Kesan Fahaman Wahabi, Islam Liberal & Syiah Di Malaysia

by Admin [ Master G ] on November 6, 2009

in Persoalan Masyarakat

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Sekarang ini timbulnya pelbagai persoalan mengenai isu fahaman Wahabi, Islam liberal mahupun fahaman Syiah di Malaysia. Tidak salah rasanya melontarkan pandangan, tetapi jangan secara melulu tanpa merujuk kepada yang lebih pakar. Yang mungkin menjadi isu pentingnya, ramai yang berlagak boleh tafsiral-Quran dan hadis sendiri padahal ilmu hadis dan Quran hanya cukup makan sahaja.  Tidak perlu rasanya ada perasaan takut, taksub ataupun melatah contohnya zakat ikut fahaman Wahabi la, pergi Mekah ikut Mazhab Maliki. Kita sudah ada ulama-ulama yang sedia memberikan penerangan dan memberikan panduan, boleh bertanya kepada mereka jika ada sebarang persoalan. Apa gunanya ulama yang ada pada hari ini yang dijadikan sebagai “pewaris nabi” kalau kita rasa kita lagi hebat dari mereka dengan membuat tafsiran baru.

Mungkin artikel ini boleh membantu :

FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa(Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh. Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara itu tidak didedahkan.

Beliau mengatakan ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden yang lebih menggerakkan masyarakat kepada aliran Islam liberal. Masyarakat dibimbangi tidak didedahkan dengan fahaman betul mengenai Ahli Sunnah yang menjadi pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan dan boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk boleh mengancam keselamatan negara.

Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahabi dan Islam Liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam, Pengarah Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab Syafi’ie. Beliau berkata, setakat ini Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan.

Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza. Syiah diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari pada segi akidah, syariah dan akhlak. Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah ialah imam adalah maksum, khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mutaah.

Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat. Razali berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal seperti berlaku di Indonesia.

Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya’irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi’ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam. Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani.

Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengatakan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini

“Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah. Tidak sah. Habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita,”

Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyahdalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu Taimiyyah sendiri.

Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. [AMARAN] Inilah Kesan Menggunakan Telefon Bimbit (HP) Semasa……..
  2. [DUN Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam Se-Malaysia?
  3. Gaji Menteri(VVIP) VS Pendapatan Rakyat Malaysia
  4. Isu Larangan Penggunaan Nama Allah oleh Kristian. Apa Kata Anda?
  5. Bisnes MLM VS Skim Cepat Kaya di Malaysia
  6. Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Kerja di Luar Negara?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 9 comments… read them below or add one }

1 safar November 6, 2009 at 7:28 am

Nak sesat apa.apa yang penting berpegang teguh pada ajaran islam yang sebenar.

2 zualliz November 7, 2009 at 11:48 am

Syiah memang sesat sebab akidah dah x betul..
Wahabi lak keras sket, lagi2 dalam bab bida’ah..Kalau xda hadis yang menunjukkan nabi pernah buat, tu kira bida’ah..
Wahabi x sesat, tapi boleh memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.. :hormat

3 Selan November 11, 2009 at 11:14 pm

Wahabi x sesat, tapi boleh memecahbelahkan umat Islam di Malaysia……

Aku nak habaq, kalau boleh memecahbelahlan umat islam tu apa hukum, HARAAAAM…kalau dah haram maknanye haram mengamalkan wahabi di malaysia, yg tu pon susah nak paham.

Kalau mengamalkan benda haram tu bukan SESAT kee? Sesat dan menyesatkan…susah ke nak paham. Ayat berbelit2

Boleh kee admin buat statement macam ni, WAHABI dan SYIAH tu sama2 merosakkan. okey.

4 zualliz November 15, 2009 at 4:27 pm

Wahabi tak haram sebab akidah betul. Tapi yang jadi masalah sebab mereka menyebarluaskan gerakan mereka di negara yang sudah ada mazhab dan pegangannya tersendiri..

Wahabi dari Arab Saudi. Biarkan mereka di sana. Malah, Islam sendiri membenarkan perbezaan pendapat dalam perkara cabang (furu’)..negara kita bermazhab Syafe’i, salah satu mazhab dalam Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diakui dan diterima..

Biarkan mereka dengan Wahabi kalau mereka merasakan sesuatu perkara itu adalah bida’ah. MASALAHNYA, mereka mengganggu kesatuan umat Islam di Malaysia apabila menghukum sesuatu perkara yang hanya perkara furu’ dan diamalkan sekian lama di negara ini sebagai bida’ah. Itu yang haramnya!

(Saya perbetulkan statement saya: Wahabi x haram sebab akidah yang betul. Ia bukan ajaran sesat. Tapi sesiapa yang berfahaman Wahabi, TOLONG JANGAN PECAHBELAHKAN KESATUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. Umat Islam di Malaysia bermazhab Syafe’i sejak sekian lama..Sebarkan fahaman/gerakan anda di negara yang belum mempunyai mazhab sendiri @ banyak mengamalkan perkara bida’ah/khurafat!)

5 roletcha December 29, 2009 at 4:37 pm

yang penting asasnya islam…cukup mudah..islam agama yang mudah dan jelas…apa yang tercatat dalam alquran kita kita ikut…yang haram kita tinggalkan..cukup mudah….

6 siswaniaga January 12, 2010 at 12:57 pm

salam. Bagus tu. tak payah nak berdebat pasal wahabi ni… Islam adalah agama yang sempurna dan mudah. Banyak lagi , masalah ummah yang boleh dibincangkan.

7 mesticun January 12, 2010 at 2:16 pm

Benda macam berbeza pendapat ni sudah lama dibahaskan.sebelum dan selepas Merdeka lagi.pasal hal boleh dikatakan sudah basi.buat apa nak ungkit benda yang dah basi.buat malu je. :marah

8 abu naim January 16, 2010 at 12:02 pm

apa yg susah kalau kita berbeza pendapat..kembali pada al-quraan dan sunnah…jgn nak merapu dgn akal sendiri..kita ada panduan…jgn haramkan yg halal…siapa yg memecahbelahkan masyarakat..belajar dulu apa itu wahabi?siapa wahabi?..kalau nak menyalahkan wahabi adalah mereka tak ikut majoriti apa yg kita amalkan di malaysia.maknanya keempat2 imam ahli sunnah,sahabat dan rasulullah adalah wahabi…wahabi adalah mereka yg berpegangteguh pada sunnah,ahli hadis..jgn kita bercakap tanpa ilmu!!!keras??dakwah perlu keras..itu sebabnya pengikut hawa nafsu dan ahli bidaah anti dengan wahabi….kena ingat kita di malaysia ni terlampau banyak adat yg bertentangan dgn ajaran islam yg sebenar…..kita nak masuk syurga ikut adat ke ikut agama yg berpandukan ajaran raulullah yg sebenar??jgn bertaklid buta…belajar dulu….jgn menghukum jika tak tahu…salam..

9 pembela_ab March 5, 2010 at 6:24 pm

Memberi pandangan biarlah berdasarkan kajian yang ikhlas. Bukan setakat terus kepada mengatakan yang sesat yang tu sesat.

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: