Krisis dan Isu Politik Negeri Perak, Apa Kesudahannya?

by Admin [ Master G ] on November 3, 2009

in Berita Politik

[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda

Pada 5 November 2009 diharap dapat berakhirnya satu kemelut yang tiada kesudahan sebelum ini iaitu Krisis dan Isu  Politik di Negeri Perak. Biarlah  Mahkamah Persekutuan yang bakal mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan dengan kedudukannya samada masih lagi Menteri Besar yang sah atau tidak.

Saya amat berharap dan berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat nanti, membuat keputusan yang adil demi demokrasi di dalam negara kita yang dicintai ini umumnya dan politik negeri Perak amnya.

Selepas itu akan terungkailah segala persoalan semenjak berlakunya krisis & isu politik negeri Perak samada Datuk Seri Zamry akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak seperti sekarang ini atau Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah. Sama-sama kita nantikan.

P/S : Di bawah ini, saya telah sediakan poll/undian yang mana anda boleh memilih secara maya siapa sebenarnya yang menjadi pilihan anda untuk memegang tampuk pemerintahan negeri Perak.

Krisis perlembagaan Perak 2009 merupakan satu pertikaian politik mengenai kesahihan kerajaan negeri Perak. Segala-galanya bermula apabila 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat melompat parti, memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Dengan hal ini, Barisan Nasional berjaya meyakinkan Sultan Perak bagi membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan seterusnya digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum krisis perlembagaan tercetus, Pakatan Rakyat pada asalnya mempunyai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sementara Barisan pula mempunyai 27 ADUN. Semasa krisis tercetus, tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas manakala seorang lagi (yang sebelumnya telah keluar parti UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat) kembali semula menyertai UMNO. Pesta lompat parti tersebut menyebabkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri telah berubah, iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang sama iaitu 28 serta terdapat tiga wakil bebas.

Pertikaian kesahihan mengenai gejala lompat parti, bidang kuasa Sultan bagi menyingkirkan Menteri Besar sedia ada, surat perletakan jawatan tidak bertarikh, bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak serta bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia merupakan isu-isu utama dalam krisis perlembagaan ini.

Pilihan Pemerintah Negeri Perak?

View Results

Loading ... Loading ...

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Adalah Sah !!
  2. [BULAN MAC] Pilihanraya Negeri Perak?
  3. Keputusan Siapa Menteri Besar Perak Yang Sah? Nantikan 9 Februari Ini!!!
  4. Demam Keluar @ Lompat Parti Politik. Setujukah?
  5. [GEMPAR] Kerajaan Barisan Nasional Hampir “Tumbang” di Dewan Parlimen !!!
  6. Kerosakan Amerika Syarikat Punca Utama Krisis Kegawatan Ekonomi Dunia?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 2 trackbacks }

Berita Semasa Online | Berita Harian Terkini Malaysia
January 18, 2010 at 7:12 am
Berita Semasa Online | Berita Harian Terkini Malaysia
January 30, 2010 at 2:07 pm

{ 13 comments… read them below or add one }

1 Hong C.W. November 3, 2009 at 2:19 pm

Aku harap hakim2 tersebut adalah bijak dan membukak mata serta memberi keputusan yang wajar..

2 Remi November 3, 2009 at 9:29 pm

aku pun berharap macam ko.
harap2 sume ini dapat membuka mata rakyat Malaysia!

3 oneman November 4, 2009 at 4:16 am

Apa pn keputusan mahkamah nanti kena lah terima dengan hati terbuka…mesti ada yang x puas hati nanti…rasanya jalan yg terbaik adalah dengan buat pilihanraya semula 1 perak ok tak?

4 Pak Awang November 4, 2009 at 4:45 am

yang ini aku memang sokong, patutnya daripada dulu buat bendaalah ini. walaupun aku bukan orang perak, aku tak sanggup tengok rakyat diperbodohkan macam ini :merajuk

5 wan2911 November 4, 2009 at 5:04 am

yEah!! aku da vote….idop rakyat!!! :hormat :peace

6 JohnJimat November 4, 2009 at 2:48 pm

harap2 hakim tu dpt menentukan keputusan yg betul dan bukan keputusan atas pengaruh org atasan.. :doa

7 Pak Awang November 5, 2009 at 7:09 am

Berdebar rasanya hari ini
mintak-mintak hakim-hakim buatlah pilihan yang betul
bebas daripada kuasa eksekutif :hormat

8 safar November 5, 2009 at 12:29 pm

Sama-samalah kita tunggu.samada kekal atau tidak.

9 zualliz November 11, 2009 at 8:15 pm

Rakyat Malaysia menantikan keputusan yang adil dan bebas dari tekanan kerajaan dalam hal politik negeri Perak. Diharapkan para hakim memberikan keputusan berdasarkan perlembagaan. :berangan

Banyak hal yang masih dipertikaikan, termasuklah perkara lompat parti.

Secara peribadi, aku x suka cara BN. Bila dapat mandat, cepat giler nak lantik MB dari kalangan diorang. Padahal, masa PR menang, payah giler nak terima, nak ubah mandat.. :sedih

10 mesticun January 18, 2010 at 3:11 pm

Macam tak larat dah nak dengar pasal politik negeri Perak.sekejap kata kawan masih sah menteri perak.ada pula yang kata ini pilihan rakyat.buat kami semua kusut je. :serabut :serabut :serabut :serabut

11 ZMAN February 1, 2010 at 3:12 pm

aku harap hakim akan akan buat keputusan yg adil tanpa pengaruh mana pihak.beri pada rakyat perak yg akan menilai

12 FBI February 7, 2010 at 11:12 am

:roll:
Sama2 lah kita berdoa pada ALLAH S.W.T/ TUHAN SEMESTA ALAM, agar Yang Arif Hakim2 yang bersidang itu nanti diberi pertunjuk oleh NYA, kembalikan kepada yang HAK.

Sinar BULAN PURNAMA bakal menyinari negeri PERAK kembali. Insya-ALLAH

13 FBI February 7, 2010 at 11:27 am

Tak banyak boleh diharapkan bila BeeEnd ini yang mentadbir Perak…
jika disenaraikan terlalu banyak pekara yang dibuat bersifat kePOLITIKAN semata-mata

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: