbb tu la jugak hanya ada sorang je yg kaya mcm Tan Sri Syed Mokhtar…bangsa cina ramai jd jutawan krn dema pikir bangsa sendiri..bantu bangsa dema jadi kaya mcm dema..dema usaha sendiri sbb kerajaan tiada subsidi pada bangsa mereka dan bangsa mereka dah pernah rasa susah masa datuk nenek dema mula nak menapak di bumi Melayu nih…melayu kena sedar dan saling membantu bkn monopoli sorang2 dan dengki pd bangsa sendiri..
ko ingat tukar je kerajaan blh ke clear kronisme??? sebelum jd kerajaan lg da tnjokkan ad kroni, xmustahil kalo dapat jd kerajaan pn sama gak. ape yg monopolinya?? setiap industri kt atas 2 ada pesaing, bkn ko xde pilihan. kalo hati da sempit, nmpak buruk org je, buruk sindiri, kasi padam je.. puiiii
hmmmmmmmmmmm… kalau dia dapat benda tu semua on his own ..dengan tulang 4 keratnya … gohed lah … tapi kalau dengan pertolongan tangan-tangan ajaib … please laaa … aku pun nak kaya jugak ….
sape pon pegang krajaan confirm ade kroni…xkesa la pkr ke bn…kalau korang jadi pemimpin pon sape yg korang akn tolong dulu?
rakyat?bertuah sgt la..confirm korang tolong family pastu member2 rapat..
yang sepatutnye jadi isu ni, kroni tu boleh buat keje ke tak…boleh run bisnes ke tak..kalau boleh ape salahnye…lain la mcm kes nfc..tu kroni xblh pakai..mcm syed mokhtar ni aku rase xjadi masalah sbb die pon byk bagi balik kat rakyat.brape byk masjid yg die dah buat..brape byk zakat yang dah die kluarkan..
slagi mane kroni tu buat keje ngn elok bg aku xde masalah..
betul2…kalau aku pun sanggup bagi kt org camni…bisnes jalan…zakat tak lupe(untuk org islam gk)…tu belum kira derma2 yg dia pnh bagi samaada kita tau @ tak…
Bagi la zakat berapa trillion ke tapi kalau dah monopoli tu haram. Cara haram tak guna jugak.
bro, dari satu sisi, itu memang tanggungjawab die sebagai orang islam. dari sisi orang bisnes, itu tanggungjawab sosial, dan mereka memang pegang prinsip, more u give, more u get. orang cina pun banyak jgak sedekah nya, cume kite je tak nampak. Soalnya, adakah kita hanya nak tengok seorang sahaja yang memberi dan lain menerima , atau 1000 melayu jutawan mampu memberi seperti dia?
so kalau nak kaye kite usaha la dan xya nak dengki kat die…die pon start bisnes kecik2 gak dulu..memang la monopoli tu haram tapi dalam keadaan orang melayu skrg yang ketinggalan dari segi ekonomi, aku lagi rela die yang monopoli dr jatuh kat tangan kaum lain..
dan aku lagi rela die dapat projek/funding dr org mlayu macam shahrizat tu dpt..skrg kurangnye xdela songlap duit krajaan(duit rakyat sbnrnye)
just pendapat aku..sape xsuke terpulang
Bagi aku, parti politik skrg memikirkn survival masing2. sape yg inject dana diorg untuk berkempen akan dpt habuan masing2 bile meng. ini dh lme berlaku di luar negara. kalo x, mane diorg nk dpt dana, nk kempen2. nk bg duit kat perwakilan, politik wang, promosi tv & taja semua benda. BN dan PR ada je org yg akan sponsor dana diorg. jd bg aku, syed mokhtar ni antara fundraising bg UMNO. UMNO meng, kne la byr balik. org mcm syed mokhtar ni xkan dtg kat parti politik kalo parti politik xcari dia. tu je citernye.
Kalau berjaya dalam bentuk usaha tidak apa tetapi jangan berjaya dalam bentuk penipuan dan putar belit itu Dajjal namanya.Kekayaan haruslah di kongsikan bersama dan tidak salah bagi syarikat2 yang besar seperti Syed Mokthar memberi pluang kepada syrikat2 yang sedarhana besar untuk menceburi perniagaan lain.Jangan monopoli semua perniaggan kerana kekayaan di dunia tidak kekal.Jangan terlalu berbangga dengan kejayaan dan kekayaan sekiranya sifat membantu tidak ada.Orang lain tak kan memandang mulia sekiranya kita kaya tetapi orang lain akan memandang mulia sekiranya kita membantu…
apa pun artikel ini membuka minda gak la…yang kaya makin kaya yang miskin makin miskin…sehingga jurang sangan ketara………
Bung moktar dengki..mungkin kroni dia tak dpt menang tender.. Syed moktar ni dia byk dah majukan company yg dulu hidup segan mati tak mau..contohnye pos malaysia..dulu pegi pejabat bos semua mcm hampeh..mcm zaman jepon..skg tgk..boleh untung…kalau kasi kat kroni bung habis pelingkup… Roti gardenia..pon bgs..dulu semua kilabg cinr je buat..kite nk mkn roti takut..skg tanpa was2.. Buktikan dulu kecemerlangan baru org akan nampak kite…
Admin, boleh bagi contoh individu melayu islam lain yang anda rasa layak selain dari Syed Mokhtar untuk atasi monopoli ni tak?untuk penang port,ada melayu islam lain lagi ke yang masuk tender selain dari bukan islam?
takkan dia sorang je..org melayu yg lain semua bangang2 ke?
klu pandai sgt berniaga xyah pinjam kerajaan
dia sorang je melayu dlm dunia ni… UMNO kan melayu, umno tolong melayu dia sorang kot.. melayu lain xpandai bagi gula-gula… dia ni spesis kak ijat xde pengalaman bela lembu, nk bela lembu…
salah ka melayu berjaya?
lu orang melayu asik gadoh2..gila kuasa ke apa
apsal?? lu org kampucea ke?? jgn nk menyemak kt cni laa kampucea
ok mungkin ramai melayu tak puas hati dgn syed mokhtar jutawan melayu ni. aku takde la cakap aku sokong atau bantah pasal isu ni, cuma aku nak cadang mungkin boleh buat kajian sikit berapa ramai orang melayu yang mendapat peluang pekerjaan bekerja di bawah syed mokhtar ni di semua syarikat2 yang dimonopolinya. kalau ia secara keseluruhannya menguntungkan ramai juga orang melayu, so takde masalah rasanya selagi dia masuk tender dan dapat projek secara telus dan jujur.
1. pertama kali,politician yg memegang jawatan dlm kerajaan x blh wat biz…dan negara x blh main biz dgn rakyat since negara adalah payung rakyat…Maka harus ada mekanisma dan platforn utk dptkan “dana” bg survival politik org2 diatas bg megekalkan kuasa dan pemerintahan.Maka didengarkan istilah GLC,monopoli yang “dilindungi” oleh polisi mahupun undang2 tertentu yg dtg dari politician ini juga.
2. Maka wujud “runner” spt tokoh2 biz palsu yg terdiri drp pelbagai kaum.Sektor swasta menjadi engine prime mover bg ekonomi negara.
3.Kita ambik case PERWAJA….dahulunya milik kerajaan negeri dgn tanah dan modal sama2 disumbangkan oleh state and federal.Then dipacakkan Eric Chia…kini diberikan kpd Abu Juling ( Maju Holding) dan sekarang jatuh ketangan Cina Pahang iaiatu Tan Sri Pheng ( Kinsteel).PERWAJA sama lah mcm Proton…byk aset umpama mak janda berhias,maka ramailah duda dan bujang “gila” nak kawen dgnnya.Maka diwujudkan juga “sub-contractor” dan anak2 syarikat yg dpt kontrak secara terus dgn harga yg tidak untungkan syarikat induk ( seperti glc,TNB,PERWAJA dan lain2) demi 2,3 kerat company subcont milik kroni mahupun main shareholder itu sendiri.Sebagai contoh kontrak baju pekerja,kejuruteraan,makanan dan lain2.
4. Harus diingat juga company pengisap darah ini menjadikan tabung2 ( seperti kwsp,tabung haji,LTAT) sbgai banker diorang utk menjalankan perniagaan mereka.Mungkin kah kerana mereka meminjam wang tanpa faedah dan jumlahnya bukan sedikit…tapi bg pemimjam PTPTN…tepuk dahi,anda tahu sendiri…
5.Berbalik kpd Abu Juling dan abangnya Abu Talip ( PFCE).Masing2 ada syarikat induknya sendiri dan byk aset PERWAJA “dileburkan” bg memyelamatkan company peribadi dgn memerah PERWAJA dan staffnya.Kita lihat Maju Holding ada police swastanya sendiri,isu di Salak Selatan dan Maju Juntion.
6. Harus juga diigatkan,maju junstion dibina dgn duit dari tabung haji…kerana ingin membalas jasa Hamid Othmen,maka “dibelanya” dia oleh Abu Juling hingga skrang hamid othman sudah di alam underground.Siapa lg org2 kerajaan dibelanya Abu sahid,Syed Mohktar,Vincent Tan dan senarainya anda tamba sendiri.
7.Akhir kalam jika tokoh melayu-melayu ini menolong melayu…brapa byk kita tgk anak2 syarikat melayu bangkit dan menjadi besar.Sehingga kini berani hamba katakan hampir semua anak syarikat kerajaan negeri pahang dan nak mampus dan mampus,negeri2 lain pun x jauh beza.Kita lihat PFCE sbg contoh ( milik Abu Talib) telah memampuskan byk syarikat bumitera yg selama ini memdapat kontrek oil and gas kecil2 lan dari Pertonas…
8.sehingga kini….biz berasaakan keperluan mmg menguntungkan ditambah pelindngan monopili yang memjadi senjata company bacul ini….kalo anak jantan,,,bersainglah di gelanggang yang rata.
melayu pedajal melayu = lumrah
melayu tipu melayu…
cina tipu melayu
inilah orang kita…tak boleh tengok orang sendiri senang….padan la orang yang untung…moralnya mesti contohi usahawan macam mokhtar baru semua maju….bukan nak menjatuhkan….nanti menang sorak kampung tergadai:P
tula pasal. Ini semua dakyah pembangkang DAP tak nak kasi Melayu naik.
Syed Mokhtar monopoly sebab melayu yg capable mcm dia tak ramai. Yg ramainya nak makan gaji jer. Kita patut sokong melayu macam Syed Mokhtar sebab ramai Melayu tak reti nak berniaga pada skala besar lagi. Kalau bukan Syed Mokhtar, dah tentu kaum satu lagi yg conquer. Tgk jer la apa dah jadik kat Suria KLCC.
Salam wahai orang melayu yang komen…. TAK KIRA LA SIAPA YANG MENGUASAI PERNIAGAAN, ASALKAN NILAI ISLAM TIDAK DIPINGGIRKAN. SEKARANG, ORANG KAYA LUPA ISLAM, YANG MISKIN PUN SAMA LUPA ISLAM… SAMPAI BILA… KITA SENTIASA DALAM KERUGIAN, KECUALI YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, NASIHAT MENASIHATI SESAMA KITA LEBIH MULIA DARIPADA KORANG DUK KRITIK.
Melayu kaya,rakyat miskin,hapuskan cukai kereta,terutamanya Proton.Melayu kaya,HariRaya buat rumah terbuka skala besar.Masa Raja Gula kontrol,gula murah.Roti Gardenia pun dia punya,macamana anak cucu kami nak bernafas dan cari makan di bumi Malaysia ni
melayu makan melayu.. jangan undi melayu.. JOM UNDI PAS
abih cina tipu melayu cmne?
salah ke melayu berjaya?time bansa lain ko diam…
bung mokhtar dengki, admin pun sama..nak kaya keja la kuat2, jgn dengki dgn usaha org lain..jgn hentam dlm blog je admin..
bg saya bkn persoalan melayu / tak..yg penting owg islam perlu kuasai ekonomi… & kekayaaan sesebuah negara…alhamdulillah tan sri bukhari mokhtar cth…owg islam yg mampu berjaya..sumbangan beliau pun terhdp owg islam bagus…umat islam perlu mengambil cth & jdkn beliau idola dlm kuasai ekonomi……yg penting bkn sebyk mana kekayaaan dlm bentuk material beliau kuasai…tp sebanyak mana sumbangan dia dlm pembangunan ummah d seluruh dunia…..islam perlu maju dr ekonomi…
* p/s :- anti yahudi
Untungnye jd barwa.. mcm2 boleh dpt… teringt zaman sekolah dulu… bdk lain tngok rasa nak belasah je.. positif side… ad gak melayu kaya… negatif side… sampai bile la malaysia nak maju… proton dan syarikat buatan gomen malaysia jd jaguh kampung je la… sembelih rakyat sendiri je la…. wawasan 2020!!!!!
kenapa time raya cina ita mengggelupur cari barang?
cuba tengok pula yang dok hentam @ kutuk masuk bidang bisnis ni, boleh kah tidak?
bila Syed Moktar ni nak jadi PM ?
rakyat dibahulukan kroni diutamakan
it is not about how much wealth that he has accumulated
this is a free country, go on and make money, nobody has any rights to impose any sanctions on anybody when it comes to utilising your know-how, to build a business from ground up, and expand, expand and expand.
but this is about utilising your know-who
this is about giving out licenses, permits, exclusive government contracts and whatnots to one individual
this is about how businesses has been handed to him on a silver platter due to his connections
this is political patronage at its most nauseating state
his group of companies are now in control of so many things that are of strategic national interests, our food supplies, our water treatment plants, our power generation plants, our gas distributions, our highways, our ports, our airports (and soon railways too?)
his group of companies’ debts are now up to rm34 billions
should anything happen, there’s no other way except to bail him out using taxpayer’s money
the keywords are: STRATEGIC NATIONAL INTERESTS
we don’t let our national assets go, we don’t let our food supplies go dry
we have seen all these before, when renong group controls almost everything
but this is even worse, even more wide-ranging, with much, much higher debts
we don’t want to see another collapse like renong group’s collapse
we seriously can’t afford to save another halim saad and let him get away with billions
are we THAT stupid to not learn anything from that?
SALAM,
BERBAGAI KOMEN YG KITA BERI ADALAH BERDASARKAN FAKTA DAN ANDAIAN DAN JIKA DILIHAT BISNIS YG DIMONOPOLI ATAU ATAS USAHA SENDIRI,RAMAI YG DAH JADI JUTAWAN…..TERUTAMANYA AHLI2 POLITIK PUN TUMPANG 100 KAKI…..APA PUN PADA PANDANGAN SYA LAH SEBAGAI RAKYAT DAN SEBAGAI PENGGUNA…..KEPERLUAN HIDUP KITA MESTILAH DIUTAMAKAN KERNA IA DIZAHIRKAN KE ARAH SELESANYA KITA BERIBADAH KPD ALLAH…KALAU LAH HIDUP ASYIK PENING DGN HUTANG DAN PELBAGAI BEBANAN…MAKA AKAN LAHIRLAH GENERASI YG LUPA AGAMA DAN KELIRU…..SELAMA INI MARI KITA MUHASABAH…APAKAH RAYUAN RAKYAT KPD KERAJAAN UTK MERINGANKAN BEBAN DIAMBILKIRA DAN DIDENGAR DGN TELITI;
1) RAYUAN UTK MENURUNKAN CUKAI PENDAPATAN,GST,CUKAI KERETA,CUKAI INSURAN DAN PELBAGAI LAGI CUKAI….RASANYA TURUN 1% SAHAJA…MEMADAIKAH IA?
2) RAYUAN PENURUNAN BAHAN2 ASAS MAKANAN RUJI SPT BERAS,TEPUNG,GULA,GANDUM….YG NAIK GULA 20 SEN…ALASAN IALAH UTK KURANGKAN KENCING MANIS….RELEVAN KA?
3) RAYUAN PENURUNAN HARGA PETROL…LANGSUNG TAK SEBUT DLM BAJET?
4) RAYUAN PENURUNAN TOL2 DI SEMUA LEBUHRAYA TERUTAMANYA PLUS….TAK SENTUH LANGSUNG?
5) RAYUAN PENURUNAN HARGA RUMAH….SENYAP DAN HAIRAN TIADA LANGSUNG TINDAKAN DARI KEMENTERIAN PERUMAHAN….YG ADA RUMAH RAKYAT LA…DAN AKHIRNYA JKKK,KETUA BAHAGIAN DAN ORG TAK KENA MENGENA DAPAT 3/4 BUAH RUMAH
6) RAYUAN PENGHAPUSAN PTPTN DAN YURAN PENGAJIAN DAN LANGSUNG TAK SEBUT, YG ADA SEBUT RM100, RM200 BAUCER…
7) RAYUAN CUKAI KERETA DITURUNKAN TAPI YG DIBERI DISKAUN 50% UTK NAIK KOMUTER DAN TAK SENTUH LANGSUNG AGAR HARGA KERETA DITURUNKAN 30% KA ATAU 50%….YG KITA DENGAR PROTON RUGI RATUSAN JUTA….TAPI KERETA BANYAK TERJUAL,,,RASANYA TAK BERKAT PERNIAGAAN TIPU PEMBELI AGAKNYA
SYA NO KOMEN TERHADAP TS SYED BUKHARI,KERANA TAK PULA KITA PERSOALKAN KEKAYAAN PUBLIC BANK,GENTING,VINCENT TAN DAN LAIN2 BILLION AIR…SUSAH NAK KOMEN SBBNYA MUNGKIN BELIAU PEGANG SHARE 30-40% DAN LAIN2NYA DIPEGANG OLEH INDIVIDU DAN KERAJAAN SENDIRI….CONTOHNYA BERAS DAN GULA…KALAU KERAJAAN NAK MURAHKAN HARGA…..JADIKAN IA MONOPOLI PUSAT IAITU PEMBERIAN LESEN KPD SYARIKAT YG BOLEH TAWARKAN HARGA MURAH…LETAK LAH SYILING HARGA CONTOHNYA HARGA BERAS 5 KG PADA HARGA RM10 PALING TINGGI DAN RM7 PALING RENDAH……TETAPKAN LESEN PADA 1,000 SYARIKAT YG BERNIGA BERNIAGA BARU LAH AKAN MELAHIRKAN RAMAI JUTAWAN…PERKIRAAN 28 JUTA RAKYAT DAN YG GUNA BERAS NI 20 JUTA….DAN 1 BULAN PURATA GUNA 200 JUTA KG BERAS X RM10 = RM BILLION…..RAKYAT SENANG DAN KERAJAAN PUN SENYUM…..TAPI KENAPA YA KERAJAAN X PERNAH FIKIR HAL INI…MUGKIN AHLI POLITIK YG MEMERINTAH NI MAKAN FREE KUT ATAU TAK PERNAH PI BELI BERAS…
WASSALAM
8)
Kaya tp hutang dia kerajaan(rakyat) tanggung. Klu berani pki duit sendiri lh.
saya bukan nak bela Tan Sri Syed Mokhtar…tapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau banyak membantu orang Islam di negara kita dengan membina banyak masjid, terdapat jugak universiti keisalaman yg ditubuhkan oleh beliau dimana pelajar-pelajar miskin diberi keutamaan untuk belajar di situ..yayasan beliau jugak membantu atau menaja pelajar-pelajar cemerlang yang kurang mampu melanjutkan pelajaran..ini merupakan satu timbal balas yang beliau dapat..itu tidak kira lagi zakat perniagaan yang dikeluarkan oleh organisani beliau..untuk kegunaan orang Islam..adakah orang bukan islam akan buat seperti begini..
Berapa hutang al-baukari ni yang di JAMIN oleh gomen???
kalau ikut rekod, lebih rm35 belion!!!!
kalau dia ni lari balik india menghilangkan diri, gomen yang menanggung hutang tu????
apa punya menderem lah mamat ni letak ke atas bijan…
daripada komen atas sehinggalah komen ko ni, balik2 dengki, dengki, dengki
aku ada dengar DO dan KCS cerita Syed ni mintak tanah negeri bagi setiap sumbangan ke masjid atau mana2 badan, tapi aku x kisah. kita siapa nak campoq. lain la orang PAS, depa memang gila harta dan kuasa
Aku tak tahu la org melayu sekarang ni….Asyik dengki dengan bangsa sendiri aje. Admin pun sama!!
Syed Mokhtar bukannnya monopoli, cuma beliau telah berjaya mengurus syarikat-syarikat besar itu. Jadi, bila sudah ada good track record, kerajaan lebih yakin dengan Syed Mokhtar untuk menguruskan syarikat besar yg lain. Daripada syarikat2 itu terus bankrap dan rugi, lebih baik diuruskan oleh seseorang yg pandai menguruskannya. Bila dan berjaya, ADMIN panggilnya sebagai monopoli.. Inilah orang Melayu, mudah lupa. Bila beliau susah, orang tidak peduli, tetapi bila sudah berjaya, ramai pulak nak berdengki termasuk Admin, MP Kinabatangan dan ramai lg..
Segala hasil keuntungannya dibangunkan masjid2, universiti, yayasan, sekolah2, zakat danbanyak lagi kebajikan yang diberikan semula kepada rakyat. Lagi satu, segala kebajikan yang dilakukan beliau tidak dihebohkan. Beliau memang orang yang low profile walaupun antara yang terkaya di Malaysia.
saya baru nak cakap ini. Alhamdulillah ada org dah tulis.
maila kedah, jumpa dengan orang sepatutnya. belajar pasal tan sri.
dan jadi jutawan x salah, kekayaan Allah bagi dia jadi tanggungjawab dia nk bela saudara seagama. tak ramai melayu kaya nak buat bakti. banyak yg jadi kedekut.
aduhai…..brother…Tan Sri Syed Zainal & Nadzmi aper kurangnya……..boleh ker SYED MOKTAR korang tu jadi imam masa solat jumaat….fikir2kan lah…..klu setakat derma berjuta2 tapi duit HARAM…baik tak payah der……
D.E.N.G.K.I !
Cina DAP bolot 90% kekayaan negara takde sapa bising pun?
Org bukan melayu jgn masuk sini, pergi main jauh2. Pergi baca blog lain. Syoh2.
ya allah
Peliharalah org2 islam yang mengagihkan keuntungannya
& berilah hidayah kpd mereka yg dengki
Admin tidak pernah dengki pun rasenya dengan Syed ni.Syed ni MELAYU ka?Kalau islam tu betul dah.Tanya syed balik dia melayu ka atau lain2.Semua orang kaya kat malaysia ni low profile.anak Medey mokhzani pun tak menyalak2 sangat pasal apa2 kes politik.Orang kaya nak bising2 apa.Selagi boleh buat duit diam jelah.Baca sejarah syed sampai abis dulu.Tengok sapa MANUSIA di sebalik kejayaan syed.Syed kecik antara best friend Medey.Antara master mind yang membawa politik sabah dalam ameno.DEB tahun 72 bermula.Tahun 72 BERMULA langkah syed mokhtar dalam langkah perniagaan yang hebat.Bapak mertua syed mokhtar memag hebat dalam politik malaysia.Kalau takda tulang belakang kuat dalam bisnes kat malaysia ni,jangan haraplah nak jadi JUTAWAN.Tengok semua balik orang2 paling kaya kat malaysia ni yang nama MELAYU.Jangan jadi bodoh sombong taknak research habis2.Bila orang cerita pasal syed.Rakyat seperti aku hannya mampu senyum.
wa caya lu lah bro. Melayu ori kena tipu tak putus putus.
Separuh melayu dlm umprono bukan melayu pun
we are anonymous, we never forget..we never FORGIVE!!!
tanya pada rakyat yang hidup kat ulu2/pedalaman ni bila lepas tengo semue ni..saya rasa mereka tahu jawap apa walaupun tidak profesinal..entah apa2…
kata saja hutang negara eh bukan hutang diorang ni..kan?..saya nak kata ..naik dan terus naik mesti jadi satu fenomena..biasa..pengaruh pasaran bebas dan suka melobi..bila mereka terlalu diberi peluang..akhirnya mereka akan pindahkan tanggungjawab ini tanpa ada apa2..siap merana?paling penting..ini hutang negara ke hutang individu pelobi?..siapa pula tandatangan?..rakyat ke?
INGATLAH EROPAH SEMEWAH ITUPUN BANKRAP AKIBAT HAL BEGINI.. siapa rasa kesannya ..kami?…kalau begitu kami pasti bangkit dengan kumpulan kami yang masih sedikit satu masa nanti…jangan jadi Syria sudah..sekian..
crab mentality
50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Saya yakin TS berada di pihak yg benar.
Teruskan apa yg TS rancangkan, Allah bersama TS.
Item 50, perlu banyak dihayati oleh bangsaku Melayu. Hentikan PhD. Hentikan berpolitik sepanjang masa, hentikan sikap menjadikan setiap sesuatu itu isu politik biarpun tidak perlu. Kita banyak membuang masa dgn gosip dan khabar angin.
Harap penjelasan TS dapat memberi gambaran sebenar kpd mereka yg berkenaan itu.
Seronok membaca artikel ini , sila baca artikel ini TANPA perasaan & pemikiran POLITIK.
syed bukhory bukan monolopy, tapi dengan pegangannya dalam banayk syarikat, harga tidak terlalu meningkat berbanding sebelum beliau pegang(kenaikan tetap akan ada). rasanya tiada melayu lain setakat ini yang boleh pegang syarikat konglomerat. semua orang melayu hari ni hanyalah sekadar penjual burger dan nasi lemak di tepi jalan. kaum cina penuh dengan kedai2 runcit, kledai tayar, di mall2 seperti jaya jusco, tesco dan megamall lain semua kaum cina pegang. takde pun kaum melayu bising. tapi apabila seseorang melayu pegang syarikat besar, bsising2 hasut melayu lain supaya benci beliau. sungguh mengecewakan. dasar melayu memang dengki melayu!!!!
brape kali wa nak ckp? si syed nih kroni mahathir! Kedua lanun lanun nih BUKAN Melayu.Sorang arab sorang keling!
Syed al-bukhary ni bukan nabi.Walaupun beliau penah buat mesjid berpuluh2 biji, dia manusia biasa jugak.Jangankan dek kebajikan dia, kita x bleh komen dia langsung.Aku rasa ada benarnya bisnes monopoli ni adalah sesuatu yg x sihat.Rasanya krajaan nak pindahkan sebahagian aset negara atau aset peribadi para menteri kat dia ni kot??Maklumlah pilihanraya nak dekat..takut2 BN kalah.hehehe
monopoli, mungkin sesuatu yang salah…tapi pernah x terfikir berapa ramai yang berani nak memonopoli ruang niaga yang dikuasai oleh bangsa lain?pernah x kira, berapa ramai pulak yang join skim cepat kaya or apa-apa sistem pelaburan yang menjanjikan pulangan besar dalam masa yang singkat semata-mata nak jadi jutawan?pikiaq keh, nanti bagi jawapan=)
Deftech Malaysia, salah satu syarikat TSM dibawah DRB-Hicom, pernah keluar dlm Laporan Ketua Audit Negara 2010, diberi tender membuat kereta perisai dgn harga yg melampau mahal.
—————————
Satu lagi pendedahan oleh Ketua Audit Negara ialah mengenai pembelian 257 kenderaan berperisai dari Turki oleh Kementerian Pertahanan. Kerajaan Malaysia tidak melakukan kaji selidik apabila membayar syarikat Deftech Malaysia sebanyak RM29.4 juta bagi setiap kenderaan, pada hal Deftech Malaysia membayar hanya RM6.6 juta kepada FNSS Turki. Ertinya, perbezaan atau ketirisan sebanyak RM23 juta sebuah. Sekiranya Kerajaan memberi secara langsung (Kerajaan dengan Kerajaan), harganya tidak melebihi RM4.5 juta sebuah. Bezanya bagi 257 kenderaan melebihi RM6 bilion. Siapakah yang mendapat laba daripada transaksi ini? Sekali lagi saya ingin bertanya: salah urus atau rasuah?
ORANG KAYA LAGI KAYA!!!!
ORANG MISKIN LAGI MISKIN !!!!
ORANG TUA LAGI TUA !!!
ORANG MUDA MAKIN TUA !!!
Apakah jawapan nya??……………
SELAMAT BERAMAL !!!!
Antara pengomen ni ada yang membina dan ada yg bodoh serta sombong…Tetapi apa2 pun TS Mokhtar tu ada Kalimah Syahadat dalam dada… Kenapa kamu org2 Islam tak komen banyak lagi Billionaire yg tak ada Kalimah tu…Kerana kamu tak merasa iri hati dan dengki dengan org kafir..kamu lebih rasa tak senang hati dan dengki sesama Islam.. Kenapa di pertikai kan apa yang TS Mokhtar dapat dan buat… banyak lagi apa yang orang lain telah dapat.. Kenapa kamu tak rasa nak rebut??? Fikir fikir kan lah..Wallahhualam..
Walaupun saya tak pernah kenal dengan insan yang Bernama TS Syed Mokhtar ni.. Tapi saya cukup kagum dengan beliau…Kerana pengorbanan beliau terhadap agama islam..
Lu tak kenal tapi kagum……. puuuueeeeeekkkkk!!!! Stop talking rubbish!
Kenapa agaknya BN – Kinabatangan tak sibuk komplen pasal monopoli Ketua Menteri Negeri beliau sendiri?
ermmm…no komen…
tak sangka admin yang tulis post kat atas ni dengki!mcm ni ke org melayu..bole blahhh la!
kenapa harga gula naik nak disalahkan kat dia pula ???
If i had not see any Malay in my life i would believe he is. Looks like mixed race. In malaysia mixed race is elite and Malays are ordinary people.
Bank Negara….tolong lepaskan loan saya 500k plz…nak buat bisnes…nak jadi mcm syed mokhtar gak…
lu org gaduh banyak2 lagi..hahahahahahaha
????
Sebenarnya adakah syed mokhtar ada hubungan dengan syed kecik Sabah yang kaya balak tu.Kerana yang mempersoalnya Bung mokhtar.
Sedih Baca Post Kamu….
Maaf ….En anuar
Mmg bodoh la pembamgkqng nie… ramai la dah jutawan,,. Ko tk yah kata kroni je kaya… ramai paspus,pkr kaya raya la…. berape ramai org pas kaya…. ko masuk kelantan… sbb negara aman org pembangkang bleh cari rezeki…. bahlul la…. syed moktar kaya… ramai die bw org2 melayu jadi jutwan jgk… cuma tk bleh euk dlm top 10 la…. jgn hidup penuh dengki… ko umno ke pas ke, asal rezeki kau, kau bleh dapat jd kaya jgk, asal ada usaha…. ko p jumpe yb pas… mereka pun ada jln nak majukan pengikut mer3ka… melalui petronas ada, gas ada, bnyk cara nak kaya… cume nak top 50 payah la skit… cina dah monopoli dari awal lagi bisness di malaysia… jd nak berjaya… kene bantuan kerajaan naikkan org m3layu… nak bw ramai mana bleh… melayu bkn ada kepakaran dan sifat malas men3bal dlm diri… hasat dan tikqm belakang… mulut berbisa dari racun.. melayu penuh dgn irihati dan berani dgn bangsa s3ndiri..
Islam melarang keras monopoli
apppuuu
Saya salah seorang pekerja syarikat syed mokhtar.
Ni bukan soal BN ke politik.cuba korang pikir berapa ratus ribu orang melayu yang dapat kerja dari syarikat syarikat dia.hingga ada masing masing dapat gaji berpuluh ribu ringgit sebulan.
Jasa dia memberi rezeki dan makan kepada ratusan ribu org islam di malaysia.