Sejak akhir-akhir ini, matawang dollar Amerika semakin menyusut. Nilai matawang USD hari ini iaitu18 Ogos 2010 adalah berada pada paras RM3.157 bersamaan dengan US$1. Yang pastinya keadaan seperti akan merisaukan para exporter tetapi menjadi berita gembira bagi importer dan juga pembeli online yang kerap membeli-belah barangan dari Amerika lebih-lebih lagi musim perayaan tdak lama lagi.
Apa sebabnya matawang dunia seperti dollar Amerika jatuh menjunam? Kenapa?
- Semakin bank negara menaikkan BLR, maka nilai tukaran matawang RM terhadap USD akan semakin tinggi
- Tetapi berlaku sebalik kepada negara-negara di US, Euro dan Britain yang mana bank mereka masih mengambil keputusan untuk tidak mengubah nilai BLR. Ini menyebabkan pelabur dan pedagang matawang suka sebab kadar interest lebih tinggi untuk memperolehi keuntungan dalam bentuk swap interest.
- Bloomberg baru-baru ini melaporkan ekonomi US masih dalam keadaan lembab apabila golongan yang tidak bekerja masih kekal pada kadar 9.5%. Oleh yang demikian, matawang USD semakin melemah.
- Kesimpulan secara ringkasnya, faktor GDP, kadar penganguran, kadar inflasi, kadar faedah memberikan impak negatif kepada ekonomi USA.
- Ada nak tambah berdasarkan pemerhatian anda?
KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka terus mengukuh dan berada pada paras RM3.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini. Pengukuhan itu disokong oleh kadar tukaran sebanyak RM3.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dicatatkan hari ini iaitu paras tertinggi dalam tempoh dua tahun lalu.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Bhd., Dr Yeah Kim Leng berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengukuhan mata wang tempatan itu. ”Antara faktor tersebut adalah pertumbuhan dan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dengan ekonomi maju, aliran masuk modal dan sentimen pelabur bertambah baik terhadap mata wang Asia. ”Selain itu, tekanan terhadap Renminbi (RMB) China yang perlu dinilai semula menyebabkan pelabur beralih kepada mata wang lain dan ini turut membantu mengukuhkan mata wang tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ringgit turut merekodkan peningkatan berbanding mata wang utama lain iaitu dolar Singapura kepada RM 2.32 dan yen Jepun kepada RM3.65. Ia melonjak berbanding pound sterling kepada RM4.98 dan mata wang euro kepada RM 4.14. Tambah Kim Leng, pengukuhan ringgit ini akan berlaku secara berperingkat dan ini perlu disambut baik kerana berlaku pada masa ketidakseimbangan ekonomi dunia.
”Kekuatan ringgit akan dapat memberikan kuasa membeli lebih tinggi kepada negara. ”Namun, ia turut memberi sedikit kesan negatif kepada negara terutama bagi eksport negara. Ini akan memberi mereka tekanan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran,” jelasnya. Sementara itu, keadaan ekonomi dan unjuran positif beberapa ekonomi Asia turut menyokong pengukuhan mata wang tersebut.
Kelemahan dolar AS yang berlaku sejak kebelakangan ini, turut mengubah minat pelabur kepada mata wang lain.
Sejak tahun 1971 apabila kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak untuk menguburkan sistem piawaian emas. Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Ketika itu pasaran bebas diperkenalkan dan seluruh dunia merujuk matawang mereka kepada dolar AS. Masing-masing negara dunia pada masa itu “ibarat bayi kepada Amerika Syarikat”. Dalam pada sama, duit kertas US terus dicetak sebanyak yang mereka inginkan. Setiap cetakan yang terhasil mencatatkan nilai faedah tersendiri. Jadi bagaimana nak bayar nilai faedah tersebut? akhirnya dunia dilambakan dengan wang.
Nilai matawang dollar Amerika akhirnya jatuh dan menyebabkan kenaikan harga barang dan aset di sana. Inilah yang disebutkan sebagai inflasi. Jadi apa kena mengena kejatuhan nilai dollar Amerika jatuh dengan negara-negara lain termasuk Malaysia. Sebabnya, matawang Malaysia merujuk kepada matawang USD.
Jadi di sini datangnya persoalan kenapa ekonomi dunia (USA) berada dalam situasi buruk? 1 alasannya adalah derivatif oleh bank-bank dan derivatif dari derivatif derivatif tu. Derivatif itu APA? Kad kredit, mortages, obligasi, wang. Apabila sudah dalam keadaan tepu, berlakunya krisis wang, sebab dah tiada yang “nyata”. Kemudian mereka terus cetak lagi duit, kemudian harga barang naik lagi sehingga menyebabkan inflasi yang akhirnya menjadi kitaran.
- Lagi satu mengapa Dolar AS turun dan tidak stabil? Kerana ekonomi meraka dalam bentuk buruk
- Mengapa ekonomi mereka dalam keadaan yang buruk? Kerana pengaruh percikan derivatif
- Apa yang mempengaruhi percikan derivatif? Kerana wang itu tidak disokong oleh apa-apa. Jadi apa maksudnya di sini? Bererti mereka boleh mencetak wang dalam setiap kos yang mereka inginkan
- Adakah tindakan itu sangat baik kononnya kita mempunyai lebihan simpanan wang? Tidak……harga barang akan naik dan kita perlu membayar lebih. Ini kerana apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi.
- Tapi…kita di Malaysia mesti tidak akan rasa terjejas bukan? Tidak……secara realiti dan faktanya dunia perdagangan dalam matawang USD dan yang boleh mempengaruhi kuasa beli, di samping nisbah gaji kita untuk membeli kuasa sangat buruk + inflasi lebih tinggi daripada kenaikan gaji tahunan anda, anda menjadi miskin hari demi hari.
P/S : Itu sebabnya beberapa bulan sebelum ini, kami pernah menekankan rakyat Malaysia dan mengingatkan diri kami sendiri supaya terlibat dalam pelaburan emas…..




{ 16 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Alternatif; guna dinar emas Kelantan!
tu pun ada yg dengki
USA ni sebenarnya kalau diikutkan dah bangkrap lama dah..
sokong penggunaan dinar emas.. Tapi yang hairannya masih ada yang menentang.. saper tu yek??? :senyumkambing
dinar emas sgt bagus… teknologi pun kena update:
mesin atm utk emas,
mesin air (kalau masih ada)
mesin byrn kereta automatik,
mesin (sebelum naik feri penang)…
aku sokong dinar… macamana teknologi nak support dlm mase terdekat ni?
dlu ade duit syiling 1ringgit, skang dah tak ade, dlu pon ade mesen yg guna duit syiling 1ringgit….
bagaimana dengan platinum? :senyumkambing
mengapa Rupiah x meningkat pon.aku rasa hairan len.
hehehe…
bagus ni boleh beli bnyk barang di US.jimat
sikit duit.
aku nak kongsi dengan demo semua…baca berita harian 8 november 2010..kerajaan USA telah menyuntik dana USD 600bilion pada rizab berkanun mereka…ekonomi dunia bakal teruk akan datang….malaysia tidak terlepas selagi duit kita di ikat dengan Dollar…huru hara ekonomi malaysia selepas ni…penarikan FDI..pengganguran..masalah sosial..ada sesiapa boleh komen kenyataan ini…silakan…
papelah…………………
bgos ar dpt ilmu sdikit kat blog niee…..minat tol baca tntg perniaagaan antarabangsa n analisis pelaburan
bermula lah membeli emas…………………………….pada akhir zaman…………………..emas lah paling berharga………………..owg yg paling hebat dan tiada owg yg hebat melainkannya…………….iaitu yg esa……………..mmg tepat sekali.
bermulalah membeli emas………………………sebb di akhir zaman …………………emas lah paling berharga……………….itu ada seseorang yg paling hebat dan tiada yg boleh menandinginya………………….iaitu…………..yg esa………………mmg tepat sekali.
nilai emas turun, perhatikan setiap selang 3 hari nilai emas akan turun mendadak, ketika itu nilai dolar amarika pula kembali stabil sebelum ia menurun semula.
(Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas)=”merujuk fakta di atas”
pendapat aku pula, mereka telah mencuri nilai emas untuk membayar hutang mereka, ianya berlaku setiap 3 hari sekali.
mereka tetap memerlukan emas,
apabila nilai emas menurun pada tahan minimun, harga barangan melonjak naik, dan apabila nilai dolar menurun(tiada dana untuk menebus hutang) bayangkan harga barang ketika itu……………..
sesiapa yang tau tlg update matawang dunia cthnya pound,USD,euro berbanding ringgit malaysia…
facebook