Benda sudah pun terjadi. Seorang lagi pelapis negara “gugur” sebelum berjuang apabila dibunuh rakan seperjuangan sendiri. Berteriak pun tiada gunanya. Yang perlunya sekarang, apa langkah-langkah yang telah dibuat sebelum ini dan akan datang bagi membanteras kes buli sampai mati ini? Kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar sudah lama dah. Yang lebih tepatnya kes buli pelajar senior vs pelajar junior. Biasanya sekolah yang mengandungi pelajar asrama daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sangat-sangat ketara kes bulinya disebabkan jurang usia…..berbanding sekolah berasrama yang yang mengandungi tingkat 4 dan tingkatan 5 sahaja. Kes buli juga lebih kuat dan keras bagi sekolah berasrama yang mengandungi pelajar lelaki semata….
Keluarga hantar anak untuk menuntut ilmu tetapi kematian yang mereka terima. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham
Makin lama makin bertambah teruk dan serius kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar. Kalau dahulu “ragging di sekolah” lebih bersifat untuk menanam perasaan hormat dan memupuk semangat silaturahim antara pelajar senior dan junior. Tetapi sekarang, masing-masing mahu tunjukkan kekuasaan mereka dan menanam perasan takut antara pelajar senior dengan pelajar junior. Tapi berani-berani budak-budak sekarang ini pun mesti secara berkumpulan, seorang-seorang tak berani punya…..
“Hormat tidak perlu dipaksa, ditekan dan disuruh tetapi sebaliknya perlu dipupuk dengan cara yang betul”
Dahulu ragging memang amalan biasa di mana-mana sekolah tetapi tiadalah sehingga sampai memberikan kecederaan kepada pelajar. Apa motif ragging sebenarnya?
- Untuk menyamaratakan taraf samada yang datang daripada golongan susah mahupun golongan yang berada. Dilatih untuk bekerja sama, mula daripada bangun tidur dan mengemas bilik, minum pagi bersama, pergi ke kelas, lunch bersama, rehat dan sebelah petang bersukan bersama.
- Saling hormat menghormati antara junior dan senior supaya sebarang program dan perjalanan di asrama berjalan lancar
- Tiada seorang yang akan boleh tertinggal atau tak mahu mengikut program yang diatur
- Kalau ada yang keras kepala, semestinya akan mendapat “lebih perhatian dari pelajar-pelajar senior” akan didenda dengan tujuan mendidik dan diberikan peringatan bukannya menghukum
- Dengan itu, terhasillah pelajar asrama yang berdisiplin
Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC) ye? Sekarang ini Maktab Tentara Diraja dah tak ambil pelajar tingkatan 1 hingga 3 lagi sejak 2006 lagi. Sekarang, semuanya bermula dengan tingkatan 4 dan MTD jugakan mulakan semula pengambilan bagi tingkatan 6 seperti sebelum ini. Nama sahaja Maktab Tentera Diraja, bukannya ramai pun yang masuk Angkatan Tentera Malaysia. Sebahagian sahaja, sekitar 15 peratus. Yang lain-lain jadi doktor, peguam, pensyarah, ahli politik, ahli perniagaan, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Antara lepasan MTD adalah Tun Ling Liong Sik, Mirnawan Nawawi, Tan Sri Anuar Musa, Tun G. Ghanalingam, Fendi X-factor, AC mizal, Ayraf Muslim dan ramai lagi…..(Ada nak tambah, mungkin nama anda sekali?)
Memang ada kes buli di RMC malah begitu juga di sekolah lain. Itu faktanya…..Cuma ditahap mana kes buli tersebut. Sampai ke tahap membunuh, ini adalah kes luar biasa….Tetapi persoalannya sekarang, adakah apabila berlakunya kes buli sehingga terjadinya kes bunuh baru kita mahu “melatah”? Apa yang kita buat selama ini?
Kes buli di RMC ini contohnya adalah kes buli ala samseng, samada nak balas dendam yang tak seberapa. Sebab rakan saya pun ada ex Maktab Tentara Diraja juga. Ini kes budak-budak nakal, sama seperti dengan kes samseng di sekolah-seolah menengah yang lain. Kalau ikut betul-betul prosedur RMC :
- no manhandling,
- not to disturb anybody during sleeping time.
Semalam kita pasti dah mengetahui kes kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri (16 tahun) Maktab Tenetra Diraja setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi semalam. (24 JUN 2010). Sedikit sebanyak rentetan ringkas kejadia tersebut ada di bawah ini…..
- Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR cemerlang dan masuk Maktab tentera Diraja (MTD) pada Februari lalu.
- Aktif main ragbi dan sepatunya ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu ini
- Kemudian datang pula pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri diberikan hukuman tekan tubi
- Sekitar pukul 10:45 malam (23 JUN 2010) Sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri (23 JUN 2010)
- Seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam.
- Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit
- Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
- Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi (24 JUN 2010)
- Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada malam tadi (24 JUN 2010)
- Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi kes polis jugak
- Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) selepas diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam
- Harapan, berikan hukuman setimpal kepada yang bersalah tidak kira anak yang berkedudukan tinggi sekalipun. Ehem……
- Dan, semoga selepas ini kejadian ini tidak berulang sekali lagi.
Nama pun MTD, takkan nak manja-manja pulakan? Tapi berpada-padalah. Maktab Tentera Diraja memang memberikan kuasa kepada pelajar-pelajar senior untuk untuk pukul pelajr-pelajar yang buat kesalahan. Tetapi MTD perlu ingat, kita berikan kuasa kepada pelajar-pelajar yang kadang-kadang tidak cukup akal. Jangan dilepaskan bulat-bulat kepada mereka. Apabila nafsu menguasai diri dengan kuasa yang diberikan, inilah jadinya…..Kemudian pada ini baru nak menyesal?
Yang senior akan buat kepada junior. Apabila junior naik pangkat senior, mula balas dendam. Begitulah senarionya….
P/S : Agaknya budak-budak ini kena dengar sendiri pengalaman abang-abang mereka yang pernah menempuh sejarah hitam 7 tahun lalu dengan melakukan jenayah yang sama seperti mereka lalukan sekarang iaitu buli pelajar sampai mati…..Atau mereka perlu rasa sendiri pengalaman abang-abang mereka dihukum sebelum ini baru nak menyesal…..
UPDATE pada 26 Jun 2010 !!
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di sini, digantung sekolah serta-merta manakala empat rakannya disyaki terbabit membuli seorang pelajar junior sehingga mati Rabu lalu dikenakan tindakan tegas. Malah, semua mereka kini sudah direman beberapa hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. ereka juga bakal dikenakan tindakan di Mahkamah Tentera kerana semua mereka adalah pelajar kolej ketenteraan.


{ 30 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Sokong sangat perenggan ke 12..biar padan muka mereka smua..takziah buat kluarga Allahyarham
betul3 padan muka diorang
baru tw….sape sruh mbuli…mang x kna ajar 2 bdk2..hope kna hkuman yg berat………
:jangan -jauhi buli!!!setuju sangat.budak-budak zaman sekarang berani bila ada geng.cuba time dia sorang-sorang…apa nak jadilah ni…….
btul2….tnjuk temberang je 2 lw rmai2…lw sorg2..jd ank ayam 2..
hisss geramnya saya sampai tak tau nak ckp apa!!!!!Memanglah nama pun RMC, takkan nak manja2 pulak kan, tapi kalau anak saya yg terkena mcm tu, mau saya sampai dulu sebelum polis sampai,biar saya pulak belasah budak2 tak sedar diri,tu…dgn kayu belantan,peduli apa saya….tentu satu msia pun nak belasah jugak,,,geram sgt….kdg2 ada masa,ckp lembut dah tak boleh pakai dah,suami saya pun Ex RMC, dia pun selalu cerita dulu kena mcm tu jugak…punyalah lama benda ni tak ditangani betul2,huiii saya memg sakit hati betul…apapun takziah saya ucapkan pada keluarga mangsa, dahlah org susah, baru nak kenal dunia….harap bersabar banyak2….
to ANA… mana ada kempen JAUHI BULI. yang terbaru pun kempen ANTI MEMPERDAGANGKAN MANUSIA, yang xde kenanmengena pun dengan rakyat maheran. semua tu untuk PATI je..
Dah TUJUH tahun eyh…kes buli adik Farid tu?? Masa tu aku pun kat sekolah asrama kot…hoho..dah lama sudah. Ada ‘sumber’ cakap, actually si arwah Farid nak tegur ‘perbuatan sumbang’ (paham2 sendiri laki dgn laki) senior dia, tapi biasa la dah kemaruk dgn nafsu, punah ler… senior
Pumping, knuckle clap, starlite sudah biasa. itu belum kira hukuman change parade dan macam-macam lagi. Tapi semua itu untuk kebaikan kalau digunakan cara baik dan betul. Bohong kalau dikatakan tiada buli, tapi buli yang macam mana yang kita mahu. Lebih 30 tahun lalu pun ada cerita yang sama. Semuanya bertujuan untuk mendidik, tapi sedih juga bila mengakibatkan kematian. Ini kes terpinggir yang melampaui realiti. Takziah tapi biarlah polis menjalankan siasatan. Menuding jari tidak menyelesaikan masalah. harap-harap tiada yang melampaui batas.
budak yang buli tu patut bagi penyepak maut juga,grm betul rasa nak ketuk je kepala nya sampai ………..kesian mak bapak antar nak jadi org rupa2 nya jadi setan,jgn igt lepas ni bolih tdor lena salah hemat jadi……..mintak d jauh kan allah,takziah buat kluarga adik muhamad naim,satu malaysia simpati moga2 arwah bahgia d sana amin
Memang menyedihkan…sinopsis yang benar…tambahan…arwah merupakan seorang pelajar di SMK Clifford dan pemain ragbi di bhg winger…anak yang rajin membantu neneknya berniaga dan merupakan harapan keluarga..bukan orang yang berada… adakah kematiannya akan terbela..tidakkah anda hairan…takde pun keluar berita @ gambar pembuli ini direman..bila mereka ke balai pun tak tau….tapi biasa le kes tentera maka Provos marsyal le yg angkut dan mungkin risik pun terlibat untuk beri maklumat line clear atau tidak…siapa kah pembuli ini…memang masih lagi berlaku buli…tak percaya tanya CI….ada pelajar yang ditumbuk , sepak terajang biasa le…berani mengadu…jika mengadu maka akan dipanggil MAT REPOT…ini berlaku pada seorang pelajar India dari Perak tahun ni..beliau telah ditumbuk dan kerana tak tahan dibuli maka telah mengadu pada bapanya…tangkapan dibuat dan bapa mangsa tak mahu ambil tindakan kerana ingin beri peluang kepada pelaja ni utk ambil SPM tapi apa jadi…anak mangsa dipanggil MAT REPOT…dan kerana tak tahan ‘ diganggu ‘ maka bapanya pun bawa keluar dan dapat ke Sains Seremban…
Lagi satu…berapa kerat yang dapat mnasuk ke U…lagi pun sistem pendidikan di MTD jauh beza dgn KPM…yang senang ambil contoh : markah ko kurikulum…apa ada markah MTD dgn KPM…renung2kan.
bullshit
saya lepasan maktab tentera diraja
sistem pendidikan kami sama dgn kementerian pelajaran
saya diterima masuk ke IPTA seperti mana pelajar2 sekolah lain
yg berbeza pada kami ialah kami diberi latihan ketenteraan dan kepimpinan yg berbeza dgn mana2 sekolah di malaysia ini
ingat aku sekolah dulu2,budak senior buli kawan aku..
sekali dia bagitau abang2 dia mereka terus pergi sekolah cari “samseng tai kucing” sekolah…jadi takut mereka.lepas itu tidak mahu lagi buli kawan saya tu hahaha…orang yang suka buli orang ni rupa2nya macam tai juga…. :gelak
salam takzuah juge kat kluarge mngse…
dlu aku mnggu ptame orentasi lg aku dh carik pasal ngan snior… ade ke patut suh aku nyanyi joget2 kat dpn snior rmai2… xnk nye aku..keh3,,,xpasal2 slipe jepun mlayang sipi je nk kne aku, tu pon sbb aku mngelak…hahaha… bdak2 klas wt mke tkut je ngan aku time tu.. tp last2,,, name glrn aku ttbe ade pktaan BAEK… jat baek kot? haha.. pelik bukan? heheheh
…kngn kat asrma…
salam takziah… sori2
….pada ibubapa, pilihlah sistem pendidikan Islam. Pembinaan roh supaya mengenal dan mentaati syariat Tuhan diutamakan. Budaya buli- membuli adalah budaya kuno tinggalan barat yang menghasilkan dendam dan sakit hati yang tak berkesudahan. Melahirkan anggota masyarakat yang ganas dan porak poranda. Didikan Islam melahirkan manusia yang tidak melupakan Tuhan, saling berkasih sayang dan hidup saling bantu membantu….
beritasemasa ke berita johor dan asyik cerita hal duit/kemewahan je berilah berita yang boleh membawa iktibar dan pengajaran ini bab jambatan,motor,kereta mewah.keluarga mewah carilah idea dan berita yang boleh mendetikan keinsafan
wallahualam
tak penah dgr buli yg jahat dr sek pondok…
p/s: kembali kepada islam…
ala rileks r sume..da ajal dia,ne korang taw klau xkene raging dia pg gak??korang xley nk tuduh2 je..ak ni bdak rmc gak..last2 kne buang gak sbb raging..tp not handling r..tp kne buang gak..kapten ilyas ni r yg buang ak..last2 dia plak kne buang,sedey tuh..huhu
nasib baik ko tak kena buli….kalau ko kena buli masa d f4 dan mati apa kata mak ko…fikir2 le sendiri…lepas kapt lyas , CI pun kena tukar le….
setuju ngan tukang tengok….kat skola kerjaan..kes2 buli dikerjakn..mmg lah ajal tapi biarlah ajaltu menjemput dlam keadaan yg damai…lagi2 mereka ni golongan anak2…baru idup sethn jagung…dah dijemput menemui tuhan wajarnya…lum byk dosa…..dengar2nya ketua buli anak org ada kuasa..arwah Naim anak org kampung kat Baling….mmg le pembuli tu sifatnya mcm tahi..mcm komen sebelum ni…rakyat biasa kena dibelakangkan……baik le hantar skola pondok baca kitab2 lama banyak2….Islam jalan penyelesaian…
ala,belom penah kes buli yang dier sorang serang mangsa with bare hand…ni bawak geng n guna weapon…x hairan sgt la….skakat budak2 mcm 2..hahaha….
Kes pelajar yang mati kene buli senyap aje….apa tindakan kerajaan ye???????? disebabkan yang mati ini anak orang miskin maka tiada laporan akhbar yang dibuat…..buat2 senyap aje……yang membuli tu seronok lah….wahai pembuli kamu ada termasok dalam gulungan orang2 pembunoh…dan digelar pembunoh…..ko tobat lah sampai kiamat…..ko tetap pembunoh……aku tak ampon kan dose ko lahanatttttttttt
Kes buli budak yang mati ini aku tengok senyap aje…..apa tindakan kerajaan atau polis terhadap budak-budak yang kaki buli tu……kenapa senyap aje….tiada laporan akhbar pon,sudah ke dibawah kemahkamah……ini kes MATI tau……kenapa diam aje….apa disebabkan budak ini Miskin..?????….ke…Wahai pembuli ingatlah bahawa kamu ada pembunoh….kamu semua tobat sampai kiamat pon kamu tetap pembunoh…..aku bagi pihak budak ini (MOHD NAIM MUSTAQIM) tidak akan ampon kan Dose kamu…..lahanatttttttttt…..
inilah yang buat kita sebagai ibubapa akan jdi serik dan takut untuk menghantar anak2 kita ke tempt mcm tu. pasal bagi org mcm kita rakyat jelata ia merupakan tragidi yg mengerikan(anak pandai dlm pencapaian akedemik d hantar ke tmpt mcm tu. Di manakah jaminan keselamatan anak2 kta???? Tolonglah jgn ada kes2 mcm tu lagi d masa hadapan. ibu bapa mana yg tak sebak dan taruma apabila anak pintar(MOHD NAIM MUSTAQIM) yg masih muda meninggal dgn sia2……
hapuskan buli…
kalau gua jadi abang allahyarham wa tak leh terima malahan wa cari sampai lubang cacing tu org yg buli wa punya adik
Kementerian Pendidikan rasanya WAJIB menangani masalah ini dengan tegas atau lebih baik sekolah berasrama di khaskan untuk pelajar Form 4-5 sahaja dan tutup untuk Form 1-3 tuh …..atau pihak sekolah buang aje mereka2 yang kaki buli nih……..
btul2 sgt2…buang je dorg yg kaki buli…tnjuk tmbrang je 2