Antara MAS VS Air Asia, mana satu pilihan anda? Ada orang akan terus memilih Air Asia sebagai pilihan penerbangan mereka. Ini kerana Air Asia telah menjadi satu ikon ‘penerbangan tambang murah’ seperti yang ada sekarang melalui tagline popularnya “Now Everyone Can Fly”. Memang, jikalau anda mengunjungi laman web Air Asia anda akan dapat melihat iklan-iklan seperti
- ‘Big Deal, Small Fare’ atau
- ‘Super Low Fares!’ atau yang paling menarik ialah
- ‘Grab Your Free Seat Now!’.
Iklan-iklan seperti inilah yang menjadi tarikan para pengguna Air Asia kerana memang betul mereka akan mendapat harga seperti yang dijanjikan (kalau anda pandai membuat tempahan). Tidak dinafikan Air Asia adalah pilihan ramai ketika ini
Namun, MAS pun apa kurangnya. Malaysia Airlines (MAS) merupakan syarikat penerbangan Malaysia paling berjaya suatu ketika dahulu. Tetapi, semenjak Air Asia muncul dan melonjak naik dalam industri penerbangan di Malaysia dengan memperkenalkan pakej tambang murah mereka. MAS mengalami kerugian besar kerana kini orang ramai lebih memilih Air Asia. Maklumlah siapa yang tidak suka akan tambang yang jauh lagi murah.
Selepas beberapa tahun bersaing dengan Air Asia, MAS telah menukar strategi mereka. Tambang untuk perjalanan sehala dikurangkan sama sekali. Seperti mengikut harga Air Asia. MAS mahu ‘merampas kembali’ pengguna mereka dahulu yang ‘dicuri’ Air Asia. Dan kalau anda cuba membuat ‘demo’ menempah satu tiket anda akan dapat melihat betapa murahnya tambang tersebut berbanding dahulu. Jadi, inilah faedah yang bakal diterima oleh kita semua apabila Air Asia mahupun MAS menggunakan pelbagai cara pemasaran bagi mengambil hati pelanggan mereka.
Tetapi, bagaimana kalau anda tidak ada hak untuk memilih penerbangan anda? Bagaimana kalau anda terpaksa membayar tambang yang mahal kerana ada hanya satu syarikat yang menawarkan penerbangan ke tempat tersebut? Anda memang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menempah sahaja tiket tersebut. Dan selepas itu pergi ke laman web syarikat penerbangan yang satu lagi untuk memberi ‘suggestion’ tentang mewujudkan laluan penerbangan ke tempat yang anda tujui tadi.
Inilah masalah yang sedang hangat antara MAS vs Air Asia. Air Asia mendakwa mereka tidak diberi kebenaran untuk membuka laluan penerbangan ke Sydney, yang mana antara laluan ‘hot’ para penumpang Malaysia dan dimonopoli oleh MAS yang membuat banyak keuntungan daripada jualan tiket laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney. Air Asia mahu kerajaan menggubal polisi yang ada supaya diberi kebenaran untuk beroperasi bagi laluan yang sama dan mereka dapat bersaing dengan MAS secara adil.
Tak kan nak bagi MAS makan sorang. Selain itu, pentingnya polisi sebegini supaya para penumpang mempunyai lebih keselesaan dari segi kewangan untuk membuat pilihan penerbangan mereka. Jika tidak, MAS akan terus mengaut keuntungan besar tanpa ada sebarang ganguan. Dan ini dikatakan tidak adil sama sekali dalam urusan perniagaan penerbangan Malaysia.
P/S : Asyik nak dibantu dan ditolong sampai bila mahu maju? Cukup-cukuplah tu……sudah sampai masa untuk hidup berdikari..
PP/S : Undi pada poll yang saya sediakan di bawah untuk tinjaun perkhidmatan antara MAS VS Air Asia
[poll id="76"]



{ 13 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
saya pun memang akan pilih tambang yang paling murah dan servis terbaik yang dpt diberikan
tambang paling murah=airasia
service terbaek=MAS
so mn satu pilihan gadis Ayu yg sebenar? :curiga
Bagus juga MAS ada persaingan baru la ada pembaharuan dan penambahbaikan. Kita ambil contoh internet. Dahulu kita hanya ada Telekom sahaja. Tapi cuba kita lihat sekarang. Dah ada broadband seperti Maxis, Celcom, Digi, dan P1WiMax. Baru la kelam kabut TM nak offer yang macam2.
saya kdg2 nak balek umah (lcct–>alor setar), airasia jadi pilihan sebab tambang murah & lagipun, perjalanan tak la lama sangat..
in flight servis antara MAS & airasia rasanya sama aje kot..cmnya MAS ada bagi air & kacang peket..
sy dpt tau yg airasia nie murah sebab diorang kurangkan kos operasi contohnya tiket tu..just print out dri online booking. tp kalau MAS, tiket dia yang keras & lawa tu saje, dah harga 1USD.so, operation cost tinggi, mahal la tambang (kot)
.-= afizzat menulis artikel blog ..Kisah Kem BTN Maran, Pemandu Teksi Yang Tamak & Summer Semester =-.
air asia :peace
masalah nyer skrg ni….Air Asia tu asyik nk g route yg mn MAS pegi jer…masa mula2 operate dlu jnji manis kata dia xkn ganggu MAS punya route……tp skrg hampehhh…kalau boleh semua dia nk….
tu la msalahnya bisnes di mlaysia skrg..hya skadar jnji d mulut je..sapa yg x nak jka dpt thu route tu blh dtgkan kuntungan pd sykt.lgpun airasia mcm naik bas.tmpat duduk pun smpit.hrga mkanan pun mhal. jgn slahkan MAS..tnpa MAS, x wujud yg lain..
saya lebih suka Malaysia Airlines..walaupun mahal, tapi berbaloi dengan service yang di berikan..
saya pernah naik Air Asia, service yang di beri tak seberapa…mungkin hari tu saya kurang bernasib baik kot…
bg aku air asia dan MAS adalah lebih kurang je sbb sbb bg aku klu kte naik MAS n asia ada lebih dan kurang ye..sbai contoh..utk pnerbangan dekat misal ye penerbangan yg kurang dri 2 jam..aku suggest kan korang pilih la air asia sbb ape ia murah n x la jauh sgt n lama sgt tp klu korg nk g jauh mcm penerbangan lebih dri 2 jam or utk penerbangan yg lama..aku suggest korang naik la MAS sbb ape..seat comfortable,full service,in-flight meal provide n also they’re provide passengers audio n video on demand(OVD)..tp air asia mcm ne plak?mmg tp klu kte count balik sumu ye sama je harga ye gan MAS klu kte naik air asia klu kte nk sume srvice2 2.. betul x?
yg xde duit nk airasia, yg pura2 byk duit nk mas..
sebagai pengguna perkhidmatan udara untuk balik ke kg (sabah) saya bolehlah dikatakan sangat mahir dengan price tiket kedua2 penerbangan ini. dan secara jujurnya. Selalunya bila saya nak membeli tiket proses ‘research’ akan mengambil masa yang agak lama.. menilai, membanding dll…akhirnya yang mana lebih murah ..jawapanya MAS..lebih berbaloi. Sejak beberapa tahun ini MAS berjaya menawan hati. dah ler service pun tip top, tak yer nak beli2 mknan pun, selesa…so MAS my 1st choice
Air Asia guna pesawat baru airbus a320, MAS masih menggunakan boeing 737-400 yg sudah uzur….AIR ASIA is the best..
memang best pun kalau naik air asia..