
Tidak habis kes skandal rasuah PKFZ yang telah didedahkan sebelum ini, sekali lagi Laporan Ketua Audit Negara tampil mendedahkan yang mana kerajaan Malaysia besar kemungkinan terpaksa menanggung sebahagian besar daripada kerugian berjumlah RM1.14 bilion bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh dan Rawang. Sekali lagi wang rakyat tergadai. Tapi saya sendiri merasakan nilai tersebut terlalu kecil jika melihat situasi dan tindakan seterusnya yang akan diambil berdasarkan laporan ini.
Jikalau PDRM & SPRM boleh menyiasat hanya berdasarkan laporan Internet tentang isu pembelian/hadiah Menteri kesihatan & skandah rasuah PKFZ, mereka juga boleh menyiasat untuk isu besar seperti ini. Pendedahan ini mempunyai nilai kepentingan awam yang tinggi, apatah lagi ia dibahaskan di Parlimen. Jawatankuasa Kira-kira Awam(PAC) pun boleh tampil membantu siasatan.

Harap saya dan juga seluruh rakyat Malaysia, untuk kes ini sekali lagi perlu diselesaikan secara profesional. Rakyat sekali lagi memerhatikan lakonan dan wayang jerung-jerung yang menjadi dalang disebalik kerugian Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh ini. Diharap jangan ada dua undang-undang di negara Malaysia. Satu undang-undang untuk orang atas, satu undang-undang lagi untuk orang bawah.
Contohnya, apabila kakitangan kerajaan(terutamanya polsi/kastam/pbt) yang gaji seribu dua duduk di Kuala Lumpur tidak cukup duit nak tampung anak-anak sekolah ambil ” duit kopi” tiga empat ratus. Kemudian bila kantoi, dicaci dan dihina bagai nak rak. Tetapi apabila skandal rasuah bernilai jutaan ringgit, ditukar jadi istilah jadi ‘consultancy/management fee’. Salah tetap salah, walaupun nilai rasuahnya hanya sedikit, apatah lagi melibatkan rasuah besar. Yang salah tetap patut dihukum tidak kira pangkat atau status.

Sebelum ini, pernah digemparkan dengan pembekalan alatan yang mana harganya meningkat sehingga ke tahap tak masuk akal, iaitu berpuluh kali ganda berbanding harga asal pada tahun 2008 ia didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Tak juga diambil tindakan. Kali ini, laporan itu mengesan pembekalan dua unit komputer riba yang harga pasaran hanya RM9,000 tetapi dibeli pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk kegunaan makmal di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau, Pulau Pinang pada harga RM84,640.
Saya kira pentadbiran Datuk Najib harus beri perhatian yang seimbang antara “projek mempopularkan 1 Malaysia” dan lain-lain projek yang terbengkalai. Walau sepopular mana konsep 1 Malaysia yang hendak dipopularkan sekarang, jika tidak disokong dengan pentadbiran yang cekap, itu tentu tidak akan membawa apa-apa makna. Saya kira kempen 1 Malaysia sudah agak keterlaluan sekarang dan jika diperhebatkan lagi akan menimbulkan rasa meluat dan kebencian rakyat terhadap beliau, lebih-lebih lagi jika melihat pembaziran wang negara yang begitu banyak dalam keadaan ekonomi negara yang sedang tenat sekarang. Bagi saya cukuplah slogan itu, dah ramai orang tahu dah.

Rakyat tidak akan menilai betapa popularnya slogan 1 Malaysia beliau untuk mereka sokong, tetapi akan bertanya kenapa kerajaan begitu cuai membazir wang negara terhadap projek seperti PKFZ dan landasan berkembar ini. Bukan sikit, berbilion ringgit. Kalau dicurahkan dana sejumlah itu kepada orang miskin, kehidupan mereka turut akan berubah. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasa limpahan kekayaan yang ada di negara kita jika dibandingkan dengan pembaziran yang berlaku ketika ini. Itu lebih baik rasanya jika ingin berdamping dan mengambil hati rakyat.
P/S : Apakah dengan Laporan Ketua Audit Negara itu diibaratkan seperti mengangkat kain dari ampaian, diseterika, dilipat dan disimpan didalam almari pakaian. Pakaian tersebut hanya diambil apabila ada keperluan untuk memakai sahaja?
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- Lagi, Lagi Laporan Ketua Audit Negara
- [DEDAH] Era Pemerintahan Mahathir Mohamad, Malaysia Rugi RM100 Billion!!
- Projek Bina Istana Negara Kuala Lumpur Yang Baru?
- Bekas Ketua Pengarah SPRM Terlibat Dengan Salah Laku?
- Pendapatan Tambahan Negara, Hasil Judi Menjangkau RM2.37 Billion
- Rancangan Naza-Peugeot Lancarkan Projek Kereta Termurah?


{ 3 trackbacks }
{ 15 comments… read them below or add one }
masalah ni xkan selesai kalau melibatkan orang atasan..ye la, nak amik tindakan, nanti kedudukan tergugat..
(betul master G..patut nyer Najib amik tindakan tegas, atasi masalah rakyat..jangan nak popularkan slogan 1 Malaysia..semua orang dah boleh faham
)
yela…dah 50 tahun merompak negara
sekali tahun depan takde rasuah
mustahil……….
kecuali disembelih sahaja perasah ini daripada jawapan mnteri
eh…tengok
mana puak umno, takde ker kat sini
nak dengar gak mereka bela bapak umno
aku tengok lepas ini siapa yang kena
jom kita sembelih diorang ni dalam
pilhanraya nanti..
memang susah nak sedar kecuali mereka
ditimpa musibah…sakit ke, miskin ke(sebab hutang sekeliling pinggang)
diorang tetap tak berubah
paling kurang ada perkataan maaf kepada rakyat
sebab mereka dah lama menganiaya rakyat dari belakang…
apa nak jadi dgn negara kte ni?klu berterusan macamni, abis la duit rakyat yg mereka gunakan..
sat lagi naiklah harga kemudahan awam yg di buat kerajaan dek kerana pembaziran yg nyata..
macamni ke nk amik hati rakyat? moga2 mereka2 ini dapat balasan yg setimpal ats perbuatan mereka ini.. amin
memang tak selesai la jawabnya.
so, lepas ni apa-apa masalah tak perlu
diselesaikan dengan mereka.
terus tukar pucuk pimpinan!
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.