BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Lulus) Tips Temuduga Kerajaan

by Staff Berita Semasa on May 22, 2010

in Informasi Terkini

Kalau diikutkan ramai yang ingin kerja kerajaan. Lebih-lebih lagi sekarang ura-ura kakitangan kerajaan akan naik gaji. Ker anda sebenarnya memang tidak kisah pun? Kalau nak kerja kerajaan, temuduga adalah syarat atau proses yang perlu dilalui oleh mana-mana yang nak mohon kerja kerajaan.

Di sinilah ramai yang terkandas. Kalau dikongsikan jawatan kosong semata di sini, tak jadi juga. Jadi di sini saya suka berkongsi panduan & tips temuduga kerajaan. Samada lulus atau tidak, bukan kerja saya. Tetapi, diharapkan tips temuduga kerajaan ini membantu anda….

Kelulusan akademik bukan faktor utama untuk berjaya dalam temuduga kerajaan. Itu belum cukup. Banyak kemahiran diambil kira. Ramai yang kecewa sebab tak dapat lulus temuduga kerja kerajaan. Biasalah yang mohonnya ramai, tetapi slotnya sikit. Kena pula pengambilan kakitangan kerajaan sangat ketat. Mengambil kira banyak faktor. Jadi perlunya anda jadi individu :

“best among the best”

Okey…straight to the point. Saya akan menyenaraikan seberapa banyak tips temuduga kerajaan yang diharapkan anda semua menjadi calon temuduga yang berjaya kelak. Insyaallah. Yang lain-lain ada tips atau pengalaman anda sendiri boleh berkongsi dengan pembaca di sini.

1. Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri temuduga kerajaan. Anda perlu SKEMA pada hari temuduga kerajaan tersebut.  Yang penting nampak kemas, profesional dan menarik.

2. Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut (masa itulah nak cari lokasi & tempat temuduga. ELAKKAN YE). Macam mana nak tenang? Persiapkan diri anda daripada segi :

  • Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. (Elakkan buat kerja last minute).
  • Tahu lokasi temuduga
  • Tidur awal dan cukup (disiplin diri iaitu datang awal

2. Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang  anda dipohon dan kerja yang anda lakukan sebelumnya. Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi kerajaan. Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

3. Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan menghafal tetapi memahami. Soalan-soalan lazim temuduga kerajaan boleh semak di sini

4. Ambil tahu isu semasa dan terkini. Dengan cara membaca Berita Semasa contohnya. Rajin-rajin semak media massa di Malaysia.

Contoh? Contohnya……seorang calon temuduga kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, panel penemuduga berkemungkinan bertanyakan pendapat anda tentang dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat. Elakkan diri daripada bersikap pasif, pendiam  dan semasa temuduga kerajaan menjadi hambar. Kalau teruskan juga, harapan anda sangat cerah untuk TIDAK diterima masuk untuk kerja kerajaan.

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat. ELAKKAN daripada menipu. Point di sini apa? USAHA!!

6. Tips temuduga kerajaan yang seterusnya adalah panel penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu. Kalau dah sampai panel penemuduga pun tercengang melihat anda berkomunikasi dan menjawab soalan, anda di landasan yang tepat untuk lulus

7. Nak berjaya contohnya dalam temuduga kerajaan mesti rajin bertanya. Nak bertanya pun mesti daripada individu yang ada pengalaman dalam temuduga SPA

8. Anda sendiri boleh buat dan mengadakan siri sesi temuduga kerajaan versi anda sendiri. Dengan harapan anda familiar dan membiasakan diri apabila menghadapi situasi sebenar temuduga kerajaan nanti, begitu juga soalan-soalan yang diajukan. Hilang rasa gugup dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan panel penemuduga.

9. Jika anda seorang kurang bergaul, bermasyarakat, bersosial. Anda masih belum terlambat. Biar malu sekarang, biar susah sekarang, biar gagal sekarang. Jangan gagal selamanya. Ingat pergaulan yang luas dapat meningkatkan daya dan kemahiran komunikasi antara satu sama lain mahupun dalam satu-satu komuniti. Samada formal ataupun tidak formal.

10. Anda mesti yakin yang anda sebenarnya boleh. Yakin kepada diri sendiri.

11. Alah….rahsia terbesar & tips lulus temuduga kerajaan adalah dengan dengan adanya pertolongan orang dalam aka kabel. Betul ker? Memang itu tidak dapat dinafikan. Betullah tu andaian anda, dan sememangnya budaya ini ada berlaku. Walaubagaimanapun, diri dan persiapan pemohon itu sendiri juga sangat penting. Kalau “kabel anda” 11 KiloVolt sekalipun, anda pula macam “kayu” semasa ditemuduga, tak jadi juga.

“Pernah ada seorang yang berpangkat Tan Sri sendiri menawarkan anak kawannya memohon PTD tetapi apabila tiba waktu malangnya tahap & prestasi anak kawannya jauh daripada sasaran, sukar untuk beliau membantu”

12. Tidak kira apa fahaman politik anda sekalipun, anda mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga. Itupun kalau anda nak berjaya. MESTI!!

13. Apa yang perlu anda ikuti semasa berada dalam bilik temuduga :

  • Duduk apabila disuruh duduk oleh panel ditemuduga
  • Jangan menyilang kaki dan juga mengalihkan kerusi

14. Buktikan yang anda sememangnya sangat berminat jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tunjukkan keyakinan dan semangat anda apabila panel penemuduga (biasanya akan ditanya pada sesi akhir temuduga, samada anda mahu katakan sesuatu nanti)

15. Akhirnya sekali minta restu dan minta mereka doakan kejayaan untuk diri anda. Anda juga jangan lupa doa.

P/S : Saya akan tambahkan beberapa panduan & tips temuduga kerajaan yang lain daripada masa ke semasa. Kalau anda berjaya saya ucapkan tahniah dan syabas. Apabila anda diterima masuk, “habuan” yang anda terima………………..

  1. Elaun Perumahan
  2. Cost Of Living Allowance (Cola)
  3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
  4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun
  5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan
  6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan
  7. Cuti Bersalin
  8. Pinjaman Perumahan
  9. Caruman KWSP ataupun Pencen
  10. Bersara pada umur 58 tahun
  11. Peluang Kenaikan Pangkat
  12. Peluang Melanjutkan Pelajaran
  13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa
  14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga)
  15. Lebih mempunyai masa bersama keluarga

{ 42 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 beejan May 24, 2010 at 10:03 am

Malangnya setelah 8 tahun duk renew SPA… Tak pernah merasa temuduga dengan kerajaan. Best ke temuduga dengan kerajaan ni??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 babun May 24, 2010 at 7:50 pm

gaji naik…harga barang pun naik…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 amin May 25, 2010 at 2:25 am

salam..ni la saya nk cakap..kepada yg mengutuk kerajaan..wat per nk kije ngan kerajaan lau tahu mengutuk jer..pastu kije nk selalu curi2 masa..bese la pekerja kerajaan, tahu nk mengutuk..lau nk tau 60 peratus pembangkang dari pekerja kerajaan…kije x seberapa arap nk gaji naik jer..podah la same lu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 ANTI-LEMBAB October 15, 2012 at 2:48 pm

memang lembab…..pegawai in charge asik hilang…alasan meeting2 sampai ke sudah..mmg fakkkkkk offff

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 rakyat miskin May 31, 2010 at 8:49 pm

JAGAN JADI KACANG LUPA KULIT……….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Tips Temuduga January 21, 2011 at 3:17 pm

Tips yang padat dan bernas untuk bakal calon temuduga kerajaan @ SPA.

Buat ulangkaji berkaitan isu semasa dan bidang yg dipohon. Bab sejarah pun mesti tahu serba sedikit. Soalan akan ditanya dalam BM dan BI. Oleh itu, buat persiapan secukupnya dlm kedua-dua bahasa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 nunsotyarho July 25, 2011 at 12:05 pm

bagus la tips2 mcm ni dkongsi…..thanx…
nape la stiap org nk luahkan pndpat ttg politik?…..yg pntg kerja n jga rumahtgga…heee

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 fauzi September 10, 2011 at 6:12 am

nak kata bangang nanti kau marah. tapi agak la. sapa2 yang menang pilihan raya dia tu la kerajaan. ko kena pandai bezakan antara kerajaan dan barisan nasional.

amin:
salam..ni la saya nk cakap..kepada yg mengutuk kerajaan..wat per nk kije ngan kerajaan lau tahu mengutuk jer..pastukije nk selalu curi2 masa..bese la pekerja kerajaan, tahu nk mengutuk..lau nk tau 60 peratus pembangkang dari pekerja kerajaan…kije x seberapa arap nk gaji naik jer..podah la same lu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 wawa May 11, 2013 at 12:15 am

saya setuju dengan en fauzi. tidak menjadi satu masalah bagi rakyat yang berbeza fahaman politiuk bekerja di sektor awam. ini kerana mereka rakyat Malaysia, mereka bekerja untuk kerajaan Malaysia, bukan bekerja dengan parti. En Amin kena lebih mengkaji dan memahami perkara mengenai parti politik dan bagaimana sesebuah kerajaan itu dibentuk sebelum mengeluarkan statement yang boleh menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak dan boleh memecah belahkan ummat. sekian.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 bangkang December 28, 2011 at 1:26 am

ntah dia ni tetiba je…ni psl tips berguna utk temuduga dia ckp psl politik plak. boring ngan org mcm ni. nk ckp psl politik tp xtau benda pon.
p/s:jgn jadikan isu2 politik sbg bahan pertelingkahan krn bleh ‘membunuh’ perpaduan. xde parti yg xpnah buat salah pon. klu awak syg sangat ngan parti awak tu realisasikan la gagasan 1 malaysia& jgn pndai ckp je… nk terima ke xterima lu punya pasal la beb.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 tido June 2, 2012 at 3:12 am

salam saya nk tanye ade tak tips untuk temuduga penolong kurator

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 nur October 7, 2012 at 2:26 pm

dpt temuduga ker? bile? saya pon dpt jugak. 15/10 ni.. ada tips nak di kongsi x?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 gayo October 15, 2012 at 2:49 pm

tengok la cerita night at museum ulang2…memang berkesan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 askar melayu April 3, 2013 at 8:54 pm
15 Lyan^^ June 19, 2012 at 12:44 am

Lusa sy akan menghadiri temuduga SPA p’bantu tadbir n17..apakah soalan yg lazim akan diberi??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 shaRe July 13, 2012 at 10:21 pm

sy pn sma..isnin ni sy akn tmuduga w17..sape yg dh ntrview sudila share pnglmn korg..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 ct July 16, 2012 at 2:10 pm

saya akan menghadiri temuduga pembantu perikanan N17, dan pla 1st tym sya dpt intbiu spa…mint tlg kalau ada sapa2 pernah intbiu pmbantu perikanan, tips2 n soalan yg keslaluannya d soal…plzzzzzzzzzzzz

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 miezmiee July 20, 2012 at 11:36 am

salam kepada swua forumer… saya jg ada pgilan tmuduga pmbntu prikanan.. kod CT..hai..awk daerah mana ek??jam brapa tym intrview awk..share ar pe persdiaan awk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 ain July 21, 2012 at 11:04 pm

sy dpt tmuduge utk jwtn pgawai khidmat pelanggan n17…ade x ssiape yg dpt sme jwtn dgn sy?agak gugup la ble da tgk sume soalan die ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 zeera July 24, 2012 at 11:51 am

salam
sy pun dpt interview spa jwatn pmbntu perikanan g17 & pgawai khidmat pelanggan n17..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 arnie July 29, 2012 at 5:26 pm

saya dpt interview khidmat pelanggan jgk.first time isi spa alhamdulillah dh dpt temuduga. Ain dpt interview dekat mana and bila tarikh tu?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 jan July 24, 2012 at 9:17 pm

same lah..saya pun pembantu perikanan G17…mcm mane ek???standart perkerjaan mcm mana??area??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Adnee binti Haji Ahmad August 1, 2012 at 12:38 pm

Tuan,

Saya mohon diizinkan untuk meminjam artikel di atas untuk dipostkan dalam blog saya. saya amat berharap agar ianya menjadi panduan kepada anak bangsa apabila berdepan dengan temuduga. Sekian terima kasih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 mohd izani August 4, 2012 at 8:57 pm

sesiapa yg pernah dpt interbiu dgn SPA pegawai perikanan.. sy memerlukan pertolongan anda kerana sy interbiu 9 ogos nnti.. sma2 kongsi sama2 dapat pahala:)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 lya August 28, 2012 at 3:50 pm

nak tanya sikit,
resume utk interview spa perlu dibuat dlm bahasa melayu atau inggris?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 Kamarul barong August 29, 2012 at 8:51 pm

Kawan dpt interbiu juruteknik automotif j17 4/9 ni..spe ade tip tlg share..plz…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 eira August 30, 2012 at 11:21 pm

salam…saya dpt interview pembantu tadbir n17 pd 14 sept ni..sape2 penah p interview, boleh bg tips ,soalan ape yg di beri….terima kasih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 aieda September 30, 2012 at 7:29 pm

saya akn di temuduga pada 13/10 nie dlm jwtan pembantu penguasa kastam w17..ap lg yg perlu sy lakukan slain prkra d atas..?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 eskenen December 21, 2012 at 10:01 am

kalau tak silap w17 nie berkaitan dgn kewangan… check kat internet bidang tugas.. mesti ada.. paling basic bidang tugas ni ada kat website spa.. try carik kat situ..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 ashrafthongchai October 15, 2012 at 1:22 pm

mcm mna interbiu pembantu penguasa kastam 2?
adakah perlu memakai pkaian sukan or bju formal ja??
sy bru nk p esk…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 DG41 October 15, 2012 at 2:45 pm

macam mane nak berhenti keje gomen ni…x larat duk opis sebab x de kerja.gaji pun asik naik je..hari2 asik lepak minum.x tau mana nak lepak dah….ada tips x.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 askar melayu April 3, 2013 at 8:57 pm

hantar surat berhenti kerja notis sebulan jgn serta merta nti kena bayar tu je bukan susoh pun….bg kat org laain yg nk kerja…jgn buat membazir duit rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 azmil October 25, 2012 at 7:08 am

Saya akan ditemuduga utk jawatan pegawai kawalan alam sekitar gred C41 (kej. kimia). Ada apa2 tips tambahan tak utk jawatan ini selain perkara2 yg telah dinyatakan di atas ini? Terima kasih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 aisaruddin November 18, 2012 at 9:56 am

retima ksin diatas tip2 ini..ia amat berguna utk sy temuduga..doakan semua kejayaan temuduga saya pd 19.11

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 siti November 22, 2012 at 2:55 pm

Alhamdulillah..setelah sekian lama saya tunggu..akhirnya saya dapat temuduga pada 18/12/2012..doakan saya semoga berjaya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 siti November 22, 2012 at 3:01 pm

Salam…saya dapt interview bagi Penolong Pegawai Antidadah S27..ada tips tak? tak pernah dapat..ni 1st time..camane?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 guard December 5, 2012 at 9:56 pm

dapat interview KP41 … kwn2 ada tips x? thanks

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 eskenen December 21, 2012 at 9:56 am

salam.. usaha, doa dan tawakkal.. mudahan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 zul January 17, 2013 at 5:28 pm

aku jugak yg blm dpt keje..skit kepala rasa….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 liza February 13, 2013 at 1:29 pm

sewaktu ditemuduga hr tu, soklan yg diberikan oleh penemuduga tu xdapat saya jwb dan saya mmg xtahu nk jwb apa pun.. jd, sy cuma ckp “maaf, saya xtahu” hu3..salah ke ye?? xtau la apa keputusan yg akan keluar nnt.. tawakkal jer.. :-(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 saya liza April 1, 2013 at 3:41 pm

ok,, saya bakal menghadapi temuduga minggu depan di wisma seremban, anda sekalian sila doakan kejayaan saya ya.
info ni sgt berguna pada saya yang pertama kali di panggil temuduga kerajaan ni, so blom ada pengalaman nak jawab apa yg akan di tanya nt,xtau jenis soalan mcm mane nt. thanks sbb sudi berkongsi info kat atas..
doakan saya!!uuwwweeeeee

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 hartini April 22, 2013 at 8:29 pm

dh 3x saya interview..n esk interview yg ke4..semua jawatan lain untuk setiap interview n setakat skrg suma x dpt..dh fed up tp ttp nk cuba jgk..so saya nk tnye.saya ada dgr walau kita da degree pn kita kna smpn dulu..juz gna spm je..sO btl ke yg saya dgr nie..mnta pndpt..???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: