Krisis kegawatan ekonomi dunia yang berlaku sekarang ini belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan termasuk juga di negara kita, Malaysia. Pakej rangsangan pertama dan yang kedua yang telah digerakkan sebelum ini, masih belum menunjukkan tanda-tanda positif. Apa diharapkan ekonomi Malaysia akan cepat pulih. Dalam “episod hitam” ini, Amerika Syarikat telah dilihat sebagai punca utama yang telah merosakkan ekonomi dunia. Amerika Syarikat yang kini dipimpin oleh Barrack Hussein Obama masih lagi terkial-kial untuk mencari alternatif untuk menyelesaikan krisis kegawatan ekonomi dan semestinya memerlukan tempoh yang panjang untuk dipulihkan.
Bahang kegawatan ekonomi dunia telah mula dirasai terutamanya kepada Amerika Syarikat dan juga United Kingdom yang kemudiannya merebak ke negara-negara lain. Orang mulai resah dek kerana angkara bencana kali ini lebih teruk dirasai berbanding tahun 1987 dan juga 1997 yang bakal memberikan impak besar kepada masyarakat seluruh dunia. Oleh itu ada baiknya kita mengetahui punca-punca di sebalik bagaimana boleh terjadinya “episod hitam ini ketika kita menghadapi krisis kegawatan ekonomi sekarang. Sekurang-kurangnya apabila diketahuinya puncanya, pastinya kesilapan sebegini tidak diulangi. Kesan kegawatan ekonomi yang kita alami sekarang ini pastinya membuatkan kita akan sentiasa bersedia pada masa hadapan dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran melihat bagaimana lemahnya dasar ekonomi yang kita gunakan sekarang.
Amerika Syarikat(AS) yang merupakan kuasa besar ekonomi dunia telah gagal menguruskan ekonomi dan polisi antarabangsanya merupakan punca global yang kini diancam oleh gadai janji subprima. Apakah itu sub-prima??? Gadai janji subprima yang berlaku di AS boleh dijejaki sejak tahun 7 tahun lalu ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi sekitar tahun 2001 dengan langkah Presiden US, George W Bush atas nasihat bekas, Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Alan Greespan ketika itu cuba merangsang perbelanjaan rakyat di US. Beliau telah melaksanakan dasar fiskal dan monetari yang kurang berkesan.
Daripada sudut dasar fiskal, kerajaan AS pada masa itu telah menurunkan cukai namun ia lebih menjurus ke arah golongan berada walhal golongan kaya AS lebih berminat berbelanja di luar US. Itulah hakikat yang sebenarnya. Malah apabila langkah itu gagal, AS telah merubah ke dasar monetari dengan cara menurunkan kadar faedah sehingga ke satu ke paras terendah satu peratus pada 2001 dan juga tetap menemui jalan buntu akibat daripada masalah utama AS yang menghadapi lebihan pelaburan. Ini kerana faedah yang rendah sebenarnya menyebabkan tidak ramai yang akan berminat untuk melaburkan disebabkan pulangan yang bakal diperolehi meraka sangat rendah.
Selain itu, kadar faedah yang rendah menyebabkan lambakan rakyat AS yang melakukan pinjaman walhal mereka sebenarnya tidak berkemampuan unutk membayar kembali pinjaman tersebut menerusi pelbagai pakej pinjaman termasuk gadai janji subprima. Gadai janji subprima adalah pinjaman perumahan yang diberikan kepada para peminjam yang tidak memiliki kewangan latar belakang kewangan yang kukuh dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Keadaan menjadi lebih teruk selepas itu apabila harga mulai turun walhal kadar faedah telah dinaikkan semula ditambah apabila kadar simpanan rakyat AS adalah negatif. Ini kerana apabila ekonomi telah kembali pulih sejak kegawatan ekonomi tahun 1997, Amerika Syarikat tidak menyimpan tetapi terus berbelanja melebihi pendapatan mereka. Adakah contoh perkara-perkara seperti ini memberikan kesan langsung kepada kita semua termasuk di Malaysia??? Kita perlu ingat, AS adalah merupakan kuasa besar ekonomi dunia, jadi sedikit sebanyak ia sememangnya memberikan impak kepada Malaysia samada impak besar atau kecil, samada lambat ataupun cepat aje. Tempiasnya tetap terkena.
Di atas adalah kisah benar yang terjadi di Amerika yang akan mencorakkan ekonomi dunia. Kesannya mula dirasai di Eropah dan mula menular ke seluruh dunia. Kerajaan Malaysia sudah mula mencanangkan propaganda yang ekonomi Malaysia tidak akan terjejas, namun begitu menyeru semua rakyat bersabar dan bekerjasama mengharungi gelombang ekonomi yang tak menentu ini. Tiba-tiba beberapa pemberhentian secara besar-besaran di beberapa buah syarikat gergasi termasuk Western Digital dan juga Intel contohnya. Beribu orang pekerja hilang pekerjaan dan jumlah itu akan bertambah.
Kesan yang utama yang melanda Malaysia sudah pasti eksport ke Amerika dan Eropah akan jatuh teruk atas sebab permintaan yang menurun. Di antara yang akan merasa kesan utama adalah industri elektronik, perabut, pakaian dan lain-lain pembuatan. Elektronik merupakan eksport utama Malaysia ke Amerika dan Eropah. Pengurangan permintaan sudah pasti akan menyebabkan kilang-kilang eloktronik terpaksa mengurangkan pengeluaran dan untuk jangka masa yang pendek terpaksa mengurangkan waktu operasi kilang. Ramai pekerja yang hanya akan bergantung kepada gaji asas sahaja. Ini akan memeritkan keadaan kerana kebanyakan daripada pekerja kilang hidup mewah dari elaun kerja lebih masa yang mereka lakukan. Jika dalam tempoh 6 bulan syarikat masih tidak mempunyai permintaan yang menggalakkan, maka syarikat akan mula mengurangkan pekerja untuk mengurangkan kos operasi. Maka akan ramai yang akan kehilangan pekerjaan. Apa akan jadi dengan nasib mereka???
Jangkaan sektor yang akan merasai bahang kegawatan ekonomi adalah sektor elektronik diikuti oleh sektor pembuatan seperti perabut dan automotif. Sektor perlancongan juga pasti tidak akan ketinggalan. Kurangnya pelancong asing dari Amerika, Eropah dan Asia bererti malaplah industri perlancongan Malaysia. Sudah pasti yang akan merasa kesan utama adalah hotel-hotel terkemuka di Malaysia dan sektor-sektor yang berkait rapat dengannya seperti khidmat limosin, pemandu pelancong dan sebagainya.
Apabila semua sektor ekonomi ini merasai kegawatan ekonomi barulah Institusi kewangan akan merasakan kesannya terutama dari segi runcit (retail) dan consumer. Pertambahan bilangan hutang tidak berbayar dan berlakunya penguncupan kredit. Di masa ini, kesan kenaikan interest tidak dapat dielakkan yang mana akan menyebabkan seluruh ekonomi Malaysia akan merasakan bahangnya.
Kesan-kesan di atas telah mula dirasai oleh Malaysia pada awal tahun 2009. Namun sebilangan kecil sudah mula merasai kesannya. Semuanya bergantung kepada kepekaan kita. Bertindak segera sebelum kita terjerumus ke dalam gelombang tsunami kegawatan ekonomi. Jangan terlalu selesa dengan keadaan yang ada sekarang. Kemungkinan untuk kita menerima nasib yang sama dengan para pekerja Lehman Brothers amat nyata. Bersedia untuk menghadapi yang terburuk.
P/S : Jikalau anda sendiri ada pandangan disebalik punca kegawatan ekonomi dunia 2008, boleh kongsikan di ruang komen









{ 5 comments… read them below or add one }
terima kasih ttg artikel diatas…sekurang-kurangnya ada yang sedar ttg kegawatan ekonomi sekarang… nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
bolehkah saya copy artikel ini wahai Master G? untuk dijadikan rujukan… nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Fuh mantapla…..artikel ini Master G
sub primala….baru tahu antara sebab kegawatan ekonomi Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
yang aku tahu, untuk jangka masa panjang, duit kertas yang kita guna akan mengalami kejatuhan nilai..sebab sepatutnya ada nilai emas kat duit tu..dan Amerika yang mula mengeluarkan duit kertas tanpa pergantungan dengan sebarang nilai emas semasa..bagi aku, memang Amerika ialah sebab kejatuhan ekonomi dunia.. zualliz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Wahhh!!! saya suka sgt bace semua artikel kat sini.semuanya berfakta dan yg penting berilmiah dan bukan kosong..
tntg kemerosotan ekonomi dunia, baru sy tau sbb2 jelasnya dan subprima mmg bnda baru bg saya.Terima ksh!!
FARAH(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0