
Baru-baru ini, Lebih 80 peratus atau 54,400 daripada kira-kira 68,000 permohonan untuk mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) yang diterima Kementerian Pelajaran bagi pengambilan Jun depan membabitkan golongan wanita. Persolaannya, di manakah golongan lelaki? Adakah masalah kekurangan guru lelaki di Malaysia akan berterusan dan bertambah serius? Sehinggakan ada mengatakan kekurangan guru lelaki di sekolah hari ini menjadi faktor utama peningkatan masalah disiplin kebelakangan ini……
Dahla…pelajar lelaki menjadi golongan minoriti di IPTA, ditambah pula kekurangan guru lelaki di sekolah. Tidak dinafikan bidang perguruan, kedoktoran, kejururawatan memang menjadi pilihan golongan wanita.
Kalau di sekolah, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, baik guru lelaki mahupun guru wanita. Kebiasaannya, hasil kerja “guru lelaki” tidak akan sama dengan “guru wanita” begitu juga “impak” guru wanita tidak akan sama dengan guru lelaki. Itu sebabnya apabila mereka mampu “bersatu” dan “berganding bahu” dengan baik, institusi pendidikan di sekolah mampu dipertingkat. Tetapi jikalau bilangan atara guru lelaki dan guru wanita tampak tempang? Apa kesannya?
Memang betul ibubapa sekarang banyak yang lepas tangan, yang laksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa dengan baik saya ucapkan tahniah dan syabas. Itu yang remaja sekarang jadi rosak. Kemudian apabila di sekolah, pelajar yang bermasalah inilah yang buat perangai. Jadi suka atau tidak, memang guru lelaki memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Takkan mahu dibiarkan begitu sahaja bukan? Akhirnya pelajar “naik kepala”…..
Kepada golongan lelaki jika anda berminat tetapi dalam pada masa yang sama kurang berkeyakinan untuk menjadi guru bolehlah mencuba untuk jadi guru sandaran, guru kontra atau guru ganti. Rasai dahulu pengalaman bergelar guru, kemungkinan minat yang sepenuh hati akan datang kemudiannya. Kalau berminat, apa salahnya diteruskan. Sekurang-kurangnya bebanan kekurangan guru lelaki dapat diatasi sedikit demi sedikit.
Dalam apa juga kerja sekalipun mesti datang MINAT. Minat juga datang daripada pendedahan dan peluang. Tidak dinafikan ramai golongan lelaki yang ingin menjadi guru sebenarnya ditambah pula lambakan golongan graduan mengangur di luar sana terutama graduan lelaki yang sebenarnya ramai berkeinginan untuk menjadi guru. Betul tak? Mungkin Kementerian Pelajaran Malaysia kurang-kurangkanlah birokrasi. Bagi saya, kehadiran guru lelaki dan perempuan adalah saling melengkapi dalam institusi pendidikan.
Kalau mengikut kepada Future Studies yang diketuai oleh Prof Abu Hassan, kekurangan guru lelaki boleh mempengaruhi pelajar-pelajar lelaki untuk jadi lembut kerana ramainya ramainya guru-guru wanitadi sekolah
Jadi cikgu umpama lilin membakar diri. Dulu mungkin kita biasa mendengar. Sekarang saya nak ingatkan diri saya sendiri dan juga pembaca sekalian. Ingat, manfaat seorang guru adalah, ilmunya tak akan putus sepanjang zaman. Ia akan dikongsi, diperturunkan dari anak muridnya sampai ke generasi berikutnya. Pahala mendidik ilmu pengetahuan akan terus mengalir walaupun seorang guru menjadi penghuni alam barzakh. Ilmunya ibarat sedekah, yang pahalanya berterusan sepanjang masa.
P/S : Mulianya tugas seorang guru…..


{ 26 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Bukan saja guru2 lelaki kurang dalam perkhidmatan, malah pelajar2 institusi2 tinggi awam dan swasta pun kebanyakkan nya perempuan – lebihkurang 60 % adalah wanita.
Satu polemik yang dahsyat dan bencana bagi kaum lelaki Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu.
Apa nak jadi dengan masa depan lelaki melayu dimasa akan datang dan bagaimana pula dengan tanggungjawab keluarga melayu yang akan beralih atau terbalik pula tanggungjawab yang dipikul oleh kaum wanita melayu dimasa mendatang?
Dimana letaknya maruah kaum lelaki melayu nanti?
Memang banyak yang terok pun lelaki Melayu sekarang.
Sudahlah ada yang tak mahu bertanggungjawab menanggung keluarga kalau isterinya bekerja, wang belanja dapur pun susah nak beri isteri. Ada yang kaki judi, kaki pompuan dan kaki mabuk.
Lagi terok ada yang memang kaki rempit jadi bohjan rosak anak dara orang….Sampai tergamak rogol anak sendiri, anak saudara atau anak tiri – punyalah tak tahu malu berkelakuan seperti anjing kurappppp!
amboi… emosi nampak. Betul tu, orang lelaki jadi macam tu, tapi itu berdasarkan cerita sensasi dalam akhbar, kalau baca ruangan wanita, mesti akan ada luahan perasaan seorang wanita yang ditinggalkan, isteri diabaikan, dsbnya… dan memang lumrah alam, orang akan mudah simpati dengan kes kes yang melibatkan penindasan wanita ni, tapi kena ingat kenyataan seperti ini berdasarkan emosi semata, tengok keliling, anda akan lihat, lelaki yang bertanggung jawab sebenarnya lebih ramai, cuma orang tak fokuskan je, media tak beri perhatian sebab orang tak kisah, dalam konteks pendidikan pulak, guru lelaki memang mempunyai impak, dari segi disiplin dan perwatakan, budak2 takut sikit, tapi wanita pula, dengan sifat keibuan meraka, budak2 akan sayang… betulah tu, kalau gabung dia kan jadi perfect….
saya berasa pelik. kenapa mahu jadikan perbezaan jantina dalam pembelajaran ini sebagai satu isu? mula2 isu student perempuan lebey di uni2 dari lelaki. skang isu pengajar plak. kan ilmu itu universal. xkesah la spe2 yg ajar. asalkan pengajar itu xsesat, berketrampilan, excellent, punyai semangat. asalkan ilmu itu dapat disampai dan diterima akal fikiran sudah cukupla. lelaki dan perempuan same je. no more or less. neways aku suke cikgu pompuan coz boleh bg semangat :senyumkambing
bukan masalah sosial oleh org lelaki melayu shj, semua kaum ada masalah yang tersendiri…
tapi lelaki melayu yang nak mgajar sebenarnya ramai – tapi tak pernah di beri peluang termasuk saya sendiri (failed interview lisan – katanya)… akhirnya byak le kes guru rogol/cabul pelajarnya – sebab matlamat/nawaitu guru tersebut bukan nak mendidik , cuma nak title dan gaji+elaun je…
tak der rasa tanggung jawab – termasuk guru wanita…
minta maaf kepada pendidik…
salam..cuma nak tambah sikit kenyataan jack..peranan guru bukan hanya mengajar semata-mata. kalau hendak menyampaikan ilmu semata2..sesiapa pun boleh. xkisah ilmu apa, siapa saja boleh sampaikan. tetapi tugas guru sebenarnya lebih drpd itu. siapa yang membentuk jati diri pelajar? siapa yg mendidik pelajar? siapa yg boleh membentuk akhlak pelajar…dll? betul..sekiranya guru lelaki dan wanita bersatu, pasti hasilnya akan lebih baik..
Pakar-pakar perjawatan cuba lihat semula dan nilai proses pemgambilan guru. Maksud saya dari dasar pemgambilan, iklan, penilaian borang, ujian M test, temuduga, latihan, kurikulum guru, peperiksaan hingga penempatan dan temuduga pelantikan. Adakah ianya menyebelahi pihak orang lelaki atau perempuan sehingga terjadi ketidakseimbangan .
saye bercita-cita mnjadi guru di sekolah, namun saya masih di ipta meneruskan program kej. elektrik kuasa. harap ramai lagi pelajar-pelajar lelaki yg bercita-cita menjadi pendidik anak bangsa kita ini. hihi :doa
jgn salahkn org..cuba baiki kelemahan dalam diri…tak pass ujian bertulis..try la lg tahun depan..good luck
rasanya isu kekurangan orang lelaki diambil jadi lelaki ada kaitan dengan politik semasa…kecenderungan pengundi2 muda mudi yang lebih ke arah PR..jadi proses tapisan amatlah dititikberatkan..tidak mungkin kerajaan hendak simpan akal umbi anti-kerajaan di dalam sistem pendidikan..
salam.. banyakan Kursus Dalam Cuti kepada guru lelaki yang bekerja kontrak ini..jika terlalu ramai guru perempuan pelajar2 lelaki akan ramai yang besar kepala, suka melawan guru serta ada yang terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat..jd dengan ada nya guru lelaki mungkin masalah ini dapat di kurangkan. dan perbanyakan lagi sekolah di Malaysia ini jika mahu ramai kaum lelaki berkecimpung dalam bidang perguruan.
BUKAN NAK KATA APA.. PELAJAR SEKARANG RAMAI YG BIADAP… JADI MCMNE GURU WANITA TANGANI BERBANDING DENGAN GURU LELAKI? ORANG DALAM BIDANG PENDIDIKAN SILA BAGI PANDANGAN (KEPADA YG BUKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN DINASIHATKAN JGN MEMBERI KOMEN SBB ORANG PENDIDIKAN YG FAHAM SITUASI PENDIDIKAN)
lelaki zaman ni tak berapa boleh jadi cikgu sebab ramai dah jadi pemalas. Kalau buat anak tu kira nombor 1 le. he-he.
Bismillah. ahaha. kawe nk menceloh la ckit deh. ore kato nak japuk bodo.. ahaha. lagu2mano pun, kawe beraso nok jadi ckgu jgk lah. tp so jah kawe nk oyak mari. kawe cikgu jantan. tidok ckgu laki .. ahahaa BEREH SEP KITO
dulu aku nk jadi cikgu….korang xnak trima aku..skang nie gaduh laa xckup cikgu….ish3
saya pernah berkhidmat sebagai guru praktikal di sekolah yang majoriti gurunya terdiri dari kalangan guru wanita. walaupun mengajar disana dalam masa yang singkat, saya nampak kekurangan dari sudut kawalan murid jika satu2 sekolah didominasi oleh guru wanita sahaja. bukan mahu mempertikaikan kekuatan dan kudrat guru wanita, tetapi dari sudut kawalan pelajar “nakal” yang mencetuskan banyak masalah di sekolah, saya melihat kawalan dari guru lelaki lebih baik. Matlamat untuk mendidik pelajar tidak akan dicapai dengan baik sekiranya kawalan sekolah tidak berada dalam keadaan baik. Melalui pemerhatian saya, guru lelaki amat2 diperlukan untuk mengekang dan mengawal disiplin pelajar di sekolah. Semoga “ketirisan” ini dapat diperbaiki…
Lelaki dah banyak yang pupus……sebab pempuan yang konker semua kerja-kerja yang lelaki buat….dan pompuan pon nak buat semua keja-keja lelaki, jadi lelaki ni pon merajoklah …..elok gak tu…..sebab pompuan sekarang pon dah banyak nak jadi jantan..panjat tiang,korek lobang,panjat pokok,jadi polis, jadi askar,drebar bas dan lori 12tayar…..waoooo…dan yang lelaki pon banyak yang nak jadi gay…….lembik-lembik…keja ape ye….I suka masak masak, gubahbunga,jaga anak,pendandan rambut dan artis( bercakap sambil lentang lentok)…sesuai lah dengan kehendak kerajaan 1Malaysia…..pompuan didahulukan….hidup Malaysia……
Jangan salahkan lelaki melayu….kalo kebanyakan tempat kerja di kuasai perempuan…..sebab cara dan corak pemilihan amat ketara lebih kepada kroni dan perempuan…. sebagai contoh kalo 30 perempuan yang pergi temuduga lelaki hanya sepuloh…..20orang dah tentu perempuan yang dapat kerja lelaki 2 sahaja….alasan lelaki tak cukup kehendak jabatan dan lian2 kelulusan….sebab yang temuduga perempuan mistilah amik perempuan…sebab nak tolong perempuan….dan yang temuduga tu pulak lelaki yang gatal dan miang amik pilih yang perempuan juga…..nasib ko lah lelaki…..lelaki ko duduk rumah…masak jaga anak, kemas rumah….kalo bosan pegi lah kat shopping komplek mengurat….jadi gigolo, tukang urut partime….dan jadi….sun………heheeeee….ini lumrah lah sekarang….jangan marah lahhhhhhhhhhhh
hazif,,,aku x kenal ko,,,,
tp aku setuju dgn ko 101%, plus, ko bleh jd raja lawak laa…..hahahaha.
aku pun nk jd cigu, tp x lepas interview..x tau ape yg slacknya..
kesimpulanya, bg la keja kt org lelaki ni, sbb yg mencari nafkah, org lelaki, pompuan jage anak, jage mkn minum pakai suami, ini tak, nk jugak keje, jdlah masalah sosial mcm skrg ni, anak2 entah kemana, bebas sana sini, tiada pengawasan, habis, yg sepatutnya jd “org ruma” da x nk jd “org ruma’, ape hal.. keluarga tunggang langgang. bg suami yg da ade keja bgus tu, bia je isteri dok uma, jgn tamak, bg keja kosong tu dkt suami org lain yg x de keje..setle mslh.
Ambo ni guru disiplin…lamo dh brkhidmat…tension pun ada,
suka pun ada..Pendapat ambo..Masa dulu jadi cikgu rasa buleh jadi pemimpin..Tapi loni..duk sekolah rasa jadi macm pengasuh..Molek la cikgu tina ambil alih..ngasuh budak2..cikgu jate wak bodo je.
apesal, pernah d kecewakn dgn lelaki ke? sampai kutuk lelaki mcm tu?
Guru anti lelaki? nice nick….
jd Bapak ko yg berjantina kn Lelaki ko anti lha?
durhaka…
iishhh ishh..ni mesti jenis ngadap bace harian metro tiap2 ari
ksian…
Salam,
Pada pandangan saya kebanyakan lelaki mungkin lebih berminat untuk jawatn2 yang lebih best dari jadi cikgu contohnya nak jadi doctor, engineer, architect, paling2 tidak nak jadi badan beruniform yang mana sesuai dengan fitrah yang bersifat lebih tough dan segak. Susah nak tengok lelaki secara sukarela untuk menjadi pendidik melainkan xda keje lain dah atau mmg minat yg mendalam. Tu pun kalo ada leh bagi 1:100. Isu masalah disiplin bukanlah perkara pokok..nak banding 10 thn dulu pon bilangan guru perempuan lebih ramai dari lelaki. Masalah disipilin 10thn dulu jauh lebih baik dari sekarang..Faktor tak payah tanya sbb kita pon tau, masalah keluarga yg tidak menitik beratkan agama dalam keluarga, kalo dah tak berbalik pada Quran dan Sunnah tidak perlu tunding jari pada guru perempuan yg lemah xdapat kawal pelajar nakal. Kalo ikut hati saya sebagai cikgu perempuan, bukan saya xboleh nak marah atau pukul pelajar..Tetapi sejauh mana pelajar2 boleh makan dengan nasihat rotan saya atau bebelan?nak pelajar “takut” dengan cikgu??dengan mak ayah dia tak takut, dengan Tuhan pon dia xtakut, dengan kita sebagai pendidik????jangan harap..denpan menikus, belakang kita dia maki habis2 dan doa utk kejahatan. Jadi terusla pelajar tersebut jadi jahat sampai la dah habis sekolah..dan akhirnya???institusi tetap tidak dapat melahirkan pelajar yg mithali. Sebab itu POKOK PANGKALNYA IALAH ILMU AGAMA..xkira la Cina ke India, dorang pun belajar Moral, silap2 pelajar melayu lebih bermasalah..jadi renung2 kan..Terima Kasih
Masalah disiplin di sekolah pada hari ini semakin meruncing. Pengawas-pengawas, yang dilantik gagal bekerjasama dengan guru disiplin memandangkan mereka dilantik dikalangan pelajar. Boleh jadi pengawas ini juga takut untuk bertindak kerana mungkin akan dicederakan selepas sekolah.
Pada pandangan saya, disiplin pelajar-pelajar sekolah mungkin boleh diselesaikan dengan memberi kuasa kepada pengawal-pengawal yang dilantik seperti yang dilantik di institusi pengajian tinggi. Tugas pengawal-pengawal ini ialah menangkap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin dan melaporkan kepada lembaga disiplin sekolah, seterusnya mereka diadili di mahkamah disiplin sekolah sebelum dihukum.
Mungkin ramai yang percaya pengawas-pengawas sekolah boleh membentuk pelajar menjadi pemimpin, tetapi saya percaya terdapat banyak lagi kaedah untuk membentuk sifat kepimpinan melalui pasukan beruniform dan persatuan.