Apabila tiba 26 Disember setiap tahun pasti akan terkenang 2 tragedi lain yang pernah menimpa negara. Pertama, tragedi ribut Tropika Gred yang melanda Sabah pada 26 Disember 1996, telah mengorbankan lebih 200 orang penduduk dan 102 lagi masih diklasifikasikan masih hilang. Tragedi ribut Tropika Gred adalah antara tragedi yang paling dahsyat direkodkan berlaku di negara ini. Keduanya, Tsunami Aceh yang terjadi 26 Disember 2004, telah mengorbankan 226,000 nyawa.
Kali ini 26 Disember mencatatkan lagi satu lagi episod hitam apabila berlaku kemalangan ngeri bas Sani Ekspress sehingga mengorbankan 10 nyawa. Persoalannya, mengapa pemandu bas seringkali mengambil sikap sambil lewa ketika membawa penumpang sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Mengapa? Sepatutnya sebagai pemandu bas ekspress, beliau sepatutnya memegang amanah membawa penumpang dengan selamat sehingga sampai ke destinasi dalam masa yang sama tidak abaikan aspek-aspek keselamatan. Pilot kapalterbang contohnya, adalah merupakan individu terakhir selamatkan diri jikalau berlakunya kecemasan. Penumpang dan krew kapalterbang kena keluar dahulu. Menunjukkan di sini betapa penting dan besarnya tanggungjawab seorang yang bernama pemandu apabila melibatkan nyawa dan keselamatan orang lain.
Dah tahu bawa bas, buatlah persediaan secukupnya. Bukan hanya memenuhkan jadual yang ada sahaja. Kalau tanya saya, pemandu sebegini tidak sepatutnya diberikan peluang kali kedua memandu bas ekspress. Kalau saya katakan sebegitu, mesti ada yang mempersoalkan mengapa tidak diberikan peluang kedua? Bagi saya lebih baik diberikan sahaja tugas seperti ini kepada individu yang betul-betul komited terhadap kerjanya, bukan hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Mengapa perlu diperjudikan nasib penumpang-penumpang bas yang akan datang dengan menjadikan mereka ini sebagai bahan eksperimen seterusnya andaikan pemandu seperti ini hanya diberikan hukuman sekadar digantung lesennya. Ini melibatkan soal nyawa orang ramai. NYAWA.
Dan setiap kali berlakunya kemalangan negeri termasuklah kemalangan ngeri bas Sani Ekspress, pihak berwajib mula menggelabah dan mencari jalan penyelesaian. Tidak mustahil lagi kemalangan ngeri sebegini akan terus-terusan berlaku jika pihak berwajib hanya melakukan tindakan secara bermusim. Nyawa orang ramai pun sudah pun melayang. Memang sudah tiba ajalnya. Tetapi adakah pihak-pihak berwajib sudah mengambil iktibar daripada kejadian dan kemalangan maut yang berlaku sebelum ini? Hendak tunggu sampai bila lagi, usaha yang menyeluruh dan bersungguh-sungguh bagi mengawal kejadian seperti ini berulang lagi?
Ipoh 26 Disember 2009 – 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat iaitu bas Sani Ekspress terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara, Sabtu pagi lepas. Kemalangan maut & ngeri ini berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang. Bas berkenaan bertolak dari Klang jam 9.00 malam menghala ke Kangar dengan membawa 48 penumpang bersama seorang pemandu dan penolongnya. Semua 10 mangsa yang maut di tempat kejadian berada di bahagian tingkat bawah bas berkenaan. Dua lagi penumpang juga cedera parah. Kejadian tersebut dikatakan berpunca apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya menyebabkan kebanyakan mangsa adalah penumpang sebelah kiri tingkat bawah bas. Akhbar Utusan Malaysia
Pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian. Berita Harian
Dikatakan belakang bas Sani Ekspress ada sebiji lagi bas Transnasional 2 tingkat. Bas Transional itu sempat brek dan mengelak daripada merempuh bas Sani Ekspress yang sudah terbabas di tengah jalan masa itu. Kemalangan negeri tersebut cuma berlaku 20kilometer pertama selepas pertukaran pertama pemandu di Simpang Pulai. Mangsa yang mati itu, memanglah ngeri disebabkan tercucuk besi devider. Bayangkan macammana? Ada putus kepala, putus badan, ada kaki atau tangan hancur kena gilis dan kulit terkoyak rabak kena besi.
Kebetulan dah sentuh isu keselamatan bas ekspress terutama sekali bas dua tingkat, saya cakap direct sahaja la ye? Kalau sesiapa yang pernah naik bas dua tingkat Transnasional, pasti akan tahu kedaan sebenarnya macam mana. Dah macam tin sardin. Sebelah bawah sumbat dengan 40 tempat duduk. Sebelah atas sumbat lagi 40 tempat duduk, sampaikan sudah tiada ruang. Sempit. Memang dasar nak untung semata. Terus terang saya katakan. Dahla tinggi, tidak stabil, penumpang sepadat-padat alam berada dalam bas 2 tingkat itu. Kalau kena pemandu bas ekspress yang kepala pusing nak bawa laju saja, memang cari nahas.
Mungkin selepas ini, lebuhraya sudah boleh mula dimasang wire rope type barrier yang telah teruji boleh deflect heavy vehicles semasa ujian kemalangan dengan bebanan kenderaan tersebut sehingga 8000kg pada kelajuan kmj. Ini kerana benda ini bersifat elastic dan anjal serta boleh menyerap impact dan dalam pada masa yang sama dapat memantul keluar kenderaan yang melanggar benda ini seterusnya dapat mengurangkan kerosakan dan kecederaan. Soal kos? Mahal? Mana yang lebih penting daripada nyawa orang ramai? Ia sangat praktikal dipasang di kawasan-kawasan di black-spot kemalangan. Walaupun benda ini sudah digunapakai di Malaysia tetapi penggunaan masih belum meluas. Kebiasaannya ia hanya dipasang pada jalan di tepi gaung.
Penghadang jalan di lebuhraya sekarang ini sudah tidak mampu untuk menahan kenderaan yang melanggarnya dari terpelanting ke seberang jalan. Ini disebabkan penaiktarafan jalan tidak selari dengan ketinggian penghadang jalan ini. Tambahan lagi banyak kenderaan di atas jalan raya ketinggiannya tidak sesuai dengan penghadang ini seperti kenderaan 4×4, kenderaan berat dan sebagainya.
Kalau boleh sediakan satu alternatif kepada penumpang lebuhraya. Akibat membatalkan projek double track dari Padang Besar sehingga ke Johor Bharu, pengangkutan jarak jauh terpaksa bergantung kepada bas ekspress yang lebih berisiko berbanding keretapi yang lebih selamat. Cuma satu sahaja, janganla timbul masalah kerugian besar seperti ini kalau-kalau projek ini dimulakan semula. Banyak faedah kalau projek ini bergerak semula. Banyak kawasan kampung terbuka terdedah ekonomi kecil, hidup mereka akan naik sedikit disebabkan value tanah yang ada di sana dan yang paling pentingnya terdapatnya saingan baru kepada PLUS. Apabila terdapatnya saingan, yang untungnya pengguna juga supaya dapat membuat pilihan lebih baik.
P/S : Adakah penumpang bas akan mula merasa fobia dengan perkhidmatan bas ekspress? Erm…sukar untuk dikatakan. Sebabnya inilah sahaja pilihan yang ada. Tengok sahaja bas-bas ekspress yang lain, konsortium antara yang paling kerap terlibat dalam kemalangan, tetapi orang ramai masih menggunapakai perkhidmatan bas mereka. Begitu juga dengan Transnasional kerap kali kemalangan sebelum ini.
PP/S : Apabila disebut kemalangan ngeri dan maut seperti kemalangan ngeri bas Sani Ekspress, pasti akan teringat kepada kemalangan ngeri melibatkan dua bas ekspress pada tahun 2003 di Felda Chegar Perah, Kuala Lipis yang telah meragut 16 nyawa beberapa hari selepas hari raya. Kejadian itu juga berlaku beberapa ketika selepas mereka stop makan di Merapoh. Baru sahaja bergerak, dah accident. Salam takziah untuk keluarga mangsa, sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi mereka.










{ 23 comments… read them below or add one }
Saya juga kesal dengan pemandu bas yang cuai dengan sikap nya ini. sangat bersimpati kepada mangsa dan harap2 keluarga mangsa redha dengan perkara ini. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. hati2 dijalan raya =) Syah(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Al-Fatihah untuk semua yang terlibat..Itulah qada dan qadar Allah. Cuma apabila kita menilai sesuatu itu buatlah secara jujur, kalau anda sebagai pemandu apakah anda terfikir anda dapat buat yang terbaik tanpa anda tahu realiti kehidupan pemandu itu sendiri…Pernah anda terfikir route/permit yang dikeluarkan LPKP juga memainkan peranan lebih2 lagi semasa hari2 perayaan. Cthnya Bas Ekspress dari Kangar ke Melaka tapi termasuk masuk Ipoh, KL, Klang, Shah Alam dan Seremban. Sampai di Melaka belumpun sempat melepaskan lelah dan sesuap nasi apatah ingin mandi, terpaksa pulak mengambil penumpang. Buatlah sedikit kajian atau survey. Pernahkah anda terfikir hampir 50% pemandu tidak dilindungi SOSCO dan EPF sedangkan mereka bekerja bertungkus-lumus sedangkan mulut mereka dijahit? Pernahkah anda merasakan AMAH dari seberang kedudukannya lebih baik dari PEMANDU BAS yang seringkali dihina dan ditohmah dengan pelbagai masalah. Az(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ntah laaa..
isu ni sering kali berlaku..
susah utk kte utk wt judge dorg..
pada kte yg di luar ni..
amek ni sebagai ikhtibar..
mngkn ade hikmah di sebalik semua kejadian ni..
cuma kte yg x nmpk lg..
sedekah’n je laa al-fatihah pd al marhum yg telah pergi..
same2 la kte b’doa supaya kejadian camni x b’ulang lg..
insyaallah.. zul(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Bagi aku dalam situasi ini Sani Ekspress already doing their job..
Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
semua sistem keselamatan diambil kira sebelum memulakan operasi, walaubagaimanapun mereka tetap kena bertanggungjawab dengan tragedi ini….
Takziah…
Suka @ Tidak
0
0
Kemalangan tidak berbau… Zairi Zaidi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Kecelakaan bas penumpang bukan perkara baru
Antara Teori, Retorik dan Pelaksanaan
Kemalangan yang melibatkan bas penumpang baru-baru ini sungguh menyayat hati. Apa tidaknya, kemalangan ini mengorbankan 10 orang penumpang termasuk sepasang suami isteri yang berasal dari Klang, Selangor.
Bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di LebuhRaya Utara Selatan (Plus) kira-kira 8km dari Plaza Tol Ipoh Selatan. Menurut siasatan awal, kemalangan itu berpunca daripada pemandunya yang mengantuk dan terlelap seketika.
Sejurus media menayangkan berita ini samada di media massa atau media cetak, banyak cakap-cakap mencadangkan pelbagai idea bagi mengelak malapetaka ini dari terus berlaku. Cadangan-cadangan tersebut adakalanya bersifat jangka pendek mahupun bersifat jangka panjang.
Seharusnya, pihak-pihak berkenaan perlu melihat kecelakaan ini tidak berpunca daripada ‘human factor’ semata-mata. Apakah mungkin terdapat faktor-faktor lain yang mengakibatkan kecelakaan ini terus berlaku? Adakah ia mungkin disebabkan juga faktor fizikal (bas, jalanraya, cuaca) dan faktor undang-undang (dasar kerajaan)
Justeru itu, apakah mekanisme yang sesuai dalam memastikan kecelakaan ini dari tidak terus berlaku?
Pada hemat saya yang daif ini, beberapa mekanisme perlu digabungjalinkan dan dilakukan secara bersama bagi mengelak kecelakaan ini dari terus berlaku
Faktor fizikal:-
1. Bas :
Seperti mana yang kita sedia maklum, terdapat bas-bas yang uzur yang masih lagi dibenarkan beroperasi di atas jalan raya. (Cuba lihat intercity bas). Walaupun kita tahu bas-bas ini sudah lulus pemeriksaan dari Puspakom, tetapi adakah sesiapa dapat bertanggungjawab jika bas-bas yang usianya melebihi 10-20 tahun ini menempuh kecelakaan di atas jalan raya?
Sebagai contoh dengan dasar Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Kenderaan Perdangangan (LPKP) yang membenarkan bas sekolah beroperasi walaupun berusia hingga 30 tahun sangat mendukacitakan malah dasar ini ternyata berpontensi mengundang pelbagai malapetaka dan kecelakaan kepada penggunanya khususnya kanak-kanak sekolah.
Disamping itu juga, bas-bas penumpang ini perlu dilengkapkan dengan beberapa ‘gadget’ tertentu bagi memastikan bas ini dapat beroperasi di tahap yang optimum. Antara ‘gadget’ yang perlu dipasang dalam setiap bas penumpang adalah system GPS, kotak hitam dan penyekat kelajuan. Walaupun ‘gadjet’ tersebut mahal, ia mampu bertindak sebagai pemberi isyarat awal kepada pengusaha dan pemandu bas terhadap keupayaan dan kebolehpanduan sesuatu bas itu. Tentang kosnya? Kerajaan boleh mengenakan rebat atau potongan cukai kepada pengusaha bas yang menggunakan ‘gadjet’ ini dalam setiap bas mereka.
2. Jalan raya
Jalan raya di Malaysia yang diiktiraf sebagai antara Jalan Raya yang terbaik di Asia Tenggara seharusnya memperlihatkan tiada kemalangan yang direkodkan akibat daripada faktor ini. Walaubagaimanpun perkara ini tidak boleh menyebabkan penyelenggaran jalan raya dilakukan seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Masih ada jalan-jalan persekutuan mahupun jalan-jalan negeri yang keadaan tidak menyenangkan dengan hanya diturap ketika menjelang pilihanraya semata-mata. Justeru itu setiap jalan raya baik jalan –jalan negeri, persekutuan dan lebuh raya diselenggarakan secara konsisten bagi memastikan jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan yang optimum
3. Cuaca
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembab memungkinkan hujan turun secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun, faktor cuaca ini seharusnya tidak dijadikan sebagai penghalang dalam kita memastikan tiada lagi kecelakaan bas yang baru direkodkan. Dengan hampir majoriti bas-bas penumpang menggunakan LebuhRaya Utara Selatan (PLUS) sebagai jalan utama, bas-bas penumpang ini perlu memanfaatkan setiap hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan jika cuaca dalam suatu ketika itu tidak mengizinkan perjalanan diteruskan. Apa salahnya, pemandu dan penumpang berehat seketika daripada tetap meneruskan perjalanan yang mana mendatangkan risiko yang tinggi kepada mereka. Jika perjalanan kapal terbang boleh ditangguhkan akibat cuaca buruk, adakah sistem bas penumpang kita tidak boleh mengaplikasikan sistem yang sama?
Faktor manusia
1. Pemandu
Pemandu adalah duta kecil kepada sesuatu syarikat bas. Malah dengan kata lain, nyawa 48 penumpang berada di kedua belah tangan pemandu. Walaubagaimanapun, adalah kurang cermat malah keterlaluan jika sesuatu malapetaka itu dipertanggungjawab ke atas pemandunya semata-mata. Dalam menelusuri permasalahan seseorang pemandu itu, mari kita selongkar beberapa perkara terpencil seseorang pemandu itu.
Tidak dinafikan, untuk menjadi seorang pemandu bas mereka hanya perlu mendapatkan lesen daripada JPJ sahaja selepas menjalani beberapa ujian tertentu. Apabila ujian tertentu itu selesai dan mereka dapat melepasinya dengan jayanya, maka mereka akan dinobatkan sebagai pemandu bas. Tetapi dalam senario terkini, adakah lesen daripada JPJ sahaja sudah mencukupi sedangkan nyawa 20-48 penumpang di dalam tanggungjawab mereka? Seharusnya suatu akademi khusus ditubuhkan bagi melatih pemandu bas ini supaya menjadi pemandu bas yang professional dan kompeten selaras dengan tuntutan semasa. Jika pemandu teksi diminta profesional dalam pemanduan mereka selaras dengan tanggungjawab mereka selaku duta kecil negara, pemandu bas juga wajib diangkat sebagai pemandu profesional selaras nyawa 20-48 penumpang berada di dalam tanggungjawab mereka.
Disamping itu juga, sering terdengar gaji asas pemandu bas ini terlalu kecil. Untuk mendapat lebih pendapatan, mereka perlu mengejar ‘trip’ dalam sesuatu hari. Adakah ini berbaloi dengan nyawa-nyawa penumpang yang berada didalam sesuatu bas itu berbanding ‘extra’ pendapatan yang cuba diraih oleh pemandu dalam sesuatu bulan. Justeru itu, tangga gaji minima perlu dilaksanakan kepada pemandu bas bagi memastikan kebajikan mereka dibela selaras nyawa penumpang juga terpelihara.
2. Pengusaha bas
Siapa yang berniaga hendak rugi. Itulah falsafah yang dipegang oleh setiap usahawan khususnya pengusaha bas. Dengan memperkudakan ‘bas lama’, dan meletakkan gaji asas yang rendah kepada pemandu, pengusaha bas bakal menikmati pendapatan lumayan pada hujung tahun pendapatan.
Seharusnya dalam menerobos dunia perniagaan yang lebih mencabar, konsep tersebut perlu dikikis dan dibuang sama sekali. Pengusaha bas juga perlu dipertanggungjawabkan jika sesuatu malapetaka berlaku. Jika sesuatu malapetaka itu berlaku dan disiasat bahawa pengusaha bas bertanggungjawab kepada malapetaka itu, maka nama setiap ahli lembaga pengarah dan ahli keluarga mereka disenarai hitam dari memiliki dan mengusahakan sebarang perkhidmatan pengangkutan awam di masa akan datang.
Seharusnya pengusaha bas sedar, kerajaan telah memberi bantuan dan insentif yang banyak kepada mereka. Sebagai contoh, kerajaan membenarkan surcharge 30% kepada setiap tiket bas yang dibeli oleh pengguna khususnya untuk bas ekspress. Walaupun kerajaan pernah berkata surcharge ini bersifat sementara, ia masih dikuatkuasakan hingga ke saat ini. Dan kerajaan juga membenarkan harga tiket bas dikaji dari semasa ke semasa. Dan sebagai timbal balas kepada pengguna mahupun pemandu, pengguna perlu dibekalkan dengan perkhidmatan yang berbaloi dan pemandu juga perlu digajikan dengan gaji yang setimpal dengan usaha mereka. Tidak hanya keuntungan ini dinikmati oleh pengusaha bas seorang sahaja.
Faktor kerajaan
1. Dasar kerajaan
Dasar kerajaan yang flip-flop sebenarnya turut menyumbang kepada permasalan kecelakaan bas penumpang ini. Sebagai contoh, kerajaan pernah menetapkan setiap bas dilengkapkan dengan kotak hitam. Walaubagaimanapun, selepas rungutan daripada pengusaha bas, dasar tersebut ‘disimpan di bawah karpet’. Senyap begitu sahaja. Dahulu, kerajaan pernah menetapkan seorang pegawai JPJ tanpa uniform ditempatkan dalam bas secara rawak. Adakah dasar tersebut masih dikuatkasakan sekarang? Dan juga kerajaan pernah menetapkan setiap bas yang keluar dari sesuatu terminal bas akan melalui pemeriksaaan JPJ. Sekali lagi ditanya, adakah dasar dan peraturan tersebut masih berjalan?
Hakikatnya dasar dan peraturan kerajaan yang bersifat sementara dan hangat-hangat tahi ayam sungguh mendukacitakan dan menjadi bahan lawak oleh sesetengah pengusaha bas. Seharusnya dasar dan peraturan kerajaan perlu dilaksanakan secara konsisten dan tidak bermusim. Kerajaan melalui JKJR, JPJ, LPKP, MOT, dan JAS perlulah memastikan setiap dasar yang dibentuk, dilaksanakan secara konsisten. Bukan hanya dilaksanakan apabila timbul sesuatu kecelakan besar menimpa khususnya yang melibatkan bas Sani Ekspress tempoh hari
2. Peranan LPKP
Apa itu LPKP? LPKP merupakan singkatan kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan yang bertanggungjawab mengikut Akta LPKP 1987. Ia bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas seperti berikut
* Membangunkan usahawan Bumiputera dalam sektor industri kenderaan perdagangan melalui latihan dan program pembangunan usahawan.
* Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mendapatkan lesen baru, membaharui dan ubah syarat bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung.
* Mengenakan syarat-syarat ke atas semua kelas lesen kenderaan perdagangan yang meliputi penetapan kadar tambang, penentuan peringkat tambang, jadual perjalanan, bilangan penumpang, kawasan operasi, berat muatan, jenis barang-barang, hal-hal pengendalian dan syarat-syarat khas yang lain.
* Menggantung, membatal atau mengenakan apa-apa hukuman yang sesuai ke atas mana-mana kelas lesen kenderaan perdagangan yang disabitkan kesalahan melanggar syarat lesen atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta LPKP 1987 (Akta 334) serta kaedah-kaedah yang diperbuat di bawahnya serta undang-undang lain yang berkuatkuasa.
* Menentukan tempoh kuatkuasa lesen bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan.
* Melesenkan kenderaan perdagangan dari Singapura, Thailand atau negara lain yang dibenarkan beroperasi di Semenanjung Malaysia.
* Membuat kajian laluan baru sebelum memberi pertimbangan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen bas bagi laluan-laluan yang dipohon.
* Mengumpul rekod, penyata kewangan, statistik atau dokumen-dokumen berhubung perniagaan pemegang lesen kenderaan perdagangan.
* Menentukan prosedur permohonan, memproses dan menimbang permohonan lesen, mengenakan bayaran, menetapkan penalti dan menentukan tanda pengenalan kepada kenderaan perdagangan.
* Melaksanakan tugas-tugas yang berhubung dengan penguatkuasaan ke atas syarat-syarat lesen kenderaan perdagangan
Walaubagaimanapun, tugas LPKP terlalu terhad malah seringkali bertindan dengan skop tugas JPJ, JAS dan POLIS.
Dengan LPKP telah diangkat sebagai suatu lembaga yang beroperasi dibawah Jabatan Perdana Menteri, ia ternyata suatu kesilapan yang jelas dengan ia dilihat membesarkan lagi jurang antara LPKP dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan awam.
Seharusnya dengan skopnya yang menjurus kepada pengangkutan awam, LPKP sepatutnya beroperasi di bawah Kementerian Pengangkutan dan diberi suatu authoriti penuh dalam melaksanakan pemodenan pengangkutan awam di Malaysia.
Sebenarnya, LPKP layak untuk diangkat sebagai sebuah lembaga yang tersendiri sama seperti JPJ. Walaubagaimanapun demi menjaga segelintir poket-poket kroni menteri, LPKP kini berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (Sebelum ini dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi). Kenapa ini berlaku? Teorinya cukup mudah, supaya Perdana Menteri dapat mengawal jumlah permit teksi yang dikeluarkan dan permit teksi ini dapat diberikan kepada penyokong politik mereka.
Bilamana peranan LPKP itu dimanipulasi sedemikian rupa, maka janganlah kita harap pengangkutan awam di Malaysia khususnya pengangkutan bas awam dapat berdiri megah sama seperti yang berlaku di negara-negara eropah.
Tepuk dada Tanya selera
Kuasa ditangan anda
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
BBA (Hons) Transport, UiTM
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang ikhqoi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Mungkin perkara saya nak cakapkan lari sedikit dari topik perbincangan tapi masih ada kaitannya.
Saya nak fokuskan perkara ini adalah perihal hubungan perkhidmatan dan pelanggan.
Sebagai penyedia perkhidmatan, kita haruslah berkhidmat betul-betul. Bukan main lepas tangan dan buat kerja sambil lewa. Contohnya, pemberi perkhidmatan perlulah mesra pelanggan dan bertanggungjawab terhadap kesilapan yang dibuat. Sudah berapa kali, saya berpengalaman dengan mereka yang tidak mesra dan memarahi pelanggan walaupun kesilapan mereka. Sudah tidak wujudnya etika dalam diri?
Mereka juga kena menghormati pelanggan. Kita sebagai pelanggan ada hak untuk bersuara atas kekurangan yang ada. Sebagai contoh, solat. Adakah setiap perkhidmatan bas ekspress berhenti di kawasan RnR atau mana-mana untuk memberi ruang kepada Muslim mengerjakan kewajipannya? Saya tak nafikan ada yang berbuat begitu.
Mungkin inilah antara hikmah yang Allah nak tunjukkan.
Wallahuallam. mujahidmuda(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
seharusnya para pemandu bas diberi kursus yg lebih proaktif tntg cara2 memandu bas dgn slamat!! serabut16(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Pergh…patutla pandangan ikhqoi begitu details
rupanya mmg arif bidang ini
kalau ikut pengangkutan awam di Malaysia, bas yang dariipada zamn batu pun masih dibenar untuk digunapakai….. Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
saya rasa bus 2 tinggat tidak elok untuk digunakan di malaysia.Bus 2 tingkt tidak sesuai kerana malaysia permukaan buminya tidak rata dan berbukit bukau.semakin tinggi bus semakin rendah gravitinya.Bus akan mudah terbalik lebih-lebih lagi tayar bus itu kecil ini dan tidak padan dengan bodynya.Lagi satu jika bus setingkat sahaja,saya rasa penumpang tidak akan kene divider itu walaupun excident kerana bus setingkat lebih tinggi tempat penumpangnya berbanding bus 2 tinggkt dimana penumpang yang dibawah amat rendah kedudukannya. fadli(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Kalau nak kena, kena jugak fadli, setingkat ke 2 tingkat, itu perkara teknikal yang perlukan perbincangan lanjut diperingkat designation bas tu.
Saya rasakan perkara pokok untuk para pelanggan adalah mutu perkhidmatan yang diberikan, samada dari pihak pengangkutan bas ekspress(driver) mahupun kerajaan iaitu sistem jalan raya (divider) mujahidmuda(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
al fatihah…sy rasa klu sy bercakap mengenai mengetatkan undang2…banyakn kempen,,,ikut prosedur …semua 3 sering kali diketengahkan…
Klau kita meggunakan teknik gerila untuk megelakan kemalangan sekalipun harus diketahui ajal
maut ditangan tuhan…cuma cara kita meninggal akn dipersoalkan,,,
ps- apa2 pun kita kenalah sentisa berwaspada dan berhati2 dan selepas itu hanya tuhan yang tentukan apa yg akan terjadi roletcha(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
~kemalangan ni berlaku dsbbkn byk faktor..tp yang paling ketara kecuaian pemandu bas sendiri..walau canggih mana pun sistem n teknology bas tersebut kalu pemandu smbil lewa je kmalagan tetap blh brlaku..kalu dh letih mintala org len ganti jgn wat macam nyawa penumpang xda nilai..takziah buat semua kluarga mangsa.. nur ash(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
bg aku lak,nie semua dh takdir..


ajal maut d tgn ALLAH..
kemalgn tu cume pyebab..kematian…
al-Fatihah.. insyirah(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
bagi camni la..bg bas dua tingkat..pada bahagian tempt duduk bwh..kita kosongkn…jdkan bhagian bwh tu sebgai tempt letak barang..mknanya…dalam sesuatu perjalanan..bas itu bukan sahaja membawa penumpang malahan membawa benda-benda lain yang tidak berbahaya. Dengan perkara ini juga ia akan menguntungkan pihak syarikat bas sendiri HazwanHakim(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
saya sedih teramat sangat bila lihat tragedi sebegini…. pemandu bas biasanya cuai ketika memandu dan mengantuk biasanya menyebabkan kemalangan bas berlaku..dan satu lagi masalah pemandu di malaysia yang tidak suka mengalah dan cepat marah ketika di jalan raya juga sering menyebabkan kemalangan. kita rakyat malaysia yang terkenal dengan budi bahasa seharusnya mencontohi negara barat yang sangat bersopan santun. apalah salahnya kita mengalah seminit dan dari melihat nyawa2 melayang.. pemandu bas 2 saya nasihatkan supaya have a rest yang cukup n sleep well b4 trips.. it’s ur responsiblity n hari akhirat nnti tanggujawab itu akan dipersoal kerana cuai..al-fatihah kepada semua mangsa dan semoga rohnya dicucuri rahmat..
mimi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
kepada tuan/puan berdirinya saya di sini ingin berkongsi pendapat bukan pendapatan ye,tentang kemalangan bas sani ekspres baru2 nih.bagi setiap kemalangan bas ekspres yang melibatkan nyawa akan di gantung permit buat sementara waktu untuk siasatan tetapi bagi kes kemalangan bas sani ini menimbulkan tanda tanya mengenai tindakkan yang akan di ambil.sambung lain kali jek lar…sakit hati aku tak reda lagi nih….. klang sentral(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
statistik menunjukkan kemalangan jalan raya di malaysia adalah di antara yg tertinggi di dunia berbanding rakyat.. sepanjang saya belajar…pensyarah dari uk yang datang ke malaysia, mereka memberikan riaksi sangat terkejut apabila melihat jumlah kenderaan yang begitu banyak di malaysia dan sikap pemandu kurang adap di jalan raya.. especially di johor baru…siapa yang terel bawak kete di johor mmg tabik springla..pemandu semua brutel..xada tolak ansur lansung. :merajuk pihak atasan pn xdpt tolong selesaikan kalau rakyat da kurang adap macam ni.. mimi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
mimi, betul ke kat johor bharu pengguna jalan raya paling kurang sopan? saya ingat negeri saya dah tadi terengganu.. hehe.. Syah(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
innalillah…
salah seorang dari mangsa junior sy kat skul dulu…
takziah buat keluarga mangsa.. nurul(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
yess i agree with u…apakata kita shorkan kepada pihak atasan supaya pantau isu ini dengan lebih serius.. mimi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ya saya setuju tapi kenapa masalah ini seolah-olah tiada penyelesai…saya malu dengan pensyarah saya di luar… inikah negara malaysia yang rakyatnya dikatakan berbudi bahasa… berbanding dengan indonesia dan china yang mempunyai jumlah kenderaan yang banyak juga tetapi rakyatnya sopan ketika di jalan raya…kita renungkan… mimi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
KEJADIAN INI SANGAT MENGERIKAN.SAYA TAK SANGGUP MELIHAT KEJADIAN BAS SANI EKSPRESS.KEJADIAN 10 MAUT SALAH SORANG DARIPADA 10 ITU ORANG KAMPUNG SAYA. Mohd Razil aka Abangmali(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0