Minimum Harga Rokok Malaysia RM6.20 Sekotak Tahun 2010

by Staff Berita Semasa on October 29, 2009

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

hargarokok4

Nampaknya penyelarasan minimum harga rokok negara semestinya akan membuatkan perokok-perokok tegar tak senang duduk. Mau tidaknya,  lepas makan mahu hisap sebatang, lepak-lepas kat kedai makan mahu layan 4, 5 batang, buang air besar mahu layan sebatang(ada kan?), duduk termenung mengenang nasib layan sebatang lagi. Nak masuk tidur pun mahu layan sebatang dua lagi.

Senang ceritanya, mereka-mereka ini hidup sehari-hari diselubungi dengan misteri asap rokok. Kena pula, harga rokok Malaysia bakal naik tidak lama lagi walaupun telah dinaikkan sebelum ini sekitar 30-40 sen.

hargarokok2

Jadi adakah berkesan apabila tersebar mengenai tindakan kerajaan mahu menetapkan minimum harga rokok Malaysia pada paras hanya RM6.20 sekotak dengan harapan menghalang peningkatan golongan perokok terutamanya remaja? Kemungkinan harga rokok premium sekitar RM10. Mungkin. Siapa tahu? Rokok juga tidak akan ada lagi pek kecil selepas ini. Paling kurang pun pek 20 batang.

Kerajaan dikatakan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok bermula 1 Januari tahun depan. Sekurang-kurangnya kerajaan berharap tindakan ini dapat mengurangkan penyeludupan rokok-rokok yang tidak mencapai piawaian yang berleluasa ketika ini.

hargarokok6

Pada saya, minimum harga rokok itu masih terlalu murah lagi. Tahu tak? Yang mana pelajar-pelajar sekolah sanggup kongsi(tong-tong) duit dengan harapan dapatla…membeli 2, 3 batang rokok untuk dihisap bagi melepaskan gian. Harga minimum rokok pada paras RM20 sekotak mungkin boleh dipertimbangkan?

Tetapi dalam pada masa yang sama, masalah mencuri, meragut pun mestilah dipandang serius. Orang-orang yang dah gian dan terbiasa dengan nakotin dalam badan sanggup buat apa sahaja bagi menampung kos menghisap rokok yang melambung tinggi. Mungkin bukan semua, tapi sebilangan sahaja. Tetapi potensi untuk bertambahnya kes-kes seperti ini tetap akan ada.

hargarokok7

Walaubagaimanapun kaedah berkesan perlu disemak semula daripada segi kempen kesedaran berhenti merokok  itu sendiri, paling penting daripada akar umbi lagi perlu digerakkan secara sistematik. Jangan jadi seperti sebelum ini, dahla kempen berhenti merokok rugi berjuta-juta, tapi objektif tidak tercapai.

Kalau yang sudah lama merokok letaklah harga berapa sekalipun, rokok tetap bergayut di bibir mereka. Kalau melatah dengan kenaikan harga rokok  Malaysia pun, itupun hanya untuk tempoh yang pendek sahaja, kemudian suasana menjadi biasa semula.

hargarokok8

P/S : Kita berharap usaha kerajaan ini mampu menampakkan hasil dan terus dan terus memikirkan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan kebanjiran perokok di negara kita.

=============================================================================================

UPDATE !!!

Mulai Jumaat ini (1 Januari 2010) minimum bagi harga rokok Malaysia ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 4 comments… read them below or add one }

1 x-po October 29, 2009 at 6:20 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 zualliz October 31, 2009 at 5:34 pm

ko merokok ke, x-po? :gila

mm..payah nak cakap..dah gila ngan rokok, tetap nak merokok..kalau yang dah kerja, ok sket..
kalau yang nganggur @ blajar lagi, mesti nak buat jenayah je..

(nasib baik aku x merokok..lala :phwitt )  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 JohnJimat November 1, 2009 at 6:12 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 fadli January 1, 2010 at 11:12 pm

ermm…rokok makin naik,tapi peratus yang berenti tidak berubah,kerajaan maik kaya..memnag satu perjalanan yang bersistemetik.huhuhu  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: