BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Live) Liga Malaysia 2011 Di Astro

by Staff Berita Semasa on January 3, 2011

in Berita Sukan

Kalau sebelum ramai yang boleh tengok aksi Liga Malaysia RTM secara percuma, mungkin selepas ini peminat  Liga Super kena melabur sikit jika mahu melihat perlawanan-perlawanan bagi Liga Malaysia 2011. Kena langgan Astro, baru boleh tonton LIVE Liga Malaysia 2011 di Astro ataupun paling tidak pun turun tengok kat mapley….

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia  (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat  tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia 2011 yang berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.

Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma. – Utusan

Kalau sebelum ini ramai yang mengutuk ASTRO asyik menganaktirikan bolasepak tempatan. Nah, Astro sudah bertindak sekarang. MAXIS main sponsor, manakala Astro mengambil hak media penyiaran bagi Liga Malaysia 2011.  Dijangka 26 haribulan ini akan dibuat pengumumannya. Selepas ini mungkin rating Liga Malaysia 2011 akan naik, ini berdasarkan penilaian AFC terhadap penajaan/siaran langsung/coverage yang mempunyai mata tersendiri.  Diharapkan begitulah. Liga Malaysia ketika ini keempat paling corot dari 22 liga yang dinilai di Asia.

Adakah ini strategi  Astro mahu monopoli semua siaran bola sepak disebabkan Unifi adalah saingan utama Astro? Ketika ini, EPL dan liga-liga utama daripada negara lain sudah pun terikat dengan Astro Supersport. Jadi, jika Unfi berminat membeli hak siaran perlawanan bola sepak, mereka perlu membeli melalui Astro. Kalau Astro tak mahu jual juga? Unifi akan hilangan penonton dan peminat bola sepak. Bisnes!!

Sekurang-kurangnya dengan ada kemasukan penajaan sebanyak ini dalam Liga Malaysia 2011, harap-harap selepas ini tiadalah kedengaran pemain-pemain tidak dibayar gaji, dapat gaji pun lambat atau masalah kekurangan revenue disebabkan kekurangan penonton setiap perlawanan. Tahun 2009 ada ura-ura untuk membuka ruang kemasukan syarikat rokok menjadi penaja dalam Liga Malaysia, dalam ruang undian yang kami sediakan di artikel tersebut, 76 peratus menyokong. Dulu punya cerita. RM220 juta boleh dikatakan satu angka yang besar seolah-olah Liga Malaysia 2011 kembali mewah seperti semasa syarikat rokok menjadi penaja dahulu.

P/S : Agaknya lepas ini Hasbullah Awang RTM nak ulas apa?

PP/S : Apa pandangan anda dengan kemasukan penajaan sebanyak ini bagi saingan Liga Malaysia 2011 nanti?

Senarai pasukan dalam Liga Malaysia 2011

Liga Super musim 2010/2011 akan disertai 14 pasukan  mankala Liga Perdana pula disertai oleh 12 pasukan.

Senarai Pasukan Liga Super 2011

1. Selangor
2. Kelantan
3. Terengganu
4. Johor FC
5. Kedah
6. Negeri Sembilan
7. T-Team
8. Pahang
9. Kuala Lumpur
10. Perak
11. Perlis
12. Felda United
13. Sabah
14. Harimau Muda A

Senarai Pasukan Liga Perdana 2011

1. Johor
2. Pulau Pinang
3. PKNS
4. ATM
5. Harimau Muda B
6. Sarawak
7. PDRM
8. Pos Malaysia
9. USM FC
10. MP Muar
11. Sime Darby
12. SDM Kepala Batas

Perlawanan Liga Super akan diadakan setiap hari Isnin dan Jumaat. Jadual penuh akan dikeluarkan oleh FAM selepas 26 November ni.

P/S : Mana satu pasukan pilihan anda musim ini bagi saingan Liga Malaysia 2011 ini?


{ 12 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 belantara bandar... January 3, 2011 at 11:58 am

saye sokong… dunhill jadi penaja… hahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 wan January 3, 2011 at 5:57 pm

aku sokong je syarikat rokok jadi penaja..
kenapa nak ikut orang lain yang tak terima tajaan syarikat rokok sedangkan kita takde duit..
lagipun rokok dah mahal..orang pun ramai beli rokok seludup..ni salah satu cara nak tambahkan pendapatan kerajaan melalui cukai rokok.hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 anak jebat January 4, 2011 at 9:02 am

maka dengan monopoli astro ni menyebabkan org susah yg tiada astro akan kempunan nk tengok bola kt tv dah pasni.bayaran astro dah la mahal.cekik darah plak tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 acai March 1, 2011 at 10:48 pm
5 ibnmasir January 4, 2011 at 9:03 am

sokong Selangor. yeah!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 insan kecewa January 4, 2011 at 9:35 am

lepas ni mesti bill astro akan naik mendadak..
tgk kedai mamak je la..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 iAwani January 5, 2011 at 4:17 pm

kemasukan Astro sebagai penaja utama seharusnya menyuntik semangat. Dulu TmNet jadi penaja, sekarang Astro. Pada pendapat kami, Astro mahu menaikkan imejnya di kalangan peminat bola sepak tempatan setelah sekian lama asyik menyiarkan EPL liga luar. Dari perspektik lain, ia bersesuaian dengan motto Astro, Making Your Life Richer atau Memperkayakan Hidup Anda.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 majid January 6, 2011 at 11:34 am

aku x kesah kalau astro naik sekali pun..sebab dapat tgk bdk2 Malaysia main LIVE..skrg nie ramai tak kenal player Malaysia..sbb RTM bukan nak tayang pun Liga Malaysia..kalau ade pun mcm lepaskan batuk ditangga sahaja..lagi pun bley naik kan mutu bola sepak Malaysia..ape2 pn aku sanggup..azam musim 2011 nak pergi Stadium Pasir Gudang setiap minggu kalau ada game Johor FC..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 amilism January 6, 2011 at 4:49 pm

DAH MALAYSIA CHAMPION BARU DORANG NAK BUKAK MATA..LUMRAH HIDUP..NAK DAPAT UNTUNG MEMANG MCM TU..SEBELUM KAT RTM ADA LIVE..TP ORG KITE MANA NAK TENGOK..SUME SOKONG BOLA SEPAK LUAR..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Phyruz January 7, 2011 at 5:32 pm

harapan aku cuma nk lihat mutu bolasepak Malaysia setanding dgn negara2 lain kt Asia….jd klu dengan penajaan ASTRO secara tk langsung dpt membantu mecapai harapan itu….buatlah…jgn FAM dpt duit masuk poket sudey…gilap pasukan yg ada niih….perbaiki kelemahan yg ada dlm Liga M skrg…apa yang penting MALAYSIA BOLEH GERGASI BOLASEPAK ASIA….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Anak Johor January 8, 2011 at 8:35 am

Gogogo johor Fc..hehehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 azmeeriz May 3, 2011 at 8:33 pm

x kira le mana2 syarikat yg menaja bolasepak malaysia…apa yg pnting naikkn taraf bolasepak malaysia…syabas malaysia..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: