Malaysia VS Israel : Kalau semak semula laporan media cetak dan media arus perdana pasti akan ada “slot Israel” di mana memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim di WSJ (Wall Street Jurnal) baru-baru ini. Dan, tidak kurang juga dengan minggu ini, ada laporan mengenai Israel. Kali ini ada laporan mendakwa kapal-kapal dari Israel dikesan berlabuh di pelabuhan Klang.
Kalau tanya kami dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu di Wall Street Jurnal yang mengatakan akan menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin. Israel yang nak berdamai? Urhmm….genjatan senjata dah dimetarai pun Israel tak ambil pusing malah terus mengebom Semenanjung Gaza. Berapa banyak kali dah ruang, peluang dan harapan diberikan atas nama pendamaian Palestin dan Israel? Berapa banyak dah kuasa veto yang digunakan melalui US bagi menyelamatkan “hayat bosnya” Israel? Adakah Israel benar-benar sudah bersedia untuk berdamai?
Kalangan negara-negara Islam sendiri pun masih lagi “haru-biru”. Sepatutnya kesatuan negara-negara Islam ini yang harus diberikan tumpuan untuk dipereratkan, bukannya megah hanya atas nama sahaja. Bertambah malang lagi jika ada mana-mana negara Islam yang menyumbang samada secara langsung atau tidak langsung kepada negara haram Israel….
Malaysia VS Israel : Malaysia Tiada Hubungan Diplomatik Antara Malaysia Dengan Israel
Berbalik kepada dakwaan terbaru mengatakan Malaysia ada hubungan dengan Israel baru-baru ini, kami tertarik dengan kenyataan menteri ini…
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.
Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
“Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat,” tambahnya. (sumber : Malaysiakini)
Betulkah Malaysia tidah hubungan diplomastik langsung Israel. Tetapi persoalannya sekarang ini :
- Bagaimana dengan surat yang dihantar oleh Menteri Perdagangan & Industri bagi negara haram Israel ini kepada kerajaan Malaysia ini seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini.
- Apatah lagi kerjasama erat Malaysia daripada segi hubungan perdagangan dengan Israel dilihat cukup mantap sehingga Malaysia berjaya menempatkan di tangga ke 15 bagi rakan dagangan bersama Israel
Dan kalau ditonton semula laporan berita TV9 pada tahun lepas ada menunjukkan bantahan dek kerana ketibaan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Klang…
Berdasarkan dakwaan sebelum ini, kapal dagang milik syarikat yang ada kaitan dengan Israel iaitu ZIM Atlantic dan Zim USA telah berjaya dikesan berlabuh pada 16 Februari 2012 yang lalu di Port Klang. Semakan di laman web Zim Integrated Shipping itu sendiri menunjukkan hasil keputusan seperti di bawah ini :

Adakah Kapal ZIM berlabuh di pelabuhan Klang perkara baru? Tidak sama sekali. Kami pernah kongsikan laporan berita ini : Israel Keluar Dari Port Klang & Malaysia !!
Tidak cukup lagi? Menteri mengatakan Malaysia VS Israel tiada hubungan diplomatik? Tetapi mengapa semakan kami di laman web Zim itu sendiri menunjukkan Israel Corporation merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Zim Integrated Shipping Limited iaitu sebanyak 98%. Ok, itu yang pertama.
Yang keduanya semakan kami di laman web Israel Corporation menunjukkan Israel Corporation syarikat holding yang terbesar di Israell dan merupakan salah satu daripada 10 syarikat teratas yang tersenarai di dalam Tel Aviv Stock Exchange (Bursa Saham Tel Aviv)
Kami berharap menteri dan kerajaan Malaysia menjawab isu ini dengan sebaiknya. Rakyat Malaysia menantikan jawapannya….





{ 89 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Klu sudah salah cakap tu…jgn putar belit lagi …..
Betul. Tidak perlu berdolak dalih. Memang hakikatnya Malaysia ada hubungan dgn israel, tetapi mungkin hubungan perdagangan. Lain kali bila tunding jari kat orang kena fikir dahulu. Ibarat ludah ke langit sendiri kena air ludah.
Hubungan dagang antara swasta Malaysia-Israel…walapun secara teknikalnya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel iaitu antara Kerajaan kedua-dua negara????….Mhriz ni faham ke tak maksud embargo hubungan dua hala…termasuk hubungan swasta dengan Kerajaan…ke paper Economy dulu repaet 2 sem kat U London kata nyer…tmpt die belajar dulu…tlg…tlg sesaper tarbiah kan sikit….makno embargo hubungan dua hala…rasa2 dalam Akta Imigresen pun ade…seasper yg ade cop Imigresen Israel…passport kena tahan 5 tahun…x tau la…sejak Bini Najib (BN) memerintah ni dimasuhkan….patut la Bini Najib (BN) suka gi Middle East…yg kuar paper Abu Dhabi…Abu Dhabi…Abu Dhabi…UAE ngan Israel kan ade hubungan diplomatik…mcm tugasan thesis plak….sila huraikan dengan kajian dan penyelidikan anda terhadap isu ini….
Anwar plak bila nak tarik statement seperti yang diminta Nik Aziz?
Anwar Brahim dah kepanasan sekarang. di satu pihak Israel tekan dia, kat sini Malaysia umat Islam suruh dia tarik balik. jadi tu yang jadi lidah bercabang tu…wajah sebenar Anwar dah terbongkar
wajah sebenor mangsor dah dah terbongkang
hati-hati dik dengan anwar ni
dengar boleh, percaya jangan
tgklah beraap ramai yang dah kenal wajah sebenarnya nuar, pengkut2 dia sblum ini ramai dah angkat kaki
si anwar ni gila kuasa, dia sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hasratnya nak jadi PM
mangsor ni tak baca berita kat atas tu..org cakap lain,dia pusing lain..berkhayal la ni,tu otak tak de fungsi lagi tu..
wei mansor dengar sini
anwar pernah jumpa pemimpin yahudi tak macam mahathir jumpa PM israel.. zahid hamidi jumpa menteri pertahanan israel…
sekolah dulu sebelum berbicara
Ada Anwar sokong dagangan dua hala antara israel dgn m’sia seperti yg berlaku sekarang????…. menteri amno ni cakap berbelit2… keje dia nak bodohkan fikiran orng amno bn yg dah sedia bodoh je.. bukan nak bagi cerdik rakyat…
Lebih berbelit dari ular sawa.
dik..hati2 dgn pemimpin ameno skang ni..terutama skali rosmah tu..silap2 bankrup malaysia akibat keborosan laki bini tu..he he he
wahai man”gkok”sor..
aku rasa ko kena tune skit otak tu…kasi cerah skit bai..ksian aku tgk komen2 ko..
BODO LA KAU NI…PETIKAN TU MENUNJUKKAN UMNO ADA URUSAN PERNIAGAAN DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL..SECARA TAK LANGSUNG UMNO MENGIKTIRAF KERAJAAN ISRAEL..KAU TAU BACA KE TAK..KAU SEKOLAH KE TAK? KERJE NAK HENTAM ANWAR JE..KERAJAAN SENDIRI ADA HUBUNGAN DENGAN ISRAEL PUN X TAU.. BODO
ngkorang semua lagi bodo… guna product and sokong israel by… mcdonald, coca-cola, intel, hollywood movie aka ASTRO, world soccer, facebook, google etc nape ngkorang x bising? bagi komen konon…. Poodah!
mau boikot product by israil atau pun product yahudi tu buat apa…. kalau semua orang sekat atau boikot barang2 kita sperti ni mcm mana…?? susa la kita mau export ke negara luar nanti
mungkin diorang ni just pandai bca n xpndai nk buat rumusan n analisis… tht y dioramno still bdoh n bngan n xthu nnk menilai….
just pndai ngap!!!n teln tnpa nilai hahal haram…
Majoriti umat islam di Malaysia mendesak Anwar Ibrahim tarik balik kenyataannya di media arus perdana. Secepat mungkin. Kalau tak mahu saman WSJ. Kenapa takutlah…Israel dah bagi amaran kepada sekutunya, Anwar Ibrahim.
kewujudan negara haram israel sudah tertulis pada zaman dulu kala lagi…bangsa yahudi sedang di himpunkan pada satu tempat..ini adalah petanda akan berlaku suatu peristiwa yang telah dijanjikan akan berlaku pada ahkir zaman ini.
itulah lagi bertambah risau umat islam bila si anu-war ini jadi perdana menteri
sekarang ini israel dah perhatikan drpd jauh je
JANGAN GADUH,JANGAN JANGAN JANGAN.BACA NI DULU,KALAU KALAU TAK BETUL TAKAPA!!!!!!!!!!TAPI TAPI TAPI KALAU BETUL BETUL BETUL.APA KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA NAK KATA.ADA TENGOK CETA ARWAH P RAMLEE,,,6 JAHANAM,NI LAH DIA 6 JAHANAM TU.
Umno kini dikenali sebagai parti perkauman Melayu dengan namanya yang berbahasa Inggeris. Namun benarkah Umno itu sendiri parti Melayu ? atau ditubuhkan untuk mewarisi kerajaan penjajah.
Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum. Sdr. Ezad antara yang menyertai konvoi SAMM ke Johor ialah seorang penggemar sejarah. Beliau telah berkongsi beberapa dokumen dan penemuan sejarah yang beliau temui. Beliau dan sahabatnya ada mengendalikan sebuah blog yang dikenali sebagai untoldhistoryofmalaysia yang banyak mendedahkan perbagai bahan sejarah terpendam.
Salah satunya ialah rahsia ahli nombor 6, ketika penubuhan Umno itu sendiri. Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Batu Gajah, Perak.
Sedikit latar belakang,Sir Harold McMichael pada tahun 1945 telah ditugaskan oleh ‘London’ untuk mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu tetapi bila bertemu dengan DYMM Sultan Ibrahim (Johor), baginda Sultan telah tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut. Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Perbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim.
ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul.
Sultan sememangnya berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi Dato’ Onn pengasas Umno berusaha bersungguh – sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan Sultan.
Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak McMichale. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr. DR. CHARLES JOSEPH PEMBERTON PAGLAR diberi keahlian UMNO bernombor # 000006
Persoalanya kini
1.apa asas penubuhan UMNO ?
2.Umno tubuh dengan antara pengasasnya bukan Melayu?
3.perjanjian apa yang sungguh – sungguh diusahakan untuk tandatangan Sultan itu ?
4. Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang. Kalau nak tubuh organisasi baru ciptaan British tentu susah nak yakinkan orang ramai, Maka British telah membuat satu perjanjian untuk tubuh malayan Union. British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?
Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? che’GuBard bukan bijak sejarah, macam Khoo Kay Kim…nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan.
Oii mansor..Komen yg admin post kan kat atas tu laa bodoh..kau faham ke tak atau tak pandai baca..? Org bodoh dungu UMno ni kalau mengulas dok ulang ulang yang sama..aku rasa statement kau ni dah kau tulis kat atas tdi…Kepala hotak kau ni mmg sempit dan semak lah Mansor..
Mansor, anda boleh banyakkan membaca. Memang sudah tertulis di dalam WSJ bahawa Anwar sokong keselamatan israel dijaga TETAPI Israel perlu hormat hak2 Palestine untuk membebaskan negara mereka. Ayat ‘tetapi’ itu yang telah ditutup oleh media2 massa Malaysia ni. Buat apa Anwar nak minta maaf pada WSJ keran mereka melaporkan yang benar. Anwar perlu saman media massa kerajaan malaysia sebenarnya kerana putar belit cerita.
Anwar sokong Israel, Najib lagi sokong Israel dengan paparan Berita Semasa di atas!!
mangsor sokong israel
aku nk tau kenyataan penuh anwar ttg apa yg dia ckp tu.. blh sapa2 upload kan tak…
anwar cakap…menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin
sape PM kat malaysia ni? Najib ke Anwar?? Sape yang berkuasa kat malaysia ni? UMNO ke PR? Sape yang benarkan kapal Israel tu masuk Malaysia? Najib ke Anwar? UMNO ke PR? Pelikla dengan penyokong berani mati UMNO ni..
betul…yg ianya UMNO yg bawa Israel msk Msia. Mrk sokong utk ekonomi Israel kukuh n serang Palestin. Dah tu D TV3 ari2 brk kan isu DSAI psl bab nie. mengata org pucuk paku, sendiri buat x nak megaku.
Kalau musuh aku nak masuk rumah, sebelum kakinya nak pijak rumput laman rumah aku dah lama kena lastik dengan guli.Itua tanda aku betul-betul benci dengan malaun tu. Kat Malaya ni lain pulak dramanya, penyokong kata meluat,benci tapi pemimpin siap dok pimpin tangan masuk ke rumah. Siap bagi minum tea ‘O’ dan jamu biskut kepala lutut lagi. Urusan dagang ke, Urusan rumah tangga ke…
Yang ko bagi masuk musuh nombor 1 umat Islam tu, apasal bro….Anwar baru pasang niat jer ( niat tak jadi dosa ) tapi kalau dok buat macam hangpa, tu baru berdosa.. Bila kapal dok berlabuh mesti isi air,minyak dan barang keperluan…Kalau tanya kat nahkoda, siapa bagi semua tu… mesti dia jawap orang Malaya yang bagi…Amboi baik sungguh hati orang Malaya….
Maaflah nak cakap. Makin hari makin teruklah pulak masyarakat bertelagah hanya disebabkan politik. Melayu berpecah belah hanya kerana politik. Sudah-sudahlah berpolitik digelanggangnya dan janganlah dibawa hingga dijalanan dan luar gelanggang. Tak salah memperbincangkan tetapi cukup-cukuplah dengan bahasa yang sopan dan perkataan yang meyenangkan. Persoalan yang nak ditanya, adakah salah seorang Islam memberi makan dan minum kepada orang yang bukan Islam walaupun ia seorang Yahudi? Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, kembalilah kepada Al-Quran. Rujuk mana yang benar dan mana yang salah. Mana yang boleh, dibolehkan dan dilarang juga haram.
June penang; Kau ni pun sama..lemah dalam menilai isu..Ini isu negara..tentu lah isu politik..coz ianya melibatkan urusan negara..buka isu individu..Memeng berpecah lah kerana Pemerintah sekarang tak mau dengar teguran rakyat…Dah lah buat silap, lepas tu tak mau mengaku dan memutar belit pulak supaya rakyat keliru dan diperbodohkan…Kau nampak tak fakta di atas.? kau faham tak.? Tak faham ulang baca lagi, fikir dan timbang…Tapi masalahnya, kau sendiri pun masih nak nafi kan, betul kan.? Tentang persoalan kau tu..ini bukan masalah beri makan dan minum..tapi masalah mengadakan hubungan dagangan dengan Israel…masalah besar lah ni…ada faham.?
tak abes2 politik..malas aku nak follow website cam ni…
org nak tau berita..bkn nak tau konspirasi cam ni…
umno pas pkr same je..org melayu..semua gila kuasa…
tlg universal la wahai admin
betul 2,dah trlalu bnyak minda kita ni disogok dengan politik setiap hari..
apalah pelik ada lagi kelompok mcm korang ni
benda yang skong israel kau boleh dok diam ker?
Orang Melayu..ni pun satu ngot..kau nak cari berita apa.? berita kucing bertanduk ke.? Lumba kura kura ke.? berita sukan, berita kemalangan etc…yang tu, Belambak kat Utusan meloya..kau baca lah, tak cukup satu kau tempah satu treler..baca lah puas puas…Kalau kau sebagai warganegara tak mau campur dan mengambil tau maslah negara…baik kau diam..itu lebih baik dri dok meracau kat sini..Jadi lah kau macam katak bawah tempurung…Jangan betul betul jadi katak sudah…
pd aku bkn sje kapal tp kta m’sia sokong gak brg2 Israil..knp xhlang semua 2 msuk m’sia..nmpk mcm kecik tp i2 b’mkna kita bntu mrk dr sgi ekonomi dorg kan…sblm nie ns lemak mknan kebanyakan org kita jd isu tp kfc,McD dll x dip’tikaikan pun….. pelik aku bnd yg dah terang2 dpn mate wat2 xnmpak…. 1 lg aku nie bknlah penyokong anuar tp setakat nie aku tengok banyak media yg amk separuh je tiap kali ucapan yg Anuar ckp…so apa yg dia smpaikan jd mksud lain la…
pembangkang & bukan pembangkang sama je…. politik = berbual = cakap x serupa bikin…
betul betul betul (versi upin-ipin) diorang yg gila kuasa, rakyat yg pening kepala…
betul2, orang yang termasuk dalam golongan yang tidak boleh dipercayai adalah orang politik = cakap tak serupa bikin
ahli politik dan balacinya aka baruanya lebih hina dari hang BOBOI…
betul sgt…aku setuju…org yg involve dlm politik ni spesis yg korup, suka ckp x serupa bikin… bukan pembangkang ja…pemerintah pun sama…dua dua dua kali lima…tapi kalau x ada dorang ni sapa la plak nak teraju negara…so dh musim pilihanraya ni…pandai2la memilih, tepuk dada tanya selera…
kalau dah masuk tu… masuk lah.. sibuk tekan ayat tak ada diplomatik… mengaku je lah. kalau orang datang menjenguk. tu tak kan kita tak tau…saje tak nak ambil faham. israel yang datang tu..sapa benarkan?????tuan rumah la ye. Aku tak setuju.
Bagaimana pula jika menyokong,bersubahat dan berpakat dengan Pemimpin yang menyokong keselamatan dan kewujudan Negara Israel. haha….anwar makin terperangkap
buang masa je ckp dgn puak totok umnongok Bodoh Negara ni, kalo suruh tgk statement full kaji fakta betul2 xnk pulak.tu la dia bodoh sombong..tau tadah telinga hanguk2 kepala pikir pakai kepala lutut je.sanggup biar diri didunggukan.tapi kalo bab buat fitnah tu mmg no 1.mntg2 la yg menasihat dorg ni apco israel laknatullah,mmg cekap la sume ni
Kesian la puak2 ni,tgk pemimpin la dh dangkal pengikut lg la sesat barat!
kita perlu mempertahankan tanah air kita kerana Malaysia hanya satu sahaja…Allahu akhbar!!!!!!
Malaysia berdagang dengan amerika, yang membunuh rakyat afghanistan dan iraq
Malaysia berdagang dengan Syria, yang membunuh rakyatnya sendiri
sejak bila plak msia mengamalkan pintu tertutup kepada yahudi? di FTZ penang penuh ajer dengan company yahudi..yang fund israel pun ada
sejak DAP takluk Penang lagi banyak aku tgk
Diharapkan berita semasa kurangkan eleman-elaman politik dalam menyampaikan berita. Tidak kisah apa pun pendapat kita, sbg umat Islam, menyokong israel adalah di larang sama sekali walaupun dgn alasan hak asasi manusia. Isu Anuwar ini adalah memberi sokongan secara politik. Dalam hemat saya adalah sesuatu yg perlu kita tentang. manakala dalam soal perdagangan dgn israel kita kene rasional dalam isu ini kerana, sprt yg kita tahu Yahudi mengawal ekonomi Amerika malah dunia. saya harap para pembaca berita semasa tidak terpengaruh dengan isu ini. Ia adalah bertujuan mengalihkan isue yg sbnr.
Sekian sebagai org yg neutral…
wei lawaklah kau ni
neutrallah sangat
berapa umno byr kat kau
kau kata kau neutral
tapi kau ada mengata anwar, tapi bila kerajaan buat hal skrang ni
kau xnak tgur
pigidah
Jenglot…diharapkan kita semua memberikan pendapat mengunakan fakta, tak dinafikan kerajaan juga ada melakukan kesalahan. bagi saya yang putih tetap putih, yang hitam tetap hitam. isu ini sebenarnye timbul selepas anwar memberikan kenyataan tentang sokongan dia kepada israel. bagi saya ada pihak cube spinkan isu ini. ibarat bila dah buat salah, cuba sembunyikan kesalahan tersebut ke atas orang lain. Bila ditegur akan ada manusia macam jenglot mengatakan yg menegur itu dibayar. inilah mentaliti org kelas ketiga. Sebenarnya isu ini akan selasai jika ada pihak mengaku salah!.Sikap tuduh menuduh antara pihak pembangkang dan kerajaan tidak membawa kebaikan kepada rakyat. Janganlah semua isu nak di politikkan…
isu tetap isu…baik dahulu maupun kemudian….soalnya ada fakta dan bukti nyata…bukan cerita dalam mimpi
soal perdagangan dgn israel kita kene rasional-
mcm nilah kalu kau berniaga babi…
kira rasional jgk ke???
istighfar…lihat dengan mendalam isu yang dibincangkan.memberi dan menerima pendapat serta kritikan adalah satu kemahiran…didalam berdiskusi, keseimbangan amat penting.apa yang jenglot cuba nyatakan ada asasnya cuma orang neutral tak dapat terima kritikan.namun, orang neutral juga memberi kenyataan yang di’lihat’ tidak konsisten.
#kenapa kita perlu menentang sdr anwar yang secara jujurnya mengakui membuat kenyataan secara ber’hemah’ untuk kebaikan kedua-dua pihak israel dan palestin…(yang di’putarbelitkan’ berita itu untuk kepentingan orang-orang tertentu)
#kenapa umat islam perlu rasional ketika memikirkan perdagangan yang dimanupulasi oleh orang yahudi melalui amerika tanpa mengambil apa-apa usaha untuk kebaikan saudara kita yang ditindas di bumi sendiri?bukannkah di dalam al-quran telah jelas menerangkan hal ini?
#politik telah lama berakar umbi sejak zaman kenabian lagi…mana mungkin kita kurangkan elemen tersebut dari kehidupan kita?cuma, apakah cara yang terbaik dapat kita lakukan untuk kebaikan seluruh ummah…bukan sekadar untuk kepentingan diri sahaja….
#maaf…jika terkasar bahasa dan tersalah makna tafsiran kepada jenglot dan orang neutral…
Ibu, banyakkan membaca dan membuat research sebelum membuat memberi komen. Saya boleh terima kritikan tp dengan mengunakan fakta yang sahih. di harapkan ibu bole menerima teguran saya. Tidak semestinya seorang ibu tidak membuat kesilapan…sekali lagi bykkan membuat research sblm memberi komen… peace!!!
soalnya yang menguruskan pentadbiran negara adalah orang politik bukan tukang kebun
adakah anda memiliki produk buatan yahudi? jika ya, anda juga berbual = cakap x serupa bikin. senang cakap 2X5… hehe. Sekian, terima kasih.
….klau lah negara kta ini..jdi tmpat israel hbis lah kta
tak heran pun kalau Malaysia ada hubungan dagang dengan yahudi, sebelum ni pun najib guna APCO dan big moma beli permata dengan company yahudi.
Memetik kata-kata Mukhriz ”Malaysia tidak menghalang perniagaan antara ahli perniagaan Malaysia dengan ahli perniagaan Israel”…memang dia patut berkata begitu kerana didunia ini atau di Malaysia mana ada undang-undang yang mengatakan bahawa perdagangan diantara Syarikat Israel atau Yahudi adalah menjadi satu kesalahan serta boleh dihukum.Memandangkan Syarikat perkapalan Israel tersebut adalah syarikat perkapalan antarabangsa ,ianya hanya membuat penghantaran kedestinasi yang diminta oleh pelanggannya ,kesalahan tidak boleh diletakkan kepada kerajaan atau pelabuhan negara ini kerana yang patut dipersalahkan adalah syarikat import-export yang menggunakan khidmat penghantaran syarikat perkapalan ini.Berita semasa sepatutnya menyiasat syarikat manakah yang menjadi pelanggan syarikat ini,kemanakah destinasi kargo ini,apakah yang dibawanya,berapakah nilainya serta mengapa syarikat tersebut hanya mengunakan syarikat ini untuk khidmat penghantaran sedangkan terdapat begitu banyak syarikat perkapalan selain dari syarikat ini….syak wasangka yang tinggi harus diletakkan pada syarikat ini kerana mungkin mereka ini sengaja menguji penerimaan negara ini terhadap negara Yahudi serta apa saja berkaitan Yahudi…..sekatan terhadap segala berkaitan Yahudi hanyalah setakat tiada pengiktirafan kepada negara Israel serta memboikot produk Israel ,namun tidak ada satupun undang-undang konkrit yang dibuat yang melarang dagangan dengan negara Yahudi ini sebagaimana sekatan yang dibuat terhadap Iran,Iraq,Libya , Korea utara dan sebagainya…..
Sebenarnya dah lama malaysia berurusan dgn israel laknat nih..setahu Pak Chak sejak lebih 15thn dulu pun dah pernah..masa tuu Pak Chak keja kat syarikat pengeluar minyak sawit no1 negara…F masa tuu Pak Chak sendiri kena entertain rabai israel nih..depa masuk malaysia pakai pas negara lain..kalau tak silap north island….tobat dah..terus berenti keja..buat bendang.
Kerajaan m’sia tak halang mana2 syarkt yg berdagang dgn israel yahudi. Tapi rakyat israel yahudi tidak dibenarkan masuk ke m’sia. Kata menteri keluarga arak ni… Oiii… menteri biol… kalu anak2 kapal israel yahudi tu masuk pun mana rakyat tau.. rekod boleh di padam.. Rekod kemasukan Altantuya dulu pun lenyap taktahu kemana.. tau2 dah jadi debu kena bom dalam m’sia.
adakah anda memiliki produk2 buatan yahudi? jika ya, anda juga berbual = cakap x serupa bikin.
mana suara ulama @ orang agama dalam kerajaan berkaitan kes ini…mana juga perginya suara ngo spt perkasa, pekida dan sebagainya…kenapa semua tenggelam…kenapa berpura dalam perjuangan dalam menegak satu kalimah…..semuanya sembang jer berdegar2 mcm guruh dilangit…habok pun tarak..hampeh belaka…..yang tau asyik nak jilat bontot…kalu kes budak upsi tu nak bergolok berparang…haaa skarang berkaitan kes nie mcmana plak….mana pergi panglima2 yang hebat tu…poooorahhhh…sembangggg..krana duit,kerana pangkat…abis buang…..MUNAFIK
adakah anda memiliki barangan buatan yahudi? jika ya, anda juga berbual = cakap x serupa bikin.
majoriti (semua la, pembangkang & bukan pembangkang) yg bercakap pasal Israel/Yahudi kat sini guna produk2 elektronik (laptop, henset & lain2 lg) buatan yahudi, ada akaun facebook, makan kat McD, guna barangan Adidas, Nike dan macam2 lagi la…. sekian, terima kasih.
*anda juga berbual = cakap x serupa bikin.
sape kat sini ada akaun facebook? facebook dicipta oleh org yahudi ye… sekian, terima kasih.
umno slalu putar belit.itulh tndanya yg org umno ne tk bolih dpercayai..smua dsalahkn pembngkng..akhirnya berita tentng apa2 klshn umno tkubur bgitu sj tnpa ada tindakn dbuat..ini lh parti yg dkatakn salah guna kuasa..dharap rakyat tahu menilai mana yg baik dn mna yg busuk hatinya..hehehehe
sama je ngan pembangkang… semua sembang lebih…
kesimpulanYA israIL,umNOGOK,bN elok dhapuskan ia dmuka bumi
SAMA 2x 5
ABU
ko pun sama gak… bleh dihapuskan pasal ko pun support yahudi.
UMNOGOK BN talkin PrU13 & ISRAIL DIHAPUSKAN DMUKABUMI
sama je ngan ko… guna gak benda2 yg org yahudi buat…
Kosep alamaya sekarag ini, kebebasan bersuara, menulis, membahas, membuat kritikan pro dan kontra boleh saja! Cuma kita fitrahnya manusia kena guna akal jangan guna emosi. Jgn ikut bos hatimu, matamu, perutmu, da syahwatmu brother. Sebab kalau kita guna OTAK (akal) dia adalah BOS sebenar yang diberikan oleh ALLAH SWT. Sebab itu kita tidak sama macm kambing, kerbau, singa (binatang) Otak, mata, hati, peruit da hyahwatnya selari sahaja. kalau syahwat mau liwat dia liwat saja, otaknya sama lebel saja! Kalau dia manusia syahwat kena tanya hati, hati kena tengok mata, mata kena hantar ke otak (fikir) okey kah kalau aku liwat budak ni, nahas pula kalau kedapatan DNA! Bicara menangkalah lai kira! Begitulah kalau kita tidak guna akal sccara betul. Ini orang politikkah, NGOkahkah, appppppa sajalah! jaga nafsu (syahwat diikut….. sebab di paling dibawah dan rendah dan keji perangainya kalu tidak dikawal….Share sama kaawan22222
korang ckp jer lebeyh beli barang kt tesco jugak guna barang yahudi gak apa kes?
pkir guna akal yg waras jgn pkir dgn akal yag telah diracuni.
berhati hatilah israel tgh pantau tanpa disedari! sebenarnya bkn salah sesapapun tp takdir mmg gitu. pihak luar sokong pbangkang krn penasihat pbngkang. pihak luar sokong krjaan melalui economi. pihak luar mmg pakar adu domba. (perang dunia 1 n 2 adalah konspirasi mrk) 90% ekonomi dunia yahud pegang. nk x nk secara x langsung malaysia terlibat. so rakyat malaysia bkn sj msti pandai tp harus bijak. cam komunis… ideologi karl max. k.m ni ateis sng kta pgikut ilimunition-dajal. dlm kitab kuno hebrew ada kta kebngktan dr timur dnegara byk istana. that why komunis nk hapus sistem beraja. pejajah british dkira baik bnding belanda tp mrk mulai dkuasai yahud jd kna ikut. so pjajah ni ada 2 kem. satu tentang komunis satu lagi nk pastikn yahud ni ada dmalaysia. so konspirasi dcipta. pjajah igin kekal sistem beraja dmalaysia ats sbb ttntu selain desakn tntangan rakyat. apapn rakyat malaysia harus sedia fizikal n mental cz sapa tau lps iran nnt malaysia lak. x dpt cara terang secara halus mrk psti igin gugat malysia. semoga ALLAH lindungi negara kita.
ni mane dpt rujukan ni? jgn buat kesimpulan tanpa rujukan dan fakta..jadikan beberapan pandangan dan rujukan dari pelbagai pihak dulu.kalo x nti same je jd konspirasi jgk =)
Kerajaan negara ini membohongi kepada rakyat kononnya tak ada hubungan dengan israel .tuduh anwar penyokong tapi kerajaan berdagang dengan Israel.ramai salah faham maksud kenyataan anwar kerana di putar belit oleh permainan politik kotor umno.yang pencacai disuruh jilat najis pun mereka sanggup .
sama je ngan Pakatan. cakap x serupa bikin…
bukan ker port kelang di selangor?? dan selangor diperintah oleh pembangkang??? kapal israel berlabuh di tempat pembangkang. hem???????
admin tlong buatkan supaya orang melayu bersatu…dengan pengaruh blog2 camni ley bantu orang melayu bersatu…
Masalah juga ni.. Malaysia xbenarkan kunjungan org israel masuk jejak tanah kita, tapi masalahnya dah berjuta-juta produk israel masuk negara kita dan jana ekonomi dalam negara kita. Org israel xperlu masuk pun xpe sbb barang-barang dia dah ada pelanggan tetap..
kalau cam 2 njb kena la bina port baru…bina dkt melaka dkt skit dgan muzium kpl selam… alang2 leh la igt kenangan bersma tuyaaa dlu…..klau aq jdi pembgkg smua brg trun klang x yah bgi msuk ngeri len…nak brg byr cukai dkt selangor… kerajaan x dak komisen dri klang….. selangor negeri terkaya!!!!
ada btol jeng…..
perlu kew ber urusan dgn owg jht???
ramai dalam ni semua nak jadi PM sebenarnya.
kutuk sesama sendiri.dengki sesama sendiri. bertelagah sesama sendiri. akan dtg negara dikuasai oleh kaum cina padan muka. semua jadi pencacai.
cakap biar fikir panjang jgn melulu tanpa ilmu dan tanpa agama.
kena ingat semua hasil gaji kalian dari cukai barangan yg di import..dari situ juga hasil yg kalian dapat. dan juga salah satu penyumbang sumber ekonomi stabil. kalausemua barang x der korang boleh hidup ke semewah mcm sekarang.
dalam masa yg sama 80% barangan/makanan import dr yahudi korang pakai.
jd cuba jgn jadi berfikiran senteng. think +ve.
sepatutnya fikir jalan terbaik untuk kite rakyat melaysia bersatu hati..teguh..dan berfikiran terbuka.
MasyaAllah , Melayu skrang brgaduh psai politik xtentu hala , cuba bwa brtenang , bincang elok-2 .. bkn lakukan kganasan mcm Bersih 3.0 tu , mncemarkan imej .. kita agama islam , dlm islam pun ada sebut akhlak mulia , jgn fitnah bgi bukti kukuh , kita pun xtau anwar brsalah atau tidak , hnya Allah yg tahu .. islam pun diajar agar berbaik antara satu sama lain xkira bangsa , agama .. Punca kapal dri israel msuk adalah pnca dripada bngsa di Malaysia yg bukan Islam mereka tidak tahu apa itu boikot , rmai bgsa bukan islam di Malaysia mminati MC donald , KFC jadi brgan dri Israel hrus diimport .. Bukan slah pmimpin kita Dato Najib atau umno , mereka jlankan tugas politik dan tidak ada kena mngena dgn import brngan .. Yg kita haruslah slahkan adalah agama bukan islam di Malaysia yg tidak mahu bantu umat islam di palestine kerana mereka bukan agama islam .. Jdi sma-2 la kita mnegur mereka , dan kita harus ingat ini negra kita Melayu , kita harus kuasai negara kita semula , jgnlah brgaduh lgi wahai kaum melayu , kita sudah jauh terpinggir
nma pun israel tu x di iktiraf..dh jlas2 ckp xda hbngn dgn israel..mcm mna kpl israel blh blabuh d mlysia..kta ni ngra islam..x kn nak skong pdagangan mreka..biar mreka survive sndri…mreka x pnh fkir org skeliling..mlysia jgn lh plak thu ambik untg jer..
Cakap banyak tak guna la. Nt pilihanraya korang jgn lupa g mengundi pulak