Kisah misteri dunia ini berlaku di India di mana kes buang bayi dilakukan dari dari atas bangunan tinggi ke arah kain yg direntang tegang di bawah. Tujuannya : memberi kesihatan yang baik dan tuah sepanjang kehidupan bayi itu. Nak lihat gambar seterusnya?
Ritual ini sudah lama dipraktikan, sudah hampir 500 tahun. Ia masih dipraktikan oleh masyarakat Hindu dan Muslim di sebuah kampung pedalaman yg sangat terpencil terletak di Maharashtra. Sudah tentu anda tidak pernah mendengar nama kampung ini. Apatah lagi saya sendiri. Kes buang bayi seperti ini sangat bahaya. Nyawa bayi sangat terancam dan terletak diatas tangan si pembaling yg hanya selamba membalingnya kebawah.
Ikuti sedutan video di bawah.
Tidak dapat dipastikan sama ada kepercayaan ini betul-betul berhasil atau tidak. Tiada bukti yang dapat menjelaskan perkara ini. Kes buang bayi seperti ini tidak sepatutnya terjadi lagi pada zaman kini. Tetapi, Mengapakah kes ritual pelik diluar logik pemikiran masyarakat ini masih di teruskan?
Saya berpendapat, oleh kerana kedudukan kampung ini yang sangat terpencil maka taraf pendidikan mereka adalah sangat kurang. Oleh itu mereka yang masih meneruskan praktis ini tidak tahu menilai perbuatan mereka ini. Bukan praktis pelik ini sahaja yang masih diteruskan di India. Malah bermacam macam ritual yang pelik pelik belaka masih diamalkan bukan sahaja di India ini, tapi juga di tempat lain.
Ibubapa bayi tersebut seolah-olah sudah hilang perasaan masing-masing, sanggup meletak risiko tinggi keatas nasib anak mereka ini. Tidak kesiankah mereka kepada anak-anak mereka itu sendiri? Kemana perginya nilai kemanusiaan kemuliaan hati masyarakat ini?
P/s : Pelik dan benar. Kerana ia terjadi. Misteri Dunia pada hari ini.




{ 12 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Huh..
ader lg manusia2 mcm tu erk..
dorg nie masih lg kolot ler…
ksian baby tu..
.-= mcphat menulis artikel blog ..Serious Injury History in Football. =-.
bahaya betul buat camni.memang diorg ni tak fikir kesan dan akibat
Wow…. pandangan diorang.Sampai macam tu skali utk anak-anak diorang.Kira oklah tu… tapi di Malaysia kes buang bayi macam buang sampah nampaknya pandangan rakyat di Malaysia ni lebih kolot dari diorang….oppppp. Segelintir saja bukan semua.
ya btulll…..
saya sokong pendapat atok..
@atok: kire ok? manada. tu klo baby tu salah landing tempat tak ke mati trus? tp msia mmg lagi kejam. sanggup buang..buang trus. india tu kire ok skit tp stil kejam la jg
dah dapatkan kesahihan berita camni?
kot2 hanyalah gambar semata2
iSH…hati mereka jahat..Mungkin ada benda nih kot ( :setan )…Saya rasa jer..saya baca diorang kata diorang buat begini untuk membuatkan tuhan diorang mengasihani bayi yang telam dilambungkan..Asal tak biar jer bebudak tuh jatuh mati..Biar padan muka diorang..Barulah diorang paham apa maksud BERHATI-HATI JANGAN LAMBUNG TINGGI~~~bUAT cHORUS NIH LAMA SKIT OK…^_^…cETEKNYAR OTAK.. :curiga
ish….ish….bahaya tu….kesian bayi 2…nasib baik aku tk lhir kt sana hihihi…..
apa yang saya cari, terima kasih
mmg sengaLLLLLL
alah … biase r … nie bkn agame islam pown …
.. nyaa la .. cba la bgi kat q bby 2 .. q tox sik da adk .. snyi ..