BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?

by Staff Berita Semasa on November 11, 2011

in Bongkar Penyelewengan

Skandal pembelian kondo mewah RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar menjadikan episod pendedahan disebalik anugerah projek mega Pusat Fidlot Kebangsaan bernilai RM250 juta yang sudah terbukti milik keluarga Datuk Shahrizat Jalil (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) semakin berpanjangan.

Melihatkan lokasi kondo mewah tersebut sahaja, membuatkan kami menarik nafas panjang. Mana tidaknya, kalau anda “tiada kemampuan” untuk membeli kondo mewah ini sekitar RM2 juta sehinggalah harganya yang setinggi RM11 juta, janganlah bermimpi untuk memiliki mana-mana unit kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini.

Kami sertakan 2 keping gambar kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini di sini utnuk tatapan anda…


Dan paling pentingnya di sini, kaitan dengan kondo mewah tersebut dengan anugerah projek Fidlot (Feedlot) Kebangsaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bernilai RM250,000,000,000 (RM 250 juta), sehingga dibongkarkan satu lagi skandal pembelian kondo mewah RM9.8 juta tersebut melalui 4 transaksi yang berjaya dikesan pada 2 Disember 2009.

Di bawah ini adalah butiran bergambar yang dikesan menunjukkan transaksi yang berlaku pada tarikh yang dinyakan di atas bagi pembeli kondo mewah RM9.8 juta :

National Feedlot Corporation (NFC) didakwa telah melakukan :

  • 4 transaksi dari akaun semasa NFC itu sendiri di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail
  • Traksaksi didakwa telah diberikan kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondo mewah RM9.8 Juta di One Menerung, Bangsa
Kemudian tak cukup dengan itu, kami akui Kementerian Pertanian & Asas Tani di bawah menteri, Datuk Seri Noh Omar telah menjawab isu projek Fidlot Kebangsaan ini. Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini terdapat percanggahan maklumat yang ada:

1) Pertamanya, berdasarkan semakan hansard kenyataan Datuk Seri Noh Omar pada 31 Oktober  2011 bahawa hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Bermaknanya di sini berdasarkan kenyataan menteri, dana tersebut belum disalurkan sepenuhnya kepada NFC. OKEY.

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini, melalui carian rasmi di SSM telah menunjukkan secara jelas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri daripada :
  • PINJAMAN DARI KERAJAAN RM 250,000,000 (RM250 Juta)
  • GERAN KERAJAAN RM 6,082,518
2) Persoalannya yang seterusnya, juga sekali kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan projek ini telah pun tercapai sasarannya. Kalau begitu tahniah kami ucapkan kalau dah tercapai sasarannya.
Tetapi, persoalan keduanya di sini sasaran-sasaran rasmi yang ditetapkan sendiri oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sebelumnya adalah seperti berikut :

P/S : Tugas menteri dan pihak-pihak terlibat dalam isu ini mudah sahaja, perjelaskan isu pembelian kondo mewah RM9.8 juta ini dan juga penjelasan “setelus mungkin”  mengenai isu dan status projek mega fidlot kebangsaan ini.


{ 89 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 ZAM November 11, 2011 at 9:39 am

laporkan pada SPRM…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 UwanZz November 11, 2011 at 9:54 am

SPRM pun mcm baru “Be-End”, langsung x kebebasan…kata Suruhanjaya (Bebas) Pencegah Rasuah Malaysia!! phuikkk~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 UwanZz November 11, 2011 at 9:55 am
4 hammpehh November 12, 2011 at 1:21 am

report kt SPRM mcm report kt najib laa..!!!sia2 sja…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 mbiakbait November 13, 2011 at 3:59 am

elo bro.. SPRM ko tau xtugas dia??? siasat je pastu bg laporan kat pendakwaraya…. bangang la ada makhluk cam ko ni… adoyaiiii… macam xskolah je ko ni kan…. bodo cam lembu…. jgn salahkan SPRM kalo xdapat nk dakwa sbb kptsn pendakwaan bkn d tgn SPRM la derrrr…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Muhayathumam November 13, 2011 at 4:07 pm

Setuju laporkan kepada SPRM jika tidak percaya buat laporan polis, lama kelamaan kerajaan akan bertindak kerana desakan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Ye ye betul betul December 11, 2011 at 3:06 pm

Ya keh ? maksud awak Kerajaan tak tau ke pasal ni ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Wanage November 11, 2011 at 9:49 am

wah…anak shahrizat jadi cowgirl lah…
i like

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 fizoo November 11, 2011 at 10:04 am

beli kondo sebab company ini meniaga untung

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Oghang Ghombau November 11, 2011 at 3:04 pm

apo yg untung eh????…. ko baco lah sampai abis dlu…. sasaran xsampai cmne nk untung?????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 muhd idris November 11, 2011 at 10:11 am

Biarkan….lah.Kaya macamana pun mereka akan di tinggalkan juga nanti..yang penting adalah… ingatlah pada orang susah dan bantulah pada org yang memerlukan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 begedil November 12, 2011 at 2:19 am

aku sejutu bangat ngan ko….at least ingat laa org susah…duit tu klu share kt org susah leh bantu dorg…semoga Allah beri hidayah kepada org2 cmni…igtlaaa DUNIA NI FATAMORGANA……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 john labu November 11, 2011 at 10:32 am

sakit hati btol laarrrr…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Iyaz November 11, 2011 at 10:37 am

Biarkanlah mereka. Wang yang mereka dapat tidak akan membuat mereka jadi VIP di padang Mahsyar nanti. :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 rogayah November 11, 2011 at 10:55 am

iyaz..saya setuju dengan anda..org dulu miskin2 pun xde utang kan..xde cerai berai2..tp kalo byk duit masih xboleh beli keberkatan..harap2 mereka ni sedar la..sumenye akan mati…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 seekers November 11, 2011 at 11:04 am

kalu ade bukti yg cukup buat la report kat sprm. cc kat polis, menteri2 berkaitan. kalu btul ade penyelewengan dlm pemberian kontrak n pembelian kondo tu, failkan kes. mcm kes khir toyo tu. byk kes2 mcm ni spt kes IPP dan kes rosmah cm tahan 2-3 bulan je kat blog. pastu terus sepi. xde tindakan susulan. xde ke mana2 pihak kat malaysia ni berani tampil siasat kes2 ni?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Oghang Ghombau November 11, 2011 at 3:05 pm

Semuo oghang dio punyo bro….. nak buek cmno laei….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 arewait November 11, 2011 at 4:00 pm

nak seribu dayo, xnak jgn bising2.klu btl dio salah, lapor kan jo kek mano2 agensi yang korang cayo.xyah bising2 kek dlm forum ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 awg1031 November 11, 2011 at 8:50 pm

dah ada yg buat report dekat SPRM..kita tgu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Pak Awang November 11, 2011 at 11:05 am

apa nak hairan
bab duit rasuah, melobi untuk dapat projek
memang dah ajdi darah daging UMNO
tak boleh nak buang dah akleh buang dah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Limah Jongang November 11, 2011 at 11:12 am

Nak juga ikut bertanya, seawal mula cerita, mcamana boleh syahrizat yg dapat projek terus. Apakah projek trs memang diberikan khas kpd beliau. Menteri2 lain tak ada yg meminang projek fidlot ni ke?

Dan sebelum award dianugerahkan, apakah pihak yg bertanggungjawab tidak meneliti terlebih dulu keupayaan si penerima boleh ke tidaknya memajukan projek. Ada pengalaman ke nak handle projek ternak lembu ni.

Biasanyalah, sesuatu projek yg menelan belanja berjuta ringgit wajib ditimbang, ditapis, dicurigai dan diwaspadai sebelum diserahkan. Ini bukan sedikit duitnya oi.. Tapi tu lah ye? Syahrizat kata keluarganya tak boleh dipersalahkan, so kita nak salahkan sape agaknya?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 anak selangor November 11, 2011 at 12:14 pm

direct nego projek politik UMNO cmni la…da terkene camni baru nak tengadah ker…statement “Syahrizat kata keluarganya tak boleh dipersalahkan” itu tak bertanggungjawab sbb nama yang kuar tu bukan ah chong & kupusamy ke…klu judi tu org kata kad straight la …jackpot buah apple sama la kiranya…so salah tetap salah. klu tak nak salahkan keluarga salah diri sendiri salah guna kuasa atau salah org yang beri projek…tp makin best la kes ni terbongkar…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Din sorai November 18, 2011 at 6:12 am

Ke………… Mungkin rakyat yang mengundi diorang ni patut dipersalahkan….????????? Cam no tu bro??????????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 saudara Azam November 11, 2011 at 11:58 am

Bagaimana dengan kes adik Noh Omar yang kena tahan oleh polis berkaitan dengan kes dadah ?
Dengar cerita sudah dibebaskan . Sesiapa boleh bagi info

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 anak selangor November 11, 2011 at 12:07 pm

inilah mainan mereka selama ini dan dah terbukti semua data dan laporan yang dibahaskan oleh pak menteri lembu NFC bercanggah dengan transaksi sebenar dan ini menghina dan mencemar parlimen yang mulia . Maka bermaharajalela la dan bertambahlah “lembu”2 yang bakal dilahirkan oleh menteri Lembu dan ketua bapak menteri yang menternak lembu2 ini dengan mengajar sampai lupa diri makan semua baja2 & menginap mewah di One Menerung ……….kalau betul telus, pertahan dan perbetulkan lah kenyataan dan bukti2 ini. tp nampak gaya da tak boleh lawan dah….semua bukti kukuh…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 anak selangor November 11, 2011 at 12:25 pm

Tahniah sangat2 sbb masih ramai lagi hidup merempat dlm BERSAMAMU TV3. Dengan RM9.8 juta kita bantu bina rumah untuk berteduh yg kuar Bersamamu TV3 ni agak2 brapa banyak rumah anak2 miskin dan melarat dapat dibela sekurangnya denga kos RM20k kita bina tempat berteduh kita boleh bantu 500 keluarga susah ini dan juga lebihan baikpulih umah yang rosak tu. Tp peluang jalan mudah ke SYURGA ini tidak dipilih so moga berbahagia hendaknya….aminn

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 mr x November 11, 2011 at 12:39 pm

waa… duit rakyat tu bro.. duit yg kte bg kat kerajaan tu depa bole bagi kat barua ni anak beranak… mmg BE END hebat… kalo rm 250juta tu diagih agihkan pada penternak lembu seluruh malaysia kan lagi bagus.. mesti aku rasa lagi berjaya daripada bg kat barua anak beranak ni ..

bapak jadi chairman, anak jadi ceo & gm. yg bawah2 lg tu sume2 kroni.. lepas tu wat meeting kat kondo mewah 9 juta tu tiap2 ari… mmg hebat…

waa respek sama lu…. mmg bagus cara BN memerintah… teruskan menyokong BN… sampai akhir hayat ku kan tetap ku sokong… puuuiiiii

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 anti pakatan November 11, 2011 at 12:52 pm

tak habis2 menipu dan menfitnah PR nie …cerita betul di tokok tambah dan cerita yg benar tak diceritakan ..

1. anak dia dapat projek nie secara tender terbuka .. bertanding dgn petender lain
2. duit peruntukan yg di terima adalah berstatus pinjaman daripada kementerian kewangan dengan erti kata lain perlu bayar dan buka duit rakyat digunakan sewenangnya seperti dakwa PKR penfitnah
3. Projek nie bertujuan mengumpul penternak2 dan menjadi pusat ….
4 . keluasan projek 5000 ekar tapi gambar yg mereka ambil dari luar pagar dikatakan tak ada lembu .
5. mereka datang time org cuti dan suka2 nak masuk kawasan …

entahlah kalau cakap dengan orang tak cerdik, senang kena tipu
sampai bila2 sia2 sahaja usaha kita perjelaskan arewitt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Oghang Ghombau November 11, 2011 at 3:12 pm

camno dio boleh dapek kalau xdo pengalaman…. cer citer… cer citer…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 mr x November 11, 2011 at 3:17 pm

1. jika tender terbuka sekalipun, kalo anak dia tu anak makcik ijat mesti confirm tender ni dapat kat dia. kalo pengalaman ko tu 100 tahun bela lembu belum tentu ko menang tender tu. cetek betul la fikiran puak umno ni.

2. mmg status pinjaman dengan kadar bunga yg rendah. tp masalahnya duit pinjaman tu bukan suruh pun ko beli kondo mewah rm9 juta. mana anak dia dapat duit beli kondo tu kalo tak guna duit pinjaman tu. cuba ko tlg jelaskan?

3. diorang dtg sbb menteri da bg green light kat dalam parlimen haritu. so diorang dtgla nak tgk.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 lu bodo November 14, 2011 at 9:22 am

bodoh tahap lembu la ko nie.. lembu pun x bodo macam ko.
ni la kroni.. macam nie la senang citer anjing ngan mak dan babi. satu kroni laa..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 kesian melayu November 11, 2011 at 2:02 pm

anti pakatan = umno karat…apapun parti dia buat ttp dia pertahankn wlpn dgn hujah penipu…laporan audit ko x nk perjelaskan ke???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 HARIS November 11, 2011 at 2:04 pm

kpd pemimpin2 yg bc blog nie… ig tla duit rakyat bkn leh wat sesuke ht.. amanah tu… bg aku senang je.. kalo korg pemimpin2 nk gune utk tujuan mnambah kekayaan sndri korg gunela tp nnt kt akhirat pandai2 la jwb… tu all pemimpin (BN, PKR PAS DAP n etc2)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 masi November 30, 2011 at 3:40 pm

aku sokong…semuanya hempeh!!!!!!!!!!!smua untuk kepentingan masing2…puuuiii!!!!!!!!xkira la parti mana pun.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 sharitan November 11, 2011 at 2:49 pm

macam mane nak respect bila kronisma berleluasa haishhh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Gurkha Pencen November 11, 2011 at 2:50 pm

Kalau dah jenis dari pengikut tegar spesis parti kapal layor ni sememangnya susah nak di nasihat.Cerdik tak boleh diajor, bodoh tak boleh diikut. Kalau pemimpin nya cakap kat pengikutnya, tempat kita ni tak kena banjir pasal yang turun tu bukannya hujan cuma langit jer bocor.
Sampai mati ler dia pegang cakap pemimpinnya. Kalau kita beritahu tempat tu nak tenggelam, dia mesti balas balik bukan nya hujan yang turun tu cuma langit jer bocor nanti kalu dah tampal tak ada ler air turun.
Last last kalu dah setengah mati bernyawa dah orang tolong, kita ni macam lepas anjing tersepit. Tu hah macam dua tiga ekor katak tu hah.
Pembangkang persoalkan mana pergi nya lembu… Kenapa tak bawak pembangkang kat lembu-lembu tersebut. Yang pergi tutup kandang tu pasal apa? Pembangkang tu wakil kepada rakyat. Bila dah guna duit rakyat, rakyat nak tau mana pergi urusan duit tu…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 kerajaan semut November 11, 2011 at 2:58 pm

kerajaan bangga org muda jadi pengembala lembu…
xde pengalaman nak urus 285j… tahniah kerajaan!!!
BULLSHIT decision!!! monopoli ekonomi… baik ko ternak babi… mmg babi..

kenapa lah kerajaan bonggok sangat…
285j nie leh di agihkan kepada 285 orang pemilik lembu kan lebih efisyen pengeluaran…

babi babi babi babi babi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 arewait November 11, 2011 at 4:01 pm

bnyk pahala ko sebut babi ea.bgs lah…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 kerajaan semut November 11, 2011 at 11:31 pm

nama haiwan.. pe susah… sebut je babi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 UwanZz November 12, 2011 at 8:59 am

hahahaaaa….babi babi babi babi babi babi!! spesis haiwan, bukan sumpahan/ejekan & seumpama dganya~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 AG November 11, 2011 at 3:54 pm

yang kaya bertambah kaya.. yang miskin melukut di tepian… *sigh*

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 putra November 11, 2011 at 3:56 pm

orang kaya semakin kaya….
orang miskin semakin miskin….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 eddie November 11, 2011 at 4:03 pm

Pelik….kenapa kat Malaysia nie tak buat undang..jika sesiapa yang memegang jawatan menteri atau YB…beliau serta keluarga mesti melepaskan jawatan dalam syarikat dan tidak terbabit dengan aktiviti berkaitan tender atau perniagaan dengan kerajaan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Kisah benar November 11, 2011 at 4:10 pm

Ni semua berlaku sebab ramai peminjam PTPTN taknak bayar hutang, sampai dah lebih 1 bilion.

RM 1 bilion duit rakyat vs 250 juta duit rakyat. Lagi teruk peminjam PTPTN ni berbanding Sharizat.

Duit rakyat tapi bukan duit aku. Aku takyah bayar cukai.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Din sorai November 18, 2011 at 6:23 am

Apelah cerdik sangat, takkan kau tak bebelanja kat negara ni, setiap barangan ada yang kena cukai, cukai tu dah dimasukkan dalam harga barang tu bang……….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 nasib kita November 18, 2011 at 4:37 pm

tak habis2 dgn ptptnnya..ni mesti staff ptptn..hahaha..harus di ingat kan..klo keadaan macam ni..rakyat mana nak bayar ptptn..klo bayar pun d habiskan oleh pemimpin2 yg korup jak..baik tak payah bayar..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 chunggu March 8, 2012 at 4:01 pm

bodoh a/l bangang betul ko nie..1billion tue, brp org dimaksdkan ko? sorang je atau ratus ribu?? 250 juta tue, brp ekor??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 kesian melayu November 11, 2011 at 4:21 pm

kisah benar = ntah pape ntah….komen merapu ke lain. Pptn tu mslh lain, lg pn rakyat kbykkn yg buat hal. Ini mslh pemimpin ko tu, ntah apa dh jd dgn 250 juta??sbb atas kapasiti dia sorg pemimpin dia leh wat sesuka hati duit rakyat?? balun anak-brnk smpai licin.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 jeneral pencen November 11, 2011 at 4:33 pm

td KJ ckp ‘anak carizat beli kondo untk pelaburan’….ni projek kondo ke projek lembu ni..???mmg lembu la dieorang ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 Kisah benar November 11, 2011 at 4:58 pm

Yang belum mula bayar hutang PTPTN tak layak nak komen. Bayar dulu baru komen.

Yang lain nak komen, komen aja. Dah nama pun negara demokrasi. Sharizat ni dari dulu aku benci. Kalah ngan Nurul Izzah tapi masih tak sedar diri.

Tapi aku xde hutang PTPTN. Aku takde pemimpin sbb aku tak pernah ngundi. Aku pimpin keluarga aku je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 kerajaan semut November 11, 2011 at 8:16 pm

Ptptn mmg patut mampos! sbb mengamalkan riba… walaupun di namakan sistem islamkan tetapi tetap mengamalkan riba… CAM MANA NAK IDUP KL DAH XBERKAT!!!

1billion ker, 2 billion ker… xperlu bising lah ptptn.. duit negara berbillion hilang kenapa ko xbising… Petronas,TNB, Royalti kelantan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 awg1031 November 11, 2011 at 8:57 pm

ni la contoh manusia yg duduk atas pagar dan cuba berlagak jadi baik..nak xnak ko kena pilih yg terbaik jugak bro..itu tuntutan agama..so, apa keputusan anda? mg demokrasi bukan tuntutan Islam, tp dlm keadaan negara mg dah pki demokrasi, ko kena gak terlibat dan pilih yg terbaik..

mengundi pun xnak, serupa aje ko dgn budak sekolah rendah..pegi bawah ketiak mak balik la wehh..

mcm mana ko tau diorg xbayar ptptn, ni lagi fitnah atas angin..org lain bawak cite ni at least semua ada basis bro..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Karut Sing Barua TV3 suku November 11, 2011 at 8:45 pm

Aku pun cukup2 meluat dia ni…. Aku rasa dia ni bukan melayu ni… tgk corat coret jalur renyih kat muka tu nak agak kaum aku jer…cuma nama je sama dgn puak2 mahadey kutty. Tak pn dia ni sama kaum kot dgn rohing tambi kat mlaka yg rogol budak kecik dulu tu. Kalu tak pun tok nenek moyang dia ni dtg setongkang dgn puak2 naina p.pinag tu. eiiiyy… susa lah nak agak spesis manusia dlm bangsa apa dia ni. Tp apa pn dia ni dah jd melayu da… lps join parti campuran bangsa AM-NO ni lg la tebal warna cat melayu kat tubuh puak2 celaka dia tu. sbb sembor dgn cat kale melayu la dia boleh mentekedarah projek fidlot 250juta tu. Pastu plk sang Najib dgn sang Noh ni nak bagi dia dana untk nak lawan Nur Izzah ni nnti. 2 eko musang tu da tau da bukan senang nak bagi Nur Izzah ni lingkup kalu tdk tabur duit.. walau apapun aku tidak halal walau sesenpun duit yg aku bayar cukai, lesen, dan apa2 lg tu kera….jaan BN bagi duit tu kat shahrizat n the gang dajjal tuh. Siap wat beli kondo mewah plk dia…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 budakn9 November 11, 2011 at 10:31 pm

Projek nie memang dekat dengan rumah aku. Dulu tempat nie dipanggil Maju Ternak, sekarang tempat nie dah jadi NFC. kalau ikutkan tempat nie memang padang ragut suatu ketika dulu. Masa mula2 buka dengar-dengar akan beri peluang pekerjaan yang besar kepada penduduk setempat. Meningkatkan pendapat penduduk dengan wujudnya ladang satelit dan salah satu cabang memperkasakan semula pertanian. Last2 macamnie jadinya. Tapi lembu2 yang diternak kat sini memang besar2. Dikhabarkan diberi makan campuran jagung. Apapun bab kondomium tu memang tak setuju la. Walaupun dikhabarkan untuk pelaburan NFC.

Kita petik surat daripada Umar al Khatab r.a kepada gabenornya, Abu Musa al- Asy’ari r.a. Antara isinya;
“sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatya celaka. jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawaimu juga akan bermewah-mewah.”

Kalau mewah duit sendiri itu tu, no komenlah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 Din sorai November 18, 2011 at 6:28 am

Den sokong dengan otak kau bang………………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 UmnoBN lembu November 11, 2011 at 10:47 pm

Ternak lembu jenis baka umno BN sebagai laluan untuk dapatkan duit kepentingan konco-konco umno /BN. Ternyata ternak lembu hanya sendiwara inilah penjenayah colar putih musuh rakyat dan negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 yakuza malaysia November 18, 2011 at 11:30 am

saya setuju pandangan anda! jalan setahun dua fail, pastu istihar bangkrap hidup kaya raya. Itu le plan pengkianat2 ni.
Depa tak terfikiaq ke takut kan laknat ALLAH balasannya Neraka jahanam le kamu. Dunia dia orang lepas le dengan macam2 alasan ma, akhirat nanti bersoal-jawab le kamu dengan ALLAH. nenek syarizat oi!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 manjoi November 11, 2011 at 11:36 pm

Dia dapat sebab dia pandai mempergunakan alternatif yg ada. Dia dapat mungkin dah tertulis. Dia berjaya diharapkan dia seorang islam dan berdoa dan dia berbelanja. ?…ingat ini pinjaman.
Aku tak dapat mungkin aku tak cukup usaha atau kroni. Aku tak dapat mungkin dah tertulis dan cukup berdoa tapi berdoa sebangsa dgn ku islam supaya berjaya. Ku tinggalkan hasat dengki dlm pemikiran ku dan berdoa supaya orang islam berjaya. Amin.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 Crocodile dundie. November 12, 2011 at 12:23 am

Saya berjaya merompak bank dapat 3 juta kerana saya berani.mungkin Sudah ditulis untuk saya begini.apa yang penting saya yakin tidak berdosa Dan yakin ke sorga.kalau betul Islam tiada perbuatan menipu,kaya raya cara haram .so kalau ada rezeki haram tak apakah asalkan mereka tu islam? Bodoh babal lah engkau komen macam ni pe lah makan tahi lembu sahrizat tu banyak zat barulah pandai macam lembu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 manjoi November 12, 2011 at 2:08 am

Orang melayu mudah lupa.
Tak tahu siapa musuhnya.
Tak berdoa untuk kaumnya sebab itu dia makin lupus.
Bila bangsa asing maju dia kata bla bla
Bila bangsa sendiri maju dia kata bla bla dengan caci sekali tak cukup. ?.hantar jin lagi
Selalu phd tak ada positif dan untuk maju. habis habis mengata je malas nak berusaha
Sampai bila nak jadi tuan tanah sedangkan habis tanah dijual.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 awg1031 November 13, 2011 at 1:01 pm

aku xkesah org asing janji org asing tu muslim sejati..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 manjoi November 12, 2011 at 2:32 am

Sedar lah kaum ku..kau dalam kepupusan ditanah air sendiri. Berusahalah mencapai kejayaan
Sesunguhnya 99% rezeki datangnya dari perniagaan da berniagalah dalam jual beli kerana dalam jual beli tiada unsur riba dan jauhi dari penipuan disebabkan kau islam dan tolonglah bangsa mu dahulu dan wajip memberi bantuan kepada mualap. Bangsa lain telah maju kalau dilihat sampai kegunung rumah dibina dan harganya no komen cuba pula kita lihat kita lihat dikampong semakin kosong dan anak muda lari ke bandar dan jadi pengemis dan mislkin. Orang mellayu perlu batu loncatan dari kerajaan kalaulah ia perihatin dengan masalah kita. Sedarlah wahai sahabat bahawasanya kita megalami ketidakadilan. Orang cina dan india boleh berniaga apa sahaja di malaysia ini sedanagkan kita ada halal haramnya. Dalam pelembagaan dah tertulis warganegara adalah islam tapi orang melayu mudah lupa dengan 1 malaysia. Maka orang lcina dapat pinjam billion boleh buat perniagaan haram beli pemimpin melayu. Kenapa kita tak berdoa yang baik untuk orang melayu yg ada halal haramnya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 awg1031 November 13, 2011 at 1:04 pm

tapi dia meniaga cara haram iaitu haram di sisi undang2 malaysia ok..syarat lulus tender adalah org berpengalaman, itu paling basic la senang cerita..jadi secara otomatiknya, ada suatu penipuan di sini dan jadi hasilnya adalah HARAMLA..xkesah la dia cina ke melayu..ingat dia melayu terus di HALALKAN?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 Petai November 12, 2011 at 7:13 am

NFC adalah 100% di kuasai bumiputera . Tujuan nya adalah utk membekalkan daging yg murah dan halal kpd rakyat malaysia. Tau ka kamu daging yg diimpot dari INDIA harga nya sekitar 5-8RM sekilo tapi bila blh kat Taukeh cina dah jadi 20-25 sekilo.

Mereka2 ini telah menggunakan Pakatan Haram utk menggugat kepentingan Melayu/bumiputera kerana merasakan projek ternakan lembu ini akan merugikan mereka.

Caranya adalah utk menyerang apa2 saja kelemahan supaya projek yg murni ini akan gagal dan seterusnya mengekalkan kekuasaan mereka selama2nya dan org2 Melayu biar la jadi kuli.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 haji gampang November 13, 2011 at 12:56 am

mana ada cina jual daging lembu panas klau daging impot ada la..ckp sdap mulut ko je…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 NORDINAHMADJAIS November 12, 2011 at 7:24 am

Sabit di dalam hadis Nabi SAW , riwayat daripada AtTarmizi, bahawa salah satu dari lima belas (15) kemaksiatan yang menyebabkan datangnya bala Allah ialah apabila harta kekayaan negara hanya berlegar di kalangan orang-orang tertentu sahaja. Sila rujuk hadis ke35 di dalam Kitab Empat Puluh Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Albanjari Annadawi)

Inilah satu contoh dimana harta negara seolah-olah harta pusaka yang yang begitu mudah ‘difaraidkan’ di kalangan orang-orang tertentu dengan cara yang tidak sewajarnya. Bertaubatlah segera atau kita seperti sengaja mengundang bala Allah. Wal aya zubillah- Wallahu a’lam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 awg1031 November 13, 2011 at 1:06 pm

terima kasih..hadis ni patut kita tampal jadi notis kt dewan parlimen..bagi semua pemimpin parti2 politik baca dan faham dan laksana..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 Din sorai November 18, 2011 at 6:31 am

den pun sokong………………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 tokekkpala2 November 12, 2011 at 8:27 am

senyum…tak perlu kata apa2…senyum…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 lensahitam November 12, 2011 at 9:59 am

PA LAGAI KITA TUKAR TIME PILIHANRAYA NNT…YOSHH

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 kudin November 12, 2011 at 10:04 am

kalo bagi kat aku duit nie pun aku buleh buka bisness. bukan takat 8 ribu je. 80 ribu lembu aku buleh bela.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 Din sorai November 18, 2011 at 6:33 am

betul tu bang, kalau takat 8 ribu ekor, orang kat felda pun, sede-sede pun diorang boleh bela………..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 Anok Rajo Siam November 12, 2011 at 7:24 pm

Aku setuju ngan Haris, Manjoi dan Petai…buat pe kita sesama islam berkelahi psl politik…kalu sharizat @ sesapa saje yng pakai duit cukai kita ngan cara tak betul biar dia jawab di pdg masyhar. Bangsa lain tepuk tangan tgk org melayu menyumpah seranah sesama sendiri..Allah x bg kita membuka pekung orang lain…apatah lg menyumpah seranah sesama islam…melainkan yg menyumpah seranah tu bukan islam tak tau lah saya..Padang Masyhar sesok kita tgk sapa yg kena….tak setuju jgn undi pd GE akan dtg…tak pyh bising2 nak buat dosa kering…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 bsha sin November 13, 2011 at 8:11 am

Betul, setuju, tapi kita yang tahu dan mampu perlu lakukan sesuatu. Hak Allah jangan diragui tetapi apa tindakan kita sabagai hamba Allah yanh diberi amanah untuk menjaga insan yang mengkianati dan telah dikianat. Hak mereka diambil, diubah, dibelot, dan di kemut sendiri dan ahli keluarganya. Itukah pemimpin yang kita sayangi, harapkan, dan menjaga maruah bangsa dan negara. Buatlah sesuatu wahai mereka yang ada kuasa, yang diberi kuasa, dan laksanakan tuntutan Perlembagaan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 Din sorai November 18, 2011 at 6:35 am

Bang, jika lihat sesuatu kemungkaran, kalau boleh ubah dengan tangan,ubah dengan lidah, jika tak mampu wajib menentang dalam hati, jangan nak setuju apatah lagi nak bangga. salah tu bang…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 bsha sin November 13, 2011 at 8:06 am

Pihak yang berkuasa dan diberi amanah oleh rakyat lakukanlah sesuatu agar kedudukan, keyakinan, dan kepercayaan rakyat tidak tergugat selain menunjukkan pengkhianatan terhadap negara. Sekiranya begibi keadaannya tidak mustahil negara Malaysia boleh dijual beli oleh pemimpin seperti Datuk Sharizat. Kalau begitu ramai orang ingin senang dan kenyang seperti itu. Amat memalukan. Ya.Allah tolong antu kami, berikanlah pertunjuk kepada mereka yang jahat dan bersubahat. Hanya Allah sahaja mampu menguahkan keadaan ini daripada pemimpin yang jahat dan hati kering.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 kerajaan semut November 13, 2011 at 9:13 am

kalau komen2 kita nie menteri baca kan lebih baik.. bukan nak condem atau kondomkan masalah korupsi dan kejelikkan kerajaan.. tetapi bersama dengan rakyat berfikir cara terbaik mengatasi masalah… paling sedang nak cite, kl dah kerajaan bodoh sangat, jangan sampai rakyat mengajar kerajaan. PRU13,14,15 jalan keluar

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 Kucing hitam November 13, 2011 at 11:15 pm

kalau eden dapat 250 juta ….
eden boleh bela lembu …250 juta anak lembu
tapi sesen pun eden tak dapat
jadi eden bela je kucing terbiar yg datang kat rumah eden
lebih kurang 4 ekor….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 kube November 14, 2011 at 2:09 pm

salam..korang apa nak herankan sgt pasal nfc ni..pkfz yg berbilion ringgit tu senang2 je diorang tipu rakyat..inikan pulak projek 250juta..tarak kesan punya..sekarang ni cerita2 dongeng dah kuar macam2 versi,aku dengar pun mcm nk pecah perut ketawa, apa apa pun korang tentukan pilihan yang bijak masa pru13 ni..kalo salah pilih merana la untuk 5 tahun akan datang..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 Bung Mokhtar Mengamuk November 15, 2011 at 11:46 am

Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 yakuza malaysia November 17, 2011 at 4:29 pm

kalau dah sohih dengan bukti yang nyata, buat ape nak berdolak-dalik lagi! usung je satu keluarga tu humban dalam jail, baru le telus namanya.
Bukan keluarga nenek tu je songlap rm ni, banyak lagi group2 dia orang ni yang kedarah rm rakyat. Itu baru rm projek belum tgk lagi rm dari kebajikan masyarakat, dah banyak mana ditelannaya. Hujung tahun diclare peruntukan dah habis diagihkan pd org miskin berjuta2 tapi yang pasti!!!!! Dengan sumbangan rm50 sebulan tu nak makan ape zaman sekarang ni! Tapi yang selalu kita dengar meeting yang selalu jabatan nenek ni anjurkan kat hotel atau tempat yang 5-6 star ma!! mau nye peruntukan habis!!
Pikir2 semua itu baru sorang, kalau tak caya cuba siasat semua ahli2 kabinet tu rumah sorang2 semuanya berjuta2 mana depa dpt rm tu!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

82 hazif November 18, 2011 at 7:31 am

Sharizat tu…aku harap pada PRU 13 ini jangan lagi dicalonkan sebab kalo dicalonkan pon diakan kalah…rugi BN, dia sombong lah semua konco2 dia sama kulit dia…dah kalah bolih jd menteri…sebab itu dia berani bukak kandang lembu…sesuai lah dengan orang UMNO dan BN…selamat maju kalah….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 AKU INSAN November 18, 2011 at 10:51 pm

KENAPA INI BERLAKU MASIH RAMAI LAGI RAKYAT YANG TAK MAKAN TAK DEW RUMAH APAKAH NASIB GOLONGAN GELANDANGAN SEPERTI KAMI APAKAH GOLONGAN BERPELAJARAN AKAN BUAT SUME INI DEMI KEPENTINGAN PERIBADI PIHAK KERJAAN SEPATUTNYA ADIL DN SAKSAMA PRIHATIN LAH SKIT INI NAMANYA KRONI DI UTAMAKAN RAKYAT D IBIARKAN D IHARAP PIHAK PEMBANGKANG TIDAK JADI SEPERTI INI

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

84 AKU INSAN November 18, 2011 at 10:52 pm

BELAJAR TINNGI PON JADI TAMAK TAK BELAJAR TINGGI KENE TINDASSSSSSS

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

85 Bekas Dallas Cowboy November 20, 2011 at 6:44 am

Wahai sekelian rakyat Malaysia, sebenarnya Malaysia ni kaya raya dan makmur. Masalahnya duit kerajaan tu selalu lesap, lesap, lesap entah ke mana. Kalau tak lesap, berniaga rugi. Ramai yang mahu “rompak” duit kerajaan. Kadang-kadang duit yang hilang/rugi tu tak masuk akal. Jawapan-jawapan bodoh yang diberi seperti mahu menipu budak-budak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

86 Pakuserpih November 21, 2011 at 8:41 am

Hai panas telinga dgr hal2 mcm ni.. Tamak punya pasal lah ni. X ingat dosa. Hak siapa dana kerajaan mcm 2? Xkan sbb dia 2 menteri sesedap rase je nak lesap duit mcm 2? Brape ramai pengusaha ladang n ternak kat malaysia ni yang masih guna cara lame n masih berada pada tahap lama. Kalau kerajaan benar nak tambah keluargan daging atau ape2 makanan negara supaya dpt kurang import. Bagilah org2 yang layak dan sanggup turun ke akar umbi untuk menjayakan projek2 mcm ni. Ni bagi kat pempuan tamak ni nak buat hape? Ape un x bleh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

87 harimau garang November 23, 2011 at 9:59 pm

begitulah sifat manusia memang apa yg ada kat dunia ni tak pernah cukup..mungkin nanti mati dia org ni tak mau dibalut pakai kain kapan putih,tapi dibalut dengan wang haram yg mereka perolehi..pas tu kat neraka jahanam nanti duit tu yang ikut membakar jasad mereka..itu kalau betul dia org ada bebuat seperti tajuk blog di atas..tp kalau dia org tak buat..aaa..jgn ambik hati dengan komen aku ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

88 AZAS December 2, 2011 at 10:03 pm

nak buat sesuatu ingatkan Allah, nak fitnah org ingatkan Allah. Bila berada diatas lihatlah dibawah, bila berada dibawah insaflah diri. Bila melihat orang senang bukan bermakna mereka bahagia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

89 zie November 8, 2012 at 10:41 am

sya cuma mahukan wang2 tersebut di beri kepada sistem pendidikan negara kite.. jumlah tersebut mampu melangsaikan ptptn anak2 melayu..ya allah kau berikanlah petunjuk..betapa daifnya sekolah2 agama..dgn jumlh yg yb ade mampu menaiktaraf sekolah2 agama tersebut..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: