Lagi, Lagi Laporan Ketua Audit Negara

by Admin [ Master G ] on October 22, 2009

in Jenayah & Penyelewengan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Adakah sekarang ini kita semua rakyat Malaysia sedang menonton satu filem sambil-sambil makan popcorn, yang mana barisan pelakonnya adalah dikalangan pelakon yang mempunyai sikap tamak, mementingkan diri sendiri dan tidak jujur ketika melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Sekarang ini banyak kes telah cuba disiasat dan dibongkar oleh pihak Audit Negara. Baru sahaja didedahkan kes penyelewengan berkenaan kerugian RM1 Billion Projek Landasan Berkembar Elektrik, dan sekarang datang lagi beberapa kes penyelewengan telah berjaya dibongkar.  Senang ceritanya, saya rangkumkan sekali “bibit-bibit” tersiar berita harian ini kepada umum. Jom kita semak :

Laporan yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawak Kementerian Pelajaran telah membeli pokok dan tanaman seni taman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus. Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Boleh tahan harga. Pandai ye mereka markup harga. Kenapa sampai begitu sekali? Istimewa sangat ker pokok sampai sanggup membelanjakan wang rakyat semata-mata untuk mengenyangkan perut sendiri. Atau…..pokok ini ada kelebihan, boleh hidup sampai 1000 tahun ker?

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengarahkan siasatan dibuat terhadap pembelian ‘pole platform’ untuk sebuah pusat latihan di Miri pada harga RM30,510 sedangkan harga pasaran cuma RM990. Beliau turut meminta siasatan dijalankan terhadap pembelian ‘thumbdrive’ 1GB dengan harga RM480 sedangkan harga pasaran hanya RM90.

Yang ini statement daripada Menteri ini pun tak boleh pakai sebenarnya, harga pendrive. 2GB pun dah boleh dapat bawah 50 hengget…Tapi takpe, mungkin kedudukan yang terletak jauh seperti di Miri. Jikalau markup sekitar RM50 boleh diterima lagi. Tapi kalau dah sampai RM480 untuk 1 GB, saya sendiri tidak bersetuju, anda? Kadang-kadang nak markup pun ada etika dan seninya. Bukannya boleh main bedal aja.

PUTRAJAYA: Laporan Ketua Audit Negara ke atas aktiviti dan prestasi kementerian/jabatan dan pengurusan syarikat milik kerajaan persekutuan mendapati Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd (RHSM) tidak diurus dengan cekap termasuk pengurusan aset sehinggakan ia gagal merealisasikan potensinya untuk mencapai keuntungan yang maksima.

Malah RHSM tidak membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terlibat sungguhpun telah memperoleh keuntungan bersih berjumlah RM1.21 juta dan RM1.46 juta masing-masing pada tahun 2006 dan 2007.

Korang pun dah tau hasil Laporan Audit ni..banyak kelemahan terdedah. Nilai ler sendiri. Kalau terlibat tu, sampai bila? Dan baca berita harian yang terakhir ini untuk kes penyelewangan yang sibuk didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.

RM42, 320 untuk sebuah komputer riba? Ya…itulah harga yang dibayar oleh Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Pulau Pinang semata-mata untuk mendapatkan sebuah komputer riba. Bukan itu sahaja, malah mereka telah membeli 2 unit daripada jenama yang sama Acer Aspire pada harga yang tidak munsabah isitu sekitar RM84, 640.

Siapa yang waras sehingga membayar RM42, 320 untuk sebuah laptop? Apabila ditanya oleh Laporan Ketua Audit Negara, tak cukup mulut mereka nak jawab. Alasan yang diberi untuk harga yang lebih tinggi adalah untuk mempercepatkan proses mendapatkan bekalan. Hai…..kami kat sini hanya mampu tersenyum melihat gelagat kamu semua.  Kalau ini macam punya cara bisnes,  setahun pun dah boleh pergi naik haji dan umrah 9-10 kali, senyum sahaja.

P/S : Persoalannya, di mana akhirnya laporan ini? Dibakul sampahkan @……………………………..

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. [BONGKAR] Laporan Ketua Audit Negara Dedah Kerugian RM1 Billion Projek Landasan Berkembar Elektrik
  2. Pendedahan Anuar Shaari, Lagi-lagi Perolehan Saham Azmin Ali
  3. Bekas Ketua Pengarah SPRM Terlibat Dengan Salah Laku?
  4. Kes Kehilangan Enjin F-5E, Jual ke Negara Amerika Latin
  5. Skandal PKFZ di Malaysia
  6. Ketua Eksekutif Apple Inc, CEO Terbaik Dunia Untuk Dekad Ini


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 1 trackback }

[VIDEO] Menteri JPM Gulung Bajet 2010 VS Ahli Parlimen PR di Dewan Rakyat | Berita Semasa Online
November 11, 2009 at 12:02 am

{ 5 comments… read them below or add one }

1 JohnJimat October 22, 2009 at 1:16 pm

peh bgs juru audit negara kerana mombongkarkan perkara ini.. tetapi sayang kesemua laporan ni akn masuk ke bakul sampah juga..

p/s: kat facebook berita semasa letak ar link yg leh click :D

2 Pak Awang October 23, 2009 at 6:54 am

hah….yang gambar jerung tu, untuk siapa tu master G :gelak :ketawa
banyak anak ikan yang kena sekarang ini, bila audit negara nak bongkar pulak yang betul-betul ikan jerung punya :ejek

3 zualliz October 24, 2009 at 4:42 pm

jerung 2 menggambarkan orang atasan yang menjadi pemangsa..
mangsanya? kita sebagai rakyat jelata..
ala..xyah nak dedahkan pun. pasni laporan 2 memang akan diBAKULSAMPAHkan..dedah pun sebab dah x bernilai.. :phwitt

4 Ruzaini October 25, 2009 at 4:58 am

aku bila tengok gambar jerung ini teringat muka xxxxxxx yang cilok duit rakat
aku bila tengok jerung ini teringat muka xxxx yang tindas rakyat susah
aku bila tengok jerung ini teringat muka xxxxx yang tipu rakyat lemah
syaba spemimpin malaysia :tepuk

5 roletcha December 30, 2009 at 12:00 pm

klu la aku jadi editor mana2 paper…aku nk dedahlan pasal nie…..biar satu Malaya tau…kena tangkap pun xpa….mesti Malaysia support aku….

insyallah
p/s skang nie pun ngah blajar dalm kewartawanan (journlist ) nanti leh surauh mastr G tlng rekamenkan…huhu

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: