
Kekayaan Sultan Brunei memang tidak boleh disangkal lagi. Jikalau sebelum ini kita sudah lihat koleksi kereta mewah, Roll Royce yang selalunya menjadi kereta rasmi/sinonim dengan golongan diraja dari Malaysia termasuk Sultan Brunei. Hari ini kita lihat beberapa lagi kereta milik keluarga kerabat diraja Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Kadang-kadang kekayaan Sultan Brunei membuatkan saya terfikir, apakah akan terjadi kepada negara Brunei yang sememangnya kaya dengan hasil minyak jika Brunei menjadi sebahagian daripada Malaysia? Adakah akan menjadi seperti negeri Kelantan atau negeri Sabah dan Sarawak?
Anda boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini. Kita teruskan sahaja layan terus koleksi kereta mewah kerabat diraja Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah :

Kereta Keluarga Diraja Brunei, Mercedes Benz S320

Kereta Keluarga Diraja Brunei, Bentley Imperial

Kereta Diraja Brunei, Bentley Arnage RL


Kereta Diraja Brunei, Bentley Spectre

Kereta Diraja Brunei, BMW M6

Kereta Keluarga Diraja Brunei, Porsche 911 (996) Turbo


Kereta Keluarga Diraja Brunei, Mercedes Benz G500

Kereta Diraja Brunei, Lamborghini-Murcielago. Jikalau di Malaysia cukai kereta mewah ini sekitar…….



Kereta mewah Mercedes Benz 600 SEL V12

Kereta Diraja Brunei, Mercedes Benz S600 (W220)

Kereta Diraja Brunei ini adalah model Mercedes SL Vivo Argento yang dibuat khas untuk Sultan dan keluarga Diraja Brunei oleh Pinnifarina

Kereta Diraja Brunei, Volkswagen Pheaton

Kereta Diraja Brunei, Volkswagen Touareg

Kereta Diraja Brunei yang boleh dianggap biasa bagi mereka termasuk deretan kereta Jaguar Daimler seperti gambar di bawah ini

P/S : Jikalau sudah ada part 1, mesti ada part 2. Jadi nantikan paparan seterusnya kemewahan dan koleksi kereta mewah Sultan Brunei selepas ini.

{ 73 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Suka tengok mula si azrinaz tu. Masih maintain cun
Salam semua bagaimanalah rasanya jika menjadi kaya mesti bestkan… itu impian saya jua.. bukan mcm Sultan Brunei pn takpelah janji senang dpt membantu keluarga… tp kita patut bangga kerna ada keturunan melayu yg boleh hidup kaya raya di muka bumi ini setanding dengan bangsa lain di Dunia… Sultan Brunei cukup terkenal sebut aje nama Baginda semua manusia di muka bumi Allah S.W.T kagum dengan baginda respek beb…. kadang2 ada jua angan2 nak kaya tp hanya dalam mimpi kot :berangan
Sekaya manapun manusia di bumi skrg ni rasanya tak setanding Qarun di zaman Firaun,100 ekor unta hanya membawa kunci-kunci emas dari peti perbendaharaannya,tatapi ditelan bumi semuanya bahkan lebih parah lagi mati dalam kekufuran,taubat tidak diterima.Kekal dalam AZAB NERAKA ALLAH SELAMA LAMANYA nauuzubillah.Kaya
Jika Brunei terus menjadi sebahagian daripada Malaysia, kemungkinan hasil minyak negara itu hanya menjadi harta kerajaan pusat. Brunei mengambil langkah yang betul di mana berani keluar dari Malaysia dan berupaya menguruskan hasil utama negara itu dengan baik dan rakyat dapat hidup dengan aman damai. Sedih betul dengan keadaan yang berlaku di negeri Kelantan, Sabah, Serawak dan Terengganu (semasa dikuasai pembangkang)
Alhamdulillah semoga Kerajaan Brunei kekal menjadi lindungan Ka’abah selamanya…Saya sentiasa mendoakan yang terbaik kepada negara asal usul keturunan kami yang berdaulat ini…Semoga Ayahanda Sultan akan senantiasa adil dalam pemerintahannya…Semoga ALlah memberkati dan merahmati serta menghindari daripada bala dan mala petaka Negara datuk nenek moyang kami ini..ALlahuakhbar!!! nasib baik Negara Brunei ini tidak masuk Malaysia yang penuh dengan korup dan penyelewengan…Daulat Tuanku Sultan Raja Yang Adil…
Brunei memang tak bersatu secara pentadbiran dengan Msia tapi cuba tengok mana2 event besar negara atau royalty event in Msian Royal House, Yang bagusnya Sultan Brunei pasti datang, semangat adik-beradik dengan Msia tu masih ada, bagi aku tu yang penting, kukuhkan silaturrahim :tepuk
mais arah, apa nak heran. Sape-sape yang kawin dengan Sultan Brunei kira macam tdo ats duit je hari-hari. Tuah dia, asalnya pembaca TV3 je…. :duit
Adik setuju Brunei tidak serta masuk Malaysia kalau ia masuk Malaysia bukan sahaja miskin malahan Sultan Brunei jadi Bonika kerajaan Persekutuan (Pusat) KL. Tentu Sultan akan ikut arahan Perdana Menteri ini terbukti PM selaku orang teratas dalam pemerintahaan Malaysia, Agong hanya berdaulat sebagai satu harimau tanpa taring.
Sabah dan Sarawak Negeri tanpa maruah dan pengenalan diri tiada penderian dan tidak hala tuju masa depanya adakah kekal dalam MALAYSIA atau sebaliknya bagitulah masa depan SABAH dan SARAWAK.
saya setuju dgn ape yg awak coment kt sini..
knp ckp sabah dan sarawak negeri tanpa maruah…….dimana logiknya anda untuk berkata sedemikian…
Salam,
Brunei kehilangan sebahagian besar negeri Sarawak yg dahulunya jadi wilayahnya kpd Raja Brooke… dan Sabah kpd SBUB dan sekarang kedua2nya menjadi wilayah atau negeri2 dlm Malaysia… jadi ada untung rugi di sini…
Apa2pon pd pendapat aku, tahniah Brunei kerana mengambil keputusan yg tepat tidak join Malaysia kerana Malaysia sekarang di pimpin oleh golongan2 yg banyak melakukan pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat termasuklah duit minyak Petronas, hasil balak, tanah2 pertanian yg subur dan hasil galian lain serta tanah2 di bandar besar yg jatuh ketangan bangsa asing yg mana org2 Melayu majoritinya melopong dan…akan
…menjadi kuli2 batak…mungkin buat selama2nya..
Kalau dahulu org2 Melayu membayar ufti kepada bangsa asing Siam mengikut sistem tangga…negara China berada di atas sekali, Negara Siam sebagai along pemgutip ufti negeri2 Melayu kalau engkar along Siam akan bertindak…sekarang along berada dalam negara sendiri…
Dapat lari dari mulut buaya masuk dalam mulut naga…
Hanya Islam sahaja yg dapat membebaskan org2 Melayu dari penjajahan era moden ini…
betul sangat tuu…!
:hilangsabar :tembak begitu cerdik pemimpin Brunai tidak join dengan Malaysia.
Saya dari Aceh (daerah tsunami 2004). Bisa bagi silsilah keturunan anak cucu Sulthan Hassanal Bolkiah? Terima kasih kawan2 yang mau bisa bantu.
,
BernieR
wah…. byk tul keta sultan brunei…. nasib baik diorg x masuk m’sia, kalu x mesti x bleh bli byk keta… mungkin duit diorg pegi utk buat skolah, rumah ank2 yatim, rumah org2 tua… kalu diorg masuk m’sia, mesti x bleh bemewah mewah…. wah sronok betul bila hidup di dunia dgn bermewah mewah…. kalu rasa terengganu punya minyak x bleh nk share ngan sekian rakyat jelata seluruh m’sia, kita bleh la anggap rakyat2 terengganu yg berfikiran mcm tu mementingkan diri sendri jek…. kenapa kita sronok nk memecah belahkn negeri2 di m’sia??? dengki ke apa??? smua tgh hidup dgn aman damai, salah ka??? bknnya satu kemestian utk ada 100buah kereta mewah dlm 1 rumah atau smua rakyat ada private plane atau semua org ada rumah yg mcm hotel dgn harga berpuluh puluh juta dollar…. asal smua dapat hidup aman damai sudah laaa, apa lg nk??? nmpk sgt nafsu menguasai diri…. & smuanya adalah KALAU… KALAU INI, KALAU ITU… tp bila KALAU TU X BETUL??? ada plak KALAU YG LAIN…. AAAPPPPAAAARRRAAA!!!! hahahaha!!!
Peluang hidup di dunia hanya sekali..Pilihan ditangan kita sendiri.Lakukanlah sesuka hati kamu,jika itu yang menjadi pilihan kamu! Manusia bukan tak diingatkan,Amaran dan Peraturan bukan tidak diberikan,Samada dari ALLAH Pencipta Alam atau Pesanan dari Nabi lagi Rasul Utusan Tuhan,namun kita masih memilih peraturan berdasarkan
perkiraan akal bahkan dangkal ,menyimpang jauh dari Peraturan Pencipta Alam yang Maha Agung..ALLAH SWT.Buatlah sesuka kamu!! TETAPI AWAS sudah terlalu ramai
yang waktu hidupnya kaya-raya atau miskin papa,yang gagah kuasa atau yang lemah melata..disisi ALLAH ia tidak kisah siapa kita,Hukumnya tetap dilaksana seperti ketatapannya. Tidak ada Harta yang dapat mengubah Iradatnya,tiada Kuasa yang mampu menghalangnya..Segalanya telah ditetap dan dinyatakan HUKUMnya..Berbuat baik walau sebesar zarah akan dibalas walau sebesar zarah,buat jahat sebesar zarah akan dibalas juga sedemikian rupa.Walau siapa kita..kita adalah Hamba..Hamba..Hamba..Hamba..sampai akhirnya!!!Sekiranya sesaorang itu dimasukkan Ke Neraka Allah,carilah apa saja untuk memadamkannya ,samada dengan hartanya memenuhi dunia,atau amalnya menjadi pujian jutaan manusia atau apa-apa saja,namun ia tak akan mampu memadam walau sebesar debu dari Api Neraka..kecuali dengan REDHO ALLAH. Jadi carilah kita semua Redho Allah dalam hayat kita,samada melalui harta kita,kekuasaan sementara kita,melalui ilmu dan amal jariah kita ! Dalam masa yang sama buatlah apa saja agar segala DOSA-DOSA kita diampunkan olehnya(ALLAH) sebelum
MAUT meragut kita..sebelum MAUT meragut kita…sebelum MAUT meragut kita..sebelum MAUT meragut kita..sebelum MAUT meragut……………….!!!!!!!!
Doing a little bit of correction here…i love the articles, but the cars using “BG” as a starter on their license plate is not own by any Royalty in Brunei..they’re all Governments’ properties, which is being used by any high-ranking government officers for free. But still, any government properties, DO belong to His Majesty, the Sultan…
this is so correct
anyway thanks to all malaysian who supports bruneian and to this articles too, thanks
agong daulat harimau hilang taring..hahahaaha
.-= PutraMalaya menulis artikel blog ..Download Lagu Gerak Hati – The Typewriter =-.
tak semenggah pon ade kerete besar + mahal + banyak..memang sultan brunei dikenali serata dunia, anak baginda juge same, berparti, minum arak, islam ke? jgn ckp kat Malaysia je macam tu semua macam tu la. Brunei tu kecik senang la nak kawal Malaysia ni besar. Kalau kata kerajaan makan duit rakyat kalau gaji menteri kecik ape kate negara luar. mesti hilang respek menteri luar kat Malaysia so gaji menteri kita berpatutan. Kenapa nak banding gaji/ rumah/ kereta dengan kita. Memanglah kita nampak semua salah. Cube bandingkan dengan luar. Jangan jumud sangat, kalau kau dalam kasut menteri tu, kau mesti nak rumah besar kereta besar. Jurutera petroleum boleh dpt 7k 8k sebulan tak kan menteri nak bagi 4k je.. gaji cikgu pun sekarang dah naik. Kerajaan bagi macam2 tapi stil nak bangkang kerajaan kata tu tak betol ni tak betol . Time mengajar hentam kerajaan bukan mengajar ape yang dorang patut ajar. halal ke gaji yang cikgu terima. Ada akal, ada iman, tanya la diri. Jangan nak komen orang je.
.-= shana menulis artikel blog ..Kimchi makanan korea, sedapkah? =-.
Salam,
Untuk mendapatkan kemerdekaan yang mudah.Itulah penyebab utama mengapa Sarawak masuk Malaysia.Dari segi kebaikannya,memang banyak kebaikan, namun keburukannya tetap ada.Renung-renungkan..
Tapi, apa yg saya fikirkan, kalau la Sarawak masih di bawah naungan kerajaan British, Sarawak akan maju setaraf dengan Pulau Hong Kong.Tidaklah seperti sekarang, kemajuan yang di capai 20 tahun kebelakang berbanding negeri² di semenanjung.
Salam…just nak tau lbeh lanjut n mendalam dengan apa yang di maksudkan dgn jika brunei masuk Malaysia akn mnerima nasib sperti sabah,sarawak n kelantan?…& putera kenyalang mengatakan bahawa kemajuan sarawak 20 tahun ke belakang dari semenanjung?….huhu….rasanya putera kenyalang belom knal sarwak spenohnya….bandar mana yg ada jalur lebar pertama di malaysia? MIRI,SARAWAK…byk lagi bukti kemajuan SARAWAK berbanding semenanjung yang hanya gah dgn KL…sekadar berkongsi pendapat….salam ngapsayot
Jauh ketinggalan yang di maksudkan bukan dari segi pembangunan di Bandaraya, memang tidak dinafikan,Kuching jauh lebih maju jika di bandingkan dgn bandar-bandar di semenanjung.Kita lihat dari sudut sistem perhubungan jalanaraya secara umumnya. Masa yg di ambil untuk perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Bandaraya Miri yg jarak hanya 700km boleh mengambil masa 12 ke 15 jam.Manakala jika di bandingkan, jarak perjalanan di semenanjung, dengan sistem perhubungan dengan jalanraya yang baik, jarak tersebut boleh di pendekkan lagi. :peace
ada gaji ok
xda gaji ko
aman damai apa??
org msia miskin ramai lg!
jgn buat2 xtau….
bkn nk tntang kerajaan!projek2 mega bleh buat..!
rakyat ssah xnak bantu!
klo btol bgus msia ni,tiru uk pnya style!
buat ngara berkebajikan,meganggur pon dpt bantuan,
dapat anak dpat bantuan bulanan,
xla rakyat dok merempit meragut!merompak!
buka minda! :serabut
aku nk komen sikanchil bodoh kt atas td.. malaysia aman? merompak..rogol istri depan suami..budak xbdosa ari2 mati.. be real la bro
Harapan semua rakyat Sabah dan Sarawak agar Sabah Sarawak keluar dari Malaysia bina kerajaan sendiri.
haha…cmne yer agak nyer klu sabah dan sarawak keluar dr malaysia…??? mesti lebih maju sbb hasil bumi xyah nk share ngan kerajaan persekutuan… stahu aku, negeri yg ade sumber petroleum hanya diberi loyalti 5% ke brape tah dengan nilai pengeluaran.. so, klu wang dari hasil bumi itu x diberikan kepada kerajaan persekutuan, mgkin itu bole membantu negeri sarawak untuk mmbgnkan kemudahan infrastruktur kepada rakyat.. lagn sarawak mmg terkenal dengan sumber hutan spt balak.. itu pn satu lagi kelebihan. aku tgk skg sarawak mcm di anak tirikan oleh malaysia.. enth laa..kadang2kesian gak aku tgk… kelantan lak negeri paling mundur kt semenanjung…
kaya sungguh Sultan Brunei ni..
to putera kenyalang – ko pnah x tgk mcm mana muka bumi d sarawak?…bkn rata sgt kn?…tulah pasal knape masa perjalanan dr miri ke kuching tu pjg…aku pnah gak dr kl ke penang…muka bumi pa sume rata je…kalau nk bandingkan dgn smenanjung…mmg jaoh beza dr aspek muka bumi…lagipun kawasan sarawak ni besar….1 negeri dh nk hampir bsar dgn semenanjung tu lh bro… :kacak
pembetulan kepada availableaction.
Anda ada menyatakan jika brunei join Malaysia akan menjadi negeri yg mundur spt Kelantan,Terengganu,Sabah&Serawak..
Apa mksud anda adkh pembangkang itu Pas sms memimpin Kelantan&Terengganu?Jika YA anda maksudkan anda adlh silap..Selamat datang ke negeri Kelantan dan anda lihat sendiri bgaimana pembangkang membangun negerinya.. datang dn tgklah sendiri Negeri Kelantan..adkh negeri itu adlh miskin dn mundur??Atau lbh maju drpd negeri lain..bangganya yg kaya raya dlm negeri 2 adlh bangsa Melayu bukan bangsa lain..Dalam bandar yg berniaga bukan org Cina tp Orang Melayu..Miskin ke Kelantan?..Terbaru penemuan minyak di negeri Kelantan menambah kekayaan dlm negeri.dikatakan minyak yg dijumpai shgga7 generasi tk kn habis..Org yg sentiasa bersyukur Allah Taala akn tmbah rezekinya..Renung2 kan..
Betul naz i sokong u……i suka pergi kelantan kebanyakan deretan kedai dlm pekan KB majoritinya MELAYU…..Syukur Alhamdulillah…cuma ada ler sikit2 lagi yang lain perlu diperbaiki……
:nangis Kenapalah pemimpin kita di Sabah dan Sarawak terlalu bodoh dan penakut tiada kemahuan untuk berdikari.Kalau dikirakan jarak Se. tanah Melayu terlalu jauh dari kepulauan Borneo. Sekarang apa dah jadi dua negeri ini memang kaya dengan hasil buminya tetapi malangnya terermiskin di Malaysia. Kawasan tanah kita lebih luas dari Semananjung Tanah Melayu hasil minyak pun banyak, kayu balak banyak, tanaman komersal berlambak kenapa pula rakyatnya ramai miskin. Bukankah itu kebodohan pemimpin kita di Sabah Dan Sarawak mereka seperti katak dalam kuali si panaskan perlahan-lahan. Saya bukan orang politik tetapi saya sokong ideologi pembangkang. mungkin ada perubahan mendadak jika diberikan peluang. Dah lebih 50 tahun BN konon membela rakyat tapi lihat apa dah jadi. Miskin tetap miskin. Sarawak ok sikit Sabah segalahnya remote control dari seberang. POemimpin kami di Sabah tersenyum lebar yang penting poket mereka tak kering biar orang luar mentadbir. Pemimpin asyik berpolitik bila nak pilihan raya baru sibuk turun padang konon. Biala menang dah lupa jalan masuk kampong. Apa lagi jalanan nak ke SURGA tak ingat langsung. Nak ke tempat ibadat mahu orang semua nampak Tuhan saja yang tahu. Mereka fikir nak hidup bertanduk esok hari kojol juga. Nasip badan. Hai Orang Sabah dan Sarawak fikir baik-baik apa nak jadi hari esok.Kalau bukan untuk kita biar anak cucu kita merasa nikmat hidup hujan emas di negeri sendiri. :phwitt
siapa bilang d sabah tiada sultan d brunei itu minyaknya enda lma lgi kering krena keturunannya bukan asli lama2x siapa pun mereka kena tullah keturunan kmi anie jua dgr la kmu brita ini segala yg trtubuh bubar semuanya kecuali keturunan nenek moyang kmi ni yg banar2x akan brhimpun klo slh usik ku tuhan tau yg banar mudahan pengajar kepada yg mngejar keduniaan kmi keturunan trsisih aku d sebut org kebnykkan org keluaran semoga allah jua mnmpakkan yg banar kpdanya semuanya kembali ingat lah mati kita kiamatnya kecil mati basar2xan kiamatnya banar kmi pnsiar bwa pringatan jgn sembarangan nti rembetannya mendalam kerna sumpah brdaulat tuhan menyaksikan kerna segala yg ada dia la empunya wasalam
:ejek Kalau Sabah dan sarawak dianak tirikan bagus lagi masih ada status anak. Apa dah jadi dengan Kelantan majoriti penduduk seagama, sama bangsa seperti anak kena buang kat tong sampah. :nangis kesihan. selangor pula nak buang kat longkang kira anak dah besar boleh naik sendiri keluar longkang. Penang lagi :gelak . Jangan lupa Perak asyik :tembak bila nak aman makmur. Jelas wahai golongan orang buka mata jangan asyik tidor jangan jadi penakut pak turut separti pemimpin datuk moyang kita :setan .
EEii.. pd sy Sultan Brunei mcm main2kan perkahwinan jer..
tgklah sblm kahiwn dgn Azrinaz, dia ceraikan yang Mariam tue..
nie bila diceraikan AZrinaz.. pd pendapat peribadi sy lah..
dia mesti nk khwin lain…
Mcm tue ke sultan?
Lpeas tue sy rasa duit hasil untung minyak bkn untuk keperibadian dia….
itu sebenarnya hak rakyat…
brunei dr segi bab undag2 agama mmg bagus..
sy respect….
haramkan arak, judi, perlbagai sume tue….
tp bila tiba hal perempuan.. sultan akan jadi down..
mcm nielah..
kita nie kalu bleh nak semuanya elok…
keputusan dia x masuk msia ke apa ke…
dia punya pasal r….
tp sy paling benci bila tgk dia mcm permainkan perkahwinan…
org mungkin blh cakap dah xde jodoh…
sultan hassanal nie pd sy kn…
org tua x sedar diri…..
kesian plak sy tengok azrinaz…..
pd sy.. sultan hassanal ni mcm xde beza jer ngan adik dia yg kt uk tu..
apa namanye?
jefri kot…
menghabiskan duit dia punya pasal r…
boros sgt sy tgk sultan nie…
Salam Amateur. Sebelum sy mjdi panas sy nak minta maaf awal2 k.
Amboi, mulut tu berpada2lah ckp psl Sultan Brunei ni. Mentang2 dia kaya, role model, semua org perhatikan dia, ko sibuk2 cakap dia permainkan perkahwinan. Ko tak percaya Tuhan ke yg bgi jodoh kat kita? Bg akulah, kalaupun dia nak betina mana, dia boleh ambil petik jari BERDERET2 pompuan beratur tau! Tak perlu kawin2, dia boleh buat sembunyi2 punya bila2 msa dia nak! TAPI kesnye, dia nak juga KAHWIN! Sahkan hubungan dia walaupun isteri banyak. Bknnya langgar undang2 agama. Betol tak aku ckp ni? Aku pun bukan baik hal agama tpi tak elok ckp dia main2. Kalau diri awak sendiri kena *nauzubillah* baru padan muka bila org mengata awak kawin main2. Haa satu lg. Jefri tu mmg adik dia yg boros & dia dah buat tindakan kat adik kandung sendiri. KALAU SULTAN BOROS, DAH LAMA BRUNEI MAMPUS! Tpi dia masih jaga kebajikan penduduk2nya yg msh hidup aman damai. Ape ko xada idea ke pasal tu? Meh sini aku ajar. Aku cakap ni atas pengalaman aku dok kat brunei BERTAHUN2. Duit minyak mmg duit dia, itu aku xtau nak komen apa & mcmana dia dpt tu. Tp hampir SEMUA sekolah2 brunei FREE OF CHARGE bulat2, HOSPITAL FREEEEE bulat2, dia bg RUMAH2 kat org yang kurang mampu FREE. Aku pikir la kalau dia boros, tak bagi kot! Aku ckp psl bapak aku keje guru je dan kami bkn org brunei. DGR, bukan org brunei. Sewa rumah kami, FREE jer. Aku masuk sekolah swasta dari kecik sampai universiti kat Msia, FREE je hasil budi baik Sultan nak bagi FREE BULAT2. Hasilnya, aku mampu hidup senang! Terima kasih kat dia yg baik hati menderma duit “borosnya” itu :p
Haa aku panas ni. Dia pun rajin pergi masjid2 (mana2 masjid), beramal sama2 & raya, selamba je dia masuk raya rumah org! Haa buat pe? Bagi duit raya dan lain2… Untuk apa? UNDIAN? Hello, brunei tak main undi2 politik mcm Msia okey? Ada faham? So dia langsung tak perlu org undi2 tpi msh nak berbuat baik. Aku syukur waktu raya korban, daging2 dia bagi… dan setiap INDIVIDU dlm brunei tak kesah u bangsa apa, hitam putih kuning hijau, dia bagi satu paket kurma yg besar dari Arab. Uish uish uishhh BOROSNYE nye? Berapa ratus ribu org ye dia bg? Aku betul2 tak tau nak cakap apa lagi kat hang ni. So bila dia msh ada duit yg terlebih selepas dia menolong, membahagiakan orang2 ramai, apa salahnya dia nak beli kreta dan boros dgn berlian dia sendiri? Dia pun dah bosan tgk kekayaan dari kecik. Sy rasa awak ni jeles kot dgn Sultan atau ada dendam peribadi dgn dia? Haha tak layaklah awak.
Sebelum sy undur diri, sekali lgi. Jgn nak mengata org kalau tak tau dan tak pernah tgk dgn biji mata sendiri dan merasa betapa syukurnya ditolong oleh baginda sendiri. Tunggu awak dilempar duit2 dari tgnnya, baru awak sedar kemana perginya kekayaan dia? KE UMAT MANUSIA.
Salam…. SEJUKKAN HATI YAH?
betul ke dia bagi semua FREEEE..kalau macam tu aku pon nak jugak la..aku pon susah jugak nak further study lagi nih..
betul betul betul setuju.. Sultan Brunei bukan seorang yang boros dan tamak or stingy.. beliau bagi semua rakyat free of charge hidup di brunei. saya sebagai rakyat brunei membangkang kata2 ‘amateur’ bulat2..
jangan dok mengata orang kalau tak tau bagaimana sikap beliau dan bagaimana beliau menangani rakyat. Sultan Brunei sangat prihatin terhadap rakyat dan memerintah dengan adil. Peduli apa dia kahwin 3 ke 4 ke, dah memang ALLAH mengizinkan lelaki kahwin 4, apa salahnye?? Itu bukan menandakan bahawa Sultan memainkan perkahwinan kerana perceraian tetapi semua itu takdir ALLAH,ada sebab musabab kenapa semua ini terjadi, mungkin ALLAH tidak mahu Sultan terperangkap dalam apa2 muslihat???? Berfikir jauh lah kamu budak, memanglah sah nama kamu ‘amatuer’, dah memang pun kamu tak matang.
Kami tak mengucap Sultan Malaysia or President Malaysia, jadi jangan sesekali mengucap Sultan dan pemimpin kami hanya apa yang kamu lihat sahaja, even he made mistake but all people make mistakes, not everyone is perfect !! Bersyukur lah kamu Sultan mengambil Azrinas yang hanya pembaca tV3 untuk dijadikan isteri? Kalau difikir semula, sesuaikah dengan martabat Sultan sebagai SULTAN??? Tidak sesekali ! Ini menandakan bahawa Sultan tidak melihat berdasarkan pangkat atau kaum, bahkan Sultan mengikut hukum Islam. Kami rakyat Brunei tidak pernah melarang atau mengkritik Sultan kahwin 4 atau bercerai berai, inikan pula kamu rakyat luar yang tidak tahu menahu pasal Sultan? Get a life man !
Don’t ever judge him when you don’t even live here, moreover don’t even know him!
sian ak tgk org serawak yg dok dlm22 2.. miskin .. di luar jgkaan .. ak prnh g umah panjang dieorg .. ermm .. xde api letrik pun xde.. gune generator.. 2 pun ade mase nya.. guna kul 8 mlm sampi 10 mlm .. pagi lnsung xleh guna .. coz de chaya.. ala siannye la ak tgk ..
ko tak tau kesah kerajaan negara bruneii…jgn pndai2 nak buat fitnahh….siasat dulu pnyebab kenapa isteri sultan mcmtu..n knapa sultan buat mcm tu…jgn main tuduh jer…lawak la ko ni…hahhaha
bodohnya engkau…jd ko g satu umah pngjang ko leh ckp swk miskin la?…kesiannya aku tgk ko ni…dlm koo idup kaya raya di sjung tu ko ketinggalan zaman…ko kat umah takda tv kot…hahhaha
kau peduli apa…jgn pandai2 bt komen kalo x tau ceta yeee bahlul.
bersyukur kerana dilahirkan sebagai kerabat diraja brunei. bertambah syukur kerana saya pula dilahirkan sebagai insan biasa….. manalah tau,kalau saya kaya otomatik maka saya akan lupa diri,lupa tuhan dan lupa asal-usul dek kemewahan yang melimpah ruah…..
hahaha … entahla.. ari 2 ak de lawatan u ak . ak nk buat projek ak .. maybe ak dpt rumah pnjg yg uzur skit kot.. maybe rumah pnjg yg lain kaya kot .. tapi dieorg baik kasi mkn tgh ari .. borak22 2 3 jam pastu ak balik .. 2 la kat dunia ni kn kaya ade miskin ade .. maybe ko org kaya serawak kot .. ak xde la kaya sgt .. ckup hidup kt dunia ni jew.. 2 la ak kesian kat dieorg kerajaan x bekalkan air .. dieorg guna air hujan jew wat seharian ..
ko kn mmg pandai .. bljar tinggi .. ak ni ape la sgt
knpe gn tv ??? hebat sgt ke tv 2.. tv klu bole nk tunjuk yg terbek.. belakon jew smua kat tv 2.. klu benda elok pon 1 tmpt jew.. x yh la bangga ade tv ->kotak plastik jew pon
dapat sebijik cukupla
JIKA SABAH DAN SARAWAK TIDAK BERADA DALAM MALAYSIA, SUDAH TENTU SABAH DALAM FILIPINA DAN SARAWAK DALAM INDONESIA,2 NEGARA INI AKAN TAWAN MEREKA, SO LAGI BERTAMBAH TERUK NASIB MEREKA. DALAM MALAYSIA JAUH LEBIH BAIK, JANGAN LUPA INDONESIA DAN FILIPINA MASIH MENUNTUT SARAWAK DAN SABAH. FIKIR2 KAN LAH. INI BERDASARKAN FAKTA.
jika sabah and sarawak keluar dari malaysia,philipines and indonesia tuggu masa nak ‘ngap’ u all..jangan lupa tu!!
Ye, dipersilakan sekelian yg kata Kelantan tu mundur, datang ke negeri tersebut. Lihat sendiri, mundur tang mana. Rasa kesian lagi tgok rakyat2 negeri Kedah yg ketara susah dan miskin.. sorry to say.
maybe yg pendalaman2 kot..aku orang kedah ye silakan hang mai kedah tengok maju ke tak maju kami..happening sikit kot pada kelantan..kadang2 benda macam ni kita tak boleh main cakap aje..sebab mungkin ade yg kita terlepas pandang..
APA AWK KATA?MINUM ARAK?
apa awk kta ,sultan kta tak sedar diri!!!
logik jgk dia ckap..sbb kawin cerai mcm dh jadi biasa..aku pun muak jgk..kalu kawin rkyat brunei pastu cerai xpe jgk,ni dgn rakyat malaysia,abis tu isteri dia yg rakyat brunei tu xwat hal ke tgk duit,,sama je beb!
Salam 1 Dunia,
fakta Semua bumiputera sabah yang di bandar akan terpinggir ke luar bandar sebab bandar sudah semakin membesar, kos sarah hidup meningkat, harga rumah semakin mahal, tanah dibangunkan untuk zon bandar yang kian pesat. Siapa tinggal di bandar? hanya puak-puak yang kaya sahaja. faktanya hanya orang cina lah yang kebanyakan mampu tinggal di bandar.
Bandar KK tak lama lagi jadi bandar hiburan yang terpenting bagi di Malaysia. Zon hiburan 24 jam operasi bagi menarik pelancong luar negara yang ingin berhibur di Sabah. Hiburan bagaimana tengoklah nanti. Satu aku ini nanti akan menandingi Puket Thailand dan Singapura. So ada gambaran?
Tengoklah nanti.
Berdoalah kita jangan sampai Allah murka.!
apa la korang ni semua…. ikut sedap mulut je. kalau nak cakap biarlah berdasarkan fakta. sabah dan sarawak pada ketika kemerdekaan dlu diperintah oleh pemimpin peribumi yang tak tau langsung pasal politik. pada ketika tu belanda yang berkuasa atas indonesia sebelum kemerdekaan indonesia nak gabungkan sarawak, so mujurlah british turun balik ke tanah melayu. filipina ketika tu ada hak atas sabah, pada rundingan 1937, filipina terpaksa melepaskan hak sabah smentara kerana berlaku peperangan lagi sebab.MILF ketika tu pun dah wujud, nak ke kita sabah dapat ke MILF. so sabah ada peluang untuk masuk ke tanah melayu. 2 negeri tu sebenarnya akan lagi kesempitan jika terkeluar dengan malaysia dan mereka tek boleh bebas kerana indonesia dan filifina ada hak terhadap mereka. 1957 merdeka den selepas tu barulah sarawak, sabah msk malaysia, itupun atas politik british ketika tu takut srawk msk ke dalam indonesia, so british akan hilang hubungan dengan negeri srwk jika dirampas indon… nak ke srwk msk indon, tentu org srwk lebih suka ditadbir msia… dan bukak la balik buku sejarah sblm kemerdekaan. korang smua akan tahu yang untung sbh, srwk, msk msia. singapre n brunei nak merdeka je, sbb tu msk msia, pas mdeka dorang out la, dorang tak de negara yang nak tuntut maaaa
Shukur…dlm ramai2 ni ade gak celik sejarah…asyik nk hentam sesama sendiri…kata Islam…Islam menentang org Islam…Nauzubillah hi min zalik….dalam Islam tegur menegur diwajibkan…tp x der la sampai “how u pronounce it” -”I don’t mind’….tapi setelah aku jumpa comment Hati Bersih…at least der gak org yg celik sejarah….yg suruh Sabah n Sarawak keluar Malaysia semua jenis yg x kenang dek untung…kalo nk rasa mcm mn duk dlm the Phillippines or Indonesia silakan…sbb Sabah n Sarawak diorg masih tuntut sehingga sekarang cuma tidak sekuat zaman Soekarno dan Marcos…nak tau kenapa the Phillippines benarkan askar Amerika di bumi mereka…yg tersurat korg dh nmpk…yg tersirat bersedialah Sabah menghadapi musuh berseorangan apabila keluar dari Malaysia (fakta Risikan Bersama Angkatan Bersenjata Brunei-Angkatan Tentera Malaysia)…kalau x percaya tanya lah pakar perisikan masing2….:) smile…
I wish I could be like one of them.
Yes dia bg byk org Brunei sgala free. Tpi bgi org luar limited mcm saya ni. Tp nasib baik ayah saya pensyarah universiti brunei so byk kelebihanlah. Yuran semua mmg kne sponsorlah smpai umur sy 21-22… Itu limit dah. Ngam2 sy pun hbis bljar umur mcm tu. Syukur jelah kecik2 dlu blh blajar kat tmpat bgus2 sbb free
))
So klu nak krje kerajaan sana, its recommended for u. Good for your kids.
If i can be like them,then i will use my authority to help poor people and gave them what they need such as opening a welfare organization to do a charity,and i will use my strength to help the country to increase economic growth as it will become more useful.I really hope i could be like them but it just a day dream.
hell-o ya’ll…
as a sarawakian,i’m quite grateful being a citizen of malaysia,i didn’t quite care we r become part of malaysia,off course some other sarawakian blame on temenggung jugah rushing action off signing memorandum become part of malaysia but if we didn’t,we might lucky if joining with brunei and sabah and become rich and developed country,and if we unlucky,become part of either indonesia or philipine,we might become even worst now…..
the only problem here is,most native at sarawak stay at rural area,they work at orchard and paddy field and rarely come to town or even never been to city……
is there any flow of economy in deep area of sarawak???….
economic source???..yes,rubber and pepper……why don’t we get rich????…
is pepper fruiting once a month????..
tapping rubber everyday????
HELL NO…!!!!!!
pepper only give fruit once a year and of course minus fertilizers,insecticides…
how much do we plant???….so much if reaches 1000 tree,being paid only 1/3 of your hardwork and sweat……
rainy day make it immposible to do rubber tapping……
why…????
don’t you get it,the rubber trunk wet and latex flow spliting…worthless work if tapping during rainy days….
being exploited by chinese is quite normal,but by our own people who has became politician is BULLSHIT….they only prior on their own importancy,even among a kind, we just can’t get along together……DAMN IS IT????…
my advise
quit your jealousy to others,help yourself become good,and support others who wants to be better……da…..(>_<)…
setuju!!
ishk..apa pulak sik pernah! aku org sarawak la..dari kuching sampai lawas terus ke Sabah aku dah pergi..memang la sarawak sama besar malah lebih besar dari semenanjung..bukan alasan utk susah nak polah jalan highway dari kuching terus ke Miri!
tangga jak, kat kuching..ada theme park? ada zoo?Jong crocdile?nangga boyak jak! pusat peranginan mcm genting highlang?bukit fraser?Borneo high?apa jak ada?bangunan paling tinggi pun sik sampei 30 tingkat….iskh….KL? camnei ngan PP?JB? Kch? apa jak ada?gah dengan seciput bangunan di tebing sungei serawak jak…
Alhamdhulillah…..syukur dgn pemberian Allah pada baginda sultan brunei tu….banyak kereta tuanku…saya ni nak beli basikal pun tak mampu lagi…..naik bas je hari2…tapi alhamdhulillah syukur juga pd Allah….saya kaya dgn anak2 enam orang….., doa2 kat akhirat Allah kayakan lagi dengan doa anak2 yang soleh/solehah utk bekalan kat sana nanti insyallah……masing2 ada rezeki masing2….Allah tu Adil….Allah Maha Besar..
Azrinaz kna cerai sal dia buat hal.tak tau keer? Tetapi ianya dirahsiakan..tu la dh ada rezeki lebih, nak lagi.
Bersyukur juga jadi rakyat Brunei,sekolah & hospital free.tak yah nk nangis mnta bayaa ngan org lain cm ngara lain.
aku respek ngan sultan brunei. bini2 nya semua disuruh bertudung. bukan macam sitok semua bejambol. kahkahkahkahkah macam dongol manok jak.
bna ya..d sitok byk jambol manok, & bkn jambol manok jak, mcm singa betina pun ada..mun betudong alangkah manisnya blh jd ikutan rakyat manis bertudong..
Senang ke nak dapat kerja di Brunei? Kalau kerja di bidang akademik (Perpustakaan) senang dapat tak? Nak juga duduk Brunei Darus Salam.. Insya Allah..
Kerja di Aussie atau UK jauh sangat lah pulak..
luar biasa…
SULTAN BRUNEI MEMANG KAYA DAN BIJAK,KLU BRUNEI MASUK MALAYSIA,,HABISLAH,MALAYSIA HANYA MAU MNGAUT KEUNTUNGAN…SKAYA2NYA SULTAN BRUNEI,SULTAN SULU LAGI KAYA,,SETAHU SAYA,SULTAN SULU DAH MENINGGALKAN KEKAYAANNYA PADA SULTAN BRUNEI,
“astagahfirrullah haladzim”
sebenarnya nabi besar kita Muhammad hanya mendekati orang orang yang miskin dan menderita dan dia”Md” membenci kemewahan.
dan bagaimana juga hal ini kalau presiden iran Ahmad Dinnezad pemimpin dunia kesederhanaan,aku yakin pasti tertawa penuh kesinisan dan berkata dalam hatinya”manusia manusia serakah sekali “hidup sebentar hanya untuk bermewah mewahan.