Kes pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman yang berumur 8 tahun, sudah tiga tahun berlalu tanpa berita. Okey kita flashback balik, apa yang berlaku kepada mangsa. Mayat Nurin Jazlin Jazimin ditemui disumbat di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya. Pada mulanya ada sinar harapan, sebabnya?
Sebab terdapat gambar CCTV berjaya merakamkan kelibat “individu” membawa beg berkenaan yang dipercayai suspek. Tetapi sehingga ke hari ini tiada tangkapan ke atas suspek untuk kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin dan didakwa. Masalah timbul apabila ciri-ciri gambar-gambar yang berjaya dirakam berada dalam keadaam kualiti rendah.
Persoalannya sekarang ini, bagaimana perjalanan siasatan bagi kes pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman ini? Adakah ia perlu mengambil masa berapa tahun lagi untuk kes ini terus disiasat atau kes ini sudah ditutup? Nampaknya selama tempoh 3 tahun ini, penjenayah tersebut boleh terus menarik nafas lega.
Apa gunanya ada CCTV di merata-rata jika CCTV yang dipasang tiada kualitinya? Sudah sampai waktunya, mungkin kita boleh memasang CCTV yang “berkualiti”, di seluruh pelusuk kawasan yang “selalu jadi perhatian” atau hot spot seperti yang banyak diamalkan di negara-negara luar supaya siasatan dapat dijalankan dengan lebih baik. Mungkin boleh dilaksanakan……
Persoalannya yang kedua mengapa jikalau melibatkan VVIP, laju sahaja siasatan dilakukan. Di sini sudah nampak double standard. Adakah disebabkan Nurin Jazlin Jaziman ini merupakan anak pemandu teksi, kes ini pun nampak suam-suam kuku sahaja? Betulkah situasi ini berlaku ketika ini? Itu belum masuk lagi apabila kes jenayah yang dikatakan ada kaitan dengan kelibat VVIP seperti apa yang berlaku kes pembunuhan Noritta Samsuddin. Akhirnya Hanif Basree dilepaskan, dan kes tersebut terus senyap. Ehem…




{ 15 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
ala…cctv utk lepas batuk je tu…cth tempat aku keje, siap bukak tender nak naik taraf cctv yg ada…tv nya dok dlm bilik ketua kerani yg dah dkt pencen…bila dah pencen kunci dia bawak skali…ada sekali barang tempat aku hilang…kejar la kita mintak tgk rakaman cctv…tp hampeh…kunci takde…kena panggil org pencen…tanya balik mana kunci….maksud kata bilik tu mmg takde org jaga…akhirnya bosan….kitorang bukak kes ketua kerani tu pulak hilang kunci ngan tender yg ntah apa2…..
apa2 hal minta la setiap kes ada penyelesaian…kalu bo biar polis umumkan kes tu didakwa ke, ditutup ke….baru nampak ketelusan polis…tabik boss………..
asray menulis Berita Terkini….Raya di Brisbane 2010
Pembunuh Datuk Sosilawati dapat tangkap pun sebab kes tersebut berprofil tinggi.. Rasenyer kalau DS tu orang biase je jgn harap la dpt diselesaikan dengan cepat….
sngt mnyokong ! klau org yg brprofil tinggi dpt diselesaikan dngan cepat. kalu orng biasa ja.. smpai mati pun x dpat diselesaikan. smua sbb duit.
wa rasalah malaysia negara yg makin x selamat, rakyat dh semakin naik gila,sistem undang2,kepolisan lebik kepada VIP,byk sgt double standard ,cuba tgk kes DS,ada sms mengatakan Dato murugiah ada kaitan dgn suspek, siasatje ….jgn kira mu tu sapa,jika melibat pembakang…laju je gi siasat..nampak sgt x telus dan adil, nk marah kt polis pun x leh gak pasal yg tukang suruh tu bos gemok ,mereka.makan gaji..suka x suka terpaksa lah buat,nk hidup beb…kadang gua rasala,punca ramainya masyarakat indian jadi gengter atas faktor kemiskinan, kurang diberi peluang,pengagihan kekayaan negara x telus, byk tiris,wa rasa …1 hari nanti kaum melayu akan ikut serta jika sampai tahap kemiskinan mengatasi keimanan…hari ini hidup penuh dgn bebanan yg segaja diadakan,ditambah2 keatas rakyat demi mengemok mereka yg tamak diatas sana. HANYA ANDA BOLIH MENGUBAHNYA.
ini semuer sebab duit,biasa aaa contrator nak banyak untong,pasang yang murah2+rasuah.pa nak jadi ngan m’sia nie.
aku setuju….
ish2….kejam manusia sekarang owh :kejut ….
X jelas kat cctv manusia..p jelas d skrin ALLAH nti d pdg mahsyar..siap 1 dunia nampak..
dlm hadis ke atau alquran ada myebut,AGAMA RAKYAT MENGIKUT AGAMA PEMIMPINNYA jadi tak hairanla.klu dah pemimpn kt suka berjudi,rasuah,bom org,merogol bdk bwh umur,rakyatpun ikut.wahai shbt2 ku,katakan tdak pd mrk pd PR akn dtg,ktkn ye pd pimpinan ulama.barulah berkat hidup dunia akhirat
Aslmkum?
kat sini aku rasa kita sbgai rakyat Malaysia,tak payah nak tuding sana,tonjol sini..tolak sana,tarik sini..ape jua yang berlaku ada sebab dan salah 1 dari pengalaman hidup..nak salahkan 1 pihak je tak boleh..jadi pada kita2 ni..tepuk dada tanyalah hati…”SIAPA KITA UTK MGHUKUM ORG LAIN”?
Doa aku,kita semua dapat ikhtibar atas ape yg blaku..
Smoga Allahswt melindungi…ameen.
malaysia=colombia…?
banyak yg menyalahkan polis bila pembunuh adik nurin belum dapat dikesan……tapi saya jarang mendengar atau melihat komen yg menyalahkan bapa nurin yg membenarkan anaknya keluar keseorangan ke pasar malam…… dibawah akta kanak-kanak 2001 jelas menyatakan mana-mana penjaga yg mendedahkan seorang kanak-kanak dalam keadaan membahayakan adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini….persoalannya….mengapa ???????
mana tindakan semua pihak malaysia ni??
Ta disangka
Lovezk menulis Berita Terkini….Good bye Jerry Young
Entah la.. Kata Malaysia salah satu negara yang selamat.. tapi setiap hari ada saja kes jenayah yang berlaku.. Memang normal kalau jenayah itu yang jenis ringan2 tapi kalau jenayah seperti penculikan, pembunuhan dan sebagainya yang serius kian menjadi2 kebelakangan ini, di mana selamatnya.. apa yang dipaparkan di media terlalu sedikit jika dilihat pada sekeliling..