Tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pendebat. Semak butiran dan isi penting sepanjang debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek ini berlangsung tempoh hari. Tajuk debat ini ialah : Kaum Cina di persimpangan”……………………
Debat Lim Guan Eng VS Chua Soi Lek (isi-isi penting)
Kredit kepada Malaysiakini yang memberikan laporan debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek ini
4.55PM : Masing-masing mula mengambil tempat
- Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.
5.00pm : Pembukaan Debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek
- Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.
- Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap selama lapan minit.
5.02pm : Pemilihan pendebat yang pertama
- Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pendebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.
5.05pm : Hujah Chua Soi Lek
- Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua. Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.
- “DAP hanya bercakap besar,” kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.
- Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.
5.07pm : Hujah Chua Soi Lek
- DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.
- Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.
5:10pm: Hujah Chua Soi Lek
- Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.
- “Siapakah sekutu terbesar PAS?” tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak “DAP!”.
5.12pm : Hujah Lim Guang Eng
- Kini tiba giliran Guan Eng.
- Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5.14pm : Hujah Lim Guang Eng
- “Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.
- “Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah,” kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm : Hujah Lim Guan Eng
- “DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat,” kata Lim.
- Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.
- “Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti,” kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.
5.20pm: Acara Debat Memasuki Pusingan Kedua (Hujah Chua)
- Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?
- Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya. Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya menyahut “ya” secara serentak.
- Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
5.25pm : Soalan daripada hadirin dalam dewan
- Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.
5:28pm: Keadaan di dalam dewan mula "tegang"
- kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.
- Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.
5:36pm: LimGuan Eng bertanyakan soalan. Hujah Chua
- Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.
- Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.
- Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.
- “Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?” kata Chua.
- Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.
5.40pm : Chua Soi Lek bertanyakan soalan. Hujah Lim
- Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.
- Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit. Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.
- “Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat,” kata Lim.
- Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.
5.45pm : Keadaan mula tegang kembali
- Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.
- Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
5.55pm: Hujah Chua Soi lek
- Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan. Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.
- Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.
- “Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),” kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.
6.05pm: Acara debat berakhir
- Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan nama pendebat masing-masing
Penambaikan Selepas Debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek
Kami harap selepas ini jika diadakan debat yang seterusnya, buatlah dalam bahasa Malaysia. Kita sekarang di Malaysia bukan di negara lain. Bahasa Malaysia bukan untuk orang Melayu, tetapi untuk semua. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan. Sepatutnya tidak timbul masalah seperti tidak faham bahasa Malaysia, tidak pandai cakap bahasa Malaysia.
Kami yang mendengar perbahasan itu pun terkulat-kulat untuk memahami isi sepanjang perbahasan tersebut, mujur ada penterjemah. Walaubagaimanapun, apa yang boleh kami katakan ini adalah satu permulaan yang baik. Di mana sebelum ini acara debat bukanlah satu kelaziman dan merupakan suatu yang asing di Malaysia terutamanya apabila mempertemukan pemimpin politik yang berani bersemuka antara satu sama lain dan membentangkan kepada semua rakyat Malaysia bagi bersama-sama membentangkan polisi untuk kebaikan negara kita dan menjawab beberapa isu-isu semasa yang berbangkit berdasarkan pemerhatian dan pandangan pendebat itu sendiri.
“Tidak hanya baling batu sembunyi tangan”
Kredit kepada Astro Awani, anda berani untuk terus dilihat terbuka dikalangan penonton anda. Tahniah diucapkan. Teruskan memberikan “contoh” kepada siaran TV yang lain.
Kami harap selepas ini mungkin moderator yang dipilih diharapkan datangnya daripada kalangan profesor yang acapkali mengkaji iklim politik Malaysia contohnya. Mereka lebih tahu apa persoalan dan isu-isu yang sering berbangkit berkaitan dengan politik Malaysia hari ini. Dan moderator inilah yang akan mengutarakan beberapa soalan yang seringkali mengundang persepsi di kalangan masyarakat hari ini. Apa pendirian mereka tentang
Dua isu ini kerapkali dimainkan di Malaysia dan kami mahu lihat dan dengar pendirian setiap pendebat mengenai kedua-dua isu ini. Ini kerana kami melihat politik hari ini memperlihatkan masyarakat Malaysia “mudah terjebak” dengan :
- politik persepsi
- politik ragu-ragu
- politik curiga
Dan untuk pendebat kami lebih suka untuk mereka membentangkan cadangan, idea dan pandangan untuk memajukan negara. Itu lebih baik daripada :
- pendebat A kutuk pendebat B
- pendebat B kutuk pendebat A
Kalau begitulah caranya, masalah tidak akan selesai. Dan di sinilah tugas moderator bagi menentukan arah tuju dan format bagi acara debat tersebut.
Debat bukannya platform menentukan pendebat mana yang akan menang. Pastinya penyokong setiap pendebat akan mahumengangkat wakilnya sebagai pemenang. Itu sebablah apabila mahu bercakap siapa pemenangnya, ia terlalu subjektif. Apa yang lebih penting, kita mahu dengar apa hujah dan pendapat setiap wakil pendebat. Ini kerana ahli politik mesti tahu apa kerja yang perlu dilakukannya, mesti pandai berhujah dan berani berdepan dan membentangkannya kepada rakyat apatah lagi timbulnya isu berbangkit
“Keyakinan untuk berhujah dengan baik tidak akan datang dengan sendiri jika kita tidak membuat sesuatu kerja dengan baik & amanah”
Kalau boleh tajuk debat elakkan terlalu umum, akhirnya beberapa jawapan yang dilontarkan baik daripada pihak Lim Guan Eng mahupun Chua Soi Lek adakalanya dilihat kalangan di antara mereka seperti mengelak untuk menjawab dan jawapan yang diberikan agak mengecewakan.
Spesifikkan tajuk debat dan insyaallah kualiti perdebatan akan bertambah baik. Mungkin boleh mengikuti contoh-contoh tajuk yang seringkali dipilih oleh pihak Sinar Harian ketika mengadakan forum mengenai isu semasa di Malaysia.
P/S : Apa pandangan anda dengan debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek ini?


{ 41 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
besatu la demi ISLAM dan melayu
tak kira sapa pon menang antara mamat 2 org, yg pasti melayu dan ISLAM pasti kena
ISLAM yang penting. Sebab islam bersaudara. Kalau Melayu belum tentu bersaudara.
saya sokong kamu…
melayu kalu ikut perlembagaan adalah mereka yang beragama Islam,mengamalkan budaya melayu,bercakap bahasa melayu
maka,melayu di Malaysia adalah beragama Islam dan bersaudara dari aqidahnya
Pelakon video seks dari MCA sgt dayus menggunakan PAS/ISLAM sebagai sentimen utk menakutkan org cina yg rata2 tidak menganut Islam. Satu serangan peribadi yg dangkal & lemah dari pembikin video blue…
macam biasa akhbar pencacai macam utusan, berita harian, star, nst, tv3, RTM akan mengagungkan pelakon porno pujaan umno ini
kesian
DAp gunakan PAs .. pas gunakan Dap utk menentang umno – bila menang nanti tengoklah sure dap nak berkuasa sepenuhnya. Masa tu BN pakat pulak dgn PAS — bila BN menang Pas dipinggirkan lagi –pakat balik dgn DAP ..gitulah seterusnya putaran syaitan politik.
akhirnya melayu tertindas di bumi sendiri
Kesian PAS. Tapi BN kena tersungkur juga . Kalau tak dia jadi gila kuasa. Kalau PR menang pula, jangan menang besar. Sikit-sikit ja. Nanti gila kuasa juga.
Yaakub; baca betul betul jawapan Lim Guan Eng nun di atas…Lepas tu guna kepala hotak hang tu utk fikir dan nilai..pakatan PAS/DAP..Pas tak gunakan Dap..Dap tak gunakan Pas..Masalah nya kamu tak analisa apa kesepakatan antara Parti parti dalam Pakatan Rakyat..Contoh, soal Hukum Hudud..Dap faham bahawa perlaksanaan Hukum utk yang Agama Islam sahaja..yang Dap kafir tak terkena hukum tu..Dan ini telah diperjelaskan oleh PAS kepada Dap/pakatan..Tp dalam isu Rasuah, ekonomi dan lain lain..Pakatan Rakyat melihat ada persamaan dan tidak jadi masalah utk bergabung..2b continue..
…Jadi nampaknya, DAP yang kafir(ahli yang Belum Islam) pun boleh terima dan Faham apa itu Hudud…Amat di kesali UMno yang kata depa membela dan pertahan Islam nampaknya lebih bodoh dari DAP lah…ke Guane.? Nada bicara Yaakub, Dap guna kan Pas atau pas guna kan Dap..Itu nada UMno BeEnd=BN dan yang sewaktu dengan nya shaja…Jadi kalau begitu, kita faham faham saja lah..
masa aku tengok debat ni
banyak soala tidak dijawab…kalau jawab pun scara indirect, not straight to the point,
Tahniah kpd pelakon video blue dari MCA yg berani menyahut cabaran utk berdebat, xmcm Haji Najib yg hanya pandai berdalih & pandai tabur duit je.
Soi leck asyik cina cina cina.. Mana 1malaysia? mana penerangan dasar2 kerajaan?
cina tolong cina jg…mampus nak tolong melayu….walaupun politik berbeza…
Pada pendapat aku, berdebat adalah satu kebaikan dan jika diteruskan lagi rakyat boleh menilai yang mana baik dan buruk dan dari situlah pemimpin tak kira dari pihak kerajaan dan pembangkang untuk memperbaiki dan memperbetulkan apa yang perlu bagi rakyat Malaysia. Peace!!
Kesian juga kat orang cina MCA, dah lama dalam Parti Perikatan dari tahun 1950 an, hampir 60 tahun. Sekarang ni ditukar nama kepada Barisan Nasional, tapi UMNO yang beragama islam tak pernah bagi penerangan dan memahamkan MCA tentang islam. Bahkan mereka lagi takut dengan islam. Ataupun UMNO tak boleh memahamkan MCA tentang islam sebab UMNO sendiri pun tak faham islam sebenarnya. Apa fungsi Institut Kefahaman Islam?
DAP bergabung dengan PAS baru 4 tahun, tapi PAS sedikit sebanyak memberi kefahaman tentang islam kepada DAP. Memang DAP tolak negara islam, tapi pemimpin PAS dari masa ke semasa cuba meyakinkan keadilan islam.
Tahniah sebab pemimpin cina berani berdebat menyatakan hala tuju mereka. Pemimpin melayu islam bila nak debat? Bukan guna masa lama pun, bukan minta debat 7 hari 7 malam, 2 jam jadi la. Tak terjejas pun waktu bekerja untuk rakyat. Ataupun takut untuk berdebat?
Saya setuju dengan pandangan tuan..
Sudah tiba masanya ke arah politik yang lebih matang melalui polisi yang ingin ditawarkan kepada rakyat. Hentikan sentimen perkauman yang sempit dan trauma terhadap agama Islam.
pelik la knp MCA mcm takut ngan islam???? dia banyak hntam PAS krn PAS parti islam sepenuhnya… adakah selama ini mrk xdidedahkan tntang islam oleh UMNO ??? smpaikan dlm fkran mrk, mrk p’lu tolak PAS krn islam…. (bkn nak salahkan UMNO tp mrk kan 1 kump.)
“DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat,” kata Lim.
?1.CSL-DAP with PAS,fear of Islamic state,Hudud,Islamisation of Malaysia
2.LGE-MCA with UMNO,fear of Malay supremacy,no malay leaders convicted with PKFZ,PM can be non-malays
audiences-WE WANT TO HEAR plan for EDUCATION and ECONOMY POLICIES
“In a multi-racial country, we also cannot accept Islamic rule. So, we have to oppose PKR because PAS’ biggest supporter is PKR.”…CSL
“Chua Soi Lek said we support hudud. We have already SAID MANY TIMES WE OPPOSE HUDUD and that is why you don’t have it in Penang. You know and I know.”…LGE
MCA bimbang la ngan islam sbb kalu melayu tentu sekumpulan bangsa jerrr …pa nak diherankan kerna nnt bleh meLAYU …bleh beli punyaa tp dalam islam bkn melayu jer yg da…cina da, india da..mcm2 bangsa lagi lahhhh….. susahhh wooooo
secara halusnya kedua2 politician ni menolak melayu dan islam… dan kedua2nya juga mahu negara yang berasaskan bangsa cina.. huh,, bangkitlah melayu, bangkitlah islam.. demi menegakkan agama tercinta..
PAS bgabung dengan UMNO masuk dlm BN, lebih bagus bg kepentingan negara islam dan bangsa malaysia..
sokong
kepla hotak anda..umno kn dh ngaku islam tapi bongkak x reti nk terima ilmu,bodoh sombong..mmg x mungkin PAS dgn UMPorNo!baik lg dgn parti yg terdiri drpd bukan islam tetapi boleh menerima pendapat dan pandangan secara terbuka dan rasional..boleh ditarbiah dan dididik walaupun akan mengambil masa yg lama.
Kakaka…lawak jugak statement ni. Selamat mentarbiah.
Kah..kah macam mana bro kalau zahir nya Islam …batin nya bapa syaitan…kah..kah!
Nak betulkan sikit ayat hang..Bukan”Pas bgabung dgn UMno masuk dalm BN” tapi sepatutnya,”UMno bergabung lah dgn Pas” supaya Pas Dapat mentarbiahkan UMno agar lebih Faham Islam yang syumul ini…
tggu anwar vs najib…kte tgok sape yg xde telor tkut nk debat..
Yang nyata MCA anti hudud makna nya dia anti islam kerana hukum hudud itu ialah untuk umat islam sahaja menagapa dia nak bangkang kenapa dia nak tahan dari dilaksanakan kita sebagai umat islam berhak menggunakan undang2 islam…..sebagaimana kaum mereka menggunakan peraturan mereka….kena faham MCA lebih teruk dari DAP presiden nya pelakun terkenal……..fikirkan la……………..
DAP anti hudud dan anti ketuanan melayu
Bukan..hang yg anti hududnya..hang lebih teruk dari DAP…depa lebih faham Hudud dri hang yang tolak mentah mentah Hudud…kenapa jadi lagu tu.? Sbb hang tak tau..sbb apa hang tak tau,? sbb hang tak mau dengar, tak mau belajar dri ustz ustz atau guru yang mengajar agama..Buka itu saja, bila ustz sebut atau terang pasai hudud hang kata, ustz ni cakap politik dalam masjid pula..Maka jdi lah hang seorang yang buta Huruf tentang Hudud..maka hang pun kata, “ini Hudud PAS…”Pasai Melayu…Kat dalam kubur Malaikat tak tanya, “hang Bangsa Melayu ka.? Kalau Melayu, Baguslah.. hang relax lah no”…Takkk..Malaikat akan tanya,”hang agama apa”?…Teman harap Lepas ni hang pi masjid dengar ustz Mengajar..Nabi pesan..”jadi lah kamu org yang mengajar atau org yang belajar atau yang suka kepada yang mengajar atau yang suka kepada org yang belajar, tapi jangan jadi org yang ke5,yakni yang menghalang org nak belajar..”
hidup islam…… kembalikan dan marilah kita sama2 hidupkan semula sistem pemerintahan islam yang sebenar sistem khilafah.
ingatlah wahai muslimin dan muslimat sekalian sejarah mengajar kita
selepas kejatuhan khalifah uthmaniah yg terakhir diturki
umat islam diseluruh dunia terus diseksa kuffar laknatullah.
semua parti politik islam perlu bersatu menegakkan politik yg diajar oleh rasulullah s.a.w
takbir… allahuakbar
memang benar semasa debat lim nak mengiktiraf kepada ketuanan rakyat dan tapi harus kita ingat yang beliau mahu menghapuskan keistimewaan melayu??adakah anda terima???ini setidak-tidaknya bersangkut paut dengan agama terutama islam.mungkin kita tidak sedar tapi itula kelicikan org yg begini yang seharusnya kita kaji…bukan main sokong jer.
yeke…sepanjang LGE menjaga pulau pinang xde pun diarahkan azan cuma dalam masjid ( tiada pembesar suara spt disingapura,)..XDE PULAK masjid dirobohkan..xde pulak orang x boleh mengerjakan sembahyang jumaat..janganlah nak takut2kan kalau belum pasti..
Err nak tambah skit jer…
Sepanjang BN perintah Pinang, macammana peruntukkan kpd Jbtn Agama Islam [bg tp tarik balik], SAR & Kebajikan GuruX2 Agama?
DAP [Pakatan] baru jer perintah, cer crita atao dongar citer… tentang brp banyak yg Pakatan beri pada Jbtn agama, SAR mahupun kebajikan guru agama. Cer tanya crita tue?
YAB KM kata senang jer kat pekerja d Jbtn Kerjn, buatlah kerja kerna Allah sbn @ kerna agama. Kerna org kalu wat koje pasai agama : X rasuah, X pecah amanah, X & bermcm lagi X ler senang crita. Hihihi.
Bekas menteri ni memang hebat berdebat dan atas katil.tapi tiada seorang pun menteri yang berani mengaku perbuatan sendiri biarpun terbukti benar hanya dia…mahatir berani ke…mak cik shahrizat lembu ada ke berani..dan yang lain-lain lagi…biar pun terbukti? Anwar betul tak mengaku sebab di fitnah oleh hantu-hantu umnobn.
yg dok hentam mahathir tu, apa sumbangan ko pada negara? Bengang kat mahathir pasal apa? dia tak beli buku sekolah ko ke? Bangsa tak tau bersyukur…
nak sokong bn mmg la mcm fedup, tapi 100 kali better than pkr/pr…
dok maki pemimpin, contoh najib, apa lak haji tu buat kat ko? marah sgt konon
btw, mmg la penang takde roboh masjid/sekat azan/etc….pasal belum control d country, tgk la negara tu, dah berkuasa, kerabat di raja pun di halau….
sedar la org melayu oooiii…..
Satu Ketika dulu T Mahathir lah yang tarik kuasa Raja kan.? atau Lim Guang Eng.??? Benda yang dah berlaku, kau BUTA kan mata..bayang bayang yang kau takut kan pula…
btw, nak suruh anwar debat vs najib? bukan masalah takut atau tak… nuwar ni mmg pandai bercakap, kalau kalah pun tak lojik
kat mahkamah, bela diri pun tanpa angkat sumpah… apa kene la penyokong dia ni, itu pun tak perasan ke? sian…
haaaaa.. bagusla.. yang website sana angkat MCA yang nie angkat DAP.. 2 2 cina.. xda paedah. No point….