BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Punca Kegawatan Ekonomi Amerika Syarikat

by Staff Berita Semasa on August 22, 2011

in Berita Ekonomi

Semua orang tahu bahawa ekonomi Amerika Syarikat sudah berada di ambang bahaya.Krisis ekonomi di Amerika masih lagi belum pulih dan hasil penurunan taraf dari AAA kepada AA+, menunjukkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat diambang kemelesetan.

Sebelum itu, kami ingin anda lihat video dibawah tersebut sebelum kami membuat kesimpulan.

Video di atas merupakan penerangan ringkas mengenai masalah ekonomi Amerika Syarikat yang berada di ambang kegawatan sekarang.Perbelanjaan AS sekarang hampir mencecah $4 trilion setahun berbanding dengan pendapatan $2 trilion setahun.Kekurangan pendapatan ini, dinamakan defisit, dimana defisit perbelanjaan AS adalah $2 trilion setahun.

Seperti mana-mana penyelesaian praktikal bagi negara-negara lain juga, untuk mengatasi masalah ini, caranya adalah dengan meminjam wang.Ini termasuk juga dengan negara AS.Pinjaman mereka diberi dalam bentuk BON.BON ini boleh dijual kepada bank tempatan,pelabur-pelabur yang terdiri dairpada rakyat biasa mahupun negara-negara yang berminat.Malaysia juga merupakan pembeli BON Amerika Syarikat.

Apabila kita menjual BON,ini bermakna pada sampai satu ketikanya nanti, penjual perlu membaya hutangnya beserta faedah yang dijanjikan untuk pembeli BON tersebut.Dalam kes ini, AS yang menjual BON tadi, tidak mempunyai duit untuk membayar faedah tersebut.

Jadi, apa yang AS lakukan,adalah dnegan menjual lebih banyak BON untuk membayar faedah tadi.Senarionya, bolehlah disamakan dengan membuat hutang lain untuk membayar hutang lain.Gali lubang, tutup lubang.Dan ianya dilakukan berualng-ulang kali sehinggalah Amerika Syarikat sekarang ini dibebani hutang dan faedah hampir 14 trilion!

Kerana terlalu banyak meminjam, AS sekarang hampir ketandusan untuk mendapatkan pinjaman,serta berusaha pula untuk meningkatkan syiling hutangnya yang sudah pun terlalu banyak,berbanding pendapatan tahunan negara mereka.Oleh sebab itu, antara cara AS boleh mengatasi masalah ini adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan menaikkan cukai.

Namun begitu, langkah ini bakal menjejaskan sektor pentadbiran dan juga rakyat akan lebih sukar untuk hidup oleh kerana cukai yang tinggi,akan membuatkan haga barang semakin mahal.Untuk mengelakkan masalah ini, maka kerajaan AS mencetak lebih banyak duit.

Mencetak lebih banyak duit tanpa bersandarkan pada rizab emas, bermakna harga duit tersebut bakal berkurang nilainya.Ini akan membuatkan harga komoditi seperti minyak, emas, dan makanan menjadi lebih mahal.Ini yang bakal kita kenali sebagai inflasi.Inflasi di Malaysia sahaja pada tahun 2010 adalah 3.4 peratus.

Kita ambil contoh sekiranya anda menyimpan duit di dalam ASB tahun 2010,dengan dividen sebanyak 8.75 peratus, nilai sebenar dividen anda adalah:

Dividen – Inflation Rate = 5.35 peratus

Bayangkan pula sekiranya anda membuat loan ASB sebagai aspek pelaburan.Sekiranya ditolak dengan kadar Base Lending Rate (BLR) untuk pinjaman tadi, berapa pula jumlah yang bakal anda dapat? Itulah sebab utama kami katakan menyimpan sendiri duit di dalam ASB adalah lebih baik daripada membuat pinjaman ASB.

Berbalik kepada ekonomi AS tadi,pada negara yang memberikan pinjaman kepada AS tersebut,nilai duit negara mereka juga akan turut jatuh.Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara yang memberikan pinjaman.Oleh itu,kos untuk sesuatu produksi atau pekerja akan menjadi lebih murah untuk negara yang memberi pinjaman.

Contohnya, banyak kilang-kilang jenama besar sepert Nike,Adidas dan juga Apple,menjadikan China sebagai kilang produksi barang mereka,kerana kos pekerja yang sangat murah.Ini bakal membuatkan rakyat Amerika sendiri, akan lama kelamaan,kehilangan kerja dan sumber pendapatan.

Apabila jumlah pekerja semakin kurang, maka semakin kuranglah pendapatan cukai negara AS.Ini akan menyumbang kepada kemelesetan ekonomi.Nak naikkan cukai, inflasi akan semakin tinggi.Nak pinjam duit lagi,memang boleh, tapi hutang dan faedah $14 trilion tadi pun tak mampu nak bayar, inikan pula nak pinjam lagi?

Bila AS tidak membayar faedah dah hutang kepada pelabur BON tadi, bermakna pelabur ini kemudiannya tidak akan mempunyai wang.Bank yang membeli BON pula tadi, tidak mampu untuk mengeluarkan duit lagi kepada pengguna mereka.Kredit pinjaman juga tidak akan diberikan.

Bagi negara yang membli BON tadi, kemelesetan juga akan sedikit sebanyak memberi kesan.Ini bakal merugikan negara yang membeli BON tersebut.Faktanya, hampir semua negara membeli BON AS, atas sebab spekulasi bahawa ekonomi Amerika Syarikat adalah kukuh dan berkembang pesat.

Dan apabila berlaku kemelesetan ekonomi AS ini, inilah yang membuatkan kejatuhan ekonomi dunia.Apabila ekonomi AS jatuh, banyak negara dan pelabur kembali kepada komoditi emas.Inilah yang membuatkan harga emas semakin meningkat dan menarik ramai pelabur untuk melabur keatasnya.

Melabur di dalam emas sekarang adalah lebih baik daripada melabur di dalam ASB.Apa pandangan anda mengenai kegawatan ekonomi dunia sekarang ini?

 


{ 48 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Serindik August 22, 2011 at 8:25 am

Info terbaik.. baru la puas membaca berita penuh fakta dan maklumat terkini..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 scid August 22, 2011 at 8:43 am

nasib baik awal tahun arituh aku dah beli emas..dpt 100gram pon cukup..emas jauh lebih kukuh dr duit kertas..jatuhnya kekukuhan dolar us menyebabkan emas akan mencanak naik mcm skang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 harapan August 22, 2011 at 9:04 am

tgk movi narrated by matt damon….masa tu korg tau AlQuran betul..dan yahudi tu bijak……cari la movi tu…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 anna August 22, 2011 at 2:38 pm
5 Jetjumad August 22, 2011 at 9:39 am

Marilah kita ramai2 memborong emas agar duit kita tidak terhakis sedikit demi sedikit…nampaknya emas dan komoditi lain akan semakin mahal lepas ni…target $3300 usd per ounce emas akan tercapai menurut pakar analisis emas. Mungkin tidak mustahil jika kita bandingkan dengan harga emas pernah di bawah $100 usd per ounce sebelum ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 tepu August 22, 2011 at 9:55 am

byk sangat orang2 tamak kt dunia nie…tu aje…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Menteri Gila Harta August 22, 2011 at 11:04 am

Sebenarnya negara-ngara kaya yang paling tinggi hutang. US, Kanada, France, UK, Germany, Japan dan Singapore. Rasanya hutang negara-negara Afrika digabungkan belum tentu cecah jumlah hutang negara maju.

Malaysia pun agak tinggi hutangnya. $ 131,000,000,000 (dalam dolar)
http://www.economist.com/content/global_debt_clock

Suatu masa dulu ekonomi US begitu kuat dan seluruh dunia bergantung kepada ekonomi US hingga ada pepatah “When US sneezes, the whole world catches flu”.

Tetapi sekarang ekonomi US sudah sakit dan seluruh dunia akan kena “flu”. Obama mengatakan beliau mewarisi jumlah hutang negara yang tinggi daripada pentadbiran Bush terdahulu.

Persoalannya: Adakah kerajaan Malaysia menguruskan kewangan negara dengan baik agar tak alami nasib yang sama dengan US?

Ini adalah pendapat jujur dan tiada unsur politik. Ini melibatkan survival hidup setiap rakyat Malaysia. Setiap sen duit rakyat adakah digunakan dengan betul. Adakah kita mahu menjadi seperti Greece…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Menteri Gila Harta August 22, 2011 at 11:12 am

Yang hairannya kenapa orang kata negara-negara di benua Afrika miskin sedangkan negara-negara G8 yang paling tinggi hutang?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 eddie August 22, 2011 at 11:48 am

kalau orang arab sana jual minyak guna emas sbg matawang,memang terus lingkup AS,padan ngan muka..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 jaya August 22, 2011 at 11:53 am

scid: nasib baik awal tahun arituh aku dah beli emas..dpt 100gram pon cukup..emas jauh lebih kukuh dr duit kertas..jatuhnya kekukuhan dolar us menyebabkan emas akan mencanak naik mcm skang

hahaha.. aku simpan duit.. gawat nanti mana dpt tuka emas dgn beras

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Red Indian August 22, 2011 at 1:10 pm

Aku dah habaq kena buat hudud baru la ekonomi boleh naik. Amerika xnak dengaq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 fido armando August 22, 2011 at 3:09 pm

org yg bisnes export mmg rugi besar kalau USD jatuh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Yugi August 22, 2011 at 3:17 pm

Dah smpai kpd zaman di mana “Made in China” adalah sebenarnya item yg branded. Ak puas hati skarang ni, padan muka kepada org yg “berlagak” kaya. Mana kebanggaan “Made in USA” korang? :P

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Tok Berjanggut August 22, 2011 at 3:22 pm

Itu sebab matawang kena berteraskan emas dan perak, dan bukan pada sekeping kertas yang tiada nilai.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Peros August 22, 2011 at 3:44 pm

jaya: hahaha.. aku simpan duit.. gawat nanti mana dpt tuka emas dgn beras

tapi emas boleh tukar jadi duit..hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 malaysia August 22, 2011 at 6:30 pm

sape yang tak nak tukar emas dgn beras? emas boleh tukar dengan ape je barang yg berpatutan dengan nilai..hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 korie August 22, 2011 at 4:24 pm

Dah terbukti emas adalah DUIT dan xde inflasi kalau menabung dalam emas. Contoh : 1400 dulu sekor kambing 1 Dinar kalau skrg 1 dinar (rm 819)..sama harga..xde susut nilai..

Ada sapa2 yang terima duit Iraq???? tanya diri sendiri..
Duit kertas adalah KERTAS SHJ…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 joe August 23, 2011 at 1:50 am

negara maju mereka maju dengan hutang yang di pinjam dari Bank Dunia milik Israel…bila kegawatan ekonomi..Bank2 Israil menaikkan OPR atau Interest..jadi bertambah la…hutang..bila kerjaan meminta penagguhan..interst semakin bertambah…Sistem Bank Dunia lebih kurang sama skim Cepat kaya Mcm Pak Man telo…tetapi terancang dan sulit hanya di ketahui system oleh zeonis sahaja…bila gawat makan jatuh la ekonomi…hartanah akan jatuh merudum,syarikat akan bankrap,malah negara peminjam pun boleh bankkrap…maka Bank2 Zeonis ni akan Refinance semula hutang negara..ini mainan zionis untuk kuasai dunia,..untuk megatasi negara perlu ada Dwi sistem kewanga…untuk imbangi sistem kapitalis zeonis..Sistemnya adalah system bank islam..yang menguna totalnya matawang berdasar Emas n perak .
..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 capal masjid August 23, 2011 at 6:40 am

kepada yang mengamalkan dan berbangga2 dengan sistem riba, ambillah bahagiannya sekarang. Mmg Allah dah isytiharkan perang kepada orang yang amalkan riba ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 tangkap muat August 23, 2011 at 7:57 am

inilah bala kpd Amerika… konon polis dunia. dulu, israel adalah negara penyumbang utama, siap boleh bagi pinjaman kat negara lain. la ni.. dia punya hutang saja dh 14 trillion. bkn sikit tu.. dah tu, bkn main lgh nk tujuk kuat, siap bala tentera besar-besaran, jet sana, kapal selam sini, terokai bulan, teroka marikh, siap semua benua nk parking tentera dia. la ni rasalah.. bkn main nk sokong balaci israel, serang iraq, serang afgnaistan… mana pi negara arab kaya yg dok ikut telunjuk Amarikaaa tu? pi lah bantu…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 peace August 23, 2011 at 7:58 am

joe:
negara maju mereka maju dengan hutang yang di pinjam dari Bank Dunia milik Israel…bila kegawatan ekonomi..Bank2 Israil menaikkan OPR atau Interest..jadi bertambah la…hutang..bila kerjaan meminta penagguhan..interst semakin bertambah…Sistem Bank Dunia lebih kurang sama skim Cepat kaya Mcm Pak Man telo…tetapi terancang dan sulit hanya di ketahui system oleh zeonis sahaja…bila gawat makan jatuh la ekonomi…hartanah akan jatuh merudum,syarikat akan bankrap,malah negara peminjam pun boleh bankkrap…maka Bank2 Zeonis ni akan Refinance semula hutang negara..ini mainan zionis untuk kuasai dunia,..untuk megatasi negara perlu ada Dwi sistem kewanga…untuk imbangi sistem kapitalis zeonis..Sistemnya adalah system bank islam..yang menguna totalnya matawang berdasar Emas n perak . ..

pada joe, mmg betul ada benarnya penghujahan yang ko bentangkan tadi.. jiwa aku mengangguk tanda setuju.. negara Malaysia ada bank negara, manakala dunia pula ada Bank Dunia dan Zionis yg pegang..duit syiling baru kita pun ada lambang bintang zionis, kat belakang 10 sen..ada sape2 wira ekonomic Islam yg mampu bantu kita di dunia? demi perjuangan Islam, bantuanmu diperlukan~~!! cepat lah datang..~!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 helmi August 23, 2011 at 8:10 am

x kesah la, dua2 pelaburan aku join..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 GM August 23, 2011 at 12:52 pm

Ada juga beli jongkong emas takat 300g je. Nak beli fizikal emas banyak-banyak kat mana nak simpan. ‘Park’ dekat sykt keselamatan / bank… kena bayar…kat rumah takut hilang pulak. Kena zakat lagi. Mana lagi baik …beli emas fizikal atau bukak akaun emas (atas kertas) mcm kat maybank tu. Any idea ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 hehe August 23, 2011 at 2:44 pm

GM:
Ada juga beli jongkong emas takat 300g je. Nak beli fizikal emas banyak-banyak kat mana nak simpan. ‘Park’ dekat sykt keselamatan / bank… kena bayar…kat rumah takut hilang pulak. Kena zakat lagi. Mana lagi baik …beli emas fizikal atau bukak akaun emas (atas kertas) mcm kat maybank tu. Any idea ?

betul tu, kita perlu bersatu dan berbincang utk cari penyelesaian..
mengenai bukak akaun emas (atas kertas) mcm kat maybank tu, maksudnya nilai emas akan tercatat di buku ker..? so, kalau kita tuntut, baru dia serah yg fizikal ke? hmm.. maybank je ke ada khidmat tu? bank lain takda?
sbb susah la nk simpan emas.. beli pun susah, simpan pun susah.. tak beli pun susah.. :(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 BorgWarner August 23, 2011 at 5:43 pm

Saya bukan pakar ekonomi, tetapi apa yang saya ketahui, kebanyakan urus niaga di dunia menggunakan matawang Dollar Amerika. Jadi negara pengeksport utama di dunia seperti China tentu mempunyai simpanan Dollar Amerika yang banyak.

Oleh kerana Amerika terlalu bergantung kepada negara luar untuk memenuhi keperluan rakyatnya, Amerika terpaksa mengimport banyak barangan dari luar seperti China dan lain-lain negara, akibatnya simpanan Dollar mereka semakin menyusut dan mereka kekurangan modal pusingan disebabkan pengaliran tunai yang tidak terkawal.

Jadi mereka tiada jalan penyelesaian melainkan mencetak Dollar Amerika bagi memenuhi keperluan domestik. Oleh itu, kuantiti keseluruhan Dollar Amerika terlalu banyak membuatkannya tidak bernilai ataupun nilainya jatuh menjunam.

Oleh itu, negara-negara yang memegang Dollar Amerika yang banyak seperti China tentu merasakan tempiasnya. Menyimpan Dollar Amerika dengan kuantiti yang banyak adalah tindakan yang kurang bijak pada waktu ini, kerana nilainya semakin menjunam. Oleh itu negara-negara yang menyimpan Dollar Amerika akan mencari jalan untuk menukar simpanan Dollar Amerika mereka kebentuk yang lebih menguntungkan.

Tiada siapa yang mahu membeli Dollar Amerika memandangkan nilainya jatuh menjunam, oleh itu, jalan penyelesaiannya ialah memulangkan kembali simpanan Dollar Amerika mereka kepada Amerika dalam bentuk pinjaman ataupun membeli Bon dari Amerika. Dengan cara ini, mereka tidak menanggung kerugian kerana tidak lagi menyimpan Dollar Amerika yang nilainya jatuh menjunam, sebaliknya akan mendapat keuntungan dari faedah pinjaman dan Bon itu tadi.

Jika Amerika tidak dapat membayar hutang-hutang mereka, Amerika terpaksa menjual asset-asset negara kepada “Big Corporation” yang berminat. Semakin banyak asset Amerika terjual akan menyebabkan Amerika bertukar lama-kelamaan kepada “Big Corporation” dan menjadi negara Kapitalis sepenuhnya, dan Kerajaan akan pupus.

Keadaan ini menyebabkan Amerika dikuasai golongan Kapitalis yang mengetuai “Big Corporation” itu tadi, dan tiada lagi demokrasi di bumi Amerika. Sesiapa yang mempunyai saham terbesar dalam “Big Corporation” akan berada di hierarchy teratas dan mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan, ianya satu bentuk “diktatorship” seperti yang diamalkan Vladimir Lenin dan Joseph Stalin, tetapi agak berbeza dari ideologi Komunis, kerana asset-asset menjadi hak milik pemegang saham bukan milik negara dan rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 BorgWarner August 23, 2011 at 9:17 pm

GM:
Ada juga beli jongkong emas takat 300g je. Nak beli fizikal emas banyak-banyak kat mana nak simpan. ‘Park’ dekat sykt keselamatan / bank… kena bayar…kat rumah takut hilang pulak. Kena zakat lagi. Mana lagi baik …beli emas fizikal atau bukak akaun emas (atas kertas) mcm kat maybank tu. Any idea ?

Soalan yang menarik! Apa yang saya fikirkan, kaedah “Buka Buku Akaun Emas” atau saya panggil “Virtual Gold” hanya dicatatkan di atas buku sahaja sedangkan pihak bank tidak membeli emas dalam bentuk fizikal. Jika mereka membeli emas dalam bentuk fizikal, mereka juga perlu peti besi yang besar untuk menyimpan emas fizikal ini dan ia juga melibatkan kos.

Kebiasaannya bank-bank komersil akan mendepositkan lebihan duit kertas mereka ke Bank Negara Malaysia, kerana tidak mahu menanggung risiko dirompak. Saya fikir kaedah yang sama juga dilakukan bagi menjamin keselamatan emas fizikal mereka dengan menyimpannya di Bank Negara Malaysia yang terjamin tahap keselamatannya. Jika mereka menyimpannya di Bank Negara Malaysia, sudah tentu Bank Negara Malaysia akan mengenakan bayaran perkhidmatan.

Persoalan yang lain, bagaimana bank-bank komersil mampu buat keuntungan dengan emas yang banyak dalam simpanan mereka? Katakan pada hari ini setiap 10, 000 orang membeli emas seberat 1 gram setiap seorang dengan harga RM 180.00 per gram. Maka, sepatutnya, Maybank terpaksa membeli 10,000 gram emas dengan harga RM 1 800 000.00, kemudian menyimpannya di dalam peti besi mereka. Katakan pula, pada keesokan hari, harga emas melonjak menjadi RM 200.00 per gram, lalu kesemua 10,000 orang yang membeli emas semalam ingin menjualnya kembali, tentu Maybank kerugian RM 200 000.00 akibat transaksi ini bukan?

Saya fikir pelanggan Maybank yang membuat deposit emas melalui buku atau saya panggil “Virtual Gold” telah ditipu. Pihak Maybank tidak membeli emas untuk menyimpannya di dalam peti besi mereka, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk modal pusingan mereka. Tentu anda semua fikir tidak mengapa Maybank menggunakan wang anda untuk urusan perniagaan yang lain, asalkan nilai “Virtual Gold” yang dicatatkan di dalam buku simpanan emas mengikut harga pasaran semasa.

Tentu anda semua tahu, harga barangan termasuk emas ditentukan melalui kaedah permintaan dan penawaran. Oleh itu, jika Maybank tidak membeli emas seperti yang dicatatkan dalam buku simpanan emas, maka, pelombong emas tidak mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, jadi pelombong emas tidak menaikkan harga emas bagi mengimbangi permintaan yang “KURANG” sedangkan realitinya permintaan emas begitu tinggi dipasaran “Virtual Gold”. Jadi, siapa yang untung di sini?

Bagaimanapun, jika pengguna membeli emas dalam bentuk fizikal, maka, pelombong terpaksa bekerja keras bagi menampung permintaan emas yang tinggi dan harga emas pasti akan melonjak. Oleh itu, pasti penyimpan emas fizikal yang terdahulu mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Bagaimanapun, saya bersetuju dengan pendapat saudara, emas fizikal menimbulkan masalah lain seperti yang saudara sebutkan tadi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 pedro August 24, 2011 at 8:48 am

owh.. macam tu rupanya.. ~ nampaknya terpaksa aku tanam emas yg aku beli, lepas tu lukis peta (tandakan X di tmpat yg ditanam) dan simpan peta tu baik2.. ehhee…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 BorgWarner August 24, 2011 at 5:14 pm

pedro:
owh.. macam tu rupanya.. ~ nampaknya terpaksa aku tanam emas yg aku beli, lepas tu lukis peta (tandakan X di tmpat yg ditanam) dan simpan peta tu baik2.. ehhee…

Bagus-bagus, tanam emas anda di tempat rahsia. Biar semua orang buat macam tu, kemudian saya beli “Metal Detector” membongkar khazanah negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 haaj August 24, 2011 at 8:30 pm

ceh…jgn terperdya ngan amerika…mereka sengaja nk wat ekonomi tak kukuh skrg….menagih simpati konon2 nya budi kena bayar…jual bon-bon…sdgkan mereka ada rizab jongkong emas yg mereka simpan…..mesti ada yg tak kena….rakyat dorg ramai yg jutawan dan bilionaire..dorg boleh settle separuh utang2 yg ada dgn menggunakn org2 mereka….ingat dunia brgantung kpd ekonomi mereka…..kena siasat dan kaji……!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Maklumat August 24, 2011 at 9:38 pm

WORLD GOLD RESERVES

Updated August 2011, source from World Gold Council

1. US: 8133.5 tonnes
2. Germany: 3,401.0 tonnes
3. IMF: 2,814.0 tonnes
4. Italy: 2,451.8 tonnes
5. France: 2,435.4 tonnes
6. China: 1,054.1 tonnes
7. Switzerland: 1,040.1 tonnes
8. Russia: 830.5 tonnes
9. Japan: 765.2 tonnes
10. Netherlands: 612.5 tonnes
11. India: 557.7 tonnes
12. European Central Bank: 502.1 tonnes
13. Taiwan: 423.6 tonnes
14. Portugal: 382.5 tonnes
15. Venezuela: 365.8 tonnes
16. Saudi Arabia: 322.9 tonnes
17. United Kingdom: 310.3 tonnes
18. Lebanon: 286.8 tonnes
19. Spain: 281.6 tonnes
20. Austria: 280 tonnes
23. Philippines: 153.8 tonnes
25. Thailand: 127.5 tonnes
26. Singapore: 127.4 tonnes
38. Indonesia: 73.1 tonnes
45. Korea: 39.4 tonnes
48. Malaysia: 36.4 tonnes

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 jengjeng August 25, 2011 at 3:24 am

Bukan nak sokong apa2, tapi Tun Dr Mahathir dah suggest lama dah. Mana nak cari pemimpin yang ada pandangan jauh ke depan macam Tun.

Tok Berjanggut:
Itu sebab matawang kena berteraskan emas dan perak, dan bukan pada sekeping kertas yang tiada nilai.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 rye August 25, 2011 at 8:57 am

eko islam yg tbaik… sbnrnya dr 2008 eko us dah jth n eko china akan naik. pelaburan emas dah perak berlandaskan sistem kewangan islam. Ini berdasarkan prinsip eko sendiri sumber adalah terhad. Emas dan perak terhad. Apabila permintaan tinggi harga akn melonjak. Perdagangan dalam Islam perlu tidak mengandungi unsur riba, penipuan dan tidak jelas. Perniagaan perlu mempunyai barangan untuk didagangkan. Sekiranya barang dagangan tiada maka proses jual beli adalah tidak sah mengikut Islam.Sebagai contoh sekiranya pada satu hari terdapat 100 pelanggan membeli emas sebanyak 10gram. Maka pada ketika itu bank perlu mempunyai 1000 gram Emas. Sekiranya bank hanya mempunyai 800 gram emas, maka hanya 80 pelanggan terawal sahaja yang mana transaksi jual beli mereka halal di sisi syariah. Eko Malaysia pernah gawat. Ada kajian menunjukkan amalan riba akan menjatuhkan eko dalam ms lbh kurang 40 tahun. Malaysia merdeka pd 1957 dan meminjam dana dr bank dunia utk pembgunan. Setelah 40 tahun iaitu pad 1997-1998 kegawatan eko melanda. Hukum Allah S.W.T. adalah yang terbaik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 menyelam August 25, 2011 at 9:50 am

erm.. tapi boleh jadik jgak ni semua permainan diaorang nak tipu dunia.. jika rujuk di
http://www.economist.com/content/global_debt_clock
semua “ahli-ahli” zionis (america, canada, singapore,UK,etc) semua hutang banyak.. mesti diaorang ada plan besar ni, mana tau diaorang plan nk turunkan mata wang negara lain, tp sebelum tu diaorang perlu buat-buat kerugian, etc.. mana la tau kan..? agak2 je la..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 nizarmazlan August 25, 2011 at 11:29 am

skrg ni saya melabur di asb. Berminat jgk utk melabur emas. Tapi ada tak sape2 nk tunjukkan calculation utk compare emas/asb mane lebih untung? Dan harga emas ni boleh tak jatuh,dan peluang utk jatuh itu tinggi tak? Komen please, kurang pengetahuan pasal2 ni almaklumlah baru umo 21…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 Pandangan August 25, 2011 at 2:42 pm

Katakan Harga emas untuk 1g adalah RM170. Maka saudara beli 100g emas dengan harga RM17000.

Ataupun, dengan RM17000 ni saudara masuk ASB. Dengan keuntungan 6.8% setahun, saudara akan dapat keuntungan RM1156 (6.8% dari modal). Selepas dua tahun, dapat RM 2391 (14.06% dari modal). Selepas 3 tahun, dapat RM3709 (21.8% dari modal).

Berbalik kepada emas. Selepas 3 tahun, untuk mendapat keuntungan sebanyak RM3709 (sama dengan ASB) dengan modal pelaburan 100g emas yang saudara ada, maka saudara sepatutnya kena untung RM37.09 untuk setiap 1 gram emas.

Dengan anggapan beza harga jual beli (spread) adalah RM5 untuk setiap gram, selepas 3 tahun nanti harga emas tu at least mesti jadi RM212.09 (RM170 + RM37.09 + RM5) untuk 1 gram, baru la keuntungan ni sama dengan ASB.

Kalau rasa harga emas boleh naik lagi tinggi dari anggaran tu, so emas patut lagi untung berbanding ASB.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 bunjut August 25, 2011 at 5:18 pm

klo korang nk lebih tahu ttg pelaburan emas….masuk link nie..

http://jutawanemas.com/v1/

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 Wan August 26, 2011 at 4:24 pm

Salam…

Jika seseorang itu ada berhutang secara konvensional mahupun islamik sekalipun, jelaskanlah dulu hutangnya sebelum membuat pelaburan emas sekalipun, sebab ASB ni dah jelas haram, tak perlu menghalalkannya lagi kerana dosa menghalalkan yang haram ini sama seperti syirik.

Untuk emas pula, jika modalnya berskala kecil RM5K ke bawah, saya syor buatkan jadual kenaikan infasi emas VS. kenaikan interest hutang yang dibayar. Kita mahu debt free dan pergi ke mekah awal, barulah hidup macam di bayangan syurga insyaAllah…(kecuali hutang untuk keluar jalan Allah macam sahabat).

Wassalam,
Wan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 amin August 31, 2011 at 3:43 pm

GM:
Ada juga beli jongkong emas takat 300g je. Nak beli fizikal emas banyak-banyak kat mana nak simpan. ‘Park’ dekat sykt keselamatan / bank… kena bayar…kat rumah takut hilang pulak. Kena zakat lagi. Mana lagi baik …beli emas fizikal atau bukak akaun emas (atas kertas) mcm kat maybank tu. Any idea ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Rasyid September 4, 2011 at 8:46 pm

Ni ada satu co bumiputra muslim located kt damansara perdana..
Nubex sdn bhd
Website .nubex.com.my

Setakat ni dh buat perbandingan , harga dia murah dan competitif..
Boleh try kot ke aa sape2 dlm ni boleh bg testimoni..

Tq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 Malim Demang September 9, 2011 at 1:10 am

PAda hemat aku…krisis ekonomi amerika memang telah dirancang yang tersusun rapi oleh secret society ni…rasanye anda semua tahu apa dia secret society ni..tak de apa yang boleh menolong kita jika kita menyimpan emas yang banyak sekalipun…simpanan emas..emas fizikal…pelaburan emas lagi lah hampeh…emas satu tempayan pun kita kena keluarkan zakat…bermakna jika berlaku seperti tahun 1929 Great Depression…orang semua tak de duit..nak tak nak kita yang banyak emas ni juga perlu menolongnye dan mengagihkan kepada yang dalam kesusahan…dan kita kena ingat adakah dengan emas satu tempayan tu kita boleh makan direct!..sudah tentu perlu di tukar dahulu untuk di makan..kalau kita kedekut untuk bayar zakat dan enggan menolong yang dalam kesusahan..sudah pasti tak de orang yang nak menukarkan emas kita dengan orang yang ada makanan…kesimpulanya di akhir zaman ini tak de benda yang boleh menolong kita kecuali perpaduan ummah dan akidah yang kental sahaja dapat menolong kita..bukan emas

Cuba anda perhatikan dalam terjemahan Al-Quran surah Yusuf ayat 43-49..surah ni dia menyuruh kita menyimpan stok makanan untuk selama 7 tahun dalam kesusahan…bukan simpan emas…adakah ayat-ayat al-quran ini diturunkan dengan sia-sia!…Renungkanlah…

Pelaburan emas di bank-bank adalah angka pada sistem komputer dan pada kertas sahaja…boleh dipadam dan di tambah..duit berganda tanpa hadnya dengan kiraan perisian komputer tanpa bersandarkan emas fizikal yang sebenar…berhati-hati…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 Fauzi February 16, 2013 at 11:42 pm

Nabi pon ade cakap akan ade satu zaman sehingge tiade ape pon lg yg berharge kecuali dinar n dirham,so simpanlah emas n perak bnyk2 sebagai sistem barter atau tukaran supye cukup untuk tampung 7 musim atau 7 tahun..kenyataan alquran itu x bermaksud memang kene simpan makanan sahaja…bnyk kan lagi membace dan kaji …

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 pasembur September 9, 2011 at 5:19 pm

GM:
Ada juga beli jongkong emas takat 300g je. Nak beli fizikal emas banyak-banyak kat mana nak simpan. ‘Park’ dekat sykt keselamatan / bank… kena bayar…kat rumah takut hilang pulak. Kena zakat lagi. Mana lagi baik …beli emas fizikal atau bukak akaun emas (atas kertas) mcm kat maybank tu. Any idea ?

beli banyak mas pakai sendiri tak yah beli yang jongkong. bagi anak isteri pakai. akaun emas hanya nama atas kertas je. tak sah jual beli kerana tiada melibatkan emas fizikal. bila jual balik pula kena lagi potongan oleh bank dan juga mesti tinggalkan beberapa percent baki akaun kat bank bank tu. bukan buleh jual 100%. yang untung atas angin bank… duit kita labur dia labur balik kat orang. bila kita nak balik duit kita dia pusing pulak duit orang lain kat kita. itu nama bank.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 adam September 14, 2011 at 12:06 am

GM:
Ada juga beli jongkong emas takat 300g je. Nak beli fizikal emas banyak-banyak kat mana nak simpan. ‘Park’ dekat sykt keselamatan / bank… kena bayar…kat rumah takut hilang pulak. Kena zakat lagi. Mana lagi baik …beli emas fizikal atau bukak akaun emas (atas kertas) mcm kat maybank tu. Any idea ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Malim Demang September 15, 2011 at 1:02 am

hati-hati..krisis ekonomi dan krisis hutang ini bakal melanda boleh mencetuskan perang dunia ketiga (WWR3)…seperti mana yang kita tahu harga emas sekarang terus melonjak naik..emas adalah pelindung nilai di saat inflasi dan peperangan…adakah tidak terpikir oleh kita kenapa USA tidak di isytiharkan Bangkrap akibat hutang yang mencecah 14 trilion? apa akan jadi jika USA di isytiharkan Bangkrap? bermakna jika di isytiharkan bangkrap…ekonomi dunia akan runtuh serta-merta kerana buat masa sekarang duit dollar masih lagi banyak berlegar-legar di negra-negara lain…sistem ekonomi dunia dan ketua polis dunia adalah Amerika yang pegang…lambat laun negara uncle sam ini akan bankrup..tunggu masa sahaja…apakah kaitan krisis hutang dan ekonomi boleh mencetuskan perang armorgeddon ini…tunggu penjelasan seterusnya….mengantuk bro..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 obi wan kenobi September 29, 2011 at 1:40 pm

ekonomi dunia memang akan hancur pun..biasa lah..apa yg manusia cipta (duit) memang akan musnah berbanding dengan emas…skang ni nak tunggu zaman islam maju balik mcm dulu..pakai emas balik..satu hari nanti korang kerja dah tak dapat duit lagi dah..dorang bg emas lak..tapi dapat ke?confirm tak dapatnye…bagi sesiapa yg mengumpul duit bertimbun timbun tu pun dah tak laku lagi dah..penat je mengumpul tapi tak leh pakai..hahaha…benda ni memang akan berlaku dalam masa terdekat..percaya atau tidak kita tunggu je la nanti..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 IQD/USD/MYR November 21, 2011 at 1:36 am

Kesimpulan EMAS lebih mudah di simpan dan bernilai dan menjadi sokongan kepada krisis ekonomi dunia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 IQD/USD/MYR November 21, 2011 at 2:03 am

Punca kegawatan ekonomi US, ialah kuasa pemerintah yang tidak dapat di terima oleh negara IRAQ kerana US ingin menguasai hak peribumi IRAQ seperti Minyak DAN Gas. Masalah ekonomi Iraq musnah dan nilai matawang telah jatuh pada tahun 2003. Sehingga kini 2011 tiba masanya Negara US, mengalami kebimbangan dengan krisis ekonomi yang akan jatuh pada 2012. Pengunduran tentera US perlu di lakukan segera sebelum tahun 2012.

Ini juga berkaitan dengan president george w bush yang mengatakan negara IRAQ akan pulih selepas 10 tahun dari serang pada tahun 2003, pemulihan ini dapat di laksanakan dengan sumber negara IRAQ ITU SENDIRI selepas 10 tahun. Selepas pemerintahan Bush, di ganti pula OBAMA BARACK. President ini akan menjadi kesinambungan dalam krisis ekonomi seterusnya.

Sementara perdana menteri Iraq SADDAM sudah menjadi buruan askar askar US, diganti pula dengan perdana menteri seterusnya Nari Maliki. Di sinilah saat kegemilangan Negara Iraq PADA tahun 2012 NANTI…

JADI PADA TAHUN 2012 NANTI nilai matawang IRAQ akan di apungkan segera, manakala ekonomi US semakin meleset. Nilai matawang US AKAN jatuh sehingga berlakunya huru hara di bandar bandar US kerana tidak berpuas hati…..

Adakah ia memang sengaja di rancang? Atau permainan ekonomi dunia yang begitu teruk atau terdapat lagi sudut pandangan lain, kalau bukan perebutan kuasa dan hak dari bidang politik… Konsepnya siapa lemah, senang di buli…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 90 c July 27, 2012 at 8:32 pm

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: