
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini selepas pendedahan disebalik kes kehilangan enjin F-5E. Sehinggakan ada mengelarkan tentera kita sebagai pondan. Saya rasa itu tidak patut sama sekali. Siapa yang menjaga kawasan sempadan? Siapa yang turun membantu sewaktu negara ditimpa bencana alam? Dan jika tidak mereka, pastinya kita tidak dapat tidur malam. Bukan mereka yang menjaga enjin pesawat tersebut. Saya seringkali melahirkan kebimbangan tentang keselamatan negara dari ancaman luar terutama pintu keluar masuk sempadan negara. Masih ingatkah lagi kehilangan dua kontena cip komputer dari terminal kargo di Bayan Lepas tidak lama dulu?
Begitu juga dengan rampasan dadah yang beratnya hampir 1 tan di Rompin Pahang, kes Bom C4 diseludup keluar daripada simpanan Kementerian Pertahanan dengan mudah dan juga kes rampasan senjata api di Bukit Gerik oleh ahli kumpulan Al-Ma’unah. Ini belum termasuk dengan betapa mudahnya pendatang haram membolosi sempadan negara dan begitu bergaya ‘mengeksport’ motorsikal milik rakyat negara ini untuk digunakan di negara jiran. Terkini, Berita harian melaporkan kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E yang lengkap dengan ‘after burner’ (sistem turbo) milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta di Gudang Material Udara I(Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur boleh hilang dari sistem kawalan dan keselamatan yang ketat.
Kehilangan ini berlaku pada hujung tahun 2007 dan dikatakan telah dijual di negara Amerika Latin. Saya sendiri musykil kes berat seperti ini hanya boleh diketahui dan disedari pada awal Januari tahun 2009. Misteri betul.

Dalam kes ini siasatan menunjukkan penglibatan orang dalam iaitu pegawai atasan TUDM sendiri. Saya tidak mahu bangkitkan penyelewengan dan pecah amanah yang berlaku. Tetapi apa yang saya ingin menjadi persoalannya ialah :
- Bagaimana enjin jet yang sebegitu besar boleh ‘dieksport” ke Amerika Latin?
- Adakah pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan tidak dapat mengesan enjin yang begitu besar merentasi sempadan negara?
- Sejak bila pula Malaysia jadi pengeksport enjin pesawat pejuang?
- Tak percaya harga enjin tersebut boleh mencapai nilai sehingga RM50 juta bersamaan USD$12.5 juta. Lebih mahal dari F-5E tu sendiri. Sebenarnya dengan harga sebegitu kita boleh membeli aircraft baru seperti L-159. Harga 1 buah engine F5E (baru) saat ini hanya sekitar USD$ 2 juta sahaja. Apakah mungkin yang dicuri dan hilang itu sebanyak 6 buah enjin? Jika betol …. wooow teruknya!!!

Minta maaf, saya katakan. Dengan tersiar berita sebegini secara tidak langsung menggambarkan betapa rapuhnya kawalan keselamatan setiap aset negara yang bernilai tinggi seperti kes kehilangan enjin F-5E ini walaupun jet itu bukanlah jet yang baru. Jika enjin pesawat pejuang yang begini besar boleh diseludup keluar tidak mustahil banyak lagi aset keselamatan milik negara ini telah dibawa keluar dan jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemungkinan itu tetap ada. Justeru itu satu siasatan rapi perlu dilakukan dan rakyat perlu diberitahu tentang kejadian yang berlaku. Ini kerana ia bukan sahaja berkaitan soal keselamatan tetapi juga berkaitan dengan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai terhadap segala harta dan aset milik negara.
Erm………apalah sangat dengan nilai RM50 juta (itu harga pasaran, harga yang tidak dijual kepada syarikat asing tidak diketahui) berbanding komisyen yang diterima oleh “jerung-jerung perkasa” setiap kali Angkatan Tentera Malaysia membeli senjata baru. Lain disuruh, lain dibuatnya. Sepatutnya bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan keselamatan negara, tetapi sibuk mengumpul komisyen dan harta.
Enjin F-5 tu dah dikira obsolete, in fact tak ramai dah yang pakai F-5. No big deal, kalaula mereka jual enjin pun, bukan Malaysia yang buat pun enjin itu. US yang buat. It’s not a big threat to our country. Kes ini lebih kepada soal ketelusan. Sepatutnya semua yang bertanggungjawab patut “diterajang keluar” dan mendapat hukuman yang setimpal. Walaubagaimanapun, biarlah pihak berkuasa membuat keputusan yang lebih bijak. Kalau diikutkan memang tidak masuk dek akal. Pengurusan ATM sudah mempunyai tangan-tangan kotor dan ia sepatutnya sudah dicantas dari awal lagi bagi menjaga nama baik dan kredibiliti ATM itu sendiri. Sifat tidak amanah yang ada pada kakitangan yang bertanggungjawab menjadi perkara ini boleh berlaku. Tanpa pemantauan rapi daripada pihak atasan tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku, termasuk kepada jabatan kerajaan yang lain juga.

P/S : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Walaupun kerja terkutuk seperti ini tidak melibatkan puluhan individu, tetapi ia sekaligus telah mencemarkan nama baik pasukan yang disertai puluhan ribu anggota. Tetapi janganlah kita menuding anggota-anggota tentera yang tidak bersalah dalam hal ini. Mereka tidak bersalah. Tidak sepatutnya ia berlaku. Kasihan mereka.
PP/S : Pihak ATM dan PDRM kena menerima hakikat bahawa terdapat barah rasuah dalam ATM dan juga PDRM. Umumnya, rakyat Malaysia dah mengetahui hal ini. Tuhan pun ada kata, kalau sesebuah masyarakat melakukan maksiat, Tuhan tidak membalas kepada penjahat sahaja, seluruh masyarakat atau seluruh negara akan ditimpa bencana seperti tsunami, gempa bumi, banjir dan lain-lain. Yang jahat mahupun yang baik, akan tetap terkena tempiasnya.
PPP/S : Jadi, ATM dan PDRM kena betul-betul melihat masalah korupsi yang telah memakan ATM dan PDRM sekian lama supaya tidak runtuh kedua-dua institusi ini secara menyeluruh. Selagi ada perasuah dalam kedua-dua institusi, selagi itulah perkhidmatan badan keselamatan ini akan dipandang remeh, walaupun terdapat kakitangan yg gigih, jujur dan halal mencari sesuap nasik……….
============================================================================
UPDATE dari Berita Harian !!!
Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007
KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.
Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- (Jumpa) Enjin Jet Pejuang F-5E Dijual Ke Uruguay
- [Sekatan Minyak] Hoi Amerika, Takut Ker Nuklear Iran?
- Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Kerja di Luar Negara?
- Kerosakan Amerika Syarikat Punca Utama Krisis Kegawatan Ekonomi Dunia?
- [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
- Berjaya atau Rombak Sistem Pendidikan Negara?


{ 1 trackback }
{ 7 comments… read them below or add one }
org tentera pun leh menggadaikan keselamatan negara..daym….
Ni la akibatnya banyak sangat tangan2 kontraktor. syabas.
perihal enjin jet hilang,…….apa lagi perkataan yang sesuai diajukan……..bikin malu seluruh malaya……
betul lah , dulu kita sering kali di lalikan malaysia BOLEH ,
BOLEH APA SAHAJA- sehingga gadai maruah negara ,,,,,
betul kerna nila setitik……kalau hal yang lain OK…
TAPI INI HAL NO WAY -TIDIA MAAF HARUS CAMPUR TANGAN DULI YANG MAHA MULIA( RAJA )-kesalahan herus di buang daerah–
hari ini keta bukan bercakap soal pembanggunan-soal politik-HARI INI SEMUA ORANG RISAUKAN SOAL KERUNTUHAN MORAL YANG SANGAT DASYAT MELIBATKAN SELURUH INSTITUSI KERAJAAN..
PEDIH–MEMANG PEDIH —ITULAH HAKIKATNYA—-
sekali overhaul memang mahal bro.
tp memang x logik 50 juta.
ini semua helah media je
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.