BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

(Kuota Bumiputera?) Tawaran Kemasukan ke IPTA

by Staff Berita Semasa on January 26, 2010

in Berita Pendidikan

mahathirmohamad (Kuota Bumiputera?) Tawaran Kemasukan ke IPTA

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang kuota bumiputera bagi sebarang tawaran kemasukan ke IPTA terutamanya bagi sesi 2010/2011 akan datang ini, pastinya ramai pemohonan inginkan tempat dan bila dapat tempat di IPTA mereka mahukan kursus yang dipohon mereka dalam erti kata lain bidang yang mereka minat. Tetapi……

Tetapi senario hari ini, cuba kita lihat taburan mahasiswa dibandingkan mahasiswi di seluruh IPTA. Sangat ketara perbezaannya. Ini boleh dilihat terutamanya dalam bidang-bidang kritikal. Sehinggakan ada cakap-cakap yang mengatakan :

Kalau kita baling batu dalam bilik kuliah itu, pastinya yang akan terkena penuntut perempuan.

Macammana masalah dan senario ini tidak mahu dibiarkan berterusan, hanya kerajaan yang lebih mengetahuinya dan berharap kerajaan ada mekanisme  terbaik supaya keseimbangan taburan pelajar lelaki terhadap pelajar perempaun dapat diselaraskan.

Untuk tawaran kemasukan ke IPTA bagi lepasan Matrikulasi telah pun DITUTUP dan ketika ini yang sedang dibuka adalah permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan Diploma. Maklumat lanjut boleh semak terus di Laman Web Kemasukan ke IPTA.

Sebut berkenaan kemasukan ke IPTA, Tun Dr. Mahathir berharap peluang kemasukan ke universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputera berbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman dan meminggirkan kaum-kaum lain.

“Peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan pelbagai kesan negatif.

“Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain,”

Dr. Mahahtir berkata, perkara itu berlaku kerana tidak ramai kaum Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS disebabkan masalah kewangan yang terhad.

“Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta… pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada kuota Bumiputera.”

“Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan,”

Ini kerana walaupun penduduk Bumiputera hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk tetapi kuota yang ditetapkan hanya 30 peratus sahaja.

“Ini bukan perkauman… kita hanya tuntut separuh daripada apa yang sepatutnya kita tuntut. Ini tunjukkan kita bukan perkauman. Kalau perkauman kita (sudah) tuntut 60 peratus. Malahan nak capai 30 peratus pun tidak mudah,”

Beliau menegaskan, jika wujud ketidakseimbangan dari segi pengagihan ekonomi, mereka yang ketinggalan akan merasa benci dan iri hati dan mungkin akan bertindak liar dan perkara inilah yang mahu dielakkan kerajaan. Tumpuan dan peluang lebih yang diberikan kepada kaum Bumiputera tidak bermakna kaum-kaum lain diketepikan.

P/S : Bagi pendapat pembaca semua, apakah sebab utamanya sehingga menyebabkan taburan bumiputera dan jantian  untuk tawaran kemasukan ke IPTA kelihatan perbezaan yang ketara dalam erti kata lain tidak seimbang? Adakah sebab dasarkah? Golongan itu sendirikah?

PP/S : Atau ada sebab-sebab lain yang boleh dikongsikan oleh anda semua……dan apakah penyelesaian terbaik?

{ 28 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Zairi Zaidi January 26, 2010 at 8:45 pm

Hak bumiputera sebagai memang perlu diberi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 mesticun January 26, 2010 at 10:03 pm

Utamakan hak kami sebagai Bumiputra.baru bangsa kami cepat maju kembali seperti dulu kala.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 james bone March 4, 2010 at 12:07 am

bumiputera terutamanya orang melayu perlu mempunyai daya saing dengan pelajar cina. janganla mempunyai sikap malas

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 whatever March 8, 2010 at 5:05 am

@james boom
bisinglah, macamlah semua 100% pelajar non-bumi rajin,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 slalu berfikir March 11, 2010 at 10:04 am

woi whatever..
btol la ape yg jamesbone tu ckap…
anak cine mmng pandai2 pon…
rajin…
mmng x semua… tapi mmng ramai….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 PEACE NO WAR! :D June 4, 2010 at 6:45 pm

Salam,
Saya pelajar lepasan SPM 2009 & saya bukan bumiputera.
Saya dapat 10A dlm SPM, tpi x dpt both IPTA & Matrikulasi..JPA lgila x dpt..:(
walhal kawan2 bumiputera sye yg lain hampir semuanya dpt kedua2 tawaran tsebut walaupun ade yg hanya mendpt 1A.

Bkn sye jer..tpi ade lgi kwn sye yg dpt 11A & x dpt mane2 tawaran krajaan.. Bayangknla macamanae kmi rase.. kmi dh bpulun2 belajar dgn tido yg x cukup & giatkn diri dlm kokurikulum dgn harapan tuk dptkn tawawan IPTA, tpi kmi x dpt ape2 pn..:’(

Sye bukannye nk pertikaikn kepentingan kaum bumi..tpi, kaum bumi yg dpt 1A pn bleh masuk IPTA, knapa x bgi kaum non-bumi yg at least dpt 7A ke atas tuk masuk IPTA? paling tidakpn, yg dpt straight ‘A’s la kn…

memang btul ade ramai non-bumi kat IPTS, tapi pernah x tfikir KENAPA ianya sedemikian?? Kami semua memang teringin nak sambung belajar, tpi ke mana lgi kami bleh pegi klau x dpt ape2 drpd kerajaan? TERPAKSAlah kami masuk IPTS, even ade yg tpaksa gadaikn harta mereka / amik loan.. Even sye pn terpaksa masuk IPTS jgak dgn rse keberatan sbb mbebankn ibu bapa..

Dlu sye memang sorg yg bjiwa patriotik, xbleh nk slhkn msia dlm ape2 hal..n Lbh kurang 93% kwn2 sye memang melayu, dan mereka semua memang ok.. sye xde masalah dgn kaum bumi, cuma sye btul2 terkilan dgn cara kami dipinggirkn oleh kerajaan.. smakin sye mbesar, smakin bnyak benda yg sye dpt thu..rasa mcm kmi nie pendatang asing kt negara sendiri jer.. haih

papepn, bsabar je la kn.. hee
peace no war!! ^_^

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 FARAH June 17, 2010 at 2:41 pm

peace no war kesian kamu…
anyway, tahniah sbb dapat result spm yg baik.
Diterangkan di sini bahawa Hak2 dan keistimewaan org melayu dan bumiputera sabah dan sarawak telah termaktub dalam perlembagaan.Reasonable nye untuk membantu kaum2 ini untuk lebih berdaya saing dgn kaum lain sbb spt yg diektahui dasar2 penjajah dulu lebih mengutamakan kaum non-bumi dr sg ekonomi dan pendidikan.Maka termaktublah perkara 153 dlm perlembagaan.

TAPI sy setuju tentang pelajar yg dpt 1A x septtnye dpt peluang masuk IPTA.TAPI betul ke?even IPTA sy pn skrg ramai yg pandai2..7,9, 10 A?????

*TERIMA KASIH KRN ANDA SYGKAN MALAYSIA*

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 PEACE NO WAR! :D June 17, 2010 at 5:55 pm

Farah, thanks..:D:D:D

bgi sye, sye x kisah klau yg kaum bumi yg dpt 1A or yg x dpt A lansung diberi peluang utk melanjutkn pelajaran mereka ke IPTA, tpi sye cuma harapkn bgilah peluang kpd kaum non-bumi yg SEKURANG2NYA dpt straight ‘A’s dlm SPM tuk msk IPTA kn.. memang benda nie dh menyeksa golongan yg berada dlm keadaan sye dri segi mental & emosi..haih

n yup.. yg dpt 1A pn dpt IPTA.. de kwn lak sye dpt 1A and die dpt masuk UIA.. yg 2A, 3A pn de gak… :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 madir June 17, 2010 at 7:32 pm

peace no war…setahu sya, program diploma di ipta mmg terhad untuk lepasan spm nie dan persaingn mmg sengit.. adalah lebih baik kamu msuk matrikulasi atau pn tingkatn 6…jgn kamu pandng rendah dgn tingtan 6, msuk tingkatn 6 sgt3 byk kelebihn dia..jimat masa utk dpt kn degree, master n phd..kalo cita2 kamu ingin mjadi doktor skali pn, kamu msuk tingktn 6 pun cita2 kamu akn tercapai jgk…pluang kamu lg cerah utk ambik degree d ipta coz progrm degree byk d twarkn berbnding diploma kat ipta…sye skadar berkongsi pendpt jer..kalo ada kesilapn tlg perbetulkn..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 PEACE NO WAR! :D June 17, 2010 at 8:18 pm

Madir, thanks ye!! :D :D

yup, form 6 memang bgus.. lbh senang nak masuk IPTA lpas f6 tpi sye x brani nk amik r..sbabnye, de anak kawan ayah sye nie yg dpt 4A dlm STPM die beberpa tahun yg lepas tpi still x dpt course yg die pilih utk melanjutkn pelajarnnye di ipta.. at last, die terpaksa masuk kolej swasta jgak.. de jgak bebrpa lgi cerita sebegini yg sye pernah dgr & baca.. klau semua pelajar yg dpt keputusan yg cemerlang dijanjikn tempat ke IPTA dgn course pilihan mereka, sye takkan teragak2 utk msk f6.. tpi memandangkan kerajaan krg memberikn perhatian pda kaum non-bumi dri segi pendidikan, ramai di antara kami yg btul2 confuse tentang hala tuju kami ..inilah slh satu sebab kami TERPAKSA masuk ke dlm kolej swasta dgn mengeluarkn perbelanjaan yg banyak.. haih…

btw, thanks again ye madir.. sye btul2 hargai pendapat awk.. ^_^ ^_^

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 ct July 5, 2010 at 8:31 am

adakah masih ada peluang untk sye msok ke ipta pd thn ni?teringin sgt nk msuk u…result sye pon not bad…kwn2 yg lg low drpd sye pon dapat msok u….cdh btol…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 criticism July 20, 2010 at 11:26 pm

stengah orang ckp, utamakanlah keistimewaan org bumiputra, tak kira aspek ape sekalipun, untuk maju sperti sedia kala, dah suap segala benda, tapi kalau tak berusaha pun tak guna.. tak semua org lah..

bagi non bumiputra, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. kalau dapat straight A’s, u are eligible to apply for scholarship.. just try ur luck.. all the best for u..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Ej July 21, 2010 at 6:50 am

Peace no war, biar betul kamu kata yang 1A boleh masuk UIA. 1A yang kamu maksudkan tu 1A SPM atau 1A STPM. Sebagai bekas pelajar UIA, setahu saya pengambilan pelajar berdasarkan merit yang telah ditetapkan oleh kementerian. Mungkin yang kamu maksudkan kemasukan 1A itu bukan UIA tapi IIC (International Islamic College). IIC ialah IPTS yang diwujudkan oleh IIUM (UIAM) Holdings. Sama tapi tidak serupa. UIAM/IIUM ialah IPTA dan IIC ialah IPTS. Jangan mimpi lah 1A nak masuk UIA, masuk IIC mungkin ya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 PEACE NO WAR! :D July 21, 2010 at 11:55 pm

Ej, =)

memang wajar kalau awak susah nak percaya bhwa mereka yg dpt 1A pn de dpt tawaran utk masuk UIA.Kalau awk sendiri susah nk pcaya, bayangkn btpa susahnya lgi bgi sye utk terima nie since yg dpt straight ‘A’s pn x dpt mane2 ipta.. Tapi tulah,nak buat caner kn, itulah kenyataannya…huhu

n die memang mention yg die dpt UIA, x IIC… :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 MIEYA August 6, 2010 at 8:53 am

yup…sy stuju dgn pndpt mantan pdane mnyri kite tuew…bgoss cdgn e2… :joget

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 code red September 18, 2010 at 4:32 pm

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahera…
PEACE NO WAR… saya sudah baca komen awak… dan saya sendiri dapat melihat situasi yang berlaku di IPT pengajian saya… Namun saya terfikir 1 pelan bagi mengatasi masalah ini.
PERTAMA.. MENTALITI.. mari kita lihat perbezaan mentaliti kaum BP, Cina dan India… sekiranya kaum BP dikurangkan kota keasukan ke IPTA, saya rasa mungkin pentadbiran negara akan dikendalikan oleh kaum lain. ekonomi mungkin lagi berunsur penindasan, dan kaum yg pernah memerdekakan negara dari penjajah akhirnya dijajah minda mereka, saya bukan lah bermaksud racism, cuma saya sebagai melayu faham bagaimana mentaliti anak melayu. kalo yg berpendidikan mmg bgs, tapi masaah sekarang kurangnya remaja melayu yg berfikiran futuristic. sekiranya kami ditarik semula kuota, habislah.
KEDUA… sekiranya pihak keraajaan bekerjasama dengan kementerian pelajaran bagi memaksimumkan pembangunan IPTA atau membanyakkan jumlah IPTA, saya rasa masalah ini dapat diatasi. ini tidak asyik nak buat IPTS. bukan apa tapi IPTA lagi bagus sebab produk mereka ada MQA (sijil Kelayakan Agensi Malaysia) baru lah laku ntuk bekerja.
KETIGA>>> berkaitan dgn kelayakan untuk ke IPTA, kementerian pelajaran patutnya peka tentang pemilihan siswa siswi. janganlah sampai 1A pun diberi tempat untuk kos tinggi di universiti. patutnya mereka ini diberikan lebih kemahiran dan bukannya ilmu semata-mata. nanti kerja idea ada nak buat kerja tak tau. jadi amik satu langkah ntuk letakkan pelajar yg kurang elok SPM mereka dan tempat di institusi kemahiran. kuota BP jgn diusik!!! tapi kena peka tegk kelayakan akademik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 eddyy February 27, 2011 at 5:44 pm

apa bah ni……. orang yang dah la penat2 belajar bersungguh2 untuk dapatkan tawaran sekolah yang baik terutamnya Science Stream untuk masuk ke matrix pun susah.. awak tahu tak, kesungguhan semuanya datang dari diri kita.. yang non-bumi tu, tu hal mereka siapa suruh mereka malas2(some of them)… yang kami ni non-bumi macam mana, nak bebankan lagi cari duit dari mana2 pihak supaya dapat sambung sekolah, sudahla keadaan ni tidak menyenangkan, tambah la bah nanti war antara kaum… the point is, kerajinan dan kesungguhan datangnya dari diri sendiri, dan orang yang malas, memang malas la balasannya… saya ni pun memang rapat dan dikelilingi oleh kaum bumi seperti bajau, bugis and so on. Saya hormat juga mereka, gara2 ni la yang bikin saya ubah fikiran… Politic suckkk… geramnya aku…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 eddyy February 27, 2011 at 5:56 pm

tiada la orang dapat result yang low dan boleh terus dapat kedudukan yang tinggi seperti 1A.. even they get 1A suppose to be start by step by step, and not skip by skip.. all start from basic..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Winnie May 19, 2011 at 5:25 pm

Ya. Saya juga kaum non-bumiputera.
Result saya still ok , 10As (7A+ ,3A) , namun masih tak dapat JPA & matrix & biasiswa-biasiswa lain .
T.T
Saya memang kecewa ni , even kawan saya yang dapat str A+ , 10A+ (Pelajar cemerlang Perak) hanya dapat tawaran JPA untuk masuk matrikulasi sahaja .Aduhai = = …
Kawan-kawan Melayu saya yang dapat maksima 3A+ 6A- pulak dapat JPA overseas . (2 A+ pun ada . )

Memang tak adil ni , tapi rasanya ketidakadilan di Msia yang memdorong kaum bukan bumiputera belajar bersungguh-sungguh. Malahan , kuota bumiputera yang memdorong sifat malas sebahagian besar kaum bumiputera . Saya tidak membantah kuota-kuota Bumiputera bagi JPA , MARA , IPTA , Matrikulasi , MRSM , SBP dan lain-lain , namun janganlah keterlaluan sangat . Lihatlah pencapaian pelajar bumiputera & non-bumiputera , bandingkan perbezaannya . Sekiranya tanpa kuota-kuota bumiputera , kemungkinan peratusan kaum bumiputera yang mendapat tawaran-tawaran tidak dapat melebihi 10% . Inilah satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan .
(ps : Untuk makluman semua , peratusan calon yang dapat A+ dalam Bahasa Cina hanyalah 0.04% dan tiada seorang pun calon yang dapat A+ dalam kesusasteraan Cina di seluruh Msia . Saya pernah mendapat pangkat tertinggi dalam World Chinese Essay Competition peringkat antarabangsa .Namun , saya hanya mendapat A untuk B.Cina saya . Rasanya , Bahasa Cina SPM adalah peperiksaan paling susah di dunia . =_=”’ )

For non-bumiputeras , We have to be the best of the best to survive in our own country . Haraf maaf jika kata-kata saya menyinggung perasaan anda . Sorry …

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Putera Watan May 19, 2011 at 11:46 pm

PEACE NO WAR! <img src="http://beritasemasa.com/wp-content/plugins/jquery-image-lazy-loading/images/grey.gif" alt=":D" class="wp-smiley" original="http://beritasemasa.com/wp-includes/images/smilies/icon_biggrin.gif" style=""> :
Salam,
Saya pelajar lepasan SPM 2009 & saya bukan bumiputera.
Saya dapat 10A dlm SPM, tpi x dpt both IPTA & Matrikulasi..JPA lgila x dpt..:(
walhal kawan2 bumiputera sye yg lain hampir semuanya dpt kedua2 tawaran tsebut walaupun ade yg hanya mendpt 1A.

Bkn sye jer..tpi ade lgi kwn sye yg dpt 11A & x dpt mane2 tawaran krajaan.. Bayangknla macamanae kmi rase.. kmi dh bpulun2 belajar dgn tido yg x cukup & giatkn diri dlm kokurikulum dgn harapan tuk dptkn tawawan IPTA, tpi kmi x dpt ape2 pn..:’(

Sye bukannye nk pertikaikn kepentingan kaum bumi..tpi, kaum bumi yg dpt 1A pn bleh masuk IPTA, knapa x bgi kaum non-bumi yg at least dpt 7A ke atas tuk masuk IPTA? paling tidakpn, yg dpt straight ‘A’s la kn…

memang btul ade ramai non-bumi kat IPTS, tapi pernah x tfikir KENAPA ianya sedemikian?? Kami semua memang teringin nak sambung belajar, tpi ke mana lgi kami bleh pegi klau x dpt ape2 drpd kerajaan? TERPAKSAlah kami masuk IPTS, even ade yg tpaksa gadaikn harta mereka / amik loan.. Even sye pn terpaksa masuk IPTS jgak dgn rse keberatan sbb mbebankn ibu bapa..

Dlu sye memang sorg yg bjiwa patriotik, xbleh nk slhkn msia dlm ape2 hal..n Lbh kurang 93% kwn2 sye memang melayu, dan mereka semua memang ok.. sye xde masalah dgn kaum bumi, cuma sye btul2 terkilan dgn cara kami dipinggirkn oleh kerajaan.. smakin sye mbesar, smakin bnyak benda yg sye dpt thu..rasa mcm kmi nie pendatang asing kt negara sendiri jer..haih

papepn, bsabar je la kn.. hee
peace no war!! ^_^

Bohong lah, sy dpt 6A x dpt pun course yg sy minta….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 rg May 20, 2011 at 9:48 am

sy bumiputera dpt 1A dlm SPM x dpt langsung ipta..kecewa gak lah.. ambk form 6 je la..jimat masa dan duit. member aku cina dpt 2A stpm dpt uum. skolah dkt putrajaya1 presint 8.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Putera Watan May 21, 2011 at 1:31 am

rg:
sy bumiputera dpt 1A dlm SPM x dpt langsung ipta..kecewa gak lah.. ambk form 6 je la..jimat masa dan duit. member aku cina dpt 2A stpm dpt uum. skolah dkt putrajaya1 presint 8.

Cuba bygkan yg ngko dpt 1 A tp x dpt Universiti pon dh kecewa, sedgkan aq yg dpt 6 A, tersangat2 lah kecewa!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 rg May 23, 2011 at 4:21 pm

sabar2.. Insyaallah ada rezeki 2.. 6A..dah gempak 2..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 syuk May 24, 2011 at 1:44 pm

gua pon same TAK puas ati ngn result upu first intake nie.xkesah la gua bumiptra ke x.tu blakang crite.tpi bgaimne pemilihan pelajar diambil sbenarnye????yg dapat straight a pon xdpt masok u?yg dpt 1a plak dapt?ni kjam nmenyer.atau snang criter dorg gune cabel org dlm utk masok u nie?kalo berdasarkan NASIB ramai yg kecewa dgn cara niy.jdi x salah ar rmai golongan lelaki kat ipta nie dh pupus

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Putera Watan May 24, 2011 at 11:28 pm

syuk:
gua pon same TAKpuas ati ngn result upu first intake nie.xkesah lagua bumiptra ke x.tu blakang crite.tpi bgaimne pemilihan pelajar diambil sbenarnye????yg dapat straight a pon xdpt masok u?yg dpt 1a plak dapt?ni kjam nmenyer.atau snang criter dorg gune cabel org dlm utk masok u nie?kalo berdasarkan NASIB ramai yg kecewa dgn cara niy.jdi x salah ar rmai golongan lelaki kat ipta nie dhpupus

Aq pon tak tahu mcm mna dia pilih? Sedyh gila bila sume kengakwan dpt msuk U. Tp yg satu A dpt U? betul ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 rg May 26, 2011 at 11:57 am

mungkin tgk pada kokorikulum jgk kot..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Putera Watan May 26, 2011 at 11:08 pm

Saya mendapat markah ko ku 84.0=A…….marakah koku hny dilihat 10 %

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 Hak bangsa ku September 20, 2011 at 4:23 pm

Sekadar pandangan..kalau lebih kurang 95% kuota untuk Bumiputra lebih bagus..sebab? lebih kurang 95% Bumiputra berada dalam sektor pertahanan..bangsa kami yang bergadai nyawa untuk negara. boleh kamu jumpa bangsa kamu yang pertahan negara? payah sama sekali! sekadar membolot harta negara adalah..
Satu lagi..pembahagian peratusan ekonomi di Malaysia ini tak adil..kalau jumlah Bumiputra lebih kurang 65%, kenapa tidak 65% ekonomi dipegang Bumiputra..
Konklusinya, selagi peratusan ekonomi Bumiputra tak setara dengan jumlahnya, maka tak layaklah untuk dibuka lebih ruang non-Bumi’s masu ke IPTA..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: