Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak. Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan “nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..
Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian umumsetakat ini ialah :
1) 19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)
Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008. Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.
Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd. Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.
2) 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah RM3.73 billion.
Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
4) Kutipan cukai meningkat sebanyak RM1.01 billion menjadi RM159.65 billion berbanding tahun 2009.
5) Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi
6) Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Antaranya :
- Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
- El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
- Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
- Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta
Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :
- Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)
- Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga kuda)
- Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua kuda)
- Universiti Putra Malaysia (tiga kuda)
- Universiti Teknologi Malaysia (dua kuda)
- Majlis Sukan Terengganu (dua kuda)
- Royal Terengganu Endurance Stable (lapan kuda)
- RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam ( harga pasaran RM1,940)
- RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
- RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)
- Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion m
- Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta
- Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta
- Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)
10) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru yang telah gagal ujian jalan termasuklah kegagalan spesifikasi seperti di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm
11) Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan
12) Mara telah ditegur supaya membelanjakan peruntukkan sebanyak RM54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :
- Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
- Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
- Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
- Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
- Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini, apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan ini? Adakah Menteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab? Penalti? Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas ituakhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya?
Sebab apa yang kami lihat Laporan Ketua Audit Negara terus didedahkan saban tahun, tetapi yang jadi masalahnya masih tak nampak lagi tindakan lanjut yang serius daripada kerajaan. Sebaliknya, semakin sewenang-wenangnya untuk berbelanja. Bertambah buruk lagi, apabila hutang negara Malaysia semakin melambung tinggi.
P/S : Apa pandangan anda dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010 kali ini?


{ 60 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Aku tak sure dalam hal ni salah siapa, samada pegawai kerajaan yg merupakan entiti sesuatu kementerian, atau salah menteri yg mengetuai kementerian tersebut. tapi seriously RM3bilion terlebih belanja mcm tu je mmg bukan menandakan satu urus tadbir yg baik. Seolah2 ada org yg salah guna kuasa dan cuai.
yang kira pula rakyat disuruh jimat berbelanja..hai terbalik pulak..
Kerajaan perlu menilai semula teguran Audit Negara, jika benar-benar salah laku urus tadbir kewangan, ambil tindakan dengan mengenakan ‘penalti’ atau denda yang setimpal. Sebab semua kementerian mempunyai pentadbir sendiri yang diketuai oleh Ketua Setiausaha dan dua timbalannya. Kecuali mereka ini bersekongkol dengan orang politik dari segi pengagihan yang salah. Sebabnya segala perancangan telah dibuat sejak awal tahun, bajet setahun dan bajet dalam Rancangan Malaysia (RM) sudah ditentukan kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja..
pegawai dan menteri dua-dua kena bertanggungjwab..tak boleh nak salahkan satu pihak saja..
salah pegawai kerajaan yg tamak….
dah beri naik gaji, bonus pun masih lembap buat kerja…
lepas tu duk markup tuntutan giler2, makan duit haram…
Pena Biru, jangan salahkan kakitangan kerajaan. Salahkan diri sendiri kerana gagal memilih pemimpin yg baik semasa pilihanraya. Lihat laporan audit P.Pinang, kakitangan kerajaan negeri sekarang dan sebelum ini adalah orang yg sama, kenapa sekarang lebih baik dari dahulu. Sebab arahan dari pemimpin atasan untuk membaiki kesilapan lalu, kakitangan hanya laksanakan. Pemimpin yg mempunyai kuasa. Fikirkanlah……..
Bagi aku,mungkin sebab utama salah tabir,kedua pembelian dilakukan ngan LO(lambat bayar),ketiga belian dibuat melalui orang tengah,keempat kos nak hantar/beli barang tinggi(minyak mahal),…………….dan yang terakhir sama-sama faham,hidup nak bergaya,kocek mesti penuh maka………………dosa dan pahala belakang kira,asal nampak bergaya…..
yang pasti, berita-berita macam ini takkan keluar dekat utusang meloya, tv3 suku, tv rais yatim
1-Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.
2-RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.
3-Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.
4-Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.
5-Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.
6-Harga binokular ‘zoom’ 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.
7-Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut
Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan – atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.
8-Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.
9-Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu – seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
10-MSN ‘perkudakan’ peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.
11-LPKP ambil masa 700 hari untuk selesai kes, aduan
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.
harga asal 1 set rm 100,up harga pastu klem isi borang jd rm500..untung 400 tu kita bahagi 2 antara pembekal dan pembeli(kementerian)..aku 200,ko ambik komisen 200.tu baru 1 set..kalu 100/1000 set?fuh.aku kaya.relex r.malaysia byk duit.lgpun rakyat felda,hulu dan org asli sbh srwk tu blh kita perbodohkn dgn adanya rtm,tv3,dan utusan.SPR bwh kita..SPRM pun bwh kita..kita akan menang jgk Pru 13 nanti.dont wori..kalu xd duit,kita blh pinjam dgn bank dunia lg atau dgn soros.kalau negara bangkrap pun,kita dh kaya raya dh,hasil usaha kita tu..hahahaaaa.rakyat biasa yg akan tanggungnya,bkn kita.bila dah bangkrap,rakyat akan marah.bila rakyat dah marah,mereka akan pilih PR..masa tu je PR akan menang..tp dh terlambat.PR akan mewarisi sebuah krjn yg penuh dgn hutang.sakit kepala woo nk setelkn hutang..hahahaha.bodoh betul diorang ni
Nak Buat cam ne..padahal ramai org kerajaan yang xsuka kerajaan yang buat jadi cam tu..nak tanak kerajaan la gak kena…hakikat sebenar..
Yang kes screw beribu2 tu apa cite ye? dah tek dek dengar citenya langsung….pimai-pimai tang tu juga….
hang ingat dia nak siasat?
org kerajaan nk kerajaan yg BERSIH dan telus,apa guna kami lantik anda memimpin negara tp mengkhianat golongan bawahan..
Apa tunggu lagi, takkan nak diam je? Tiap tahun laporan ketua audit kita baca berita mark-up pricela…tapi macam tak de tindakan je! Bila orang yang bertanggungjawab tu nak kena tangkap???
alah…tak payah nak hebah snagat
kita sepatutnya muhasabah diri dahulu sebelum nak cakap orang lain
jangan asik dok tunding jari kat gomen jer pasal suka membazir
kita compare diri kita yaangkeje makan gaji etc…gaji 2000 beli smartphone 2500
tidakkah membazir??”
Bodoh punya komen.
Duit sendiri suka hatilah nak buat apa pun.
Sekarang ni membazir guna duit yang diperuntukkan untuk uruskan negara, bukan guna duit gaji menteri.
haha.. petai..petai.. kalau nak buat perbandingan pun agak-agak la.. jangan menyerlahkan ‘kebijaksanaan’ kita beb!
Tahh duit aku suka ati aku la nak buat aper pun…yg bazir nih duit rakyat banyak sngat ketirisan..tak berjimat cermat…..pas tuh suruh rakyat jimat cermat lahh…buat kerja lebih la..yang dia dok perabih duit rakyat..puih
haha aku setuju,itu dt sndri kl dt rakyat itu amanah..makan byk kurma kerana itu sunnan dan petai itu makruh..;)
Petai, ada segelintir orang Melayu sama ada yang bekerja kerajaan, bekerja sendiri ‘lebih sudu dari kuah’, bab cakap hebat tahu semua, cuba kita suruh dia urus diri sendiri dan keluarga, baru kita boleh bercakap hal orang lain dan hal negara. Wallahu’alam..
tu duit sendiri,lantak la nk kebulur ke psl beli hp mhl2..mslhnye duit rakyt..kerajaan persekutuan cuma tolong tadbir je..kalo dh silap urus,baiki la..org bukan nk gomen perfect sgt pon,sume wat silap tp kalo dh markup harga..wat open tender padahal mmg dh deal ngn kontraktor t’tentu..mintk komisyen(rasuah)..pe cer bro?mmg rugi la negara..3 bilion..bagi kat bola sepak 1 billion,kita dh leh power mcm spain bai..
ye la kan buat pe nak slh kan gomen jer,,skit pon x usik duit kita .pandai la depa nak buat keje depa tu, .kita yg kat bwh mane npk apa depa buat..asalkan tak kacau duit gaji kita sudah,klu nak kata duit rakyat pon bukan dpt kat kita pon,,dpt dosa ada la
aduh…peke bengap nyer manusia mcm ko nih…eeee..geram giler aku….bkn duit kite ko ckp…!!! gaji aku tiap2 bulan income tax potong msok poket kerajaan…suke2 ko jer ckp bkn duit rakyat…abih ko ingat duit kerajaan tu ahmad albab ker yg bagi…pikir pakai otak jgn pakai kaki bro….please lah….grrrrr !!!
hahaha..ntah2 dia pon makan rasuah gak tak??dah naik buta sampai xnampak kebenaran dan pemalsuann harap makan duit haram thats why lah bodoh nak mati…
Petai tu memang bodoh, duit sendiri lantak pi la nk beli ipad ker, smart phone ker, sekarng isu nya laporan audit, kerajaan BN boros, xtau ker beza audit dgn duit sendiri, bodoh nya Petai, ptt la busuk.
ker nk aku bg contoh lg Petai busuk…?
hik hik hik… yg 2500 tu duit sendiviii… ikut suka laa nak bli pape pommm…
tpi yg kat atas tuuuu… bukan wit SENDIRI PUNYER… haiyya..tk dapat beza kaaa?….hu3
Ikut aku duit aku,ikut aku lembu aku,nak tambat punggung bas pun.
inilah komen paling bodoh….wharghhh3…..jgn tuding jari kpala hotak kow, ko igt singgit kew tu di bazirkan kerajaan korup skrg ni??? billion beb! dwit sdiri punya suka la nk bli apew…yang dok bazir kt ats tu bkn dwit sdiri tu wang rkyt 1 negara tu beb di enjoy menteri2 knonnya ‘pandai’…bangang pyh di ajar.
Pelik betul aku, aktiviti kejadah apa yang yg Attorney-General Dept buat sampai bleh over spend? kenapa?
baru-baru ni
sy baru jer pergi taklimat KISSM
pensyarah saya ada kongsi satu cerita teladan
ada le kawannya Mr X bertugas di maktab di Sabah
claim perjalanan menyelia praktikum sebulan RM 3000 lebih
salah satu claimnya ialah tambang bot yg berjumlah RM300 (pergi balik)
sekali kena audit
Mr audit dtg mengejut dan check claim tambang bot
ajak Mr X pi tempat bot dan bayar tambang
sekali tambangnya hanyalah RM 30 saja
laporan dibuat maka Mr X didapati pecah amanah krn claim RM300 utk tambang bot
tu baru 1 pegawai! yang atas pula mcm mana ye?
jadi laporan audit jgn dipandang mudah sy rasa
Harga tambang bot di sabah dan sarawak memang mahal. itu belum kira kos 4WD yang duk kat pedalaman. bayaran yang dituntut untuk perjalanan seorang. cuma yang boleh jadi jimatnya, bila perjalanan tu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. ada yang tumpang bot nelayan, jadi bayaran jadi murah sikit. cuma, risikonya besar. ada yang jadi mangsa rompakan kerana nak berjimat. Ada yang terdedah kepada kepada pelbagai ancaman lain. Secara jujurnya, aku tak setuju jugak dengan tuntutan yang keterlaluan. Cuma kena ingat satu la, Kita bekerja nak cari rezeki yang halal, nak cari keberkatan. duit yang kita dapat nak sara keluarga, nak bagi anak-anak kita makan.. sanggup ke kita suapkan nasi kepada anak-anak daripada hasil duit yang tak berkat. duit banyak mana pun tak cukup.
Setuju, org2 yg selalu claim dlm jabatan Kerajaan ni mmg x selamat. Lambat laun kena tangkap juga. Sesiapa yang ada walau secebis iman pun x sanggup suapkan makanan dari sumber haram kpd anak2nya.
Tp 1 thing, elok claim PM dan menteri2 pun diaudit sekali, bentang dlm laporan tahunan. Baru la kepimpinan melalui teladan.
Typo error ayat first, selalu TIPU claim.
macam mana ya kalau tak da bin atau binti….jumpa mayat tgh jalan…tengok body perempuan… rupa-rupanya lelaki…. nyah ni nak sembayang mayat ikut lelaki atau perempuan…. wak pening…. kalau ada bin atau binti kan senang urusan mayat tak payah tengok anu-anu-nya…ni wak tak tahan …..nak ketawa pulak.
dh nampak mcm mane kerajaan guna duit rakyat wahai pencacai2 umno..mmglah pegawai kerajaan yg menguruskan duit tsbt disetiap sektor…ttp apabila didedahkan tiada tindakkan diambil..so apa yg menteri buat???tidakkah ini pemerintah khianat namanya..tgk pulau pinang mcm mane cara urus tdbir diaorg….
Tengok highlight buletin utama malam nie dok sibuk mention pasal penurunan pendapatan k’jaan selangor dgn kelantan jerr…tue yang di mention oleh mod dalam beritasemasa ttg kelemahan urustadbir kementerian-kementerian, aper cerrr?? jangan berat sebelah lh oi…
sokong sama ANON la
klu dlm berita tv 1,2,3
sume keburukan PR jer, ada fair ker mcm tu, tv x citer pon psl, beli kuda, beli peralatan lbh dr harga pasaran mn asl x citer…
mmg bodoh BN ni.
PRU 13 x undi la BN smpi mati pon xnk BN dh.
“Dunia dalam genggamanku, dunia dalam genggamanku, dunia di dalam genggamanku”
KLMU.. I suka ayat u laa.. “Dunia dalam genggamanku, dunia dalam genggamanku, dunia di dalam genggamanku”
– cam iklan dlm TV
aku ingt RAJA LAWAK MEGA astro lama lg rupanya dh start semalam.!!!!
Hahahahahahahahaha..,.
Apa tindakan PAS bila ada pemimpin tertinggi dia kacau bini orang, atau ditangkap berkhalwat?
sape tuuuuu
Jangan libatkan diri anda dengan FITNAH kerana dosanya adalah lebih berat dari membunuh….
betol ker FITNAH tu bro……???? ce cite ce cite….
melayu umno cakap ini bukan salah kerajaan..
1. ni aku nak bagitau sikit,yang dapat tender bekal barang tu mesti kroni ,mana boleh org luar nak gasak tender chor,rundingan terus kalau ada kira rekod dunia tu..otak tu kasi kembang sikit..
2. ni mesti kerja org yg ada kabel kuat(politik),takat hangpa bawahan dungu umno ni mark up lebih macam ni,kene cekup saja la..
3.kepimpinan yang patut memberi teladan,kalau dah pemimpin penyangak,kaki makan duit haram,yang bawah2 ni pun ikut la..aku org gov perak,dulu masa PR memerintah, kontraktor2 sini tak berani nak mark up lebih..
4.saban tahun perkara ni terjadi,tapi pelakunya sunyi sepi,tak boleh salahkan kerajaan sebab tidak bertindak tegas,kerajaan BN pun tau,melayu umno ni tak ada value “tak ada harga diri”,buat macam mana pun tetap diorg ni pangkah umno..dapat disimpulkan pangkah umno=bangsat..
Setiap kesalahan mesti ada hukuman. Kalau tidak tak guna ada nya mahkamah.
Mereka yang bersalah mentekedarah duit rakyat bagi anak bini dia makan – duit haram – mesti di hukum dengan setimpal.
Tak faham defisit? Tengok ini
Pelik tapi benar,
Orang malaysia terutama melayu..kuat membangkang…itu salah, BN salah, pembangkang salah….
tapi bila pilihanraya…org dipersalah menang pulak…adakah penghuni hantu dalam pilihanraya atau tangan anda tiba-tiba digerakkan kepada orang dipersalahkan…
sebab org yg kt atas tu kuarkan hantu2 die…kalo hantu2 tu dh berkuasa…..PR menang pon bole tukar jd kalah..SPR tu kan org die…hemmm…sama2 la kite berdoa kemenangan berpihak kepada kebenaran..amin..
apa dah jd dgn malaysiaku….semaki lama semakin teruk..wlpn byk
pendedahan dibuat oleh audit negara..ttp tiada jgk penambahbaikan,
benda sama jgk yg berulang..beli brg dgn harga yg x msk akal. Nmpak mcm bersungguh2 nk jimat..smpai toner printer pn x leh nk beli, kt jbtn akun nih. Tp kementerian lain tuh dia…siap beli kuda lumba juta2 lg..byk pulak duit. Munafik sgguh kerajaan nih.
aku ingatkan geng-geng pakatan pandai snagatlah tadbir sana, rupanya teruk juga hasilnya…
KUALA LUMPUR 25 Okt. — Kompleks Pasar Borong Selangor belum mencapai matlamat untuk mengurangkan penglibatan orang tengah dan mewujudkan pusat pemasaran setempat khusus bagi peladang, penternak dan nelayan kerana kebanyakan lot perniagaan di kompleks itu disewa oleh penjual, pengedar dan pemborong.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, daripada 229 lot perniagaan yang disewakan, 124 lot atau 54.1 peratus dikendalikan pekerja warga asing seperti Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, 61 lot (26.7 peratus) oleh warga tempatan manakala 44 lot (19.2 peratus) ditutup atau tidak berniaga.
Kompleks Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan siap dibina pada Mac 2001 dengan kos RM25.28 juta dan mula beroperasi pada Mei 2001.
Pengurusan pasar borong ini menjadi aktiviti utama PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB), subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Pada peringkat awal operasi pasar borong tidak mendapat sambutan petani dan nelayan kerana kurang pengunjung serta kawasan persekitarannya belum membangun menyebabkan PAISB menyewakan lot perniagaan pasar borong kepada sesiapa yang berminat untuk menanggung kos operasi.
Laporan itu menyatakan perubahan matlamat pasar borong itu sebagai pusat pertemuan nelayan dan peladang kepada pasar borong umum tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah PKPS mengakibatkan aktiviti pasar borong tidak selaras dengan matlamat pembangunan yang ditetapkan.
Semakan audit terhadap PAISB antara Oktober 2010 hingga Februari 2011 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan PAISB tidak memuaskan, dan PAISB mengalami kerugian sebelum cukai RM0.09 juta pada tahun lepas.
Laporan Audit itu mengesyorkan PAISB dan PKPS supaya mengambil tindakan bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti, pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat syarikat. — Bernama
kesian dgn Long Yonus
hello bro kerajaan selangor rugi pon rakyat dpt manfaap, dr pusat rugi, beli lbh dr harga pasaran, ada logik akal ker.
apa la sengal sgt ko Long Yonus bodoh. sbb tu audit lmbt dpt kt parlimen sbb byk sgt pembaziran BN buat, ckp pki otak bkn kepala lutut Long Yonus umprono
bakal yb long yunus yg pndai..selama nie Umno khianat perintah selangor lebih dr 50 thn knp x selesaikan mslh ini??? PR baru perintah x smpai 1 penggal lg…xknlah nk selesaikn semua benda sekali gus..igt diorg tuhan ke??? bodoh dn bengap mmg dh sangat..cerdik lak xleh nk dikut.
Ha..ini satu lagi. Akibat air percuma, anak syarikat kerajaan Selangor rugi. aku rasa lagi banyak kerajaan selangor ni seleweng duit. dah kena batang hidungs endiri baru terdiam….telan ludah sendirik
HASRAT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi air percuma kepada rakyatnya adalah untuk tunai janji pilihan raya dulu.
Tetapi hasrat yang baik sahaja tidak akan melahirkan natijah yang baik juga apabila Laporan Audit Negara mendedahkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, kerugian lebih RM112 juta kerana menanggung kos memberi air percuma kepada rakyat.
Malah bagi dua tahun sebelumnya KDEB rugi RM131 juta dan RM68 juta. Ini ditambah pula oleh sikap penggunaan air secara membazir dan tidak berhemah oleh sebilangan besar pengguna.
Kaedah pemberian air percuma ini juga tidak tepat kerana orang kaya atau yang berada di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.
Dalam pada itu, pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal ramai lagi yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter individu. Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana masih lembab melaksanakan program penukaran meter ini.
Saya tertarik dengan cara Syabas melaksanakan program Tabung Budi yang sedang dan telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka.
Nasihat saya kepada Menteri Besar Selangor sebelum melaksanakan apa juga program untuk kebajikan rakyat, rancanglah dengan teliti terlebih dahulu. Buat penilaian daripada segi impak positif dan negatif program tersebut, kadar keupayaan bajet sama ada mampu atau membebankan kerajaan atau tidak serta perkiraan lain seperti pembaziran, kerugian wang rakyat dan pelbagai lagi.
Tidak kurang pentingnya ialah adakah nasihat pakar yang arif dalam bidang berkaitan telah dirujuk atau sekadar menggunakan teori sendiri atau mendengar nasihat pakar yang yes man sahaja.
Pendedahan tentang kerugian KDEB ini berserta kegagalan kerajaan Selangor memberi kebenaran membina loji Langat 2 adalah petanda jelas kerajaan Selangor tidak berdaya menangani isu kepentingan rakyat dengan bijak dan pertimbangan yang sewajarnya.
pendapat saya kalau syarikat rugi …belum tentu pengurusan gagal disebabkan kemungkinan terdapat syarikat dibawah lain akan menampung kerugian….
bagi saya biar rugi tetapi berbaloi sekurangnya rakyat menikmati tak kira kaya atau miskin daripada beli kuda tapi tak tahulah daging kuda boleh disedekahkan kepada semua rakyat
ingin mengetahui dengan program syabas Tabung Budi…adakah pelaksanaan dia telus….banyak pulak saya tengok rumah miskin tidak menikmati program…sampai tertangguh bil air….tapi tak tahulah agak-agak penduduk tersebut miskin sangat baru dapat menikmati
itu baru laporan audit kerajaan pusat? dah baca laporan audit kerajaan negeri? aku dah baca sarawak dgn melaka so far..
melaka aku xley nk komen sgt sbb laporan terlalu ringkas, aku xtau sebab ape..mungkin nak sembunyikan sesuatu kot
tp sarawak negeri aku, adoiiii..mg memalukan terlalu byk ketirisan esp. berkenaan projek2 kerajaan negeri dan projek kerajaan pusat..kontrak xsign lagi, kerja dah jalan..rumah mampu milik, xbuat dgn sempurna, mana supervision team? bekal electrical appliances, tapi xde letrik pun kt tempat tu. duit projek diluluskan tanpa kebenaran pihak atasan, dan etc…
sgt mengecewakan..bagi aku bukan takat pak2 menteri dan pekerja k’jaan yg salah, pihak professional dari swasta pun sama gak..kena ingat yg projek2 diselia pihak professinal dari k’jaan dan juga swasta, jadi semua ketirisan wang rakyat adalah salah SEMUA..
yes….betul…sokong…
Di saat Keadaan rakyat sgt tertekan..kerajan.boleh bazirkn duit rakyat beli barang tidak bermafaat..rakyat suruh berjimat tp..kerjaan boros…Pemimpin diatas ingt skit..esok mati bende tu ditanya blk..Sesiape yng x puah ati sgt dgn loparn audit ape hal..dah memang jelas banyk ketirisan dlm kerajaan..dengan rasuah……Korang mesti student or budak hingusan ..br kenal politik..makan pun mak ayah tangung lg…cube korang keje..ade family.n.ank…byar rumah,keta.cukai yg ntah mende2..pakai duit ko sendiri..amcm..br korang tau langit ni tinggi ke rendah…
bagi aku selagi pemimpin kita malu nk mkn nasi bungkus, malu nk duduk kedai kopi tenggek, asyik nk mkn RM3000 satu meja sambil sembang juta2…selagi itulah masalah bodoh ni akan terus beroperasi, songlap situ sini. Dia orang ni sampai mati pun tkkn sanggup nk pakai jubah Saidina Umar yg bertampal 14 tu.
Baru sekarang aku paham mengapa DAP nak kurangkan penjawat awam….lagi ramai kakitangan lagi banyaklah duit rakyat hilang tak tau pi mana….tanya sekeliling semua kata tak tahu
tak kira la penyokong ke pembangkang bl ada jawatan kosong kt jabatan kerajaan semua nak apply.. sbb peluang lebih baik bila keje kerajaan..kalau kurangkan kakitangan kerajaan ramai la orang melayu yg menganggur.. ermm..
Dahlah tue. Kalau susah sangat, pilihlah pemerintah pilihan anda. Kalau aku jadi PM korang sokong tak?????