
Perlawanan akhir belum pun bermula sudah bercerita mengenai ganjaran. Itulah realiti dan senario bola sepak Malaysia yang pada hari ini. Episod cepat mendabik dada dan “melatah” dengan kejayaan yang ada setelah menang ke atas pasukan lemah seperti Laos berulang lagi. Bukan saya sengaja ingin merendah-rendah kekuatan pasukan seperti Laos. Walaupun kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah satu tempoh yang panjang, tapi kita bercakap soal realiti yang ada pada hari ini. Laos bukan lawan kita yang sebenarnya. Mengapa tidak dibiarkan dahulu, mereka fokus kepada persiapan bagi menentang pasukan Vietnam di perlawanan akhir bola sepak di Sukan SEA Laos 2009.
PETALING JAYA, 15 Dis – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjanjikan ganjaran kepada skuad bawah 23 tahun kebangsaan jika berjaya menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung Khamis ini.
Siapa yang tidak mahukan ganjaran dan mereka patut diberikan ganjaran tetapi terlalu awal untuk menyebut hal ganjaran sekarang. Kalau dah dapat emas, baru boleh bercerita soal ganjaran. Mengapa pemain bola sepak dahulu seperti Allahyarham Mokhtar Dahari bersama-sama “kroni-kroninya” boleh berada di puncak walaupun ganjaran yang diterima tidak setimpal pun kejayaan yang mereka perolehi. Tetapi mereka tidak sedikit mengeluh. Malah terus berjuang dan terus berjuang dan yang mereka tahu hanyalah, Malaysiaku. Mereka dahagakan kejayaan untuk diberikan kepada Malaysia.
Bagi saya biarkan mereka mempunyai semangat patrotisme dan berjuang demi negara. Bukan mengenai habuan semata. Kalau diteruskan gaya dan rentak sebegini, sukar sukan negara untuk maju terutamanya sukan yang paling popular di Malaysia ini iaitu bola sepak. Kita tidak mahu “kemarau bola sepak negara” terus berpanjangan.
- Kalau dahulu kita bangga dapat fight dengan Korea – Korea dah menjadi salah satu gergasi dari Asia semasa World Cup
- Kalau dahulu kita bangga dapat fight dengan Jepun – Jepun dah masuk World Cup
- Kalau dahulu kita bangga dapat fight dengan China – China dah pernah dapat masuk World Cup
- Kemudian kita bangga dapat menang ke atas Vietnam – Vietnam semakin meningkat permainan dan kedudukannya
Kalau bercerita bab ekonomi pula, dahulu Malaysia daripada segi prestasi ekonomi sebaris dengan negara-negara Harimau Asia seperti Korea, Taiwan dan juga Singapura. Sekarang? Kita semakin jauh tertinggal di belakang.
P/S : Ayuh rakyat Malaysia petang ini sekitar pukul 6 petang ini, Malaysia akan menentang Vietnam yang akan disiarkan secara langsung di TV2 dan TV3.Tunjukkan sokongan anda.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [Tahniah] Pingat Emas Bola Sepak, Paling Bermakna di Sukan Sea Laos 2009
- [Result] Sukan Sea Laos 2009, Malaysia VS Thailand
- Syarikat Rokok Diajak Taja Bola Sepak Malaysia Semula?
- [TAHNIAH] Brazil Tuan Rumah Sukan Olimpik 2016
- Bola Sepak Piala Dunia 2010, Pasukan Pilihan Anda?
- [GEMPAR] Kerajaan Barisan Nasional Hampir “Tumbang” di Dewan Parlimen !!!


{ 4 comments… read them below or add one }
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.