Mungkin kerajaan perlu menyeimbangkan permintaan bakal-bakal guru dengan keperluan dan kekosongan supaya tidak timbul masalah yang melanda Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ketika ini. Kalau sistem itu pengurusan itu baik, tiada masalah yang timbul. Kalau ada masalah pun, janganlah ia dibiarkan berpanjangan.
KUALA LUMPUR – Kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek dalam sains sosial dan bahasa Melayu. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak berkata, seramai 913 GSTT berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah di sini khusus bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Melayu.
“Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di kawasan bandar sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek dalam sains sosial selain beberapa subjek lain,”. Selain itu, katanya subjek lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut mengalami masalah yang sama.
Apabila sebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran Terlatih. Tetapi apa bezanya? Kalau dilihat daripada ungkapannya sahaja boleh tahu. Tetapi apa maksud dan peranan kelompok ini pada fahaman dan konteks yang lebih jelas?
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk org di luar yang berminat jadi guru tapi takde sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini akan jadi guru ganti, memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang tertakluk di bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja.
Guru Sandaran Terlatih (GST) adalah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar
Lagi satu, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bukan sahaja ditawarkan di sekolah sahaja, jikalau anda mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon mana-mana politeknik di Malaysia.
Sekarang ini guru subjek Bahasa Melayu contohnya tidak cukup. Bukan di Kuala Lumpur sahaja tetapi di negeri-negeri lain pun mengalami masalah yang sama. Bukan di kawasan luar bandar sahaja, kawasan bandar juga mengalami tempiasnya. Kalau diikutkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) inilah yang sepatutnya diberikan pendedahan terlebih dahulu dengan cara diberikan subjek seperti Bahasa Melayu untuk diajar kepada murid-murid.
Jikalau mana-mana Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT) hendak menjadi guru tetap masih mempunyai peluang lagi. Kebiasaanya boleh ajukan kepada pengetua atau pun guru besar. Mereka-mereka kebiasaanya yang boleh membantu. Itu pun bergantung kepada budi bicara Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau ada rezeki mungkin kena melalui Kursus Dalam Cuti (KDC). Jadi tidak perlu melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :


3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.