Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Kerja di Luar Negara?

by Admin [ Master G ] on November 11, 2009

in Persoalan Masyarakat

[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda

Sekarang ini tidak boleh dinafikan lagi yang mana orang kita rakyat Malaysia lebih berminat untuk kerja di luar negara berbanding di negara sendiri. Rata-ratanya beranggapan  ini merupakan soal gaji lumayan yang bakal diperolehi mereka apabila berkerja di luar negara. Angkanya bukan sedikit iaitu sekitar 785,000. itu belum termasuk lagi lebih 100,000 yang sudah menukar kewarganegaraan.

Kalau diikutkan statistik daripada kementerian di mana orang Melayu sendiri adalah yang paling ramai berhijrah ke luar negara. Kenapa mereka sanggup tinggalkan negara sendiri dan meredah hidup di rantau orang? Sebab?

Tak payah jauh pun, kawan saya sendiri yang bekerja di Brunei pernah beritahu saya yang mana gaji lumayan yang diterimanya adalah faktor utamanya bertindak sedemikian. Jikalau company di sana boleh menawarkan tawaran gaji 3-4 kali ganda daripada apa yang diperolehi di Malaysia, siapa yang tidak mahu ambil peluang ini. Kawan saya pekakkan telinga sahaja apabila dikatakan tidak mengenang jasa negara, bla…bla…bla. Yang pentingnya,  at the end of the month dia dapat apa yang dia impikan untuk kehidupannya pada masa depan. Itu kata kawan saya. Bagaimana pula yang lain?

Bagi mereka, mungkin ini jalan yang terbaik untuk masa depan mereka sendiri. Tidak salah rasanya nak tinggal di luar negara hatta sampai 20 tahun pun, yang pentingnya ilmu dan pengalaman yang dikutip di sana dapat dikongsikan akhirnya dengan masyarakat di sini. Bagi saya sendiri sememangnya menyokong sesiapa yang ingin bekerja di luar negara dengan tujuan menambah pendapatan dan juga pengalaman, asalkan tidak lupa kepada tanahair sendiri, Malaysia yang tercinta dan satu lagi jangan sesekali menyerahkan kerakyatan.

79,199 Melayu lepaskan kerakyatan Malaysia
Sunday, 15 July 2007 07:14am
Dipetik daripada Berita Minggu (Digunakan dengan kebenaran)

DATUK Y seorang ahli perniagaan yang agak berjaya. Beliau kini berusia 54 tahun. Beliau membuat keputusan untuk menjual perniagaannya dan berhijrah ke United Kingdom (UK) dua tahun lalu. Beliau membuat keputusan itu kerana dua orang anaknya kini sudah bekerja, seorang di Sydney, Australia dan seorang lagi di Hong Kong. Dua yang lain masih menuntut, seorang di sebuah public school terkenal di London dan seorang di salah sebuah universiti di Wales.

Bagi Datuk Y, keputusan itu tidak mudah. “Saya sayangkan Malaysia, dan terhutang budi, keluarga dan saudara mara saya semuanya di Malaysia.” Kenapa berhijrah? Beliau memberikan alasan pendidikan untuk anak-anak dan peluang pekerjaan mereka sebagai alasannya. “Saya bekerja selama ini untuk mereka, saya mahukan yang terbaik untuk mereka.”

Datin M bercerai dengan suaminya lima tahun yang lalu apabila Datuk S mengahwini seorang gadis jelita. Datin M membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia bersama-sama tiga anaknya ke Melbourne, Australia. Beliau boleh hidup agak selesa kerana pembahagian harta sepencarian yang agak lumayan ekoran penceraian itu. Seorang anaknya sudah bekerja, dua yang lain masih menuntut di universiti, di Brisbane dan Melbourne.

Alasan Datin M untuk berhijrah mungkin lebih mudah diterima. Beliau memberitahu saya alasan utamanya kerana “membawa hati yang luka.” Katanya, “Saya mahu pergi jauh dari apapun yang mengingatkan saya pada masa lalu.” Mengapa tidak tinggal sebagai warganegara Malaysia tetapi bermaustatin di Australia? “Saya mengikut suara hati anak,” katanya. “Mereka fikirkan masa depan.”

LJ memilih untuk berhijrah ke Auckland, New Zealand enam tahun yang lalu. Dia seorang akauntan yang mendapat pendidikan di Auckland. Pada mulanya dia hanya mahu bekerja di Auckland selepas menamatkan pengajiannya, untuk mencari pengalaman. Selama tiga tahun beliau bekerja di Auckland kemudiannya pulang ke Malaysia. “Saya hilang punca di KL,” katanya. Dia kembali ke Auckland tiga tahun kemudian. Setelah mengahwini seorang wanita berkulit putih dia merasakan tidak ada keperluan lagi untuk pulang ke Malaysia. Dia kini menjadi warganegara New Zealand.

Bagi LJ, terlalu banyak yang tidak kena mengenai Malaysia. Namun demikian, beliau menyedari potensi yang ada pada negara asalnya. Tapi beliau merasakan bakat dan kemampuannya tidak dihargai. Terlalu banyak yang menyebabkan dia kecewa – dari isu pilih kasih, etika profesionalisme, amalan perniagaan hinggalah situasi politik. Beliau hanya mahu “pergi jauh dan mencuba nasib di tempat orang.”

Itu statistik dahulu. Bagaimana dengan situasi sekarang? Apa yang lebih memeranjatkan ialah berdasarkan statistik itu, orang Melayu adalah kaum paling ramai yang melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Hanya 25,107 orang Cina dan 1,347 orang daripada kaum India yang berbuat demikian pada waktu yang sama. Orang Melayu adalah 70 peratus bilangan mereka yang berhijrah. Destinasi paling popular ialah Amerika Syarikat (AS) Australia dan New Zealand bagi orang Melayu.

Tidak seperti penghijrah dari negara miskin dan mundur yang mencari nafkah untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka, orang Melayu yang berhijrah rata-rata merupakan golongan yang berjaya. Mereka terdiri daripada golongan berada atau profesional. Orang Melayu yang miskin tidak akan menggugurkan kerakyatan mereka semata-mata untuk bekerja di luar negara.

P/S : Cuma saya ingin pendapat daripada kalangan pembaca BeritaSemasa.com sendiri, apa sebabnya orang Malaysia berminat kerja di luar negara. Mungkin anda boleh kongsikan pandangan anda di sini.

Sebab Orang Malaysia Kurang Minat Kerja Di Malaysia?

View Results

Loading ... Loading ...

79,199 Melayu lepaskan kerakyatan
Sunday, 15 July 2007 07:14am
©Berita Minggu (Digunakan dengan kebenaran)

DATUK Y seorang ahli perniagaan yang agak berjaya. Beliau kini berusia 54 tahun. Beliau membuat keputusan untuk menjual perniagaannya dan berhijrah ke United Kingdom (UK) dua tahun lalu. Beliau membuat keputusan itu kerana dua orang anaknya kini sudah bekerja, seorang di Sydney, Australia dan seorang lagi di Hong Kong. Dua yang lain masih menuntut, seorang di sebuah public school terkenal di London dan seorang di salah sebuah universiti di Wales.

DATIN M bercerai dengan suaminya lima tahun yang lalu apabila Datuk S mengahwini seorang gadis jelita. Datin M membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia bersama-sama tiga anaknya ke Melbourne, Australia. Beliau boleh hidup agak selesa kerana pembahagian harta sepencarian yang agak lumayan ekoran penceraian itu. Seorang anaknya sudah bekerja, dua yang lain masih menuntut di universiti, di Brisbane dan Melbourne.

LJ memilih untuk berhijrah ke Auckland, New Zealand enam tahun yang lalu. Dia seorang akauntan yang mendapat pendidikan di Auckland. Pada mulanya dia hanya mahu bekerja di Auckland selepas menamatkan pengajiannya, untuk mencari pengalaman. Selama tiga tahun beliau bekerja di Auckland kemudiannya pulang ke Malaysia. “Saya hilang punca di KL,” katanya. Dia kembali ke Auckland tiga tahun kemudian. Setelah mengahwini seorang wanita berkulit putih dia merasakan tidak ada keperluan lagi untuk pulang ke Malaysia. Dia kini menjadi warganegara New Zealand.

Tiga orang manusia di atas adalah sebahagian daripada 79,199 orang Melayu yang melepaskan kewarganegaraan Malaysia dari tahun 1996 hingga April tahun ini. Itulah angka memeranjatkan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho baru-baru ini. Orang Melayu melepaskan kewarganegaraan mereka? Satu ketika dahulu, hal ini pelik dan pasti menggemparkan.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah berdasarkan statistik itu, orang Melayu adalah kaum paling ramai yang melepaskan kewarganegaraan mereka. Hanya 25,107 orang Cina dan 1,347 orang daripada kaum India yang berbuat demikian pada waktu yang sama. Orang Melayu adalah 70 peratus bilangan mereka yang berhijrah. Destinasi paling popular ialah Amerika Syarikat (AS) Australia dan New Zealand bagi orang Melayu.

Bagi Datuk Y, keputusan itu tidak mudah. “Saya sayangkan Malaysia, dan terhutang budi, keluarga dan saudara mara saya semuanya di Malaysia.” Kenapa berhijrah? Beliau memberikan alasan pendidikan untuk anak-anak dan peluang pekerjaan mereka sebagai alasannya. “Saya bekerja selama ini untuk mereka, saya mahukan yang terbaik untuk mereka.”

Alasan Datin M untuk berhijrah mungkin lebih mudah diterima. Beliau memberitahu saya alasan utamanya kerana “membawa hati yang luka.” Katanya, “Saya mahu pergi jauh dari apapun yang mengingatkan saya pada masa lalu.” Mengapa tidak tinggal sebagai warganegara Malaysia tetapi bermaustatin di Australia? “Saya mengikut suara hati anak,” katanya. “Mereka fikirkan masa depan.”

Bagi LJ, terlalu banyak yang tidak kena mengenai Malaysia. Namun demikian, beliau menyedari potensi yang ada pada negara asalnya. Tapi beliau merasakan bakat dan kemampuannya tidak dihargai. Terlalu banyak yang menyebabkan dia kecewa – dari isu pilih kasih, etika profesionalisme, amalan perniagaan hinggalah situasi politik. Beliau hanya mahu “pergi jauh dan mencuba nasib di tempat orang.”

Ada sesuatu yang disebutkan oleh Datuk Y yang membuatkan saya berfikir panjang. “Di manapun saya berada, saya tetap orang Melayu dan Islam. Saya tidak kurang Melayu kerana saya tidak berada di dalam kelompok orang Melayu,” katanya.

Keselesaan hidup, soal pendidikan, masalah rumah tangga, perkahwinan, tarikan profesionalisme dan peluang masa depan adalah di antara sebab utama orang Melayu berhijrah ke tempat lain. Fenomena ini berlaku hanya dalam waktu beberapa dekad yang lalu. Sebahagiannya kerana kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang melahirkan golongan ahli perniagaan Melayu yang berjaya. Juga yang telah memungkinkan berlaku mobiliti sosial di kalangan orang Melayu. Paling penting ialah dasar pendidikan kebangsaan telah memberikan peluang pada anak-anak Melayu menjadi profesional dalam pelbagai bidang selain menambah dengan banyaknya golongan ini di dalam masyarakat Melayu. DEB juga memberikan keyakinan baru pada orang Melayu yang selama ini hidup dalam kokon keselesaan mereka.

Apa yang berlaku ialah orang Melayu mulai berani mencuba nasib di tempat lain. Mereka bukan saja berniaga dan bekerja tetapi sebahagian daripada mereka berani melepaskan kewarganegaraan Malaysia untuk tinggal terus di negara asing. Mereka boleh memberikan pelbagai alasan mengapa mereka berbuat demikian. Apa yang lebih penting ialah orang Melayu sudah menjadi sebahagian daripada arus migrasi global yang berlaku di dunia tanpa sempadan hari ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 190 juta penghijrah antarabangsa pada 2005 saja, atau tiga peratus penduduk dunia. Namun demikian 97 peratus penduduk dunia masih tinggal di tanah tempat mereka dilahirkan. Definisi “migrant” yang diguna pakai ialah mereka yang berpindah ke negara lain untuk jangka masa kekal atau panjang, bukan sebagai pelancong atau pengunjung atau pekerja (expatriates). Sasaran penghijrah ini ialah negara maju di Eropah, AS serta Australia dan New Zealand.

Tidak seperti penghijrah dari negara miskin dan mundur yang mencari nafkah untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka, orang Melayu yang berhijrah rata-rata merupakan golongan yang berjaya. Mereka terdiri daripada golongan berada atau profesional. Orang Melayu yang miskin tidak akan menggugurkan kerakyatan mereka semata-mata untuk bekerja di luar negara.

Soal ini patut kita fikirkan dengan serius. Kita bukan saja kehilangan orang Melayu yang berada tetapi juga kalangan profesional yang begitu sukar kita lahirkan. Apa yang lebih merunsingkan ialah berlaku ‘brain drain’ di kalangan orang Melayu pada masa ini. Memang kita mengakui banyak kalangan profesional dari kaum lain yang bekerja di luar dan yang menjadi warganegara di tempat baru. Tetapi mengapa hal ini berlaku pada orang Melayu? Apa yang rahsia sebenar di sebaliknya?

Saya percaya bukan isu gaji atau peluang saja yang menyebabkan perpindahan orang Melayu. Pastilah ada faktor lain yang menyebabkan mereka berbuat demikian. Selama ini kita bersusah payah melahirkan kelompok profesional sejak DEB bermula lagi. Tetapi malangnya apabila mereka berjaya, mereka berhijrah ke tempat lain.

Saya tidak begitu cemas jikalau Datuk Y atau Datin M membuat keputusan demikian. Mereka orang mampu dan mahu menikmati hidup selesa di penghujung hayat mereka. Tetapi LJ ialah sebahagian daripada masa depan kita. Kita memerlukan LJ untuk bangsa dan negara. Kita mengharapkan generasi baru ini menjadi penjana pada kemajuan masa depan. Kita mahukan mereka menjadi penggerak pada pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi. Pendeknya kita memerlukan mereka untuk mempercepat proses menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Saya ingin mencadangkan satu kajian menyeluruh dilakukan untuk melihat fenomena merunsingkan ini. Bagi saya 79,199 orang bukan angka yang kecil. Kita tidak tahu berapa ramai lagi yang memilih untuk berbuat demikian pada masa akan datang. Memang penghijrahan berlaku pada semua kaum. Tetapi apakah orang Melayu sudah bersedia dengan jumlah yang sebesar itu meninggalkan negara ini pada masa akan datang?

Mengapakah kita harus kehilangan orang Melayu yang berada dan berjaya? Pada waktu yang sama apakah kita berpuas hati dengan masuknya 1.5 juta pekerja asing yang tidak punya kemahiran apalagi pendidikan sebagai ganti mereka?

Bagi saya, isunya bukan soal kesetiaan. Seperti kata Datuk Y, dia tidak kurang Melayunya kerana berhijrah ke UK. Tetapi apa yang kita rugikan ialah hilangnya lebih ramai orang Melayu yang sepatutnya memberikan sumbangan untuk memajukan bangsa mereka di negara yang pernah menatang mereka bagaikan menatang minyak yang penuh.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. [LATEST NEWS] Anwar Ibrahim Bebas Skandal Akaun Bank di Luar Negara
  2. Gaji Menteri(VVIP) VS Pendapatan Rakyat Malaysia
  3. Berjaya atau Rombak Sistem Pendidikan Negara?
  4. Rizab Emas Negara Malaysia Telah Susut?
  5. [VIDEO] Menteri JPM Gulung Bajet 2010 VS Ahli Parlimen PR di Dewan Rakyat
  6. Pendapatan Tambahan Negara, Hasil Judi Menjangkau RM2.37 Billion


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 12 comments… read them below or add one }

1 mr j November 11, 2009 at 5:17 am

biar Kerajaan Kehilangan Ramai Para pekerja. baru dorang tau.. hah kasi gaji ciput. Semua barang naik nak mampus. Rm4K ko rasa boleh ke hidup untuk keluarga?

2 Fahmi November 11, 2009 at 8:04 am

Saya rasa kenapa rakyat Malaysia ramai bekerja di luar negara adalah kerana kualiti negara, kualiti kerja dan kualiti hidup adalah menjadi punca utama. Negara Malaysia sudah tiada lagi kualiti seperti tahun2 akhir 90-an.

Politik kucar kacir, kos sara hidup naik, Kerajaan tidak amanah, Kerja tidak dihargai, tiada sistem dalam perkerjaan, undang2 boleh di tukar dengan wang ringgit. Perjawatan dalam perkerjaan mengamalkan Kronolisma bukan profesionalisma. Orang melaysia ni kuat bodek, keuat ampu.

3 yop da great November 11, 2009 at 2:24 pm

dalam keadaan sekarang ini, dengan harga barang naik
gaji RM2000++ nak tampung keluarga
gaji tak naik2
hingat cukup ker? :nangis
tu belum masuk dengan perkhidmatan awam lagi
kangan salahkan rakyat lari sedangkan kerajaan belum menyediakan kemudahan yang sepatutnya kepada rakyat

4 JohnJimat November 12, 2009 at 9:03 am

asl minyak naik je sume brg naik. tp ble harga minyak turun harga tu kekal dan xkn turun.. tah pe2 ar :marah

5 zualliz November 17, 2009 at 6:46 pm

Betul tu..kat sini, kualiti kerja tak diutamakan..ada pilih kasih, campur tangan orang politik..kerja keras tapi tak berbaloi..
Gaji lak rendah, sebab duit rakyat dapat kat menteri yang gilakan harta..
Politik kacau-bilau..harga barang tak menentu.. :nangis

Apa nak jadi dengan Malaysia ku? :kejut

6 satsuma November 26, 2009 at 11:16 am

:senyumkambing dah gaji kat malaysia murah… :ketawamanja

abis…kat sini semuanya control….beli kereta kena beli proton mahal plak tu etc.. :ketawamanja itu ler pasal mereka lari :ketawamanja

7 roletcha December 29, 2009 at 5:11 pm

kebanyakkan yang berhijrah ke luar negara dan melepaskan kerakyatan mereka nie slalunya mmg dri golonggan berada…mungkindri kecik mereka da biasa dengan dunia luar…cakap melayu pun dah jadi bahasa kedua….2 la masalahanya..dorang da x da sifat sygkan negara..tipu la cakap klu kita perpelajaran tinggi sampai oversea tp balik melaysia x dihargai..sy x percaya..Malaysia sentiasa mencari orang2 yang mcm nie…tp dorang sendiri yg x nak sebab mereka dah biasa ngan dunia luar…dunia barat kita barat..bila mereka da lama dibarat mana mungkin nk adabt ngan cara kita

8 nur ash December 31, 2009 at 6:46 am

~erm,apapun alasn dorg nk kerja kt luar negara kita mmg xblh nk watpe..2 hak dorg..gj lbh byk kerja kt luar negara?mmgla tgok matawang dorg dh mmg tiggi..kalu kita ada rasa sayngkn negara kita akn myumbgkn khidmat pd negara..kita sebgai rkyat kna mmbntu ngara sndiri tp kalu kita sndiri awl2 dh ‘angkat kaki’ lbh pntingkan pndapatan lumayan..memalukan je mgaku rakyat Malaysia..ramai je org berjaya kt Malaysia xperlu g luar negara pun..yang paling truk individu yg tukar kewarganegaraan..org mcm ni kalu negara yg dorg ddk2 brperg xyah nk lari balik Malaysia..kalu pejuang2 terdahulu ada sikap macm rakyat2 yang ‘murtad negara’ sekarg ni..jgn harpla negara Malaysia akn wujud macm sekarg..penat mereka memperjuangkan tanh air..kita generasi sekarg nk menghargai tnh air sndiri pn rasa sush sgt ke?? :curiga

9 fadli January 1, 2010 at 10:49 pm

banyak perkara yang perlu ditekankan jika tidak mahu orang malaysia menukar warganegara.salah satu faktornya ialah gaji.tidak dapat dinafikan perkara itu,satu lagi ialah kita mudah bermain dengan isu politik yang kadang-kadang tidak menyenangkan rakyat.Kerajaan perlu buat sesuatu agar rakyat kita tidak kecewa dengan malaysia itu sendiri.Keraajaan perlu memandang serius isu ini.Jika tidak akhir nanti,Malaysia bukan lagi negara orang melayu kerana semuanya sudah berpindah lke negara orang.Mana semangat anak malaysia?..jangan malukan malaysia.Sayangi negara malaysia,Hidup 1 malaysia dan orang melayu.

10 Pak Awang January 5, 2010 at 2:59 am

Pilihan dah ada, mana yang terbaik untuk mereka. Kalau ada tawaran yang lebih baik, mengapa tidak pergi ke luar negara. Ini berkenaan soal depan masing2

11 mesticun January 12, 2010 at 4:13 am

Faktor gaji menjadi keutamaan rakyat malaysia berhijrah ke luarnegara.gaji banyak.nanti balik boleh jadi kaya.bukankah bumi yang dipijak adalah bumi yang bertuah.rugilah perlekeh negara yang banyak berjasa kepada kita. :marah

12 alina January 15, 2010 at 11:26 pm

:ketawamanja :peace emm..btl3..gaji murah sgt la :comel :merajuk ..kat malaysia pun peluang pkerjaan rndah berbanding negara luar..nilai mata wang kite pn rendah sbb tu la dy all pg luar ngara…

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: