Ingat lagi nama Rashidi Ismail. Pada awal tahun 2010, nama inilah yang pernah menggemparkan negara dek terlibat kes bunuh yang cukup tragis sehingga mengorbankan 4 ahli keluarganya di Gemencheh, Negeri Sembilan. Akhirnya, Rashidi Ismail dibebaskan daripada tuduhan membunuh………
Walaubagaimanapun, menurut Buletin Utama Rashidi Ismail akan ditahan di penjara Kajang sehingga mendapat perkenan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Sebab apa beliau dibebaskan? Apa hujah yang membawa kepada pembebasan Rashidi Ismail bagi kes bunuh yang cukup tragis di Gemencheh, Negeri Sembilan ini?
- Rashidi Ismail tidak siuman iaitu menghidap penyakit “skizofrenia” selama dua tahun dan tidak pernah mendapat sebarang rawatan sebelum kejadian pembunuhan ahli keluarganya pada 5 Januari 2010 yang lalu
- Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nafsy Yasin, Ahmad Nafsy mengatakan tindakan Rashidi membunuh datuk, nenek, bapa dan adik perempuannya tidak konsisten dengan orang yang waras dan ini disokong oleh keterangan Pakar Perunding Forensik Psikiatri dari Hospital Permai, Dr Badi’ah Yahya.
Malah ibunya sendiri mengucupkan syukur di atas keputusan pembebsan daripada tuduhan membunuh seterusnya terlepas daripada hukuman gantung malahan ibunya merasakan ini adalah hadiah Aidilfitri.




{ 25 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Yang lepas sebab ade penyakit boleh diterima.. Tapi macamana dengan yang takde penyakit tapi boleh terlepas dari hukuman? Hehehe,, Faham2 sendiri lah ye…
Pastinya orang2 kampung lelaki ini merasa risau dengan kepulangannya kelak. Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka. Orang2 yg pernah terlibat dengan kes bunuh seperti ini(sakit jiwa) elok di asingkan di Pulau Jerjak.
Selain itu saya cadangkan kerajaan memantau semua pesakit jiwa, agar kejadian tragis ini tidak terus berlaku. Yg terakhir jika tak silap, seorang bapa yang menyembelih anaknya.
Hari ini kita lihat orang kurang siuman terabai dan bergelandangan. Mereka seolah-olah kucing yang terbuang. Ia wujud di semua tempat. Di tempat saya ini pun ada lebih kurang 7 orang. Walaupun tidak berbahaya, namun siapa tahu, kes seumpama itu akan berlaku?
Lebih-lebih lagi kita melihat, kewangan merupakan antara punca tekanan. Nilai RM yang masih dianggap rendah, dan harga barang terus naik, memungkinkan menambahkan tekanan kepada orang berpendapatan rendah.
Sekian, komen daripada saya.
ni mesti ade muslihat.die akan bunuh lagi.mungkin die diupah untuk membunuh selepas keluar penjare.
Awak nak ker bunuh mak bapak dan adik beradik awak kalau ada orang upah? guna akai laa kalau keluarkan statement tu…
betul tu, masalah ekonomi memnag buat ramai t=runsing sekarang. pastu canang naik sana, naik sini, ekonomi semuanya kononnya ada perningkatan. padahal bukan rasapun. kalau cmni bukan sahaja rashidi yang ada masalah, ramai lagi rakyat malaysia akan jadi mcm ni
disebabkan ekonomi kapitalis yang kita dok agung-agungkan
yang tahan, ada penjilat2 tegar, pembodek semuanya
tahu nak menyokong membuta tuli
menteri rasuah – tak kisah
menteri raba gurl – tak kisah
tapi jangan DAP, habis dicanang rasict bagai, MCA takpe bagi diorang. :ketawa :gelak
Semua orang Malaysia semakin hairan…jenayah lebih besar drpd gunung kinabalu pun sama ada sakit ke terlalu sihat/bayi sihat ke….senang senang lepas…umpama keluar dari neraka then diiktiraf masuk syurga..bestnyeeee
Kalau dah sah tak siuman, napa keluar dan hantar balik kampung pula?? Layanlah ke tempat betul…kalau tidak, tak mustahil pisang berbuah berkali kali….pas tu pihak bertanggungjawab hanya melalut beribu ribu bahasa….alasan “GILA” juga…
EKONOMI MENINGKAT, BELANJAWAN TAHUNAN NEGARA NAIK…CONFUSE JUGA TAU!!
adakah ianya menjadi satu “social experiment” ? atau “boleh digunakan” semula bila diperlukan ? bagaimana kalau dia membunuh lagi ? bagaimana kalau orang sepertinya membunuh lagi ? kenapa nyawa orang yang “sakit mental” menjadi terlebih penting dari orang normal ? apahalnya dengan harga nyawa mangsa yang terbunuh ? apakah kata Rosmah agaknya…
DALAM KANUN KESEKSAAN salah satu undangx2 yg terdapat di malaysia yg mana menerangkan perihal berkenaan dengan sesuatu jenayah dan bentuk hukuman bagi yg melakukan jenayah.DIDALAMNYA ada menerangkan berkenaan babX2 PENGECUALIAN AM, SEKSEN 84 KANUN KESEKSAAN MENYATAKAN DENGAN JELAS……APAX2 SAJA PERBUATAN YANG MENYALAHI UNDANGX2, JIKA DILAKUKAN OLEH ORANG YG TIDAK SEMPURNA AKALNYA ( ORG GILA ) ADALAH TIDAK SALAH…..ALASANNYA MUDAH…? SEBAB KETIKA MELAKUKAN JENAYAH ITU BERLIAU BERADA DALAM KEADAAN YG TIDAK SEMPURNA AKALNYA ( TIDAK NORMAL ) YG MANA TIDAK MAMPU MENILAI SAMA PERBUATAN ITU ADALAH SALAH ATAU BETUL ……ATAU TIDAK MAMPU MENILAI SEBAB DAN AKIBATNYA YG BAKAL DITERIMANYA…….DENGAN SYARAT ORG ITU TELAH DIISTIHAR SEBAGAI GILA !!!!!!!!!! OLEH PENGAMAL PERUBATAN YG SAH DI UNDANGX2 ( DOKTOR )
silap2 maknya pulak next…siapa nak jawab…time tu agaknya boleh lepas lagi ke?….
tak tau nak pikiaq macam mana..harap2 nya jangan lah berulang kembali….tapi apasal dia boleh terlepasss errrkkkk…heran la….
:tembak Orang ni ada lesen untuk membunuh…….harap ibu itu selamat……….
BUKAN KE PEGUAM YG MERANCANG PEMBUNUHAN DS TU ADA PENYAKIT JUGAK KE?MACAM MANA TU????
:tembak Peguam tu memang ada penyakit gila…gila kaya…bukan dia sorang…mgkin penyakit keturunan…sebab menurut rakan2 yg mengenali adik beradiknya yg jadi doktor…keturunan dia memang berlagak…tak respect org kecuali org yg nak di bakarnya !!!! Kalau boleh lepas jg….entahlah….
salam.. pesakit jiwa yg didapati membunuh orang tidak akan dilepaskan begitu sahaja. diorang akan ditahan di ward forensik sakit jiwa untuk tempoh yang lama; mungkin 40 tahun atau mungkin sehingga mati. dan untuk keluar dari ward forensik sakit jiwa tersebut ahli keluarga perlu memohon kepada sultan negeri masing untuk mendapatkan pengampunan bagi si pembunuh yg sakit jiwa. sekiranya tiada ahli keluarga maka dia akan ditahan buat selama-lamanya. dan walopun keluarga ada memohon untuk pesakit dilepaskan, still kuasa untuk melepaskan pesakit jiwa itu dari ward adalah atas perkenan sultan. maka pesakit mungkin akan dilepaskan dan mungkin tidak. semuanya bergantung pada sultan.
orang ingat lebih mudah mengaku gila lepas bunuh orang tetapi kesudahannya kadang2 lebih teruk. mungkin hukuman membunuh tu cuma 40 tahun penjara sebagai contoh tapi sekiranya anda didiagnose gila ketika membunuh, anda mungkin akan ditahan lebih lama dan mungkin seumur hidup. so harap pengomen sumer jelas. kepada jentayu sy bukan pembacking rosmah tapi sumer soalan yg awak tanya tu awak takyah tanya kat rosmah. dia pon tak tau nak jawab. awak gi tanya kat psychiatrist. diorang lagi arif dan insyAllah ada jawapan. ok. salam. jzkk.
as slm… pesakit jiwa yang telah mendapat pengampunan…. adakah diorang akan diterima bekerja’….. ??? mesti orang takuut kalau dia kembali bekerja…. lagi satu mana awak dapat maklumat tentang hal ini???
kita tak boleh macam tu, dia ada penyakit kan.. kita patut bantu dia.. dia bukan normal masa tu.. saya tak sokong sesetengah komen di atas.. maaf.. semua orang berhak bersuara ..
ko ni bodoh la. aku sekampung dgn die xtakut pun.
kot2 jd gila sbp hidu gam n ambil dadah.
ko mulut jage.
jgn krg aja mulut korg. sdare aku ni.
owh sedara awak ….. dia dah bebas ke sekarang…?
okay, dia selamat dah, mengapa perlu pertikaikan. pihak mahkmah dah jalankan tugas dengan sebaik mungkin, terbukti kes tu prime facie.
berhenti memandang serong dekat dia.
pada sedara dia, saya adibah mazlan yang hntar surat dekat rashidi tu.
dia buat apa sekarang …. bekerja or sambong blaja?