BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Konvoi Viva Palestin Malaysia, Pelajar Malaysia Ditahan

by Staff Berita Semasa on January 7, 2010

in Berita Dunia

vivaconvoi Konvoi Viva Palestin Malaysia, Pelajar Malaysia Ditahan

Alahai……bila nak buat kebaikan selalu ada sahaja halangannya. nk buat kebaikkan selalu ader halangan dan dugaan. Dikatakan pelajar Malaysia yang terlibat dalam Konvoi VIVA Palestin Malaysia ini telah ditangkap. Pelajar Malaysia tersebut bernama, Ibrahim Mohd Azmi yang mengambil kursus perubatan di University of Bristol yang telah menjadi sukarelawan untuk konvoi VIVA Palestina itu.

Apa sebabnya protes ini diadakan? Protes ini diadakan oleh konvoi Viva Palestin Malaysia untuk memprotes keputusan kerajaan Mesir menghalang 59 kenderaan daripada memasuki Gaza.

Setakat ini yang ditahan tiga rakyat Britain, 2 Amerika dan satu daripada Kuwait termasuk seorang lagi pelajar Malaysia. Menurut pemimpin Viva Palestina, George Galloway, ada rundingan di peringkat tertinggi oleh kerajaan Turki dengan kerajaan Mesir, termasuk untuk pembebasan semua mereka yang ditahan.

Apa tujuan dan matlamat Konvoi VIVA Palestin Malaysia ini?

Misi ini bermula di London pada 9 Disember tahun lalu dan telah bergerak melalui pelbagai tempat di Turki, Syria dan Jordan. Konvoi VIVA Palestina ini terdiri daripada 450 orang dari pelbagai negara-negara dengan 220 kenderaan bagi sesebuah misi misi untuk menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah yang bernilai lebih dari US $ 1 juta kepada warga Palestin di Gaza.

Konvoi VIVA Palestina Malaysia ini seharusnya tiba di Gaza pada 27 Disember lalu tetapi dihalang oleh kerajaan Mesir yang tidak membenarkan penggunaan pelabuhan Nuweiba untuk masuk ke Rafah sebelum tiba di Gaza. Sebagai alternatif, mereka harus kembali ke Syria untuk mencari cara lain untuk masuk ke Rafah untuk pergi ke Gaza.

P/S : Apa nak jadi dengan Mesir sekarang ini.. kenapa begitu taksub menyekat kebebasan warga Palestin untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan. Dahulu pun ada bantuan tentera yang pergi, malangnya mengalami kesulitan untuk masuk ke Gaza.

{ 5 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 bloginformasi January 7, 2010 at 1:57 am

pening sungguh bila Mesir nampaknya lebih mesra kepada Israel daripada saudara mereka di Palestin.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 nur ash January 7, 2010 at 4:07 am

~Mesir ni xda rasa belas kasihan ke?nama je negara Islam tp xsanggup nk bntu org Islam lain..mana pergi Agama kamu sume?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pak Awang January 7, 2010 at 4:15 am

Mesti mak bapak budak tu tengah risau sekarang ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 atoey January 7, 2010 at 8:53 am

-agak kompleks gak la prob ni.
perjanjian damai(camp david) mesir+israel yg buat mender ni jadi camni.jadi mesir dah terikat dgn plan camp david.

-The agreement also resulted in the United States committing to several billion dollars worth of annual subsidies to the governments of both Israel and Egypt, subsidies which continue to this day, and are given as a mixture of grants and aid packages committed to purchasing U.S. materiel.(wikipedia)

-israel yg menghalang mesir buka pintu sempadan dgn gaza walaupun camp david treaty ada menjelaskan hak rakyat palestin gaza mentadbir sendiri.

-tapi US sebagai dalang sebalik kes tu.mesir pulak terpaksa ikut cakap israel sebab nanti tak dapek lagi la wang bosar.nak tak nak…ikut jo la cakap penganas israel tu.

-kesimpulannya.umat islam dan muslim sekarang kena la ada satu suara.suara sapa???…bukan suara islam malaysia,bukan isalam arab saudi…bukan jua islam iran.tapi islam yang satu…iaitu islam yg punya satu suara.yang dinaungi satu pemimpin besar yg berjiwa besar.khalifah kalau dulunya dipanggil.

-aku bercita seperti saladin saja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 mesticun January 11, 2010 at 4:23 am

Israel takut dengan kuasa islam.mesti ada sogokkan.kalau tidak.ini mesti ada kena-mengena dengan politik.ketepikan politik.bantulah palestin.lupa saja sengketa diantara Hamas.bantu rakyat palestin :berangan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: