Lupakan sebentar pertemuan Malaysia VS Bahrain tempoh hari yang boleh kami katakan agak mengecewakan. Walaubagaimanapun, sokongan tetap sokongan. Sekarang ini perlawanan Malaysia vs Jepun, apa sasaran Malaysia selepas ini?
Samada kalah atau menang bagi perlawanan Malaysia VS Jepun tidak akan mengubah nasib Malaysia bagi kelayakan Olimpik 2012. Tetapi kalau menang malam ini Malaysia VS Jepun semestinya motivasi para pemain dan semua peminat pasukan bola sepak Malaysia akan meningkat semula.
Bagi penyokong pasukan bola sepak Malaysia, mereka tahu adat pertandingan pasti ada yang kalah dan ada pasukan yang akan menang. Tetapi kata orang :
- biarlah kalau kalah, kalah bermaruah
- kalau menang, biarlah menang dengan bergaya
Perlawanan Malaysia VS Jepun
Pertama sekali harapan kami pasukan Malaysia tunjukkan permainan terbaik pada malam ini, samada kalah menang itu perkara kedua. Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Apatah lagi kami merasakan tekanan malam ini lebih terarah kepada pasukan Jepun sebenarnya :
- Jepun memerlukan gol yang besar
- Malaysia ada tekanan tersendiri tetapi tidak sehebat tekanan yang dihadapi pasukan matahari terbit itu
P/S : Berapakah agaknya keputusan perlawanan Malaysia VS Jepun kelayakan Sukan Olimpik 2012 ini, apakah jangkaan anda?
UPDATE : Keputusan Terkini Malaysia Vs Jepun
Separuh masa pertama Malaysia ketinggalan 2 -0. Dan pada separuh masa kedua Jepun berjaya tambah 2 lagi gol menjadikan keputusan Malaysia 0 VS Jepun 4.
Ketika perlawanan berbaki 10 minit, kami pula yang berdebar menanti sehingga ke wisel penamat. Berdebar kalau-kalau gawang Malaysia terus dibolosi pemain Jepun. Ini kerana semua gol jaring Jepun mudah-mudah belaka. Tampak Malaysia belum benar-benar belajar daripada kesilapan sebelumnya.
Apatah lagi pemain Malaysia seperti telah kehabisan tenaga dan idea manakala Jepun pula masih bersemangat ibarat mereka sedang ketinggalan jauh ketika itu. Hakikatnya Malaysia bukan tandingan yang sesuai untuk pasukan gergasi Asia ini.
P/S : Selepas ini perlawanan Malaysia Vs Syria yang telah berjaya menundukkan Jepun. Jadi kepada Malaysia bersiapa sedia. Lawan anda selepas ini bukan calang-calang pasukan.
P/S : Apa pendapat anda dengan persembahan pasukan Malaysia bagi perlawanan Malaysia VS Jepun sebentar tadi?


{ 79 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
hrp Malaysia dpt mempamerkan mutu bolasepak yg baik mlm ni bnyk lg jgn mudah gelabah n putus haid..brazil pon tak selalu menang.
hidup jepun!! harap malaysia tak kena belasah 6-1 dengan jepun ye
Hang jangan macam walaupun hang orang Jepun. Malaysia kantoi semua ni apehal hahhhh!!!
Kalau nak kata menang dah pasti susah.Jepun telah mencapai satu standard tersendiri dalam bola sepak mereka.Standard kita agak terkebelakang.Walaubagaimanapun dalam bolasepak banyak lagi faktor yang boleh mempengaruhi keputusan perlawanan seperti semangat dan bagaimana sesebuah pasukan perform dalam sesuatu permainan.Bola itu bulat dan tiada yang mustahil, kalau kita hendak mencapai taraf permainan seperti Jepun, lawan kita haruslah sentiasa sehebat Jepun atau malah lebih.Majulah bolasepak untuk negara.Malaysia 1 Jepun 0.
Boleh blah lah Malaysia…menang pun xde makna..taraf Asia Tenggara je…jangan harap peringkat international…mentaliti kecik…
ko ni warganegara mana?
dye orang bangladesh kot…
blik la negara kau 2…
xpayah dok kat malaysia…
cakap senang cuba main tgok…
hei!JANGAN MIMPI,kplah yg mentaliti kecik..suka sgt merendah2kan bangsa sendiri..berfikirlah dengan cara terbuka,walaupun kita x layak pergi ke olimpik…pergilah ko duduk jepun sana,kalo ko bleh hidup kat sana……….
walaupun kalah, penyokong malaysia mmg hebat. tetap semangat walau kalah
all the best for Malaysia Team!!!!!!!!!
malaysia bodoh!! semua benda dah bagi. suruh main pun ssh sgt ker??
entah bila bola msia nak bangkit, tak pyhlah kita ssh2 nak sokong pasukan bola
malaysia bodoh? ko bodoh ke?
jgn ckap malaysia bodoh k..
cbe kau maen..
aku rase kau lagi BODOH kot??
bodoh nya fans malaysia… anjing pun tak lau tgk diaorg main bola
agaknya ko lg bodo aku rasa..kalah ke menang ke,sokongan tetap perlu diberikan.
blanja ribu2 antar player berlatih luar negeri tp main tahap tu jgk… takde kemajuan… harap glamour je lebih… lebih kontroversi dari pretasi… kalau aku main dah tentu kalah sebab aku main seminggu sekali… training pun kt padang umah aku jer… tp ini semua dh bg… training smpai kt eropah lah australia lah tp main mcm hampeh… buat abis duit je…
saya setuju…habis duit rakyat aja….
berlatih g mana2 class world rangking pun…lau pasukan malaysia tetap main mcm semalam ada harapan ka korang rasa.control ball,short pass,drible ball,ni nak stop ball pun susah…bukan nak mengata tapi kepada yg berkenaan ubah la corak permainan negara kita.belajar dari jepun.takpayah g slovakia….takda ranking pun
Aku rase malaysia mmg mempunyai sorang rakyat bodoh mcm ko sahaja…Ranking jepun tangga berape?? Sistem akademi diorang mcm mane?? Itu semua faktor, player malaysia masih dlm proses belajar mostly player average 19 to 21..Cube ko main, mau jadik macam ayam jer ko dibuatnyer…
korang tau ka jepun banyak belajar dari negara latin…..tgkla corak permainan mereka.sangat baik…jadikan jepun tempat kita menimba ilmu…takpayah g tempat lain.buang masa,duit ja…
mlm ni malaysia menang 5-2.. guna taktik serang hendap.
ada live tak malaysia vs jepun malam ni
nak tgk sgt
ko ni ddk dalam gunung ker?nama je harimau malaya tp tak tahu apa2.
salah ke kalau org bertanya?mungkin dia mmg xtahu..ade live mlm ni di tv1.
haha…jgn emosi sgt
aku ada salah tanya ker??
aa…aah harimau malaya ada live malam pukul 11:230 kalau tak silap aku kat TV satu, astro pun ada live malaysia vs jepun
skong jgn tak skong
Membazir aje.
Rasa2nya live kat TV1 ni….. Saya berharap Malaysia dapat tundukkan Samurai Tempang malam ni. Tapi, kena jugak berpijak di bumi nyata. Mungkin Malaysia kalah ni… 3 – 0. namun… Harimau Muda.. ayuh jangan mudah berputus asa. Asak Samurai malam ni.
malam ni kita tgk santai2 sambil bg semangat la… jgn marah team malaysia ok.. dioarg pun akan cuba sedaya upaya…
ala macam biasa malaysia kalah punya,,
membazir yer beli tiket!!!
Aku rasa malaysia kalah… sukar bangat mau menang sama jepun.. MAS-0 JPN-3
menang atau kalah x penting.tapi corak permainan yang peminat nak tengok.klu tahan bola pun kelam kabut,nak pasing pun ntah hapa2.x payah mimpi nak pergi lebih jauh.mujur kelayakan piala dunia hari tu lawan dgn singapore,klu dengan negara lain ntah berapa kena bedal.buat malu nak hantar piala dunia.dah kata piala dunia,negara lain x belas kasihan nak bedal 15-0 pun.
harapla menang….
Malaysia aku rasa confirm kalah……….kalah dengan 3-0 ….
Kira ok….dr kena belasah……teruk-teruk….
Bukan aku tak patriotik………….berdasarkan corak pemain malaysia….masih belum kuat..tak mantap
Hopefully malaysia menang. X kira la bape goal pun. Mana yg sangsi dgn team mmsia bleh tido awal ler, jgn tgk.huhu
sokong Harimau Malaya…
harap2 x jadik lauk lah.
minit ke 30.00 – malaysia 0 – jepun 1… apapun sy berpuas hati dengan persembahan harimau malaya… go go goo harimau malaya..
Pemain Malaysia tidak selincah pemain Jepun dan susah untuk menang
so cari la suami jepon k…lincah kottt
ape daa..dibaham teruk oleh taring sendiri
meh follow blog bola santai mnarik!!
Alamak? Kalah 4-0? Takpelah dah adat permainan..ada kalah dan ada menang..aku puji permainan dari team Malaysia sebab corak permainannya agak konsisten..
Majulah Sukan Untuk Negara
hahahaha…consistent ape jadah nya bhai oi….tahan bola, control ball, passing, banyak out bro…sebelah sayap kiri kanan selalu bolos…tengok la gol jepun dapat semalam…sana sini semua player jepun je…mana pergi player harimau malaya…tak leh nak marking langsung…
konsisten???… 15 minit pertama jer kot konsisten… lepas tu mcm budak sekolah main… berterabur atas padang… byk tido… passing out… tahan bola out… shoot out… marking out… semua out malam semalam… konsisten ape mcm tu… hoi pemain harimau malaya… kasi belajar passing n tahan bola la dulu sampai betol2 pandai baru leh main atas padang… jurulatih pun sama… tgk betol2 kelemahan kat situ.. bukan skill je… kebijaksanaan atas padang tu penting… sendiri pk la.. mentaliti pemain malaysia ni masih rendah.. semua tunggu bola dapat kat kaki jer.. dah dapat main sorang.. ingat dia tu standard pemain eropah ke nak wat mcm tu…
4-0, buat perabis duit k’jaan je team m’sia ni… harap nama je harimau malaya, bila main macam harimau tua, suruh budak soccer kids main lagi baik
jangan cakap besar itu mulut harimau muda patah kaki empat baru rasa malaysia keok
blanja ribu2 antar player berlatih luar negeri tp main tahap tu jgk… takde kemajuan… harap glamour je lebih… lebih kontroversi dari prestasi… kalau aku main dah tentu kalah sebab aku main seminggu sekali… training pun kt padang umah aku jer… tp ini semua dh bg… training smpai kt eropah lah australia lah tp main mcm hampeh… buat abis duit je… pegawai atasan plak tak bole kena tegur… kena tegut je -gantung… kena tegur je -gantung lg… org tegur sebab nk kemajuan nk perubahan.. macam mana nk maju… mimpi je lah…
hurm,,,kalah juga akhirnya…kan aku da ckap membazir yer kalau beli tiket an tgk tv…
x dapat ape-apapon…
lawan sepuluh kali pon belum tentu boley menang!!!huhu
hanya mimpi sahaja..
Harimau punye gigi berterabur kat padang sampai dia punya belang pun habis tertanggal…malu la malaysia..tengok rambut striker yang corak potong ala skunk tu dah tau akan kalah..harap nak glamour,pigidah…berlagak ajer lebih ..berjuta duit habis,tahan control bola macam hampeh.Baru menang kat asia tenggara dah scandal…sudahla malu ajer kat senior seperti Mokhtar,Dato Soh Chin Aun dan lain lain nak main bola serta patriotik untuk negara bergadai golok sampai ke Olimpik 2 kali.setakat Jepun dan Korea habis kena goring..malah Arsenal kene benam serta England B pun seri ..yang ade kat harimau hanya gah dengan nama ajer Harimau Malaya konon..sudahla kucing Kurap Malaya.Tengok Jepun punya disiplin dan tengok pemainnya rambut takde yang macam skunk..disitu dah nampak mentaliti juara dengan jagoh sombong bodoh…Harap pihak FAM jaga la disiplin serta entiti pemain sebelum pilih..Ini semua gara gara sombong dan bongkak player itu sendiri..asyik nak cari gaduh ajer atas padang..jangan cari salah pihak lawan la..orang tu main bagus awak tu lagak ajer si defender tu nama pun saya tak tahu sebab tak famous macam Santokh Singh,M.Chandran Datok Soh Chin Aun…ubah sikap jika nak menang…be humble la Harimau Malaya
betol tu bro…
wat malu jer..
kalo kalah 1-0 boleh la bangga gak..
ni 4-0..
dah la tu player jepun malam tadi main sambil lewa jer tu…
belum betol2 dia main tu..
kalo diaorg main mcm lawan kat tempat diorg haritu berterabur gigi harimau malaya kite ni…leh wat lauk lagi.. mau 7,8 – 0 kot..
dah la tu nak gaduh je… tu si fakrani tu pesal nak gaduh jer.. main tak reti nak wat kontroversi jer lebih.. balik la lu…
Aku bukan nak kutuk permainan malaysia tapi nampak gaya prestasi dah mule merosot kembali..bimbang kalau AFF Suzuki nanti malu besar…
erm tgk jer ler..
player malaysia ni tak leh puji..
bile puji lupe diri..
bile lupe diri main pun tak reti..
lepas ni kalo diorg menang kite kutuk jer ramai2…
mungkin baru leh menang kot…
hahahahaa
Kalau jepun main dgn 7 org Malaysia 11 org belum tentu malaysia menang. Huhu sedih main tahap sekolah rendah Jepun jer.
tau takpe bro…
nak kata badan player ni lagi beso dari malaysia tak la plak..
sama jer aku tgk..
mentaliti n disiplin diorg ni yg wat segala2nya berbeza..
bukan mcm pemain malaysia harap penuh dgn populariti dan kontroversi jer lebih…
wat habis duit jer diorg ni…
aku x tau la player malaysia nie….control ball pun x pandai….baik trainning passing and control ball dlu 6 bulan…lpas 2 brulh berlatih bende lain….nie tak, passing pun x lpas…susah mcm nie…kte punya facility futball 2 first class ooo….keje diorg main bola je, bukan ade bende lain pun nk di buat..gaji pun besar…ape lgi yg diorg nk??x pyahlah nk berlagak dulu klu main pun x reti..
tu la pasal.. aku sokong kenyataan ko ni.. dari dulu aku dah pk mcm ni,.. tapi takde respon.. aku bgtau mcm ni diorg kutuk aku lik.. hahaha… suh training tahan n passing bola… mcm org putih wat selalu…
Malaysia perlukan sentuhan drpd jurulatih luar…..
Ong kim swee sudah kekeringan idea dr segi prcaturan,,,
sampai bila kite ingin mnjadi juara di halaman asean saja …
tak leh salahkan jurulatih jer bro..
pemain tu bila ada kat padang diorg la sepatutnya guna kebijaksanaan diorg.. main bola bukan setakat skill jer tapi bijak juga penting… n basic ball tu kena ada.. passing.. marking… tahan bola.. tu penting.. tapi semua tu takde kat pemain malaysia…
hahahaha
Tp tactical OKS tahap asia tenggara bro…
lg satu sbb UTAMA kalah ialah player MALAYSIA ISLAM xtutp aurat ..main sbb dunia je sembahyng xtau laa…DOSA2
setuju lau….ada 3,4 org lg mcm nazmi smlm aku rasa cantik mainan malaysia..ni x nazmi short pass,and one 2 kwn2 dia hantar terus keatas tak faham aku.sapa dia kasi…ooooooooodia kasi defance jepun….so faham2 la OKS ubahla corak permainan malaysia….ni bukan pendedahan lg namanya.semalam punya game patut berkelas dunia
japan standard lain..bila yang KUAT lawan yang LEMAH..nampaklah yang LEMAH tue x bgs main..tapi bila yang LEMAH lawan yang LAGI LEMAH..baru lh nampak yang LEMAH tadi tue kuat sebenarnya..bila japan vs brazil..baru lh nampak ayam gila japan nie..itu lh hakikat..
Permainan Malaysia perlu “Perubahan Kereativiti Drastik Transfom”, contoh “Apakah yg dimaksudkan “The UNSangkarebel Thru Passing” dan perlu di terjemah sendiri oleh pemain itu dan jurulatih hanya memperbetulkan apa yg kuarang. dan FAM perlu cari Jurulatih yg sebegini mengikut peredaran semasa, bila kita cite perlawanan Jepun, kita lihat hantaran yg tak dijangka dan tak disangka bayak menghasilkan gerakan menarik dan menghasilkan jaringan begitulah sebaliknya…renung2kanlah…
Japan & south Korea skrg ni dah tak ayam dah kalau lwn team-team hebat dunia. Krg pengetahuan ttg bolasepak dan yg main mcm harimau malaya serta FAM je rasa mcm tu. Tukar harimau malaya jd Ayam Malaya
Aku dah kata player Malaysia mentaliti kecik. Jangan mimpi la nak pegi jauh. Boleh blah lah Harimau Malaya!!!
harimau,,,,,,malaya,,,,,,,,,,,ngauman je yg lebih,lagu je yg kelakar,pemain2 malaysia ni kena banyak belajar dri bawah lgi,,pasing,marking,ball control,ball,short pasing,long pasing,setimina,kawalan metal diri,mcm2 lgi la,tgok dri main semlm gan jepon mmg jauh beza mainan,ramai rakyat malaysia ni yg boleh main,FAM kena buat sesuatu utk malaysia team yg lebih baik,
sejak defender mahali jasuli keluar minit ke 18 je, habis defend malaysia..
penyerang kita yg berbakat seperti wan zack haikal dan hazwan bakri,masa perlawanan penting, diaorang mesti injured..
try tengok video youtube bawah ni..
memang panas juga hati saya tengok muka player jepun yang score tu..
Nak tergelak pun ada pokcik ni.. kalau sebut rimau jer semua orang cabut lari…Kalau rimau serngih jer nampak taring, putih tapak kaki lomah jantung terus mati. Belum dia mengaum lagi… Rupa-rupa nya rimau sarkis, patut ler pemain jepun hulur kepala dalam mulut rimau. Walau apa pun pokcik ucap tahniah kepada kumpulan sorak Malaysia kerana bejaya menghidupkan suasana bersukan sebenar. Tahniah juga pada setiap pemain atas usaha murni anda semua. Tingkatkan usaha.
dia orang ni bukannya harimau sarkis, harimau rongak sebenarnya, kemam je tak boleh gigit… game semalam yang bagus penyokong, yang main ntah apa-apa… kalau kat colombia dah lama dia orang ni kena tembak… gambar harimau yang ada tu gantikan dengan gambar kambing lagi baik…
corak permainan jepun n malaysia amat berbeza..jepun bermain dgn pantas dan bahagian tengah dpt mengawal permainan..defense selalu dpt patahkan serangan malaysia..malaysia bermain slow n kadang terpaksa sepak bola melulu untuk clearkan kawasan gol..n pemain malaysia aku tgok xrajin gerak cr ruang n xtolong kawan berbanding dgn jepun bergerak setiap ruang kosong…apa pun SELAMANYA HARIMAU MALAYA
Sudah cukuplah peminat bola sepak kat Malaysia…..
Minat kat sukan lainlah pulak….
Bola sepak dah takder harapan lagi dah….
Media pun cukup-cukuplah promote bola sepak …. tak kemana pun…
Promote la sukan lain pulak …. Baseball ke.. Kriket ke … Batu seremban atau galah panjang pun boleh gak…
Setuju..kita kn sedar yg mutu permainan bola sepak malaysia hanya sekadar tu aje walaupun 10 thn akan dtg.lebih baik tumpukan sukan yg btol2 kita ada potensi seperti badminton and squash..hasilkan lg rmai pemain2 untuk dua sukan ini..
Perodua viva VS Subaru Imprezza..
…sedih tengok msia kenan ganyang lagi….Ingatkan boleh seri sebab kat jepun kalah 0 -2 tapi tempat sendiri pun kena belasah.
Hampir separuh pemain tidak bermain bola !!! Tendangan / shot ke arah pintu gol lawan lembik macam bapok. Persedian lebih 5 tahun seperti nampak 5 hari jer berlatih bersama. Hantaran2 liar, kelam kabut depan pintu gol sendiri…..
Dari pengamatan saya penyakit lama dah menular kembali ….mereka takut bermain, takut cedera, nanti x boleh main liga M, xdpt main liga M , xde income la….Semangat untuk negara amat rendah sekali berbanding pemain zaman dulu. Pemain dulu berlumba2 dan bersemangat sehingga wisel penamat jika menyarung jersi pasaukan kebangsaan. Kalau macam ini lah semangat pemain Msia , Alex Ferguson pun akan gagal membawa Msia melepasi pusinggan kelyakan Piala Dunia / Olompik !
FAM ….pun satu hal …melenting bila di kritik….tapi sebagai rakyat Msia ..kami sayangkan Msia .teringin sangat melihat Msia setanding dengan pasukan2 Asia yg lain. Kami kritik bukan nak post presiden Fam atau jadi coach Msia tapi terlalu sayangkan Msia !!
……MAJULAH SUKAN UNTUK MALAYSIA …….
mana cerita tentang KOM Kesatuan Olahraga Malaysia. Minta BeritaSemasa masukan sikit citer KOM yg serba pahit tu….tolong…..
Pelik betul.. memang tak sangka dorang punya teruk. Masa main kat jepun memang terbaik sampaikan Jepun mati akal nak pecah pertahanan tersusun Malaysia, sampaikan dorang terpaksa masukkan pemain star dorang iaitu kapten dorang, baru dapat tembus benteng tersusun malaysia. Memang masa tu cantik je malaysia main.. tapi bila sampai kat negara sendiri.. susah nak cakap.. teruk.. takkan ni hasil main kat liga S.. tengok macam nazmi sorang je leh control bola.. yang lain dapat bola bom hantar jauh².. malaysia kene main short² passing je.. lagi satu pemain malaysia asal kene sikit je jatuh.. tengok dulu² punya bola. time zaman mokhtar dahari.. badan lasak².. tegap².. kalau kecik pun dorang lasak.. serius sangat kecewa, sebab ini tempat sendiri.. kalau tempat orang boleh main elok kenapa tempat sendiri tak boleh?
pak cik ada tengok bola bila team Malaysia lawan. Pak cik harap pertahanan tu perlu diperkuatkan. Tiap-tiap kali gol coz pertahanan leka, bola bolos, kekadang tak tengok sekeliling atau membuat agakan bola. Pak cik bagi contoh. Argentina, penyerang, bahagian tengah power gile, bila tang pertahanan, kekadang hancur. Pak cik rasa, Team malaysia nie kena tiru macam Barcelona. Passing bola melekat kat kaki. Apa-apa pun, pak cik terus menyokong pemain team Malaysia.
Selagi generasi Malaysia makan makanan yang pedas-pedas dan banyak berempah spt….sambal belacan, kari, lemak cili api dll yang seumpamanya jgn harap sukan Malaysia sebaris dengan negara-negara hebat sedia ada. Lihat India ….rakyat lebih 1 biliion ….tapi disebabkan kuat melantak kari……..prestasinya sukannya kat mana ? Indonesia pun mcam tu….kuat hisap rokok kretek….lahirlah gen-gen yang tak ada kualiti.
Corak pemakanan dari asal lagi kena ubah….kalau tak stamina sedia ada tak setanding bangsa-bangsa yang hebat stamina/sukannya.
….skuad senior pun 2×5 dgn skuad harimua malaya….hampir kecundang dgn Filipina dlm aksi persahabatan. Tapi keputusan 1-1 pun memang tidak dapat di terima !…
Rajagopal dan Ong Kim Swee…harus bekerja keras cari pemain yabg benar2 berminat menyarung jersi Msia dan berkaliber. Kalau masih harap pemain yang sama impian kami akan hancur sedikit demi sedikit, lepas ini setiap kali Msia bermain stadium tidak akan gempak seperti dulu lah…
saya xsokong harimau malaya.. saya org sarawak.. team tu untuk org malaya je.. xgune sokong dah nama nya harimau malaya..
Debat antara anuar v najib amat sesuai 2 tokoh besar negara yg mungkin bolih mengubah pentadbiran negara kearah yg lebih baik kerna itu lah kehendak rakyat yg sebenarnya, kenapa dibangkitkan lg anuar saiful, mahkamah telah putuskan dlm perbicaraan itu apa kita tidak yakin dgn mahamah kita, persoalan sekarangkebangkitan rakyat