Kesudahan Isu Perjanjian Air Malaysia Singapura?

by Admin [ Master G ] on December 14, 2009

in Tuntutan & Hak

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Perjanjian kedua isu air Malaysia Singapura bakal berakhir pada tahun 2060. Dan pada masa itu akan genaplah tempoh usia hampir 100 tahun perjanjian air Malaysia Singapura. Satu tempoh yang cukup lama ditambah lagi dengan nilai serendah 3 sen yang Malaysia berikan kepada Singapura bagi setiap 1000 gelen. Diharap Malaysia belajar daripada “kesilapan dan sejarah lalu” jika Singapura terus memilih untuk membeli air Malaysia.

Perjanjian air Malaysia Singapura ini dibuat pada tahun 1960 dan 1961 dan telah tercatat seperti dalam Perjanjian Pemisah tahun 1965. Pada masa itu, Malaya, Singapura masih lagi di bawah satu bumbung bersama-sama Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia semasa perjanjian ini dimeterai. Kurang dua tahun kemudian, Singapura bertindak memisahkan diri daripada persekutuan dan menjadi republik merdeka pada tarikh 9 Ogos 1965.


Terdapat 2 perjanjian air Malaysia Singapura :

1. Perjanjian pertama : Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah setiap hari kepada Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen  dan bakal berakhir pada tahun 2011.
2. Perjanjian kedua : Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air setiap hari pada kadar yang sama iaitu 3 sen untuk setiap 1,000 gelen.

Johor juga sepatutnya sudah mempunyai lojinya sendiri supaya dapat memberikan bekalan air bersih berbanding membeli pada kadar harga yang tinggi daripada Singapura sedangkan air mentah berasal daripada negara kita sendiri. Singapura dapat boleh memenuhkan reservoir mereka(boleh tahan 1 tahun agaknya jika berlakunya krisis air) dan dalam pada masa yang sama, dapat jual semula air bersih kepada Malaysia.

Dan sepatutnya juga, tiada halangan untuk Malaysia menyemak semula perjanjian air Malaysia Singapura untuk setiap 25 tahun dan kita sebenarnya mempunyai hak berbuat begitu iaitu pada tahun 1986 dan 1987 tetapi Malaysia memilih sebaliknya. Alasan pada masa itu, bagi mengelakkan Singapura menjual air pada harga yang lebih mahal.


Berdasarkan kira-kira secara kasar yang boleh diambil daripada penjualan air yang berlaku di antara Malaysia dan Singapura ini ialah :

1. Singapura membayar 3 sen untuk setiap 1000 gelen air mentah kepada Malaysia.
2. Diberitahu Singapura menanggung kos sehingga RM2.40 untuk merawat air ini termasuk daripada segi kos pembinaan reservoirs, empangan dan juga Pipeworks untuk membawa air ke Singapura. Singapura telah menghabiskan lebih daripada S$1 bilion pada projek-projek tersebut, dan terus membayar untuk mengupgrade dan memelihara kelengkapan kemudahan mereka.
3. Malaysia membayar kira 50 sen untuk membeli setiap 1000 gelen air yang telah dirawat oleh Singapura dan menjual air kembali penduduk Johor pada kadar RM3.95.

Situasi yang dialami Malaysia ini sama seperti kes Hong Kong membeli air dari China di RM8 per 1,000 gelen. Hong Kong membayar kepada China RM8, dan secara timbal baliknya China  “menyumbang” daripada segi pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan reservoirs dan paip air untuk membekalkan air bersih kepada Hong Kong.


Sekarang tahun 2011, bukanlah tempoh yang lama di mana perjanjian pertama untuk pembelian air bakal berakhir. Yang menjadi persoalan ketika ini, adakah Malaysia sudah bersedia untuk memikirkan perkara samada untuk menamatkan sahaja ataupun membuat perjanjian air Malaysia Singapura yang baru? Walaupun pada tahun 2002, Singapura membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung perjanjian pertama itu kerana berpendapat Singapura sudah mempunyai  keupayaan untuk membekalkan 100 juta gelen air sehari kepada rakyatnya menggunakan teknik menerusi kaedah NEWater moden(penyulingan air laut).

P/S : Dengan bilangan rakyat Singapura semakin meningkat, segala kemungkinan tetap ada. Yang pentingnya, kita sudah bersedia atau tidak?

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. [UNDI] Caj VEP Kereta Singapura Keluar Masuk VS Kereta Malaysia
  2. [HOT] Perjanjian Perkara 20 Sabah Perlu Dilaksanakan Segera!!
  3. Akhbar Mingguan Malaysia Ahad VS Perjanjian Asal Akta Kemajuan Petroleum 1974
  4. [PENGAKUAN] Komunis Chin Peng Minta Maaf, Mohon Balik Malaysia!!
  5. Isu Royalti Petroleum Kelantan, Tengku Faris Minta Petronas Bayar
  6. Gaji Menteri(VVIP) VS Pendapatan Rakyat Malaysia


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 3 comments… read them below or add one }

1 mahmud shah December 14, 2009 at 2:22 pm

sy rasa bagus kalau di tamatkan ja perjanjian itu…da bertahun-tahun,malaysia di perbodoh2kan oleh singapura….malaysia mampu menyelia air sendiri…ramai pakar kat malaysia ni…..cukup setakat sampai 2011…….jangan lagi malaysia di perbodoh2kan oleh singapura.

2 Pak Awang December 31, 2009 at 6:57 am

Masalahnya, berani ker pemimpin Malaysia :ejek

3 JohnJimat January 3, 2010 at 7:58 am

awat pemimpin kte xbrani nk tamatkan ek?apa pasal ek?ade sesape boleh bgtau ape akan jd klu malaysia tamatkan perjanjian?die nk serang malaysia kah? :curiga

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: