BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Kompetitif) Kedudukan Malaysia di Dunia Melonjak

by Staff Berita Semasa on May 20, 2010

in Berita Malaysia

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, kedudukan Malaysia di dunia telah masuk dalam senarai 10 negara yang paling kompetitif di dunia selepas krisis kewangan dan krisis ekonomi. Kalau  sebelum ini Malaysia berada dalam kedudukan 18 daripada 58 buah negara di dunia. Sekarang………………….

Dan sekarang ini Malaysia melonjak 8 anak tangga untuk menghuni antara 10 negara paling kompetitif di dunia. Tahniah….Jikalau mahu dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain seperti Belanda, Denmark, Austria mahupun Jerman, Malaysia hanya sebuah negara membangun. Kedudukan bagi negara paling kompetitif di dunia dilihat daripada beberapa faktor termasuklah :

  1. Kemasukan pelaburan luar
  2. Dasar kerajaan yang pragmatik
  3. Risiko ketidakstabilan politik risiko rendah (persekitaran)
  4. Infrastruktur

Kalau sebelum ini Amerika merupakan negara paling kompetitif di dunia. Tetapi tidak untuk sekarang. Amerika telah jatuh ke kedudukan ketiga di dunia. Kedudukan Malaysia di dunia dari segi tahap kompetitif semestinya membantu dalam menarik lebih banyak pelaburan swasta dan FDIS.

Negara-negara Harimau Asia seperti Singapura dan juga Hong Kong telah meruntuhkan tembok dan kekebalan Amerika sebagai sebuah negara paling kompetitif di dunia.

Senarai 10 Negara Paling Kompetitif di Dunia

  1. Singapura
  2. Hong Kong
  3. Amerika Syarikat
  4. Switzerland
  5. Australia
  6. Sweden
  7. Kanada
  8. Taiwan
  9. Norway
  10. Malaysia

P/S : IMD World Competitiveness Yearbook (WCY)  adalah merupakan suatu badan yang berpusat di Lausanne, Switzerland cukup terkenal dalam memberikan laporan tahunan kedudukan daya saing negara mengikut indeks daya saing sejak 1989


{ 4 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 anip May 20, 2010 at 11:26 am

nice info. semoga malaysia makin laju dan melayu makin maju
.-= anip menulis artikel blog ..SEO TIPS – Result for auto ping =-.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 headhunter May 20, 2010 at 2:08 pm

tp rakyat tetap susah jer tgk… hrga barang semakin melonjak jgk.. huhuhu… yg kaya semakin kaya, yg susah makin melarat susah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 adie December 4, 2011 at 11:28 am

aku rasa malaysia nie ok ape…aku tak sokong lah yg die cakap miskin terus miskin,kaya terus kaya….tak sokonglah….aku lihat negara malaysia nie moderate

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 la dolche amy February 5, 2012 at 9:08 pm

Syabas Malaysia. I’m so proud of you. Malaysia boleh :D

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: