
Perodua Alva, sekali pandang bahagian depan kereta MPV baru perodua ini macam perodua MYVi pun ada. Nama Alza membawa maksud naik yang diambil daripada perkataan Sepanyol. Jauh juga “merantau” Perodua untuk mendapatkan nama yang ada umphh. Dikatakan apabila harga minyak Malaysia akan mengikut harga dunia tahun hadapan, subsidi minyak 100% hanya akan diberikan untuk kereta 1.5 ke bawah kalau kete 1.5 kebawah dapat 100% subsidi minyak. Habisla……Proton, sebab banyak keretanya 1.6.
Walaupun baru sahaja dilancarkan pada 13 November lalu, tidak sampai 2 minggu dikatakan 3,500 tempahan telah diterima. Memang gempakla…..

We get that what we pay. Itulah hasilnya jika harga kereta perodua mpv yang dijual agak murah, tempat duduk belakang memang sempit. Jauh sekali untuk dibandingkan daripada segi keluasannya dengan Proton Exora. Saya sendiri pernah naik Proton Exora, memang agak luas lagi berbanding Toyota Avanza. Bagi pandangan ikhlas saya sendiri, 1.6 tidak sesuai jika dibandingkan dengan saiz Proton Exora itu sendiri. Mungkin ini strategi mereka untuk mengeluarkan Proton Exora 1.6 terlebih dahulu. Siapa tahu kan. Itu pun salah satu teknik pemasaran. Khabarnya, Exora bakal keluar pula 1.8 punya. Itu mungkin lebih berbaloi. Yang pastinya regenya lebih mahal lagi.

Dibandingkan dengan kereta yang seangkatan lain, kereta perodua diakui jimat minyak. Jadi apabila munculnya kereta mpv baru perodua ini, perodua Alva pastinya akan mendapat tempat di hati rakyat marhaen. Saya sendiri dah tengok Perodua Alva ini, boleh tahan cantik juga, Rupanya lebih mirip dengan Nissan Grand Livina dan juga saiznya yang agak sama. Walaupun enjinnya kecil, memang sesuai untuk ulang-alik pergi kerja. Minyak pun jimat. Yang pastinya first impression saya memang mengujakan.

Harga kereta Perodua Alva dijual lebih rendah berbanding MPV Proton Exora keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) yang dijual sekitar RM70,000 sebuah.
Berdasarkan perbandingan harga secara rambang tanpa mengambil kira kelebihan lain termasuk keupayaan enjin, MPV Perodua ini dikatakan menawarkan penjimatan harga berbanding dengan pesaingnya yang lain seperti Toyota Innova (RM90,000), Grand Livina (RM80,000) dan MPV Naza Citra (RM65,000).
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar berkata, MPV dengan keupayaan enjin Daihatsu dan kekuatan 1.5 liter akan memberi kepuasan maksimum kepada para pelanggan yang mementingkan kualiti dan penjimatan minyak.
Beliau berkata, keunikan MPV Perodua adalah terletak pada saiznya yang kompak di dalam kategori MPV dan ringan dengan anggaran 1.1 tan metrik. Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdull Hafiz Abu Bakar berkata, kenderaan dengan kod nama D46T akan ditawarkan pada harga permulaan di antara RM56,000 sehingga RM65,000 dan disasarkan kepada golongan keluarga bersaiz kecil termasuk golongan bujang di kawasan bandar.
P/S : Mari kita lihat perbandingan di antara Proton Evora dengan Perodua Alva (Toyota Passo) berdasarkan gambar-gambar yng saya paparkan di bawah.

Proton Exora

Perodua Alva

Pandangan depan Proton Exora

Pandangan depan Perodua Alva

Pandangan belakang Proton Exora

Pandangan belakang Perodua Alva

Pandangan sisi Proton Exora

Pandangan sisi Perodua Alva

Bahagian dashboard Proton Exora

Bahagian dashboard Perodua Alva

Bahagian Interior Proton Exora

Bahagian Interior Perodua Alva
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [SENGIT] Penjualan Proton Exora VS Perodua Alza
- (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal Tahun 2011
- Harga Kereta Turun, AFTA Malaysia Dilaksanakan Mac 2010?
- (Coming Soon) Model Terbaru Kereta Proton Hybrid
- [Launch] Kereta Lotus Evora di Malaysia Pada Mac 2010
- (Tahun 2009) Senarai Jualan Model Kereta di Malaysia


{ 9 comments… read them below or add one }
Kalau ada duit, boleh beli satu utk family.
Dengar kata orang, yang premium tu bagus..
Lawanya…
kalau bagus, aku pun nak tumpang sekali beli menatang MPV ini jugak
boleh jadi keluarga perodua lepas ini
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.