BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu-Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?

by Staff Berita Semasa on January 17, 2012

in Aduan & Tuntutan

Kalau sebelum ini komik “Transformasi Najib” ini boleh didapati di pasaran pada harga RM13.90 senaskhah termasuklah kedai buku utama seperti MPH Bookstore. Walaubagaimanapun, terdapat dakwaan terbaru yang mengatakan komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah.

Komik Transformasi Najib : Sudah 8 Kali Ulang Cetak

Ada kalangan ibubapa telah memperolehi “komik Najib” semasa menghadiri mesyuarat PIBG. Setakat ini dikatakan Komik Najib ini telah diulang cetak sebanyak 8 kali sejak mula diterbitkan pada tahun 2011. Adakah kerana komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah, menybabkan ia terpaksa diulang cetak sehingga beberapa kali?

Kalau diikutkan sebenarnya Komik Najib ini ada dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Nak tahu apa yang terkandung dalam komik Transformasi Najib ini yang mempunyai sebanyak 109 mukasurat?

Di bawah ini kami sertakan antara isi kandungan berserta gambar komik Transformasi Najib ini :

Komik Transformasi Najib : Rosmah Mansor Sebagai “Tulang Belakang”

Komik Transformasi Najib : Sila Sokong Kerajaan Bukannya Pembangkang

Komik Transformasi Najib : Ketika Detik-detik Pengunduran Tun Mahathir Sebagai Presiden UMNO Semasa Perhimpunan UMNO

Komik Transformasi Najib : Rakyat Dinasihat Supaya Jangan Jadi “Musuh Dalam Selimut” 

P/S : Cikgu-cikgu ada yang dah dapat komik ini? Ada kalangan anak-anak anda di sekolah sudah menerima komik Transformasi Najib ini?


{ 54 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 kin January 17, 2012 at 4:24 pm

Kalau umno sume boleh…ape pon boleh wat..kalau PR ape pon tak boleh..kalau PR wat mesti kena tahan ISA dah nie…!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 fasha sandha insaf January 17, 2012 at 7:40 pm

itulah masalahnya..
ni dacing senget namanya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 kawe January 18, 2012 at 9:11 am

komik kartun mcm upin ipin yg xpernah wujud. samalah BN mcm kartun juga. mengkartunkan diri sendiri

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Pulau Kundur January 19, 2012 at 3:22 pm

POLITIK PUN DAH MASUK SEKOLAH,TANDA TANDA MALAYSIA NAK HURU HARA NI.BERSIAP SEDIA SAUDARA SAUDARI SEMUA YANG BUKAN AHLI UMNO. KERANA KERANA KERANA, ANAK ANAK ANDA AKAN MENANYAKAN KEPADA ANDA KENAPA MENYOKONG PARTI NI,KENAPA TAK UMNO,DAN BEGITULAH DI SEKOLAH NANTI AKAN ADA ANAK UMNO,DAN BUKAN ANAK UMNO,LAMA KELAMAAN AKAN MENJADI MUSUH,SAPA YANG CIPTA IDEA INI,MEMANG PANDAI,SAPA YANG LULUSKAN IDEA INI MEMANG BANGANG.CARA YANG BAIK,UNTUK BOLEH MEMECAH BELAHKAN KAUM SEBANGSA. KALAU TAK PERCAYA TUNGGU DAN LIHAT.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 jokkang jongket January 17, 2012 at 4:30 pm

Dah bace ari tu…..emmm…hehehe…sendiri fikir le….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Pak Awang January 17, 2012 at 8:19 pm

hang dah baca dah? cuba cerita sikit pengalaman komik
yang penuh propaganda ni
nak tahu juga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 jokkang jongket January 17, 2012 at 4:33 pm

untuk sdra KIN tak payah nak buat buku la…cukup sediakan perkhidmatan untuk rakyat mesti rakyat ingat…..banyak kos tu nak terbit buku…..kalau berlawan kuar buku komik nie sampai sudah tak jadi aper…..emmmm….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Megat Panji Alam January 17, 2012 at 4:58 pm

betul tu..kami SOKONG

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 asdsad January 17, 2012 at 5:24 pm

tak cukup lagi ke dgn buku2 teks sejarah umno? dtambah pulak dgn komik?hehe. ni nak menyemai semangat cintakan umno bn la ek? hehe. saya dulu masa kecik sekolah rendah mmg sokong abis bn, siap marching sambil nyanyi “inilah barisan kita”. last2 bila dah besar baru la tersedar dari segala penipuan. moral of the story, takyah la susah2 buat camni, abihkan duit rakyat je. bila kanak2 dah besar dan pandai berfikir, diorang akan realise the real thing. yg penting buat ape yg betul, hentikan perbuatan yg salah, buang kronisma, adil terhadap semua rakyat tak kira kaum, berkhidmat pada rakyat tak kira kelas/pangkat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Bigboy January 17, 2012 at 5:26 pm

apee la teruk sgt kerjaan skrg ni.. semakin terdesak …
perlu ke buat semua ni…

hanya untuk menjatuhkan seorang sahaja?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 anak muda January 17, 2012 at 5:39 pm

Rakyat x boleh sokong pembangkang???? Ni negara komunis kah
sampai rakyat dah tak boleh nak buat pilihan secara demokrasi
kenapa nak paksa orang membenci, padal ramai ramai yang membenci kau wahai UMNO+ Najib + Rosmah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Bob January 17, 2012 at 7:45 pm

komunis pon tak cenggini
ni lagi teruk daripada komunis

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Pulau Kundur January 19, 2012 at 1:52 pm

MACAMANA TK TERUK,MEREKA TIRU CARA KOMUNIS.MAKNANYA MEREKA LAGI TERUK LAGI KOMUNIS. HA HA HAAAA HAAAAAAAAAAAAA.TUNGGU SAHAJA 13 MEI EPISOD 2!!!!!!!!!!!!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 hadoi January 17, 2012 at 6:08 pm

ni dah macam fahaman komunis. zaman mao zedong dulu pun ada buku camni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Pulau Kundur January 19, 2012 at 1:49 pm

NI MEMANG MACAM ZAMAN MAO ZEDONG.TP SEKARANG NI ZAMAN FREEMASON.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 ranjan January 17, 2012 at 6:46 pm

Bagi aku free pon aku tak mau..!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 NasiLemak January 17, 2012 at 6:48 pm

wow….cantik gilerrrr…..buku tu..haha dulu aku belajar sejarah teks je…mana ade buku cammni. Politik yg biru gelap (timbang senget)……nak paksa orang sokong dia. Tak boleh sokong penmbangkang……ini kata demokrasi ke ? Demokrasi tukar ke zaman komunis ke ? 2020 ..tak payah nak tengok kawan…dah hopesless ni.. selagi rakyat tak tolak parti biru gelap yg senget sebelah. kerje dia orang ni …Sini tax sana tax, sini buat hal sana buat hal , makan duit rakyat , dan macam2 lagi. Rakyat makin miskin…keje macam lembu ..ini para pembesar …goyang kaki dapat duit masuk.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 NasiLemak January 17, 2012 at 6:50 pm

pandai ..bn cara taktik ni..nak pakai buku ni…cuci otak anak kite….skrang. Supaya sokong…BN selama2…BN je. Aku ‘PUI’ …..kat BN.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 orangkampong January 17, 2012 at 7:05 pm

patut ke buku ni ade kt sklah,tak patut2,ari tu kte ,politik dlrg utk pelajar(cam ipt).sme la jg kt skolah2.ckp x srupa bikin…berat66 ngohh…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 ncj January 18, 2012 at 10:49 am

sokong orgkg…hehe.. bdk2 ‘U’ kn tindakan sbb b’politik so skrg kerajaan lak yg wat politik kat bdk2 sek yg belum tntu msuk ‘u’….apa kes nie????????????? lawak la..klau bdk sek b’politik jgn salahkan diorg sbb yg memulakan politik untk bdk2 br belajar adalah kerajaan sendiri..so xadil la klau bdk2 ‘u’ dikenakan tndakan disiplin..( bole di ibaratkan : ‘nak org lain patuhi undang2 yg dibuat tp ORG yg wat undang2 2 sndri XNAK ikut undang2 yg diri sndiri wat”) hahahaha……….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Hakka January 17, 2012 at 7:49 pm

“kerja dengan kerajaan sokong kerajaan lah, jangan jadi musuh dalam selimut”

- orang gomen sila ambil perhatian. nak dapat naik gaji kan? sokong aku dulu. hehe…senang betul orang gomen kena cucuk idung

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 mamat January 17, 2012 at 8:05 pm

Kalu aku dpt tender cetak buku ni msti jd jutawan..hahaha..malangnyer balachi atau kroni2 nyer yg dpt..sedih aku..aku nk pangkah apa aah lps ni?umno rasuah,pkr cibai,pas plak topeng islam,dap cina lahanat,apa lagi aa..jd bebas ok kot

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 asdsad January 18, 2012 at 4:35 pm

ape2 je la bro, asalkan jgn umno/bn

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 call me Ujai January 20, 2012 at 6:30 pm

pkr cibai? pas topeng Islam? dap lahanat? kau ni mmg dah sah kena racun utusan & tv3..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 RTM lemau January 17, 2012 at 8:06 pm

ni cetak komik ni guna duit siapa? duit umno or duit kerajaan i.e. duit rakyat? kalau guna duit rakyat utk propaganda sendiri, memang teruk la.. geli aku
tapi bukan ker dulu dia yang kata tak boleh politik kat sekolah
ni umno jilat ludah sendiri ker?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 Knowlwdge January 17, 2012 at 9:21 pm

Di Jepun, kanak-kanak sekolah diajar macamana untuk buang sampah. Kotak2 susu dipotong cantik2 dengan gunting, dikumpulkan dan diikat cantik2 untuk dibuang (recycle).

Di Jepun, tin bukan saja diasingkan dari sampah2 lain, tapi juga tin pun diasingkan kepada sampah tin aluminium (seperti tin air berkarbonat) dan tin steel (seperti tin air kopi). Pelajar2 juga diajar untuk mematuhi peraturan seperti gotong-royong setiap petang, dan juga mengelap lantai gimnasium setiap kali digunakan. Ini menyumbang kepada mentaliti kelas pertama.

Tapi murid2 di Malaysia disogokkan dengan bahan yang tak penting. Kan lagi bagus kalau dibekalkan komik berunsur sains dan matematik. Satu langkah terdesak dari kerajaan (BN) yang sangat lucu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 mamat January 18, 2012 at 9:48 pm

Yer ker ada ajar camtu..kalo camtu ko g tolong ajar najib sket..kasi cam jepun

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 begedil January 17, 2012 at 9:32 pm

mne si MANSOR nie….slalu dia nie pembela UMNgok…mne die nie rindu laaaa…hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 demang January 17, 2012 at 9:56 pm

sedihnya
kerajaan disalahguna, minda kanak2 dirosakkan lagi
hancur lah UMNO BN dari muka bumi ini

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Blog Berita Online January 17, 2012 at 10:43 pm

adus. najib ni dah lebih. komik tu terang2 berkisar pasal politik knapa perlu disebarkan ke sekolah. dah terdesak sgt ker?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 aku penggila wanita January 17, 2012 at 11:15 pm

aduuula… menyampah aku jadinya najib

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Lantoi January 17, 2012 at 11:35 pm

aduyai semakin bangang BN ni Najib-najib….. akU SEJAK di IPTA dululah dah nyampah kat Umno ni Tak dak sapa yg hasut tapi bagi aku lah sekali aje kau dikaitkan dgn rasuah patutlah kaun berhenti jelah. cam isu NFC nilah bukan mainan pembangkang nak gulakan rakyat tapi kita semua patuta kepincangan ni dan somebody must be responsible. Siapa Najibler…

Nabi suruh pilih pemimpin adil, najib adil??? ntahlah yg aku tau tv media perdana semua dia konker. apa yg adil, PR buat demonstrasi tak leh tapi gang dia boleh. ADIL??? KATALAH BN KALAH pilihanraya PR naik dan diorang buat benda yg sama tak adil nescaya aku akan bangkang balik dan tak sokong sampailah betul-betul ader parti yang hampir 99% adil dan bebas rasuah. TAK mungkin… mana pulak zama kalifah Islam telah membuktikannya… ade yg adil dan bebas rasuah.. KIta yg patut bijak memilih. DARE to change

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 EkELEH January 18, 2012 at 12:52 am

Katanya politik tak boleh dibawa ke sekolah. Kalau Najib boleh buat..tentu parti lain pun boleh buat…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Menteri Gila Harta January 18, 2012 at 1:21 am

Antara tanda-tanda kiamat adalah pemerintahan dari orang yang bodoh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 zicron21ck January 18, 2012 at 3:30 am

Bagi free pun tak nak…heheheeh

Mengharap kerajaan adil dan menjalani pemerintahan Islam… itu sahaja….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 mann_bravo January 18, 2012 at 8:15 am

apapun …. ambil dan baca jee …. buat perbandingan, tak perlu gaduh gaduh … maybe itu kerja dia sebagai pemimpin .. tada beza dengan org politik yang lain … masing masing ada agenda ….

yg perlu korang ambil berat + kisah ialah … kes kes macam kitab yg depa terjemah dlm bahasa melayu …. kes kes penggunaan nama allah oleh yg bkn islam …. , kes kess … umat islam dengan mudah dicemari dengan membuat jamuan makan …, dll ….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 asdsad January 18, 2012 at 4:47 pm

betol tu bro, tapi jgn selective, ape2 je benda tak betul termasuk la apa2 yg bro senaraikan kita kena ambik berat. tapi dlm artikel ni, kita komen la pasal benda ni, ok?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Bukan Sekadar Nama January 18, 2012 at 9:37 am

Aku tgk serba sedikit tentang komik yang penulis lampirkan kat blog ni mcm galakkan kanak2 berpolitik dan menyokong UMNO, tp aku sejak kecil lg didik utk menyokong PAS, dari umur 7thun lg ayah aku dh bawa aku pegi dgr ceramah PAS, jd lepas ni aku nak didik anak aku supaya sokong PAS mcm ayah aku didik aku dulu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 tiang TNB January 18, 2012 at 10:19 am

sama macam arwah bapak aku. kecik-kecik bawak aku dengar ceramah pas. bila aku ada anak nanti didik macam tu jugak. ceramah BN pegi juga tapi pergi makan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 jokkang jongket January 18, 2012 at 12:15 pm

untuk Pak Awang – yup…buku nie cerite pasal kisah hidup dari Ayah PM lagi…komik nie jugak ada bagitau pasal NKRA dan sumbangan kerajaan. untuk info mungkin berguna tapi gambar komik nie nampak macam terlalu emmmm………ala macam dalam iklan tv kerajaan tu….yang ader katun2 tu….kira nak up kerajaan la…pendapat saya bab2 nie rakyat tau sendiri sumbangan kerajaan….kerajaan just terus dan terus memajukan negara tanpa prejudis…..mmm…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 hippo January 18, 2012 at 4:12 pm

hmmm…kata sekolah x boleh berpolitik habis datuk najib bukan dr politik ke…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 taipmamun January 18, 2012 at 4:48 pm

wah best nyer citer tranformasi tu..pastu atau citer part 2 tau.. NAJIB TRANSFORMER..
harap cikgu cikgu & ibubapa tunggu…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 NORDINAHMADJAIS January 18, 2012 at 8:26 pm

Dapat senaskah baru ni daripada biras aku yang datang ke rumah selepas menghadiri perhimpunan agung Parti Unwanted Melayu @ Parti sesatkan Melayu Bercelaru. Lepas aku sekolahkan dan beri tazkirah sedikit kepadanya, buku tu aku bakulsampahkan. Terasa satu tindakan yang silap. Bimbang kalau-kalau buku ajaran sesat ni dikutip semula oleh manusia lain di tempat pelupusan sampah dan tersebar semula. Maka terasa berterusan memikul dosa. Sepatutnya aku bakar dan abunya layak di’flash’kan bersama benda-benda yang senilai dengannya dalam mangkuk tandas.

Kepada saudaraku yang berpeluang dapat buku ni, tolong jangan TIDAK AMBIL. Ambil dan buat seperti yang aku cadang atau dengan apa cara yang dirasakan wajar. Sekurang-kurangnya saudara telah menyelamatkan seseorang dari kesesatan, bidaah dan kurafat yang cuba disebarkan oleh parti un wanted melayu itu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Nurhidayah January 18, 2012 at 9:32 pm

mahalnye sampai rm14. boleh ekr dapat?
mana tau, dah dekat2 nk PRU ni, mesti satu rumah dapat satu majalah ni nanti. hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 zonsantai January 19, 2012 at 10:18 am

nak pancing undi budak sekolah guna komik ke? projek jangka panjang BN ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 jokkang jongket January 19, 2012 at 10:58 am

ehh kene bayar rupernyer..sayer dapat free aje….kene ade kenal2 sikit….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 haziq January 19, 2012 at 11:05 am

adakah Najib dah tedesak sangat !!!! pada aku dia tak perlu risau kalo prestasi dia aku lihat ok aje….apa masallah dia sampai sangup buat macam gitu….kalo kita terlampau gila kuasa nanti aku takut jadi gila bahasa pulak…itulah naik jadi Pm dengan mudah aje..tak sabar sabar…ikut napsu lesu dan ikut hati mati…..kesiannnnnn….macam Pak Lah kuasa diturunkan dengan bijaksana..tetapi dilepaskan cara bijaklaksana jugak….sabo je lah…Najib….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 valuation January 19, 2012 at 11:53 am

Pak cik nak kongsi sebuah kisah klasik. Sebelum itu pak cik nak mengucapkan jutaan terima kasih pada PM Dato’ Najib kerana memberi nasihat yang cukup berguna. Semasa pak cik kecik kecik, PM Dato’ Najib ada datang dan memberi nasihat kepada semua seusia dengan pak cik ketika itu. Sekarang, mereka semua menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Terima kasih.
Adik adik semua, pada ketika itu, pak cik hanya dengar PM Dato Najib hanya memberi nasihat aje untuk belajar dan belajar sampai ke negara China sekali pun. Tak de pun unsur unsur politik pun. Pm Dato’ najib, dengan nasihat Dato’ itu la kami telah berjaya jadi orang berguna. Terima kasih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 donut_keria8882 January 19, 2012 at 4:28 pm

aku nk terbitkan komik ‘blue’ utk edaran sek-sek dlm maleysia la.kena bnyk part dlm komik 2.antaranya :
1) kak mah beli barang2 dr obersee
2) laki2 main bontot
3)perempuan jual lembu
bnyk lg klu nak senaraikan.tnggu je buku keluaran dari aku…….hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 maCy January 19, 2012 at 6:22 pm

saya bakal guru yg belum menerima naskhah ini. isk2 usah libatkan murid-murid kecil ni lagi lah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 edward bloom January 23, 2012 at 3:38 pm

kau tunggulah saat kau jadi pembangkang.. baru kau akan tahu apa perasaan bila dituduh sebagai “musuh dalam selimut”..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 ambo January 26, 2012 at 2:42 pm

hang dah jadi pembangkang nasib lah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 haziq January 25, 2012 at 12:27 pm

Bekenaan komek ini bolih ke disiarkan dan di benarkan bagi tatapan disekolah-sekolah…dan satu lagi pertanyaan adakah pengeluaran komek ini menggunakan dana kerajaan? atau ada badan NgO yang sponser?…tolong lah bagi jawapan….aku nak tahu jugak, dihalalkan olih pihak mane keluaran komek ini? jika ianya bertentangan dengan prinsip kerajaan, tindakan perlu diambil, macamana bolihke pihak SPRM dimaklumkan….tanya sahaja jangan ada pihak yang tersinggung.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 2bz4money January 27, 2012 at 3:38 pm

budak2 sekolah dah diajar berpolitik tapi dihalang pulak kat IPT via AUKU..flip flop.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: