
Tahap populariti blogger yang digelar Aduka Taruna buat masa ini tidak boleh disangkal silap-silap boleh mengalahkan populariti Mawi atas kontroversi yang dibuatnya sendiri. Sebut sahaja Aduka Taruna, ramai yang sudah mula mengenalinya. Sini Aduka Taruna, sana Aduka Taruna. Kes apa ini? Ya….kes Aduka Taruna hina Sultan Johor. Terbaru dek kerana kelancangannya Aduka Taruna hina Almarhum Sultan Johor, keluarga Aduka Taruna mahu menyaman Berita Harian. Ha?
“Idea” untuk menyaman timbul selepas blogger Aduka Taruna ini mendakwa yang Berita Harian memfitnah beliau dengan mengatakan polis menahannya, sedangkan firasatnya beliau sendiri yang menyerah diri.
JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu, menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak. Berita Harian berkenaan Aduka Taruna
Alahai…..saya tidak nampak ada pencanggahan dan kesilapan dalam kenyataan akhbar mahupun dalam TV. Tetapi kalau nak diteruskan juga apa salahnya untuk buat pendakwaan di mahkamah, dipersilakan. Undang-undang sudah cukup jelas. Tetapi kalau ada banyak masa untuk dibuang di mahkamah, Terpulang………..(Ingat best sangat ker kena naik turun mahkamah)

Memanglah si blogger Aduka Taruna menyerah diri, tetapi Polis tetap ikut prosedur mereka dengan menahan blogger ini untuk siasatan lanjut bagi kes Aduka Taruna hina Sultan Johor. Bukannya Aduka Taruna serah diri kemudian dia dibebaskan. Jadi, daripada segi prosedurnya, Aduka taruna memang ditahan dan media pun akan laporkan individu tersebut telah ditahan polis. Kalau pegawai polis buat pc pun (sidang akhbar), dia akan sebut si polan dan si polan ditahan selepas dia datang menyerah diri di balai polis dan media juga akan laporkan begitu.
Sebenarnya makam Almarhum Sultan Johor masih merah lagi. Walau apa pun, tidak kira yang mati itu Sultan atau Presiden atau pengganas ke atau penjahat ke biarkan antara mereka dengan Tuhan. Tidak perlu nak kutuk dan mencaci bermatian-matian. Anak mana yang tidak terasa jika bapa sendiri dikutuk sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi baru sahaja meninggal.
Blogger Aduka pun sudah memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran Aduka Taruna hina Almarhum Sultan Johor dan telah berjanji akan memperbaiki tingkah lakunya dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun, biarkan sahaja pihak polis menjalankan siasatan lanjut berkenaan kes ini. Kita tunggu sahaja.
Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan penulis blog Anduka Taruna hina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.
P/S : Blogger Aduka Taruna ini telah menerima lebih 1,000 komen susulan artikel yang dikeluarkan sebelum ini. Tapi, sekarang sudah kena “tanam”
PP/S : Sekarang ini ada pula yang di Youtube, “Sultan Johor Remix”. Erm…….Macam-macam….

{ 10 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
kes ini pelik betul tu… yang menghairankan pulak boleh saman meyaman…huhuhu
Hairan pada mula orang hina itu kena tahan.selepas tu saman si Berita Harian.berbalas serangan kot.
Sebagai manusia biasa memang kita tak pernah terlepas dati melakukan kesilapan. Meminta maaf dan memafkan itulah jalan terbaik. Lain kali jangan melampaui batas…:)
Thanks very good for report, I follow your blog
Wow, this was a really quality post. In theory I’d like to write like this too – taking time and real effort to make a good article… but what can I say… I procrastinate alot and never seem to get something done.
Really nice and impressive blog i found today.
wonderful share, great article, very usefull for me…thanks
“I have been reading your entries during my afternoon break, and I have to admit the whole article has been very enlightening and very well composed. I thought I’d let you know that for some reason this weblog does not display well in Internet Explorer 8. I desire Microsoft would quit changing their software. I possess a question for you. Do you mind exchanging blog roll back links? That would be actually cool! “
The post is actually the freshest on this treasured topic. I concur along with your conclusions and can eagerly sit up for your future updates. Saying thanks will not simply be satisfactory, for the wonderful lucidity in your writing.
I haven?t checked in here for some time since I thought it was getting boring, but the last few posts are great quality so I guess I?ll add you back to my daily bloglist. You deserve it my friend