
Adakah cita-cita dan impian Malaysia untuk merebut semula gelaran bangunan tertinggi di dunia akan tercapai selepas ini? Pokok persoalannya, Malaysia perlu melepasi ketinggian bangunan tertinggi dunia setakat ini iaitu Taipei 101(101 tingkat) dengan ketinggian 509.2m dan tidak lupa juga bakal menyusul selepas ini Menara Burj Dubai yang dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2010.
Menara Burj Dubai memiliki 160 tingkat dengan ketinggian 818 meter. Kalau begitu hasratnya, berapa tingkat dan ketinggian yang bakal menjadi landmark Malaysia yang terbaru ini? Sama-sama kita nantikan. Super mega projek ini dikatakan bakal dimajukan oleh syarikat perniagaan hartanah iaitu Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan dijadual bermula seawal suku pertama tahun depan.
“Anggaran pembinaan sebuah bangunan 100 tingkat ketika ini mencecah lebih RM1 bilion. Dua menara berkembar Petronas yang siap pada 1998 menelan belanja kira-kira RM1.8 bilion. Berdasarkan harga perkhidmatan dan barangan pembinaan semasa yang lebih tinggi berbanding dulu, belanja bangunan 100 tingkat mungkin lebih RM1.5 bilion,”
Apabila dikatakan dan disebut PNB, di sini saya suka untuk menyenaraikan kalangan syarikat-syarikat kroni Permodalan Nasional Berhad(PNB) bersama-sama dengan Nilai Aset Bersih Unit Amanahnya. Antaranya :
1 Sime Darby Berhad 22.07
2. Malayan Banking Berhad 21.93
3. Tenaga Nasional Berhad 4.62
4. UMW Holdings Berhad 3.86
5. MISC Berhad 2.73
6. TM International Berhad 2.22
7. British American Tabacco (Malaysia) Berhad 2.19
8. Telekom Malaysia Berhad 1.64
9. Plus Expressways Berhad 1.31
10. Fraser & Neave Holdings Berhad 1.24
11. SP Setia Berhad 1.20
12. Petronas GAS Berhad 1.14
13. MMC Corporation Berhad 1.03
14. NCB Holdings Berhad 1.02
15. Carsem (M) Sdn Berhad 0.87
16. CCM Duopharma Boitech Berhad 0.78
17. Bumiputra-Commerce Holdings Berhad 0.76
18. Kuala Lumpur Kepong Berhad 0.72
19. Titan Chemical Corporation Berhad 0.61
20. YTL Corporation Berhad 0.59
Diharap projek ini nanti dapat penyertaan dan peluang luas diberikan kepada syarikat tempatan iaitu local konsultant & experts. Arkitek tempatan, designers, structural engineers hatta local main con & local techonologies. Barulah nampak di sini ada pride. Kami rakyat malaysia turut menumpang bangga atas kejayaan anak tempatan sendiri. Yang pastinya, pembangunan berimpak besar untuk Bangunan Tertinggi di Dunia dirasakan dapat memberi tempias kepada seluruh bandar untuk tempoh 5-30 tahun akan datang daripada segi nilai hartanah terutamanya.
Contohnya KLCC, impak kepada pembangunnan dan nilai hartanah sekitar KLCC di mana kondo berharga sekitar RM1.5 juta – 3 juta sebiji. Malaysia boleh dikatakan strategik jugak untuk pembinaan bangunan-bangunan komersial seperti ini. Kita boleh bersaing dengan negara lain termasuk Dubai yang mengalami kejatuhan hartanah sekarang ni.

Tetapi hakikatnya orang-orang bawahan tak terkesan pun sebenarnya. Satu lagi dalam kita merancang untuk membina bangunan tertinggi di dunia, jangan dilupakan juga kawasan di sekitarnya. Walaupun ini di luar bidang kuasa dan kawalan PNB dan ia sebenarnya lebih ditujukan kepada pihak kerajaan supaya Plaza Rakyat yang juga berdekatan dengan lokasi cadangan projek super mega ini dipercepatkan pembinaanya, terbengkalai ketika ini. Selain itu dalam pada masa yang sama, fokuskan dahulu projek-projek yang terbengkalai serta projek yang lebih praktikal untuk rakyat jelata.
Kemudiannya, refurbishment kebanyakan bangunan lama di ibu kota. Lagi satu, berkenaan dengan kemudahan pengangkutan awam, diharap dapat upgrade apa yang ada sekarang ini. Hakikatnya sekarang ini, downtime train dan juga bas sangat tinggi. Keretapi sampai bila mahu pakai 2 gerabak. Kepadatan manusia di Kuala Lumpur semakin bertambah. Langsung tiada penyelarasan. Walaubagaimanapun, tidak nampak sekarang ini usaha yang bersungguh-sungguh untuk memajukan Kuala Lumpur secara keseluruhan.
Kalau anda lihat gambar di atas itu, beliau adalah warga Malaysia yang berasal dari Melaka, terlibat dalam projek Burj Dubai yang diusahakan oleh Emaar Properties sejak hari pertama lagi. Namanya, Nor Shaharom Mansor yang merupakan penolong pengarah di Emaar bagi projek menara Burj Dubai ini. Katanya, tidak semudah itu untuk membocorkan rahsia yang tertutup rapi mengenai ketinggian sebenar bagi bangunan tertinggi di dunia ini yang boleh dilihat dari sejauh beberapa kilometer.
Beliau akan memberitahu anda bahawa sebarang cubaan untuk mencungkil maklumat berharga itu daripada mana-mana pihak yang terlibat juga adalah sia-sia yang mana setiap konsultan dan kontraktor yang terlibat dalam projek ini telah diminta menandatangani perjanjian menyimpan rahsia bagi memastikan pembocoran maklumat dikawal. Bagi siswazah lulusan senibina University of Louisiana, Lafayette, Amerika Syarikat ini, penglibatan beliau dalam daya usaha yang begini besar merupakan satu cabaran dan penghormatan untuk Projek bernilai AS$20.




{ 16 comments… read them below or add one }
x sokong bgunan tinggi dibuat di malaysia L(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
aku memang tak setuju pun adakan benda2 yang ter2….
Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
masa KLCC dulu pun makan masa nak penuhkan lot
tak tau apa cite sekarang
kena pulak pelabur dah takut nak mai malaysia
Suka @ Tidak
0
0
diantara tanda2 kiamat hampir tiba..
As-sa’ah (Hari Kiamat) tidak akan tiba – hingga manusia berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi.
( H.R. Bukhari ) zikr the jalanan sepi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Bagus, tinggi – tinggi boleh mengintai orang mandi….
dari jauh lah.. koko(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Tinggi sangat buat dapat apa.jika amalan masih kosong. mesticun(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
da2 la tu cukup2 la bangunan yg ade ni.. petronas pun masih org kagum lagi..
johnjimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Tallest building doesn’t mean our country is fully developed. Malaysia should focus on mental development…There are a lot to do in educating Malaysians. jfook(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Bila kita dah di ‘tempat tinggi’-KLCC umpamanya!!. Apa rasanya jika kita lihat ke bawah. Sebenarnya kita sudah ‘berada’ jauh dari bumi. Ini bermakna, kita akan lalai, leka dan mesti sukakan lebih pada dunia.. ITulah namanya tanda akhir zaman..dekat dah dgn namanya Hari keruntuhan Dunia’ adiadah(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
sy sokong komen2 smua wardah(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
dalam al-quran tidak pula diharamkan pembinaan bangunan tinggi..?mcm mana pula dengan ARAB SAUDI yg sedang membina bangunan tertinggi dan terbesar didunia juga..?.bangunan itu bersebelahan dengan ka-abah pula..?..janganlah berlagaak mcm orang pandai agama pula….dalam agama islam tiada demokrasi,kalau dah masuk politik mcm PAS ,tu…dah bukan kira dalam bab ISLAM lagi.
kalau dalam ISLAM,apa yg disuruh dan diwajibkan,tetap harus dibuat..suka atau tidak,mesti kena buat.kau ingat duit tu dari duit mak bapak kau ker..??..BODOH..!!!
INDON BANGSA BODOH(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
sya skong mlysia bina bngunan tertinggi di dunia…biar negara luar pndang tnggi kpda kmmpuan malaysia..klau sblum nie negara kita mmpunyai bngunan brkmbar prtronas yg mncapai ktinggian 452 m..mngkin slpas ni malaysia mmpunyai bngunan yg mncapai ktinggian 1000 m…
iqram(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
harap2 malaysia boleh memecah rekod bangunan yang tertinggi di dunia sekarang ni
iqram(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
aku pulak takot tempat tggi..ok jgk la kalau ada bangunan tertinggi didunia kat malaysia..tp aku duk kat bwh je la..
zack(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Tinggi sangat..Takut..gayatt… Budak S,alam(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Suka @ Tidak
0
0
Suka @ Tidak
0
0