BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Keluar Keputusan (SPM) 2010 & Diumumkan

by Staff Berita Semasa on March 23, 2011

in Berita Pendidikan

Keputusan (STPM) 2010 sudah keluar dan diumumkan Febuari 2011 lalu. Sekarang giliran adik-adik kita yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 201o untuk menunggu keluar keputusan mereka. Biasanya cuti panjang ini, ada yang buat kerja part time, ambil lesen kereta, motosikal, ada yang terkena Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan macam-macam lagi. Anda pula? Atau adik anda? Atau anak anda yang ambil SPM?

Tetapi kebiasaannya masuk sahaja bulan 3,  ramai pelajar-pelajar SPM mula berdebar-debar dan tidak kurang juga yang tidak sabar nak tahu bila keputusan peperiksaan SPM 2010 keluar & diumumkan.

Hari ini, 23 Mac 2011, bersamaan Hari Rabu, keluar keputusan SPM 2010 & diumumkan. Walau macammana pun, tunggu sahaja pengumuman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara rasmi. Biasanya iklan-iklan yang memuatkan biasiswa MARA dan JPA akan disiarkan secara besar-besaran dalam akhbar-akhbar utama pada hari keluar keputusan SPM  2010 diumumkan secara rasmi di seluruh Malaysia. Jadi adik-adik jangan terlepas pandang. Mereka akan terus membuka kaunter pertanyaan mulai tarikh pengumuman keputusan SPM 2010 nanti.

Untuk menyemak keputusan SPM 2010 secara SMS, sila ikut arahan dibawah.Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011).

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.

Cth :

SPM SEMAK 900104038776 BC0001A044  dan hantar ke 15888.

Setiap semakan dicaj RM 0.35.

Semoga berjaya!!

P/S : Saya doakan yang terbaik untuk adik-adik yang bakal menerima keputusan (SPM) 2009 nanti. Good Luck. Keputusan terkini akan dikemaskini daripada masa ke semasa.

 


{ 4 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 belantara bandar March 23, 2011 at 12:55 pm

erk..bagus la skg…nak check spm bole taip sms je..perghh….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 aizuddin March 23, 2011 at 2:41 pm

kalau dah terdesak baru cek sms kot..tak feeling la..lagipun slip spm nanti nak ambik bila

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 nev March 23, 2011 at 2:28 pm

bro kesilapan teknikal kt p/s tu. result 2010 sebenarnya. bukan 2009.

neways, goodluck to all spm2010 leavers! believe! cheers

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 helmi March 24, 2011 at 1:21 pm

hmm..apsal result budak2 U x diumum besar2 mcm ni kn..bru leh tau contribution lepas SPm..tp aku rase, sume top ranking U kne konker ngan cina2 je kot..hee

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: