Ketua Eksekutif Apple Inc, CEO Terbaik Dunia Untuk Dekad Ini

by Admin [ Master G ] on November 10, 2009

in Berita Dunia

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Bukan Bill Gates yang juga merupakan manusia terkaya dunia tetapi Ketua eksekutif Apple Inc, Steve Jobs akhirnya dipilih sebagai ketua eksekutif (CEO) terbaik dunia bagi dekad ini oleh majalah perniagaan, Fortune. Tapi dari dulu sampai sekarang penampilan Steve Jobs jarang dilihat memakai pakai suit ala-ala tipikal CEO. Memang layak untuk beliau menerima anugerah ini, disebabkan marketing yang digunakannya tip top habis. Iphone itu kalau ikutkan spesifikasinya jauh ketinggalan

Menurut majalah itu, pemilihan pengasas Apple Inc itu berikutan pengaruh beliau dalam tiga pasaran – muzik, filem dan telefon bimbit.

“Perjalanan perniagaan dalam tempoh sedekad lalu banyak dipengaruhi Jobs,” kata Adam Lashinsky, pengarang bebas Fortune. Beliau adalah seorang usahawan yang mempunyai status selebriti di seluruh dunia.”

Majalah itu berkata, ‘dekad Steve’ bermula pada 1997 apabila beliau kembali meneraju Apple dan memulihkan perniagaan syarikat itu yang mula merosot dengan tiga produk berinovasi: komputer Mac, iPhone dan iPod.

“Sejak 10 tahun lalu beliau mengubah secara drastik tiga pasaran – muzik, filem dan telefon bimbit – dan kesannya kepada bidang asalnya – komputer – turut memberangsangkan,” kata Fortune.  “Mengubah satu perniagaan adalah pencapaian menakjubkan, tetapi Jobs mengubah empat bidang.”

“Bayangkan ketika Henry Ford mengubah industri permotoran, Juan Trippe dari PanAm mengubah industri penerbangan dan Conrad Hilton menjadikan bidang perhotelan sebagai perniagaan antarabangsa.”

“Dalam semua contoh ini dan banyak yang lain, usahawan terbabit mempengaruhi pasaran yang tidak pernah dikuasai mana-mana pihak sebelumnya.” “Tetapi Jobs mengubah industri yang sudah pun berkembang dan memberinya nafas baru,” kata majalah itu lagi.

Dalam keputusan kewangan terbarunya, Apple menongkah arus kemerosotan dengan mencatatkan peningkatan keuntungan 47 peratus pada tempoh suku tahun keempat.

Memang boleh dikatakan lagend, Steve Jobs. Yang buatnya terkenal disebabkan teknik pemasaran yang digunapakai dan juga interface yang mantap. Contohnya,  fungsi copy and paste pada iPhone tu bukan benda baru. Tapi kenapa dalam iklan, benda tu yang ditekankan seolah-olah macam satu inovasi baru plak. Fikir-fikirkan……..

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Produk Terbaru Keluaran Apple : Ipad Belum Berikan IMPAKNYA?
  2. Negara Yang Mempunyai Kekuatan Ketenteraan Terbaik Dunia ??
  3. Bandaraya: Perkhidmatan Akses Internet Terbaik Dunia
  4. Bekas Ketua Pengarah SPRM Terlibat Dengan Salah Laku?
  5. [Tahniah] Malaysia Airlines, Syarikat Penerbangan ke-8 Terbaik Dunia
  6. [TAHNIAH] Universiti Malaya Tergolong Antara 200 Universiti Terbaik Dunia 2009


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 1 trackback }

Berita Semasa Online | Berita Harian Terkini Malaysia
January 30, 2010 at 7:27 am

{ 13 comments… read them below or add one }

1 yop da great November 11, 2009 at 2:14 pm

best ker guna iphone? :berangan Nasib baikla…aku bukan yang jenis gilakan gadget :ketawamanja

2 zualliz November 17, 2009 at 6:48 pm

Aku minat ngan iPhone..tapi xda duit nak beli sekarang..nanti la aku sambar satu :berangan
Kalau betul Steve yang menaikkan semula Apple Inc, memang dia layak terpilih.. :tepuk

3 safar November 30, 2009 at 3:46 am

Salin dan tampal satu kelebihan baru iphone.aku pun tertarik
juga dengan iphone.tapi kalau nak murah kena beli melalui Maxis.

4 nur ash December 29, 2009 at 3:33 pm

~bg sy seorg CEO yg terbaik harus pndai menerajui syakirat yg dibina..kalu setakat memperbaharui bidang yg sedia ada tp ekonomi syarikat yg begitu teruk rasaye xlayak digelar CEO trbaik..xadil bg CEO lain yg lbh berjaya menerajui syarikat mereka.. :ejek

5 roletcha December 29, 2009 at 4:58 pm

i phone kew….u phone kew…ana mampu pakai nokia Rm 99 hinggit je…huhu…

6 Pak Awang December 30, 2009 at 8:43 am

Sekarang ni pun harga apple dah makin murah
member aku baru sambar iphone 16 G dalam reger Rm2000
internet dia laju giler

7 mesticun January 11, 2010 at 3:00 pm

Terajui Apple oleh lain memang merugikan.lebih bos sebenarnya yang uruskan.baru kaut untung lebih.peminat minatkan steve jobs sebagai peneraju Apple Inc.

8 mesticun January 11, 2010 at 3:05 pm

Maxis awal-awal lagi menjalinkan kerjasama dengan Apple.iphone tu kalau beli melalui maxis dapat pada harga murah.

9 mesticun January 13, 2010 at 3:17 am

:hormat :hormat :hormat Steve bila terajui balik Appale pada 1997.dekat-dekat kegawatan ekonomi.sambil memulihkan perniagaan Apple.3 produk mengalami inovasi komputer Mac, iPhone dan iPod.

Harga komputer Mac tu masih mahal.virus tak masuk berbanding Microsoft.

10 FrankT February 14, 2010 at 9:59 pm

Hey guys,

I’m spending my time here for the kids of Haiti.

I’m doing my part for a non-profit haiti group that gives their time to
creating oppurtunities for the kids in haiti. If anyone here wants to donate then do so here:

Donate to Haiti or Help Haiti

They give kids in Haiti a positive learning environment.

And yes, they’re real.

Please give

11 immildbip February 24, 2010 at 7:18 pm

This might be a bit off-topic but I believe there are a lot of smokers here on beritasemasa.com. I have recently decided to find a good vendor of electronic cigarettes. I’m done with paying so much for tobacco smokes.

12 astelmets March 5, 2010 at 9:20 am

Hi guys,

I know this might be a bit off topic but seeing that a bunch of you own websites, where would the best place be to host. Someone recommended I use Blue Host for $6.95 a month which seems like a great deal. Anyone here on beritasemasa.com using them?

13 Enensefriet March 6, 2010 at 1:49 pm

I just discovered SatelliteTV on my PC! Ultra cheap at only $50 once off to get the software and an account on the Internet. I get more channels(in HD I might ad) than I get on cable so tomorrow I reckon I’m going to cancel my cable subscription. Thought I’d share this with you guys, worth to check out.

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: